Wednesday, February 27, 2008

Di mana Anak Anda?

Hari Isnin lepas balik dari KL singgah di R&R Seremban untuk solat maghrib. Di pintu masuk surau saya lihat seorang pak haji (agaknyelah, dia pakai kopiah) sedang berurusan dengan beberapa orang pelajar wanita. Rupa-rupanya mereka adalah pelajar Maahad Tahfiz XXXXX. Tak tau pulak saya kat mana sekolah tu. Ada lagi satu kumpulan (mungkin lebih saya tak nampak pulak) yang berkeliaran kat tempat makan minum. Tak nampak juga guru atau pelajar lelaki.

Yang menyebabkan saya kecewa adalah kenapa pelajar-pelajar itu ada di situ di waktu itu. Adakah itu tanggungjawab mereka sebagai pelajar? Adakah itu satu-satu cara untuk mengutip derma untuk sekolah? Kenapa waktu itu? Diorang tak perlu mengulangkaji pelajaran ke? Ibubapa tahu tak kegiatan mereka ini? Kalau tahu, kenapa tidak buat sesuatu? Kalau tak tahu, tanya anak-anak anda!!!

Apa kata kita panggil Mazidul 360 buat liputan sikit, interview pelajar-pelajar ni, guru-guru (yang berselidung di balik lalang 2 3 helai) dan guru besarnya sekali. Baru dapat publisiti sikit. Mungkin lepas tu ramai yang nak menderma kat sekolah tahfiz ni.

Kata saya...saya selalu tengok seorang pak haji kat pasar malam yang mengutip derma untuk sekolah tahfiz dia, siap dengan resit. Tak ada pulak nak suruh anak-anak murid dia kutip derma macam ni...

Sunday, February 24, 2008

Ada lagi...?

Bekas kawan sekerja saya di Kuantan dulu dan sekarang berada di Kelantan, Wan Ubaidah Omar, telah menjadi calon PAS di DUN Kijang Kelantan. Beliau telah menang tanpa bertanding! Calon BN adalah seorang muflis. Alahai ada lagi kes macam ni! Dulu kat Johor, calon BN disqualified atas sebab penyokongnya. Yang ni pulak nak salahkan siapa? Dengar cerita BN dah periksa semua latarbelakang calon. Kalau parti dah semak pun, calon perlulah semak dengan Bank Negara atau mana-mana badan yang bertanggungjawab ke. Itu makna calon tak bersedia!!! Kalau dia sendiri tak bersedia nak jadi calon, macamana nak berkhidmat untuk rakyat?

Saya rasa mungkin SPR kena permudahkan lagi (boleh mudah lagi ke?) proses penamaan calon ni. Mungkin boleh link terus dengan database yang berkaitan dengan proses pilihanraya, contohnya kes muflis ni. Atau parti sendiri perlu langgan dengan Bank Negara untuk dapatkan senarai berkenaan. Senang sikit nak buat proses pemilihan calon, tak perlulah tak tidur lena sampai sebulan macam Menteri Besar Pahang cakap hari tu.

Tak bestlah bila ada calon menang tanpa bertanding. Hi, hi rugilah pembuat poster tak dapat ration buat poster. Penampal poster pun kurang dapat imbuhan dan perang poster pun tak menjadi. Saya nak tengok idea kreatif poster yang dibuat. So far sini biasa saje, man pacak bendera siapa banyak. Cuma satu komen tentang poster ni saya lihat. Kualiti tak bagus, mungkin order dari China kut. Tak sampai seminggu poster direntang, yang plastik ke yang kertas ke, yang kain ke, ada dah yang pudar! Apa cerita ni. Tak sampai 8 Mac poster tu dah tak nampak apa dah!!!

Kata saya...Parlimen Bukit Katil, BN (UMNO) lawan PKR, ADUN Ayer Keroh, BN (MCA) lawan DAP. Hi, hi, hi, mana satu nak pilih? Peraih undi belum datang jumpa saya lagi. Saya dah tahu apa saya nak undi tapi tak tahu yang mana satu nak pilih. Faham...?

Thursday, February 14, 2008

Demam is ON

Semalam PM dah bubarkan parlimen dan kesemua negeri KECUALI Sarawak dah bubarkan dewan undangan. Jadi kalau dah bubar bermakna tak adalah YB dan menteri-menteri. Cuma yang tinggal PM, Menteri Besar dan Ketua Menteri sementara saja.

Maknanya tak perlulah nak panggil Yang Berhormat lagi tapi Yang Berharap. Yang berharap akan dicalonkan, yang berharap akan diundi, yang berharap akan menang. Kalau tak dicalonkan dan tak menang, alangkah malangnya nasib mereka...hi, hi.

Siapalah yang akan jadi calon ADUN dan Parlimen tempat mengundi saya. Saya masih lagi menunggu peraih-peraih undi untuk datang jumpa saya. Saya ada senarai yang nak mereka buat untuk kawasan tempat saya tu. Adalah dalam 10 muka A4 saje. Kalau diorang tak cukup saya boleh tambah. Kawasan mengundi saya: DUN 137/16 Ayer Keroh, Parlimen 137 Bukit Katil.

Kata saya...saya dah tahu siapa saya nak undi walaupun belum tahu siapa calon-calonnya...

Tuesday, February 12, 2008

Undang-undang Syariah

Terkejut saya apabila baca paper STAR hari ini berkenaan Archbishop of Canterbury yang telah dikutuk apabila dikatakan telah "suggesting the introduction in Britain of some aspects of sharia was unavoidable". Sebelum ni tak ada pulak saya baca tentang komen dia tu kerana apa.

Di Malaysia, sebuah "negara Islam" (kena letak quotation mark, nanti Mr KS marah) kita masih nak merujuk common law UK. Tak taulah apa makna tu, saya tak ambik Law. Mungkin kawan-kawan lain boleh bantu memberi pemahamannya. Undang-undang syariah tak boleh pulak. Saya tak faham. Undang-undang buatan manuasia vs undang-undang Allah. Siapa menang???

Kata saya...kurang-kurang ada jugak orang agama lain setuju dengan undang-undang syariah orang Islam.

Monday, February 11, 2008

Dah demam ke?

Baru nak tulis cerita ni dah tengok Pen Merah tulis tajuk demam. Heh, heh. Dulu ada iklan kat Astro tanya macam tu. Tapi apa yang nak saya cerita bukan demam tu, iyaaa BUKAN demam AF. Heh, heh. Biasanya YB saja yang demam…

Kes 1
YB ni cuba mengatakan yang rekod dia tidak buruk. Boleh refer kat laporan yang dia buat ke PM (agaknyalah). Dia kata ada orang cuba memburuk-burukkan dia. Tak taulah betul tidak, yang pasti kat grassroot saya rasa dia tak kuat. Masa pilihanraya saya rasa pengundi pangkah lambang bukan pangkah orang. Bak kata member saya kalau letak monyet pun boleh menang. Tak taulah betul tidak, itu kata member saya. Kat universiti saya dulu pernah diletakkan anjing sebagai calon presiden student union. Saya tak pasti apa kesudahannya.

Kes 2
Yang ni kes ramai-ramai. Ramai yang kata terpulanglah kepada pucuk pimpinan. Saya rasa YB-YB ni takut nak cakap dia/mereka layak untuk jadi calon. Kalau kat tempat kerja saya kena tunjuk bukti-bukti kelayakan untuk naik pangkat untuk dinilai oleh jawatankuasa. Maknanya saya kena promote diri sendiri. Masuk bakul dan angkat sendiri. Kenapa YB-YB ni takut sangat kalau betul mereka telah BERKHIDMAT untuk rakyat dengan jayanya. Heh, heh. Mungkin ada yang takut ditempelak oleh pengundi sendiri bila cuba nak promote diri sendiri.

Kes 3
Ada YB (my favourite minister) kata dengan beraninya beliau akan terus bertanding, (cayalah!). Bila dah kata begitu ada pulak menteri yang kata tak hormat PM. Come-on lah menteri, kalau betul nak bodek PM tak kan macam tu sekali. YB (mfm) adalah ketua parti yang berlandaskan satu kaum. Kalau dia sebagai ketua tak bertanding siapa pulak yang nak bertanding. Dia yang akan bagi senarai wakil parti tersebut pada PM. Tentulah nama dia akan tersenarai. Atau ada kaum lain pulak yang nak jadi wakil parti ni, ya menteri?

Kes 4
Ada YB yang dah sakit-sakit yang agak serious tempoh hari tapi dah agak sembuh sekarang bercadang untuk terus jadi wakil. Ada pulak YB yang kata dia masih boleh berjalan (atau berlari?, saya tak sure) 10 km sehari. Seeloknya YB mesti sihat tubuh badan dan minda. Kalau tak macam mana di nak berkhidmat untuk pengundinya. Nak harap orang lain pulak berkhidmat untuk dia untuk berkhidmat kepada rakyat, lebih baik lantik orang tu.

Kes 5
Dengar cerita ada YB yang telah disenarai hitam oleh seseorang hingga mungkin tak jadi calon pilihanraya kali ini. Tak taulah seseorang tu kuat ke tidak pengaruhnya. Kalau ini terjadi saya rasa politik Malaysia ni masih kuat politik kroninya. Kalau bukan kroni dia alamat tak dicalonkan le. Pada hemat saya calon yang diturunkan oleh sesuatu parti perlulah calon yang berwibawa, yang membawa cita-cita parti, yang sanggup berkhidmat untuk rakyat (sekarang ni dah ramai yang berkhidmat untuk perut dia aje) dan yang boleh menang jika diturunkan secara individu. Selain dari intisari kes 1, ramai calon saya lihat tak memenuhi citarasa saya yang pertama dan ketiga.

Kata saya…tak lama dah nak demam ni. Kena demam sebelum April kalau tak mungkin demam ni tak sembuh-sembuh agaknya…