Tuesday, December 16, 2008

Bush & Kasut

Tengok berita TV4-1/4 semalam cerita Bush dilempar kasut. Tabik spring saya kepada Bush yang telah berjaya mengelak dari terkena kedua-dua kasut tersebut.

Pemberita yang membaling kasut tu patut diberi tabik spring kerana berani membaling kasut-kasut ke arah Bush. Cepat betul reaksi beliau sehingga dapat membaling kasut bagi kali kedua. Cuma mungkin timing beliau kurang sikit sebab baling selepas Bush bersalam. Kalau dibaling semasa beliau bersalam dah tentu Bush tak sempat mengelak.

Kata saya...biasanya orang baling dengan telur busuk atau tomato, kali ini dengan kasut. Hi, hi, macam baling batu kat jamrah aje, ada umat tu dah habis batu, segalanya dia baling, kasut, selipar, payung apa yang dapat dicapai.

2 comments:

Sya said...

Betul.. sokong part tabik reporter tu... berani dia dan kalau kena patut dpt gelaran dato' kot. Nanti kita tanya pd YDP Negeri Melaka.. boleh bagi tak kan?

jorazak said...

sya
kalau kena kat kepala kan bagus. mau pitam kejap si Bush tu.