Thursday, January 24, 2008

Jom Gi Masjid

Dimaklumkan bahawa JKuasa Masjid Al-Alami MITC akan mengadakan majlis Ceramah Perdana Maal Hijrah 1429H pada butiran berikut :
Tarikh: 25 Januari 2008 (Jumaat) bersamaan 16 Muharram 1429H
Masa: 8.00 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat: Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh
Penceramah : SahibulSamahah Datuk Wira Hj Rashid Redza bin Hj Mohd Salleh (MUFTI KERAJAAN NEGERI MELAKA)

Kata saya...jomlah kita gi masjid...

Tuesday, January 22, 2008

Ayam dan Al-Arqam

Ayam dengan enzim babi diperkatakan dalam Mastika keluaran Disember 2007 dan Januari 2008. Siap temuramah peniaga makanan khasnya nasi ayam. Katanya ayam tak boleh tahan lama dan rasanya dah tawar kalau bandingkan dengan ayam dedulu. Betul ke? Macamana nak buat perbandingan secara saintifik kalau sampelnya tak ada. Nak bandingkan dengan ayam kampung dah tentu lain. Orang kata sedap lagi ayam kampung. Saya cuma nak komen mungkin ayam kampung liat sikit dan kurang lemak, sedap tu saya rasa lebih kurang aje. Nak banding dengan ayam yang Dr. tu promote pun saya rasa mungkin parameternya jugak lain. Mungkin ayam Dr tu boleh banding dengan ayam kampung.

Yang hangat diperkatakan adalah makanan ayam tu sendiri. Katanya ada campuran bahan yang diperbuat dari babi sehingga ayam tu sendiri dah mempunyai enzim babi. Sebenarnya siapa pembekal makanan ayam ni? Siapa pembekal ubat suntikan ayam ni? Cuba pihak yang berkenaan buat pemeriksaan ke atas pembekal. Cari asal usulnya. Lepas tu barulah selidik hasilnya. Bukan hanya buat kajian ke atas hasilnya aje.

Apa kaitan ayam dengan Al-Arqam? Sebelum itu ingin saya maklumkan saya TIDAK menyokong AKIDAH yang dipegang oleh ahli Al-Arqam. Walaubagaimanapun apabila kerajaan mengharamkan Al-Arqam, kerajaan juga telah memutuskan satu talian yang penting kepada umat Islam. Talian ekonomi dan hub makanan halal.

Pada masa Al-Arqam mula bergerak antara makanan halal yang pertama diusahakan oleh kumpulan ini adalah mee kuning. Sekarang mee kuning yang ada kebanyakannya diusahakan oleh orang BUKAN Islam tetapi mempunyai logo HALAL. Logo Jakim. Samada yang betul ke tidak biasanya orang tak ambil tahu sangat. Janji ada logo HALAL. Alah... sepeket RM1.50 aje. Apalah nak kecoh sangat. Ya...benda tulah yang masuk dalam perut kita.

Dalam ceramah Maal Hijrah di surau minggu lepas, ustaz cakap perkara ekonomi pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah memulakan perniagaan di kalangan orang Islam. Sebelum tu ekonomi Madinah di kuasai oleh orang Yahudi. Dalam tempoh 3 bulan perniagaan orang Islam telah menguasai kehidupan mereka. Jadi kalau kita tengok konteks yang sama di sini. Orang bukan Islam menguasai ekononomi di sini termasuk untuk makanan orang Islam. Kerajaan mengatakan nak jadikan Malaysia Hub makanan halal. Kalau hub tersebut diusahakan oleh orang bukan Islam, alangkah malangnya orang Islam...

Kita perlu mula macam apa yang dimulakan oleh Al-Arqam dulu dengan mula pemprosesan makan harian orang Islam. Tak kisahlah, mee kuning ke, mee hoon ke, kuay tiau ke. Kemudian kita boleh bergerak kepada lauk pauk pulak macam kes ayam ni. Mulakan ladang ternakan ayam secara besar-besaran. Jadi tak adalah kes nak naikkan harga ayam masa hari raya. Banyangkan masa raya hari tu RM6.80 sekilo, sekarang dah RM4.80 sekilo. Bila dah berjaya ternakan ayam tu kita berpindah pulak kepada makanan ayam. Buat kajian secukupnya untuk mendapatkan ayam yang berkualiti dengan makanan ayam yang halal. Tak kan tak ada IPT yang boleh buat penyelidikan tentang makanan ayam ni?

Jadi, ada tak usahawan dan jutawan Islam yang nak ambil bahagian ke arah usaha murni ni? Masa zaman Rasulullah SAW dulu, dia buka serban dan hamparkan supaya orang ramai menderma untuk usahawan Islam memulakan perniagaannya. Yang penting orang Islam perlu sokong orang Islam walaupun harganya lebih sikit. Yang PALING penting makanan tu halal.

Kata saya...kalaulah saya jutawan macam Al-Bukhary tu, insya-Allah saya usahakan rancangan ni. Tapi saya hanya cukup makan pakai aje...

Monday, January 21, 2008

Stript Tease: Update II

Ku Seman Ku Hussain dalam artikelnya Tidak berbaju bukan isu seperti menyokong tindakan si artis baru. Mungkin dia menyokong tindakan artis itu sebagai artistik. Siap buat perbandingan dengan ahli bina badan dan penari klasik india yang tak berbaju dan penari etnik yang bercawat.

Komen saya mata Ku Seman dah patut kena check kat optometris agaknya. Isunya program itu untuk siapa. Siaran langsung pulak tu. Kalau baca komen si artis dalam Mingguan Malaysia semalam, memang gimik tu dah dirancang. Kalau dah dirancang kenapa tak inform 8TV terlebih dahulu untuk kelulusan.

Kalau nak dibandingkan aksi si artis dengan aksi ahli bina badan agaknya Ku Seman nak suruh artis tu cabut seluarlah pulak. Macam saya kata boleh jadi model Calvin Klein nanti. Macam saya cerita pasal Aznil Nawawi dulu. Dia cuma pakai seluar pendek, yang lebih panjang dari seluar pemain bola sepak. Memang kalau bandingkan kedua kes tu Aznil kira okaylah, tetapi masyarakat tidak dapat menerimanya sebab tidak kena tempatnya untuk program itu. Kalau program bersantai di pantai mungkin penonton boleh terima. Kalau Ku Seman nak kata diskriminasi, so be it! Pada saya biarlah bertempat, walaupun saya masih mahu Aznil menutup auratnya.

Kalau semua nak di"halal"kan atas nama artistik atau gimik saya rasa eloklah mamat tu cuba buat persembahan di negara barat pulak. Apa ke jadahnya siap letak simbol "s" kat dada tu. Itulah motif utama dia cabut baju agaknya. Dia kata "s" tu untuk superman tapi pada saya "s" tu untuk s--it-n. Adakah ini yang Ku Seman nak galakkan anak-anak kita mengikut gelagat si artis ni. Nanti adalah pulak artis perempuan selak kain, pakai bikini semasa pertunjukan Ku Seman masih nak pertahankan dia atas nama artistik dan gimik?

Tak perlulah lagi kita menegakkan benang yang basah. Yang salah pun dah memohon maaf (sekali lagi!!!). Yang Ku Seman beria bebenor sokong dia apasal?

Kata saya...inilah silapnya bila siaran langsung dibuat tanpa "buffer time" untuk editing. Sepatutnya setiap siaran langsung sekurang-kurangnya perlu ada 30 saat "buffer time". Pernah dengar dalam radio pendengar bagi komen dengan mencarut.

Saturday, January 19, 2008

Strip Tease: Update

Akhirnya ada keputusan dibuat berkenaan entry STRIP TEASE saya sebelum ini. 8TV dan artis yang berkenaan telah kena banned dari siaran langsung selama 3 bulan. Sila baca di sini. Tindakan telah diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tahniah SKMM!!!

Biarlah ini jadi tauladan kepada artis-artis kita, yang sekarang dah berani bercium secar terang-terangan (samada untuk siaran negara lain atau di pantai), dan stesen tv yang tidak mengambil sikap yang tegas dalam soal disiplin, samada kelakuan, sikap atau pakaian. Tak kiralah samada artis lama ke artis baru. Kalau artis baru tu sedarlah diri sikit, cuba tengok artis senior ada tak buat perangai buruk macam awak nak buat tu.

Kata saya...saya tak mau tengok ada persatuan artis membela nasib artis macam ni. Buat habiskan beras aje.

Friday, January 18, 2008

Strip Tease

Ha ha ada pulak si malaun artis baru ni buat perangai buka pakaiannya dan campak kepada penonton. Nampak sangatlah nak tiru gaya artis di barat tu. Dahlah awak tu orang baru buat perangai macam tu. Takkanlah syok sendirinya sampai tak sedarkan diri kat mana. Apasal tak terus buka yang bawah tu sekali. Mungkin lepas ni ada offer dari Calvin Kline untuk iklan underwear pulak. Alah...macam pemain bolasepak wanita US dulu tu lepas menang world cup koyak jersey tinggal sports bra aje...Lepas tu jadi model sports bra. Begitulah impian si malaun ni agaknya.

Saya tak pasti samada mamat ni orang yang sama buat stunt kat atas pentas lepas diisytiharkan masuk final anugerah juara lagu dengan menyingkirkan Datuk Siti Nurhaliza. Saya tak pasti orang yang sama sebab saya cuma baca dalam paper, online pulak tu. Lagipun AJL ni dah bertahun-tahun saya tak tengok.

Macam saya kata dalam Etika Pakaian artis-artis kita ni pula dimaklumkan sekali lagi apa yang boleh, apa yang tak boleh dipakai. Khasnya kalau rancangan tu live. Kita tak mau jadi macam kes Janet Jackson dengan Jason Timberlake masa Superbowl yang ke berapa entah tu, kes "costume malfuction". Itu kat US dah kecoh sampai stesen TV kena minta maaf entah berapa puluh kali. Kalau kena kat Malaysia ni nanti baru tahu. Ingat sebelum kena. Artis-artis baru ni ingat diorang boleh nak mainkan isu ni. Kalau saya jadi CEO stesen TV tu dah tentu si malaun tu tak masuk dah stesen tv saya. Tak kiralah dia bagus 8TV pun buat perangai.

Kata saya...apa kata Pak Rais dan Pak Zam. Saya belum dengar/tengok komen pak-pak menteri lagi.

Thursday, January 17, 2008

Nama Allah: update...

Sila refer kepada NST Online dan juga the STAR ms N15 berkenaan kes mahkamah pengharaman buku oleh Sidang Injil Borneo terhadap Kementerian Dalam Negeri. Bacalah dan buatlah fahaman sendiri. Yang tak faham, rajin-rajinlah datang ke masjid dan tanya orang yang berpengetahuan. Jangan buat pandai sendiri. Takut nanti jatuh syirik pulak...

Kata saya...doakan supaya yang BENAR di pihak yang BENAR.

Wednesday, January 16, 2008

Streaming...

Semalam baca dalam opinion kat STAR berkenaan streaming untuk pelajar tingkatan 4. Dia komplen anaknya tak dapat masuk kelas yang dia hajati. Dia komplen kata cikgu tak patut decide anak dia tak boleh cope subjek yang anak dia dah mohon sebelum results keluar.

Masa zaman saya dulu cuma ada Science stream dan Arts stream. Sekolah saya cuma ada Science stream. Masa result SRP keluar ada beberapa orang pelajar telah ditukarka ke sekolah harian lain kerana dikatakan tidak layak masuk Science stream. Yang peliknya apabila ditukarkan ke sekolah harian, elok aje bebudak tu masuk Science stream. Mungkin aggregate SRP mereka tu tak layak untuk tinggal di sekolah saya tu. Mungkinlah kut...

Walaupun kami semua di tingkatan 4 & 5 mengambil Science stream, pengkhususan kami di peringkat universiti berbeza-beza dan tidak terhad kepada aliran yang dibuat pada masa menengah atas itu. Pertukaran mula dibuat apabila kami dipisahkan ke pusat matrikulasi tempatan, ke UiTM, ke Australia, ke UK, ke US dan juga tingkatan 6. Yang masuk tingkatan 6 dah masuk 6 sastera sebab nak ambik law. Yang lari ke UiTM buat pelbagai jurusan. Ada yang berlatbelakang sains ada yang tidak. Yang ke Australia, UK dan US pun sama, sebab ikut kata sponsorlah. Dari Science stream entah kemana-mana kami pergi. Ada yang dah jadi successful lawyer, engineer, banker dll. Ada jugak jadi -----er korok macam saya.

Apa yang nak saya maksudkan adalah streaming di tingkatan 4 & 5 sepatutnya tidak begitu penting, samada science atau arts. Senang sikit nak buat perancangan di sekolah. Berapa kelas Science berapa kelas Arts. Atau ikut macam sekolah saya, hantar aje mereka ke sekolah lain. Apa yang di belajar di menengah atas sebenarnya hanya sebagai foundation untuk tingkatan 6 atau matrikulasi. Biasanya diajar semula di peringkat itu secara lebih mendalam. Begitu juga apa yang belajar di matrikulasi dan tingkatan 6 , diajar semula dengan lebih mendalam di peringkat universiti. Rakan saya ada yang buat business, finance dan accountancy di US terus selepas SPM. Tak ada masalah pun. Sampai habis Master pulak tu. Mungkin universiti kita terlalu demanding nak pelajar SPM ada itu ini dalam sijil mereka. US tak kisah pun. Ada maths, ada science dah boleh masuk universiti.

Kata saya...agaknya tu sebab si Amalina tu dulu ambil subjek sampai berbelas-belas sebab tak tau nak ambik jurusan apa masa kat universiti...

Sunday, January 13, 2008

Cerita Siti

Datuk or Datin Seri Siti Nurhaliza terus dilanda ketidakpuasan suara peminat dan pengkritiknya. Mungkin sebab dia sendiri yang menyatakan keinginannya untuk bertudung, smada selepas kahwin ataupun selepas mengerjakan haji. Bila balik dari haji tempoh hari, dia bertudung tapi tidak bertudung "litup" (dari cakap dia). Dia nak buat slow-slow katanya...

Ada peminat mengatakan yang bertudung tu bukan tentunya "baik". Diorang kata ramai yang bertudung yang buat maksiat jugak. Pengkritiknya pulak kata tudung dia macam tudung Benazir. Peliknya tak pula disamakan dengan tudung isteri-isteri .... atau tudung my favourite lady minister. Tudung orang dah mati yang disamakan. Nak doakan kawan tu mati jugak ke???

Yang saya tahu kalau orang tu dah bertudung dia tak akan pergi ke disko untuk teguk air buih yang warnanya macam "air kencing kuda" tu. Dia tak akan pakai baju guna spaghetti strap saja yang tayang bahagian dada dan bahagian belakang dia (ala...macam komen saya etika pakaian).

Yang saya pelik artis-artis yang melakukan semua tu tidak pula diserang oleh peminat. Mungkin peminat pun 2 X 5 juga perangainya. Itu sebab tak mau komen. Atau mereka lebih suka kalau artis kesukaan mereka berpakaian dan berperangai seumpama itu. Nama pun artis.

Hari ni ada baca dalam paper ada pulak nenek dua cucu cuba nasib untuk masuk AF6. Saja cari publisiti atau memang nak cari ...

Kata saya...Tak payahlah nak suruh Bernard Chandran reka tudung yang nak dipakai. Banyak tudung yang elok boleh beli kat jalan masjid india tu. Kat Mekah dulu pun banyak orang jual tudung murah-murah. Tak beli ke? Apa kata pakai tudung macam style tudung Raja Permaisuri Agung.

Thursday, January 10, 2008

Selamat Tahun Baru

Tahun lepas petang awal Muharram, saya sedang berada dalam bas mencari parking untuk hotel persinggahan di Madinah. Banyak jalan dah ditutup memandangkan waktu maghrib telah hampir. Hotel di Madinah tu begitu hampir dengan Masjid Nabawi. Bas tu kena berlegar-legar beberapa pusingan sehingga masuk waktu maghrib. Bila terkenangkan peristiwa ini semula macam hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah le pulak. Bas yang saya naiki bertolak dari Mekah lebih kurang pukul 9.30 pagi, hari Jumaat. Singgah sembahyang Jumaat/Jamak-Qasar entah kat mana kat tahulah. Bila sampai di Madinah, suasananya jauh berbeza dengan Mekah. Sedap mata memandang...
.......................................................

Petang semalam di masjid MITC diadakan majlis menyambut Tahun Baru Hijrah. Alhamdulillah, tahun ni ramai umat Islam pergi ke masjid tu. Macam malam-malam pertama bulan Ramadhan. Tapi kalau banding dengan ramai orang ke konsert tahun baru gregorian tu, mungkin tak sampai satu peratus kut. Kira oklah tu. Macam saya pernah cerita fasal jom gi masjid.

Lepas sembahyang maghrib ada ceramah. Ustaz tu pernah belajar di Madinah. Dia cerita fasal sejarah penggunaan Tahun Hijrah. Dia bagi nasihat untuk memakmurkan masjid. Lagi dia cerita, kena jugak kat batang hidung saya. Saya berharap untuk memperbaiki diri tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Kata saya...kecik rasa diri bila dengar ceramah agama macam tu...Anyway, Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini kita berubah ke arah kebaikan dan mendapat keberkatan Allah. Amiin.

Monday, January 07, 2008

Yuran Sekolah

Tak habis lagi kecoh fasal yuran sekolah. Ini gara-gara bajet 2008 kata yuran sekolah dimansuhkan. Yang dimaksudkan adalah yuran RM4.50 dan RM9.00 bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Yang orang bising adalah yuran sekolah yang dikenakan oleh setiap sekolah. Berbeza-beza dan beraneka pelbagainya. Ada yuran tandas, ada yuran dewan, ada yuran komputer, ada yuran PIBG, ada yuran peperiksaan dan ada yuran entah apa-apa lagi.

Saya tak faham kenapa ada yuran tandas, dewan dan komputer. Tandas kan dah ada, tak taulah kalau nak kena bayar untuk kontrak cuci tandas. Kenapa tak ambil pekerja am sahaja untuk tujuan tersebut? Dewan juga kan dah ada, kenapalah beria-ia nak air-cond-kan dewan tu sampai nak minta duit dari pelajar. Cikgu-cikgu dah tak mau guna kipas lagi ke? Rumah cikgu ada air-cond ke? Komputer dan makmalnya kan dah kerajaan dah sedia dan buat? Apa lagi yang nak dibayarnya? Komputer pulak tak cukup, pelajar berkongsi 2 atau 3 orang satu komputer dan bukannya setiap minggu masuk makmal. Sebulan mungkin sekali atau tiada langsung. Jadi ke mana duit semua tu pergi?

Kalau yuran PIBG dan yuran peperiksaan tu saya setujulah dikenakan oleh pihak sekolah. Yuran PIBG tu biarlah berpatutan. Dahlah kena paksa buat "entah-apa"-ton untuk kutip derma. Tak ada idea lain untuk isi tabung. Tentang hadir ke mesyuarat PIBG, bukan saya tak nak datang, biasanya mesyuarat tu hanya dimonopoli oleh golongan tertentu. AJKnya pulak macam dah ditentukan aje. Alah, golongan yang berpangkat ajelah...Yuran peperiksaan tu memang penting. Kalau tak nak cetak kertas soalan kat mana ye. Pejam mata ajelah bayar.

Walaubagaimanapun kalau kita kira semula yuran sekolah ni lebih kurang purata RM250.00-400.00 untuk sorang anak setahun. Kalau dibahagikan dengan 12 bulan bermakna antara RM20.00-35.00 sebulan. Bermakna kalau kita simpan Rm1.00 untuk sorang anak sehari, dah tak ada masalah nak bayar yuran sekolah bila tiba Januari. Fikirkanlah...

Kata saya...ada orang tu hisap rokok kurang-kurang sebungkus sehari. Nak beli rokok tak ada masalah tapi nak simpan duit RM1.00 X 2 (anak dia sekolah 2 orang) tak boleh, sampai bising-bising bila kena bayar yuran sekolah. He, he, yuran sekolah agama belum kira lagi tu...

Friday, January 04, 2008

Minyak Naik Lagi

Akhirnya apa yang dinyatakan oleh penyelia saya berulangkali dalam ucapan beliau di seminar dan persidangan terjadi juga akhirnya, minyak mentah US$100 setong. Sila baca cerita naik minyak (pun intended!) ni. Saya dah baca banyak kali dalam akhbar tentang kerajaan tak akan dapat memberi subsidi untuk minyak lagi atau negara akan bankrap. Pembangkang pula membalas negara tak akan bangkrap. Macamana negara nak bangkrap atau tidak, tak pulak saya faham perinciannya.

Kerajaan cakap subsidi minyak yang diberikan jika diberhentikan sebahagiannya akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Ini saya tak faham, ada YB yang boleh fahamkan saya? Pengangkutan awam di mana? Di KL, Penang, JB? Itu aja? Bagaimana dengan rakyat di tempat lain?

Tetapi dari sudut lain saya juga ingin bertanya. Orang yang komplen fasal minyak naik harga ni tak fikir ke fasal orang yang tak ada motorsikal dan kereta. Yang ada bas, tu lain cerita. Diorang tak guna minyak. Apasal diorang tak dapat subsidi pun?

Ha, ha, hidup ni mana ada keadilan kecuali yang datang dariNya. Kalau dari manusia, sorry! Dalam maksud sebenarnya...

Dalam memperkatakan kes minyak naik harga ni, Malaysia masih lagi belum membuat polisi tenaga yang lebih inovatif. Dalam RMK9 walaupun dikatakan Renewable Energy dikatakan penting namun hanya BioDiesel yang diutamakan. Salah seorang prominent speaker dalam RE yang datang ke KL akhir tahun lepas mengatakan,"Kalau diberikan pilihan antara makanan (food) dengan tenaga (energy), saya akan memilih makanan (food) setiap kali."

Kalau kita baca dalam akhbar kecoh fasal minyak masak tak ada di Pahang dan Terengganu yang kemudian menular ke Johor dan Melaka. Inilah yang dikatakan pilihan yang perlu dibuat. Dengan harga minyak sawit yang terus meningkat tak hairanlah pengilang lebih berminat untuk mengekspot minyak sawit mentah ke luar negara. Jadi yang malang adalah rakyat Malaysia. Harga minyak kereta naik, harga minyak makan pun naik. Jadi semua harga akan naik. Tol pun dah naik.

Yang saya heran US dah ada polisi untuk mengutamakan produksi Hidrogen sebagai sumber tenaga yang baru. Negara-negara Eropah juga mengikuti langkah US ini kerana Hidrogen adalah sumber tenaga yang infinit. Bila agaknya Malaysia nak mulakan langkah ke arah ni. Jangan le dok gah sangat ada ladang kelapa sawit tu. Nak makan pun tak cukup, ini pulak nak jadikan minyak kereta. Alahai...siapalah menteri yang bertanggungjawab ni...

Kata saya...isilah minyak kereta penuh-penuh. Dapat jimat satu hari pun cukuplah. Nasib baik tol PLUS tak naik tahun ni. Tak tahulah tu lepas pilihanraya kut...

Thursday, January 03, 2008

Au Revoir Chua

Menteri yang terlibat dalam skandal video CCTV telah meletakkan jawatan yang dipegangnya. Kata dia dari feedback rakyat Malaysia yang tidak dapat memaafkan dia. Isteri dan anak dia dah maafkan dia. Tapi saya rasa dia dapat feedback dari CC MCA dan dari YAB PM dan TPM. Even Prof Emeritus Khoo Kay Kim pun suggest dia berbuat demikian. Kalau di Jepun tak perlu dapat feedback dari mana-mana pihak. Terus aje menteri tu letak jawatan dan mohon maaf kat semua orang. Lagi teruk terus bunuh diri.

Dari pandangan saya Chua, juga macam my favourite minister, seorang yang outspoken. Dia buat kerja cara dia. Samada orang suka ke tak suka belakang kira. Cara dia di"buat" adalah hasil tangan seseorang yang dayus. Mungkin dah tak boleh buat cara politik dia buat cara itu. Walaupun saya tak setuju cara beliau di"buat" saya masih tidak bersetuju apa yang dilakukannya, secara moral dan akhlaknya. Kalau saya jadi pemilih sudah tentu saya tidak akan memilih beliau.

Kata saya...saya baru semak daftar pemilih. Dengan rasminya saya telah ditukarkan ke DUN 137/16 Ayer Keroh dan Parlimen 137 Bukit Katil. Ada siapa-siapa nak raih undi dari saya?

Wednesday, January 02, 2008

Just Another Tuesday

Semalam 1 Januari 2008. Semasa ramai orang dok terkinja-kinja menunggu Tahun Baru saya dah lena tidur. Tak ada apa yang menarik di TV kecuali konsert sini sana situ sini yang meloyakan...

Kepada saya ianya adalah satu hari Selasa sahaja. Kalau nak diikutkan pada saya ada beberapa "Tahun Baru". Contohnya, Maal Hijrah, Tahun Baru Akademik, Tahun Baru Cina dll. Jadi kenapa nak dibuat azam baru bila timbul Tahun Baru Gregorian (betul ke ejaan ni???). Kalau tu teruklah nanti Maal Hijrah nak buat azam baru lagi. Masuk tahun akademik baru bulan Julai kena buat lagi. Sampai bila nak habis berazam, heh.

Kalau tengok TV3 semalam nampaknya Malaysia dah terlebih sambutan tahun baru. Macam parti aje tengok kat sedutan tu. Polis tak buat apa pun tengok gelagat anak muda buat perangai. Yang sedihnya ramai darinya anak bangsa Melayu. Apa nak jadi???

Kata saya...seeloknya azam kita perbaharui setiap hari. Tak perlu sampai tahun baru. Perlu berazam untuk jadikan hari esok lebih baik dari hari ini. Jadi sebelum tidur muhasabah diri. Buat mental notes apa yang perlu dibuat untuk esok yang lebih cemerlang sebelum lena. Azam saya: setiap hari nak simpan RM1.00 dalam tabung kurban/umrah/haji saya...