Saturday, January 30, 2010

Pro atau Amatur

Pro-M lawan Pro-A.

Kalau satu lawan satu, ok.

Tapi biasanya, satu lawan satu+1.

Yang itu, tak sedap dilihat. Biarlah orang muda berpolitik kampus, orang tua jangan masuk campur. Biarkan mereka memperlihatkan tenaga muda, fikiran yang kritis, idea yang membangun. Jangan membantutkan pandangan mereka dengan meletakkan tempurung dalam dunia mereka.

Agak orang-orang tua ini takut dengan bayang-bayang mereka sendiri...

Kata saya...it's time to change!

Friday, January 29, 2010

Kepala

Dulu ada yang mengarak kepala lembu.

Sekarang ada yang melempar kepala babi.

Yang mengarak kepala lembu secara terang-terangan. Entah apa tindakan diambil.

Yang melempar kepala babi, sorok tangan. Agaknya boleh dapat tangkap ke yang buat tu?

Letih memikirkan Malay sia ni.

Kata saya... duh!!!

Thursday, January 28, 2010

Angkat Tangan

Kalau saya pandu Naza, mereka yang dulu angkat tangan.

Kalau saya pandu gen 2, kadang-kadang mereka angkat tangan.

Kalau saya pandu kancil, mereka macam tak mau pandang.

Kata saya...tak ape lah, janji diorang bagi saya masuk!

Wednesday, January 27, 2010

Cermin Sisi

Dua minggu lepas cermin sisi kereta Naza telah ditarik keluar dan dipecahkan oleh kera-kera di hutan yang kelaparan. Agaknya kerana marah sangat operasi yang sama juga telah dibuat di beberapa rumah yang berdekatan. Ada rumah sampai empat biji kereta cermin sisinya kena pecah.Yang peliknya kera-kera ni pandai pula, apabila siap operasi mencabut dan memecah, cermin sisi itu diletakkan atas tembok pintu pagar rumah.

Semalam saya ke kedai untuk memperbaiki cermin sisi itu. Hi, hi, saya tak pergi ke Naza Service Center yang kat Jalan Tun Ali tu. Saya pergi ke bengkel yang mengiklankan sebagai pakar dalam pembaikan kereta-kereta Naza. Mungkin tuanpunya bengkel pernah bekerja di Naza Service Center. Kenalah bayar RM150.00 untuk cermin sisi itu.

Bila dah rosak cermin barulah saya hargai fungsi cermin sisi. Kena pulak yang pecah sebelah kanan. Nak memotong memanglah susah.

Kata saya... itu baru cermin sisi, dah tiada baru tahu nak mengenang jasanya...

Friday, January 22, 2010

Lampu Merah

Di laluan ke tempat kerja ada satu persimpangan, simpang empat. Satu laluan menghala ke universiti dan satu lagi ke Kolej Yayasan Saad. Di situ diletakkan lampu isyarat.

Boleh dikatakan yang menggunakan laluan itu adalah pelajar dan pekerja di univerisiti. Yang menghala keluar masuk ke KYS adalah terlalu jarang. Tau ajelah 'boarding school'.

Yang tak praktikalnya, lampu isyarat yang yang diletakkan hanya menggunakan 'timer'. Jadi banyak masa dihabiskan menunggu lampu bertukar hijau. Laluan ke KYS biasanya tiada kereta tetapi oleh kerana timer, diberikan juga untuk masa untuk "tiada kenderaan lalu-lalang".

Kata saya...'timer tak bodoh', tapi...

Friday, January 15, 2010

Biar Cepat Jangan Terlambat

Semalam dapat satu lagi berita yang menyedihkan selepas solat maghrib. Jiran depan rumah telah dimaklumkan mengidap kanser payu dara tahap 4. Dia pun baru tahu petang semalam setelah menjalani ujian pada hari Isnin.

Pada tahun 2008 saya ada menulis tentang kehilangan kawan kerana penyakit kanser. Mungkin ramai yang menganggap permintaan saya dalam entri sesuatu yang remeh temeh. Ya, mungkin sebab ianya remeh sampai tidak terbuat...

Apa salahnya ketepikan sedikit masa dan wang untuk membuat pemeriksaan tahunan. Cuma sehari dalam setahun dan kurang dari RM200 untuk buat complete blood test. Saya pernah buat tak sampai RM100 pun. Banyak kita boleh tahu tentang dalaman badan kita.

Jadi usaha-usahakanlah. Cepat-cepat buat blood test dan, bagi wanita khasnya, mammogram. Biar cepat jangan terlambat.

Kata saya...buatlah untuk anak-anak dan orang-orang yang tersayang...permintaan saya sekali lagi

Thursday, January 14, 2010

Bila...

Bila... orang mengutuk Israel dan Yahudi
Mereka cepat melabel orang anti-Semitic

Bila... Nabi Muhammad S.A.W dipersendakan
Mereka kata itu cuma satira

Bila... gereja diserang
Mereka begitu ambil berat


Bila... rakyat Patani ditembak dalam masjid
Mereka diam kelu tak berkata


Bila... tempat mereka dibom
Mereka kategorikan orang Islam pengganas


Bila... masjid yang gah di India dirobohkan
Mereka tidak mahu campur tangan

Jadi, kenapa mereka campurtangan di Iraq?
Jadi, kenapa mereka campurtangan di Afghanistan?

dan
campurtangan mereka di Palestin
menipu orang Islam
menguntungkan Israel

Kata saya... HaMPEs!!!

Tuesday, January 12, 2010

Hanya Iklan?

Saya terbaca surat dari pembaca Mansor Puteh dari Cheras dalam the Star. Dia mempertikaikan kenapa rakyat Malaysia begitu tergila-gilakan kelab bolasepak liga Inggeris dan juga Piala Dunia yang akan datang.

Memandangkan beliau dari latarbelakang dalam pekerjaan pengiklanan, beliau merumuskan bahawa rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kuasa kempen pengiklanan.

Duhhhh!

Samada beliau bukan peminat sukan atau sengaja tidak melihat realiti kehidupan memandangkan semua benda di sekeliling kita terlibat secara tidak langsung.

Perlu ditanya kenapa ada yang bersekang mata menonton perlawanan secara langsung. Atau kenapa main bola? Bola sebiji kejar 20 orang, 2 lgi tunggu gol. Ada sampai gaduh-gaduh. Yang main kriket, berjemur tengah panas, kenkadang sampai 5 hari. Apa dapat?

Kita lihat pula tv realiti sekarang. Yang bersorak gila-gila, hantar sms sana sini, yang menang bukan dia. Yang suka tengok tv, duduk berjam-jam sambil tekan remote-control. Pada hal dia tahu itu hanya lakonan.

Kalau ikut kata encik Mansor, sudah tentu tiada sukan profesional. Semua sekali lah, bukan setakat bolasepak liga Inggeris dan Piala Dunia. Begitu handalnya kuasa pengiklanan...tapi apa dah jadi dengan kuasa iklan di Malaysia? Tengoklah nanti berapa ramai pergi stadium untuk tengok Liga Malaysia...

Orang Malaysia suka tengok yang menang aje. Hi, hi macam kartun dalam Mingguan Malaysia, Si Rosli dah berubah jadi penyokong MU ke Chelsea.

Kata saya...satu ketika dulu saya tengok ramai yang pakai baju kelab Blackburn, sekarang bila kelab itu dah tak berapa gah lagi, ke mana mereka agaknya...

Monday, January 11, 2010

Lagi Kisah Sebelum Tidur

Hari Jumaat lepas seperti biasa ustaz H memberi kuliah tafsir Al-Quran. Sekarang dah masuk Surah Ali-Imran ayat 18-20. Dah dua minggu. Semasa mentafsir ayat 18, dia menasihatkan membaca sekurang-kurangnya dua kalimah syahadah sebelum tidur. Katanya manalah tahu...sekurang-kurangnya kita mati dalam Islam.

Katanya lagi, saya tak pasti pulak asnadnya, jika kita mengamalkan ayat ini sebelum tidur, Allah akan mengutuskan 70,000 malaikat mendoakan kita sehingga hari kiamat. Wallah Hua'lam.

Tambahnya lagi, janganlah pula kit mengharapkan habuan dari Allah semata-mata tetapi menghayati makna disebalik ayat tersebut.

Ayat 18:
Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil dan bukti) bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan, demikian juga malaikat-malaikat dan orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian). Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kata saya...yang baik itu jadikan amalan.

Thursday, January 07, 2010

Yahudi dan Nasrani

134:
Mereka itu adalah satu umat yang telah berlalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan)apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka lakukan.

135:
Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata, "Jadikan kamu sebagai pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu mendapat petunjuk." Katakanlah (wahai Muhammad),"Tidak, bahkan kami akan mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (atas dasar tauhid), dan bukanlah dia daripada orang musyrik."

136:
Katakanlah (wahai orang yang beriman), "Kami beriman kepada Allah, dan kepada yang diturunkan kepada kami (al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishaq dan Nabi Ya'qub serta anak cucunya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Tawrat) dan Nabi 'Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi daripada Tuhan mereka, kami tidak membezakan seseorang pun dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Muslimin (berserah diri dan tunduk taat kepada Allah semata-mata)."

Kata saya...Surah Al-Baqarah

Tuesday, January 05, 2010

Sebelum Tidur

Dalam kuliah mingguan ahad lepas ustaz ada menyarankan agar diamalkan sebelum tidur:
  1. Ambil wuduk
  2. Solat Sunat Taubat
  3. Maafkan kesalahan orang kepada kita
  4. Zikir (Subha Nallah Walhamdulillah Wala Illa Haillallah) 33 kali
  5. Baca 3 Qul
  6. Baca ayat 284-286 surah Al-Baqarah (3 ayat terakhir)

Kata saya...jangan nak tanya bidaah ke tidak, yang elok ikut aje lah, yang tak elok tu tinggalkan.

Monday, January 04, 2010

Cartoonist and Terrorist

Ada sorang mamat telah menghina Rasulullah dengan melukis gambar baginda dengan berserbankan bom. Mamat ni dinamakan kartunis. No action taken against him. Freedom of speech. Mangkuk Hayun dia!

Ada sorang mamat telah menceroboh masuk rumah kartunis tadi. Katanya nak membunuh kartunis itu. Kartunis lari masuk panic room bersama cucunya. Polis datang tembak mamat tu. Mamat tu digelar pengganas.

Kata saya...APARA!!!

Friday, January 01, 2010

Bukan Berita Muka Depan

Sudah baca keputusan mahkamah tinggi semalam?

Dua akhbar yang ada di rumah saya tidak meletakkan berita itu sebagai berita muka depan. Mungkin muka 2 atau 3. Menunjukkan berita itu tidak penting!

Hampes! Hampes! hampes!

Berita harga gula naik dan manusia yang menconteng muka untuk menyambut tahun baru gregorian jadi berita utama. Yup, apabila tahun baru harga naik. Harga gula naik, harga rokok naik.

Yang pelik, harga ARAK tak naik. Kalau rokok dikatakan membahayakan kesihatan, arak tak merbahaya ke? Agaknya itu sebab iklan arak merata dalam surat khabar!

Agaknya berapa banyak lagi akhbar/newsletter agama lain yang akan guna "ALLAH" sebagai nama tuhan mereka?

Kata saya...nak kutuk lebih-lebih tak boleh, Nabi Isa tu pun salah seorang Rasul orang Islam. Nak kutuk penganutnya, isu sensitif la pulak. Hi, hi, 1Malaysia!

Tuesday, December 29, 2009

Countdown...

Ni bukan countdown nak tahun baru gregorian.

Ni countdown nak masuk sekolah semula...4 Januari.

Kena tengok baju, kena tengok seluar. Baju rasanya masih boleh pakai. Seluar tak tau la. Hopefully, masih muat.

Kalau tak kena pergi Jusco beli seluar baru. Nak gi Jusco @ Aeon baru, tak buka lagi. Masih lagi belum buka dan masih macam kena bom food-court dia.

Minggu lepas dah ambil jadual, semalam dah telefon penyelaras. Dari jadual minggu ke 8 baru take over the classes.

Kata saya...hi, hi, nampak gayanya kena buat office kat rumah, bilik tak ada...

Monday, December 28, 2009

Bas Ekspress

Sekali accident, sekali lagi kecoh.

Memang kesemua yang terlibat tak ambil iktibar. Itu hari bila ada kematian melibatkan bas ekspress, memacam peraturan dibuat. Ada yang telah memberhentikan perkhidmatan syarikat bas itu. Ada yang suruh pemandu pergi pelbagai kursus. Ada yang letakkan orang JPJ dalam bas ekspress.

Hangat-hangat tahi ayam...

Lepas tu apa jadi? Bas ekspress laju semacam. Kita lari 110 km/jam diorang boleh bagi lampu lagi dari belakang. Syarikat bas kata bas tu lari dalam 90 km/jam saja sebab bas itu dihadkan kelajuannya kurang pada 100 km/jam. Hi, hi, kalau betullah bas tu dipandu 90 km/jam, mungkin kucing akan bertanduk!!!

Sekarang, struktur 2 tingkat jadi cemuhan. Kalau betul kenapa pihak yang bertanggungjawab meluluskannya tanpa sebarang ujian. Siapa agaknya yang bertanggungjawab buat ujian? Atau langsung tiada ujian?

Kata saya...lepas ni kita tunggu pula berapa orang yang akan MATI sebelum cerita bas ekspress ni jadi kecoh semula. Beri tempoh seminggu dua, semua akan lupa, sengaja dilupakan...

Sunday, December 27, 2009

Laman Sawang, Blog & MukaBuku

Laman sawang:
Sudah lama saya tinggalkan laman itu. Mungkin bila semua dah selesai, saya akan kembali ke situ. Akan dibina semula laman tersebut agar lebih interaktif, ceria dan infomatif. Salah satu sebabnya laman tersebut ditinggalkan kerana kurangnya respon dari rakan-rakan untuk kemaskini maklumat mereka. Mungkin juga saya terus aje buang sambungan mereka...

Blog:
Hi, hi, di sini. Tempat saya meluahkan perasaan, kritikan, cemuhan, kutukan, komen menurut kata hati saya. Kalau sesiapa tak setuju jangan baca!!! Saya tidak menjemput dan tidak memaksa anda untuk membaca. Seperti tajuk tersebut di atas, KATA SAYA, bukan kata anda, ek!

MukaBuku:
Mula-mula dulu OK, kemudian KO. Dulu lingkungan kawan yang ada tak ramai, jadi senang dikawal. Bila dah ramai, entah apa-apa yang distatuskan. Sudah menjadi malas untuk meng-update status. Ditambah pulak dengan kerenah "kawan-kawan" yang minta untuk jadi "friend" telah men-delete satus "kawan" tanpa berita. Hi, hi, mungkin juga saya akan dan patut berbuat demikian. Secara-cara diam-diam saya akan dan patut buang aje "kawan-kawan" yang membosankan...mungkin.

Kata saya...hi, hi, itu belum cerita fasal E-Group. Nasib baik ada masuk e-mail yang biasa dijenguk...

Friday, December 25, 2009

15...and counting

Hi, hi, Krismas datang lagi...

Setahun lagi usia perkahwinan kami.

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan, suam kuku.

Kata saya...semoga dipanjangkan jodoh sehingga ke akhir hayat dan dipertemukan di syurga Firdaus di alam yang kekal nanti.

Thursday, December 17, 2009

Doa

Hari ini hari akhir dalam kalendar Tahun Hijrah. Pada hari ini bolehlah kita membaca doa akhir tahun sebelum masuk waktu maghrib dan membaca doa awal tahun sesudah solat maghrib. Semoga tahun depan diberkati Allah dan kita semua dapat menjadikan tahun yang lebih baik dari tahun ini.

Hi, hi, kalau sesiapa tak tahu nak baca doa-doa ini, pergilah ke kedai buku yang berdekatan khasnya kedai buku yang menjual buku-buku agama Islam. Biasanya naskhah Yasin dan Tahlil ada dimasukkan doa-doa ini.

Janganlah hanya ingat nak berpesta sambut satu Januari aje. Pesta orang putih ni lepas tengah malam. Majlis agama di masjid ni untuk baca doa ni, diingatkan sekali lagi, sebelum dan selepas maghrib ye...

Kata saya...teringat 3 tahun lepas, saya, isteri, mak dan kakak ipar berangkat ke Madinah pada hari ini (kalendar Islam). Kalau kalendar orang putih, esok 18 Disember, saya baru berangkat ke Jeddah.

Tuesday, December 15, 2009

Etika

Tidak beberapa hari yang lalu seorang YB telah mengatakan sesuatu berkenaan etika berblog. Beliau telah highlight-kan beberapa dos dan don'ts dari mana entah. Ya, saya setuju dengan beliau...tapi...

Kita lihat media massa kita, beretika atau tidak jika dibandingkan dengan apa yang telah dibentang dalam blog. Banyak perkara yang disesnsasikankan dan berat sebelah. Apa arah tuju etika yang digunakan? Yang ini perlu dibetulkan terlebih dahulu!

Yang penting, berita media massa itu dimuntahkan dalam tv dan radio arus perdana, yang penuh dengan iklan. Surat Khabar perlu dibeli, juga penuh dengan iklan. Hi, hi, sebenarnya tak relevan. Blog tu boleh masuk secara percuma. Tak ada yang paksa untuk membaca dan mempercayainya.

Kata saya...pilihlah untuk membaca, mendengar, melihat dan mempercayai yang beretika sahaja.

Wednesday, December 09, 2009

Empat Tahyat

Demi masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...

Sejak kebelakangan ini dek kerana kesibukan duniawi saya selalu lambat ke surau. Bila saya sampai, biasanya imam dah pun mula solat berjemaah. Oleh kerana lambat saya terus ikut perbuatan imam.

Hasilnya...

Saya selalu solat 4 tahyat!

Kata saya...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!