Friday, August 26, 2011

Salah Siapa: Episod 2

Cerita tentang orang Islam di majlis "makan malam" di sebuah gereja masih belum padam. Dari parti politik hinggalah terseret sama pihak istana. Tak tahulah apa nak jadi, tapi yang sah ada yang nak menjadi juara atau pejuang yang menegak akidah Islam, kononnya.

Tetapi mereka semua, pada fikiran saya, gagal melihat punca akar umbi kenapa kejadian itu berlaku...

Saya bersetuju dengan tulisan bekas mufti Perlis mengenai hal ini.

Cuba baca tulisan itu dan fikirkan apakah yang telah dilakukan pihak yang bertanggungjawab.

Saya juga pernah terbaca dalam akhbar bagaimana susahnya seorang orang kurang upaya yang dinafikan bantuan semata-mata kerana rumahnya ada tv dan sistem Astro. TV dan yuran bulanan Astro dibiayai oleh seorang "good samaritan" yang bersimpati dengan OKU ini yang hanya boleh bergerak di sekitar rumahnya dengan kerusi roda. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa bosan OKU tinggal di rumahnya saja.

Pihak yang bertanggungjawab ambil jalan mudah, ada tv ada Astro, bukan lagi orang yang memerlukan bantuan...

Kita perlu sensitif ke mana wang zakat kita (hi, hi, bagi yang keluarkan zakat la...) itu diagihkan. Kemana bantuan kebajikan kerajaan diagihkan. Pernah kita minta financial statement dari pihak yang bertanggungjawab ini ke tidak? Tak heranlah satu kita dulu, kalau saya tak silap, pernah wang zakat di sebuah negeri dilaburkan di pasaran saham dan mengalami kerugian. Jadi, salah siapa?

Kata saya...salah kita semua!

Sunday, August 14, 2011

Semakin Hampir

...Bukan rayalah!

Dah 14 haribulan Ogos. Lagi dua minggu akan ambil cuti raya seminggu. Lepas cuti raya, budak baru pun tiba. Kemudian, seminggu lepas tu pelajar kanan akan tiba dan kelas semester baru akan mula.

Begitu cepat waktu berlalu.

Inilah yang saya suarakan sebelum ini di peringkat pengurusan. Nampak aje cuti panjang dari bulan Mei hingga kini. Tapi kerja yang perlu diselesaikan tak pernah putus. Nak buat kerja sendiri pun tak terkejar.

Kata saya...dah letih dengan kerja-kerja ini, sedang menghitung hari, minggu dan bulan untuk mengakhirinya...

Sunday, August 07, 2011

Salah Siapa: Episod 1

Budak-budak NAKAL kena hantar kursus motivasi di penjara. Budak-budak nakal beritahu emak bapak kononnya mereka didera di sana. Emak bapak melenting, komplen kat media masa dan buat kenyataan.

Budak KURANG AJAR kat cikgu, tak mau dengar cakap cikgu. Budak keluar kelas sesuka hati. Cikgu bawa pisau, kononnya tertoreh kepala budak tu. Emaknya marah, komplen masuk tv. Dah tak mau cikgu tu mengajar anaknya.

Soalannya... kenapa tidak diungkit puncanya. Budak-budak tu NAKAL. Kenapa emak bapak dah tak melenting fasal tu? Nanti anak-anak pukul emak bapak minta duit nak beli dadah barulah agaknya emak bapak sedar...

Ni macam kes budak nakal mati dalam penjara dan yang mati ditembak.

Nak salahkan siapa?

Saya tidak memihak kepada sesiapa tapi musykil perkara ini.

Kata saya...kesemua mereka patut dihukum, disabit dengan kesalahan masing-masing