Saturday, December 23, 2023

Kata Saya Lagi

 23 Disember 2023

It has been a while but I'm coming back

Dah agak jemu dengan Mukabuku

Tetapi

Blog ini mungkin akan berubah arah tujunya

Kata Saya akan lebih sensitif...


Tuesday, January 19, 2021

PKP 2.0

Hari ini kes Covid 19 di Malaysia sudah mencecah 165,371. Kematian dah meningkat 619 orang. Hari ini sahaja kes 3631.

Semua negeri di semenanjung dah dikenakan perintah PKP/MCO 2.0 + Sabah.

Di kampus Induk UTeM pun dah ada beberapa kes positif. Sebelum ini kampus Teknologi perlu ditutup untuk 3 hari kerana 1 kes positif.

Kata Saya... Jaga diri masing-masing, Jaga keluarga kita

Tuesday, September 04, 2018

Dilarang...


Bila dilarang itulah yang dibuat.

Seleok-eloknya jadikannya satu laluan yang lebih mesra pengguna.

Kata saya… kenapa agaknya tanda larangan tu???

Sunday, September 02, 2018

2018

Saya tidak menulis selama lebih 1 tahun...

Apa perkembangan?
Banyak... khasnya tentang politik.
Politik tanahair,
Politik universiti,
Politik fakulti,
Politik jabatan.
Alahai...

Tetapi tidak mahu saya kongsikan di sini, di alam maya.

Cukup semasa sembang-sembang kosong bersama kawan-kawan.

Kata saya... adalah lebih baik berdiam jika berbicara itu mendatangkan FITNAH

Saturday, December 31, 2016

Good Bye 2016

Dalam 30 minit lagi, Malaysia akan mengucapkan Selamat Tinggal kepada 2016.

Saya tak menulis banyak pada 2016 tetapi post yang pertama pada tahun 2016 adalah yang terbanyak dilihat orang ramai. Walaubagaimanapun seorang pun tidak meninggalkan komen.



Saya berharap mereka yang membaca post tersebut Berjaya membuat ayam barbeque sepertimana yang saya buat. Kalau nak buat business dengan resepi tersebut saya izin tetapi namakanlah hidangan ayam tersebut sebagai Joe's BBQ Chicken.

Kata saya... Selamat Tinggal 2016, Hello 2017

Tuesday, December 27, 2016

2015

Just realized that I have not post anything in 2015!
Ha, ha ha...



Kata saya... sekali air bah, sekali pantai berubah

Bola-bola Malaysia

Kelantan nak tarik diri
Perlis nak tarik diri
Selangor nak tarik diri

gara-gara tak ada dana nak urus pasukan!!!

Cakap Liga Profesional
Pengurusan kalah liga amatur!!!

Masih nak mengharapkan ihsan dari kerajaan negeri!!!

Sepatutnya dana yang dapat dari FAM diuruskan sebaiknya
Janganlah buat bajet deficit
Tawarkan gaji mengikut kemampuan
Dapatkan penaja yang dapat menampung sebahagian perbelanjaan
Gajikan promoter yang dapat carikan penaja
Jangan lantik mereka dalam pengurusan yang tiada kena mengena dengan bolasepak
Lantik mereka yang arif dengan business plan bolasepak

Bolasepak Malaysia bukan macam EPL
Kalau team corot sekalipun di EPL, penonton masih ramai dating ke stadium
Kat Malaysia, kalah tiga empat kali, lenganglah stadium
Duit tiket masuk tak adalah...



Kata saya... kalau macam ni lebih baik balik ke zaman amatur!!! 

Sunday, December 25, 2016

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan

Ya, hari ini kembali lagi!

Selamat Ulangtahun Perkahwinan
buat isteri tersayang
Norida binti Abdullah

Semoga ikatan ini
berkekalan hingga ke Jannah



Kata saya... 22 years and counting.