Friday, November 07, 2014

Dah Naik Junjung

Bengang!!! BIG time!!!

Ego masing-masing bila dah dapat kuasa!

Tak boleh nak faham unit lain punya constraint.

Jangan nak marah kalau tak tahu hujung pangkal!

Ya, engkau dengan kroni-kroni engkau.

Next time jumpa aku, JANGAN lagi nak cakap baik-baik!


Kata saya...aku tahu kat depan engkau cakap lain kat belakang engkau cakap lain!

Wednesday, April 30, 2014

Hudud

Sudah kecoh seluruh negara berkenaan hudud. Yang dikatakan hudud versi PAS. Ada  ke?

Parti politik lain mula sibuk. MCA, Gerakan, DAP menyatakan tentangan.

Ada juga ahli politik yang terang-terang menyatakan termasuklah yang Islam.

Konon tak setuju hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam.

Jadi apa solution yang menentang tu?

PAS hanya nak bentangkan di Parlimen. Berapa ramai YB Islam di parlimen? Cukup ke korum untuk diluluskan? Itu pun kalau semua yang mengaku Islam menyokong.

Kata saya... Mohon hidayah dariNya.

Wednesday, March 12, 2014

Bijaksana


يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

- Surah Al-Baqarah Ayat 269

Kata saya...Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Allah, yang kamu hendak dustakan?

 



 

 

 

Monday, March 10, 2014

Ayam RM1.00

Hi, hi, nak pecah perut bila baca media alternatif menyiarkan berita mengenai PM beli ayam RM1.00.

Boleh percaya ke, kalau PM tak datang situ, akan ada jualan seperti itu?

Publisiti stunt? You decide.

Hint: ayam sekarang RM7.00 sekilo. Biasanya ayam lebih kurang 1.5 kilo seekor. Kiralah berapa murahnya harga iklan yang dibuat oleh supermarket ini. Pandai kan?

Kalau betul nak tahu harga makanan sekarang, jangan bawak rombongan dan pihak media. Datang sorang dan menyamarlah sikit. Baru tahu kesusahan rakyat.

Kata saya...cuba PA buat semakan 1 jam sebelum PM datang. Baru boleh buat bandingan!!!

Friday, February 21, 2014

Dia Buat Perangai Lagi

Lebih kurang 30 tahun dulu dia buat kontroversi apabila menulis sebuah buku menolak hadis. Ini gara-gara terpengaruh dengan Teori Kod 19. Kebetulan dia juga kononnya "baru tamat" belajar Bahasa Arab. Konon ada tauliah untuk menterjemah buku-buku Bahasa Arab.

Bukunya diharamkan.

Beberapa hari lalu dia diberi peluang oleh kelab penyokongnya untuk kononnya memberi pencerahan mengenai hal yang sama di yayasan seorang mantan perdana menteri. Kabarnya kelab penyokongnya cuma menyewa tempat itu. Mantan perdana menteri tu juga sempat hadir sama dalam majlis tersebut.

Dia mengutuk ulama dengan menyamakan seoerti kasta paderi. Kononnya 2 kalimah syahahdah itu mendewakan Nabi Muhammad (SAW). Dia juga mendakwa rambut wanita itu bukan aurat.

 Mereka mengatakan dia adalah sesat tapi mantan perdana menteri itu tidak sesat. Biasalah penyokong tegar mantan perdana menteri ni. Semua dia buat tak ada yang salah. Pihak berkuasa pun takut nak kata dia sesat.

Yang sorang kata nak berpandukan AlQuran semata-mata dan yang sorang minta AlQuran ditafsirkan semula. Sorang kata mendewakan Nabi, sorang mengutuk Nabi simpan janggut (sebab dia clean shaven). Eloklah kawan dua orang ni.

Kalau dalam AlQuran tak ada mention perlu mandi, kafan dan solat mayat mereka, tak perlulah dilakukan ke atas mayat mereka. Sebab mereka hanya ikut AlQuran mengikut terjemahan dan tafsiran mereka sahaja.


Kata saya...sesungguhnya mereka itu sesat dan menyesatkan.

Thursday, January 02, 2014

Fatwa

Mufti Perak dah keluar kenyataan (tak tak tau lah kalau dah dikategori sebagai Fatwa) berkenaan Bughah. Beliau menyifatkan pendemo jalanan malam tahun baru Gregorian adalah Bughah.

Bughah bermaksud pemberontak yang halal darahnya. Bermakna agaknya boleh tembak mati aje mereka tu.

Ok... so macam mana sekarang? Dah ada Fatwa, boleh laksanakan tak?

Yang saya tahu, terang-terang judi dah arak itu dosa besar. Bagaimana ianya masih boleh dilanggani oleh orang Islam. Itu bukan lagi Fatwa, itu memang termaktub dalam Al-Quran. Kalau tak silap ada ayat yang kena hafal untuk exam masa sekolah menengah dulu.

Satu lagi Fatwa tentang merokok.Dah berapa lama diisytiharkan oleh Fatwa haram. Tapi elok aje dijual di kedai-kedai runcit, kedai makan dll.

Yang saya tak berapa setuju ramai benar yang komen mengutuk Mufti ini macam diorang tu hebat benar ilmu agama. Elok kita biarkan yang berilmu sahaja yang berdebat. Jangan kita yang ilmu cenonit ni  berhujah macam bagus aje. Inilah yang dikatakan tanda dunia nak kiamat. Yang tak berilmu agama nak bimbing orang.

Kata saya... Tabik kepada JAIM yang bercadang nak berkhemah berhampiran kedai judi.

Wednesday, January 01, 2014

The Year I Move Back To Blogger.Com

Yes...

I'm getting fed-up with all those writing on my facebook wall thinking they are the expert of Malaysian politics. Sadly they are depending on the news from Utusan Malaysia & TV 3, which they thinking are speaking the truth.

So I going to let my facebook idle and if I have to write I will write using encripted messages.

So starting tomorrow this blog will going to be alive again with my moaning and groaning.

Hi, hi, any comment will need to be approved first before it can be published.

Kata saya... Bye, bye pencacai umno & bn yang tegar!!!

Friday, September 20, 2013

Aman

Memang aman.

Kalau dulu nak ke mana-mana pun kena tengok Calendar, sekarang lebih aman. Sibuk memang tetap sibuk tetapi sekurang-kurangnya adalah masa untuk melihat banyak perkara yang dah lama ditinggalkan.

Hi, hi, macam blog ni lah jugak...

Walaupun aman, tanggungjawab masih memerlukan komitmen yang tinggi. Banyak meeting yang perlu dihadiri, dipengerusi dan diatur aktivitinya.

Insya Allah mulai minggu depan diri ini mempersibukkan diri untuk keperluan diri sendiri Dunia dan Akhirat.

Kata saya... sendiri mau ingat: duduk di Dunia ini dah tak lama, perlu bersedia untuk Akhirat. Jadi bekerja untuk dunia dengan persiapan untuk akhirat...

Friday, August 16, 2013

The Divided Faculty

Sedih...

Bila mengenangkan fakulti buat masa ini. Masa telah menentukan apabila ego, nafsu dan kuasa tidak dibendung dengan betul akan porak porandalah pentadbiran. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Seperti mana yang pernah aku katakan melalui pepatah Inggeris:

Even a broken clock shows correct time twice a day.

Hi, hi, jam yang ada 2 tangan tu la.

Itulah sebabnya aku katakan Iraq tak kan aman selagi tak ada orang macam Saddam Hussain memerintah negara itu.

Namun begitu aku juga tidak menafikan yang ramai tidak dapat menerima perubahan (change) atau istilah yang biasa digunakan kini TRANSFORMASI.

Itulah sebabnya aku pernah katakan ramai otai-otai profesor yang mempersoalkan tentang OBE.

Tetapi apa yang aku mula nampak adalah 2 kumpulan di fakulti. Ya, itu yang aku paling takut semasa mula menyertai universiti ini. Orang kata ini tidak dapat dielakkan. Lambat laun akan terjadi juga. Aku cuma berharap ianya tidak akan berlaku semasa aku masih berkhidmat di sini.

2 kumpulan bermakna ada 2 set kroni. Itu aku sudah nampak dengan jelas sekali.

Jadi bagi mereka yang sedang cuti belajar, korang boleh pilihlah kumpulan mana kau nak masuk. Cuma peringatan aku, jangan tersalah pilih kumpulan. Tapi kalau korang tak tau nak pilih kumpulan mana bolehlah join kumpulan ke 3, KOOL.


Kata saya...KOOL: kumpulan orang-orang lama

Friday, July 26, 2013

Yang Lebih Afdhal

Ya, dah Jumaat, 17 Ramadhan. Begitu cepat sekali Ramadhan bergerak.

Hari isnin lepas kena ambil cuti untuk menziarah keluarga terdekat yang sakit. Dalam perjalanan pulang terpaksa singgah di sebuah masjid yang tempatnya sama nama dengan tempat kelahiran saya. Ya terpaksa singgah untuk berbuka di situ.

Bangsal didirikan di perkarangan masjid. Tiada jemaah tempatan kecuali mungkin imam, bilal dan siak di ruang legar masjid. Satu kereta lain ada di tempat parking. Pasangan itu telah siap sedia duduk di meja bawah bangsal tersebut.

Ketika saya pergi ke tempat wuduk saya lihat 3 pegawai masjid itu membuka bekal masing-masing. Bila bilal mengalunkan azan pegawai masjid tersebut menikmati bekalan juadah yang dibawa dari rumah.

Setelah makan saya naik ke mesjid untuk bersedia solat maghrib. Saya lihat ada satu senarai terpampang pada papan kenyataan. Senarai lengkap penderma moreh dari 1 Ramadhan hingga 28 Ramadhan.

???


Kata saya...Tiada orang nak sponsor berbuka puasa tapi ramai yang sponsor moreh. Yang mana lebih afdhal, jamu orang berbuka puasa atau jamu untuk moreh. Ternyata dah hilang keutamaan.

Thursday, March 28, 2013

Letih

Letihla...
Baca status facebook korang yang asyik cerita fasal politik.
Politik tegar pulak tu.

Aku ingat nak unfriend saje those yang extreme sangat tu.
Tau le itu wall engko tapi dia masuk juga kat news feed aku.

Cuma satu aku ingatkan...
Kalau parti-parti yang engko kutuk tu ditakdirkan membentuk kerajaan selepas PRU13,
adakah engko nak digelar penyokong pembangkang?

Aku tak kisah mana-mana parti memerintah.
Sebabnya...


Kata saya...saya penjawat awam kerajaan MALAYSIA dan saya akan terus menyokong kerajaan MALAYSIA!

Saturday, March 23, 2013

Antara Cinta dan Benci

Dari Kuliah Maghrib Ustaz Hafiz:

Kalau ada orang tanya,"Adakah anda cintakan Al-Quran?"
Semua orang Islam akan katakan,"Cinta".
Mustahil orang Islam kata bencikan Al-Quran.

Kalau ada orang tanya,"Adakah anda cintakan Facebook?"
Most likely jawapannya,"Tidak".
Gila apa ke nak cintakan Facebook.

Jadi muhasabah diri dulu...

Bagaimana nak definisi CINTA.
Hi, hi, orang tengah bercinta akan segera menjawab.

Jawapannya senang aje.
Tengok masa yang diperuntukkan untuk setiap perkara.
Berapa MINIT diperuntukkan untuk membaca Al-Quran setiap hari.
Berapa JAM diperuntukkan untuk mengadap laman sesawang media sosial, i.e. Facebook, Twitter etc.
Lagi lama lagi CINTA.
Lagi kejap lagi BENCI.
Hi, hi, MINIT dan JAM aje sudah membayangkannya.

Fikir-fikirkanlah..kita di bawah kategori mana, BENCI atau CINTA Al-Quran.


Kata saya...buat peringatan diri sendiri!

Friday, March 22, 2013

Ha Ha

What a joke.

Malam tadi mimpi Big Momma bagi hadiah bagi satu acara sukan.

Malangnya bukan dia yang bagi pada athlete. Dia cuma sebagai orang perantaran dari usherer kepada entah siapa isteri VIP.

Lebig malang lagi bila dia bagi hadiah kepada isteri VIP itu dengan cara yang agak kurang sopan.


Kata saya...dalam mimpi aku pun ko boleh masuk!

Wednesday, March 20, 2013

Coming Back

Yeah, I'm getting tired of Facebook!

Sekarang ni dah tak ada cerita lain, politik di Malaysia. Semuanya dipolitikan. Apa nak jadi entah. Masing-masing nak tegakkan kem masing-masing. Dah tak nampak kebenaran di pihak satu lagi. Aparaaaaa!!!

Macam saya selalu kata, jam yang rosak pun akan tunjukkan masa yang betul 2 kali satu hari.

Tempoh 5 tahun untuk memerintah dah habis, namun pilihanraya masih belum diadakan. Belum pernah dalam sejarah, pilihanraya begitu lambat. Sehinggakan semua orang dah malas nak agak bila nak buat pilihanraya.

Dan oleh kerana begitu lambat buat pilihanraya pelbagai spekulasi telah dibuat...



Kata saya...bakal-bakal calon DUN Ayer Keroh & Parlimen Bukit Katil belum merisik undi saya lagi. Nanti tahulah apa yang saya nak buat dengan undi saya!

Saturday, November 10, 2012

Hantu & SMS

Tidak lama dulu saya telah dijemput untuk memberi ceramah di satu sesi induksi di Port Dickson. Jadual ceramah itu terpaksa ditukar ke sebelah malam apabila saya terpaksa ke satu persidangan yang dijalankan di IOI Resort.

Ketika itu saya masih di Bangi. Selepas solat maghrib saya ke PD. Saya ikuti jalan Highway dari Seremban ke PD. Gelap sepanjang perjalanan. Hati saya berkata "Tak jadi balik lepas ceramah, kena tidur kat BB Resort lah malam ni".

Saya tiba BB Resort lebih awal dari yang dijangka. Peserta induksi masih dalam sesi tazkirah sementara menunggu solat Isyak. Ceramah bermula agak lewat dan tamat dalam jam 11.00pm. Selepas minum malam saya ambil kunci bilik yang disediakan untuk penceramah. Semasa parking kereta saya lihat kawasan macam tak ada orang aje, kereta pun ada tak sampai 10 biji di tempat letak kereta.

Bilik yang disediakan adalah bilik apartment. Di tingkat empat. Kena naik lif. Bilik-bilik sebelah mungkin telah dijual sebab siap ada grill dan dimangga. Saya jengok ke bawah di beranda sebelum buka pintu.

"Ooohhh, gayatnya" kata saya.

Semasa buka pintu tiba-tiba bulu roma di tengkok tiba-tiba meremang. Saya masuk ke bilik dengan membaca azan perlahan-lahan. Setelah letak beg komputer dan tengok bilik-bilik yang ada (ada dua bilik dalam apartment tu), saya turun semula untuk ambil beg pakaian. Kebetulan dalam kereta ada surah Yasin. Saya bawa bersama ke atas.

Setelah mandi dan solat Isyak, saya baca surah Yasin itu. Kemudian membuat sedikit persediaan untuk pembentangan kertas kerja di persidangan esoknya. Saya tengok kedua-dua handphone jika ada message dan kemudian tidur tanpa menutup lampu bilik. Surah Yasin diletakkan di sebelah saya.

Semas tidur yang tak berapa lena disebabkan lampu bilik yang terang, saya terasa ada orang berpakaian putih mundar-mandir di hujung kaki katil saya. Mungkin hanya mimpi saya agaknya.

Pukul 5.45 pagi saya bangun, mandi, mengemas barang dan solat subuh. Selepas solat saya tergerak untuk semak handphone. Bila melihat handphone yang menggunakan talian Max*is, tertera ada satu message. Nombor dari saya tak kenali dan memang tak ramai tahu nombor itu sebab saya hanya berikan kepada mereka yang terdekat sahaja.

"Jika saya jadi awak, saya akan terjun bangunan"

Saya pun terus tukar baju, ambil barang dan terus ke kereta. Pergi ke lobi resort serahkan kunci. Kemudian tengok semula handphone dan deletekan message.

Alhamdulillah saya selamat kembali ke hostel di Bangi tanpa sebarang masalah.


Kata saya...Hantu kini pun dah canggih, kacau orang guna SMS!


 

Friday, September 14, 2012

Kematian

Minggu lepas dikejutkan dengan perginya jiran depan rumah menemui Allah. Kemudian, adik ipar kepada yang meninggal pergi mengikutnya.

Kemudian abang ipar jiran sebelah rumah meninggal pula.

Semalam pengerusi Masjid Al-Alami MITC, perintis Taman Tasik Utama, pula pergi menemuiNya.

Begitu mudah mereka pergi. Tak kira tua atau muda!

Kata saya...sudahkah kita bersedia?

Tuesday, April 24, 2012

5 Series

Hari ini saya akan menerima BMW 5 series saya...
Terima ajelah dengan senang hati!

Hi, hi, ada percaya ke?


Kata saya...ulang saja baca doa tahun lepas!!!

Monday, April 23, 2012

Masih Begitu

Masih lagi yang buat begitu.

Masih bergegas membaca doa yang lapan antara 2 sujud. Ambil syarat duduk saja.

Masih lagi bergegas membaca wirid. Ambil syarat baca wirid saja.

Masih lagi kedengaran bunyi lagu-laguan tatkala solat didirikan. Kalah businesman niaga juta-juta.

Masih lagi politik Malaysia yang hampes. Tak tau la nak undi siapa entah!



Kata saya...terima kasih ya Allah, kerana saya masih berupaya bernafas di dunia ini!

Saturday, March 24, 2012

Komputer Lama

Hari ini seharian menggodel komputer lama saya. Hard disk yang lama dah kaput. Beli baru, hi,hi, second hand saje. RM 160 untuk 250 GB. Juga beli 1 GB RAM lagi.

Masalahnya... bila tengok kat system, RAM nya cuma 1.5 GB! Sepatutnya 3!

Kata saya...agaknya 3/2 = 1.5

Friday, March 23, 2012

Surah Al Kahfi

Dah lama tak buka my-pad...

Pagi ini membukanya buat kali pertama selepas 2 minggu. Hi, hi, lebih suka guna netbook yang murah ini selepas kehilangan notebook 12 Jan yang lalu.

Bila buka my-pad pagi ini, biasanya pada hari Jumaat dia akan tanya "Have you read surah Al Kahfi, today?"

Kata saya...anda dah baca?