Tuesday, August 31, 2010

Ringtones

Saya sangat menyampah bila handphone berbunyi ketika solat. Sebab itu saya selalu tinggalkan handphone di pejabat, di rumah atau dalam kereta sebelum solat di masjid atau surau.

Kini bulan Ramadhan. Yang biasanya jarang nampak muka di masjid dan surau berduyun-duyun datang solat berjemaah. Bagus! Tapi malangnya ramai yang bawa handphone ke rumah ibadah ini. Ramai pula yang "LUPA" nak off-kan atau silent-kan handphone mereka. Walaupun di setengah masjid dah ditampal "Tiada panggilan yang lebih baik dari panggilan Ilahi".

Hasilnya...

Bermacam-macam bunyi deringan diperdengarkan. Kalau deringan yang bagus tak apa, biasanya deringan yang memang KURANG sesuai untuk didengar di dalam rumah ibadah.

Salah siapa? Hi, hi, jangan salahkan sipembawa handphone, salahkan teknologi la...Penting sangat panggilan sampai takut terlepas...

Kata saya...nak aman beribadah JANGAN bawa handphone ke masjid

Sunday, August 29, 2010

Mereka Lupa?

Hari Jumaat saya dipanggil Dekan. Dia cadangkan nama saya untuk pergi bengkel 2 hari di Putrajaya bulan November nanti. Saya tanpa banyak usul periksa setuju.

Balik ke pejabat saya terus isi borang. Kemudian semak dan menulis dalam buku harian saya. Terkejut bila tarikh yang dicadangkan jatuh pada Hari Raya AidilAdha. Hi, hi, saya pun menulis e-mail untuk menyakat si penganjur.

Semalam saya terima e-mail bengkel dah diubah ke depan, pada 2 & 3 November.

Kata saya...bila puasa kut, mata nampak Raya Aidilfitri aje...

Thursday, August 26, 2010

Menghitung Di Bulan Ini

Di bulan ini...
Sudahkah engkau menghitung

Berapa kali engkau sujud solat sunat
Berapa malam engkau bangun untuk qiamulail
Berapa wang yang engkau sedekahkan
Berapa tasbih yang engkau titipkan
Berapa permohonan maaf yang engkau sebutkan
Berapa helaian Al-Quran yang engkau bacakan
Berapa doa yang engkau pohonkan

Bukan...
menghitung hari ke bulan Syawal
menghitung helaian baju raya

Kata saya...masih menghitung dengan kalkulator

Thursday, August 19, 2010

Sedekah

Faedah Bersedekah - Di Dunia dan Akhirat

Fadhilat atau kelebihan bersedekah - adalah meliputi dunia dan akhirat. Faedahnya di dunia ialah:
a. Memurahkan rezeki
b. Menolak bala bencana
c. Memanjangkan umur
d. Mencegah dari kematian yang buruk
e. Menghapuskan dosa

Manakala faedah di akhirat pula ialah:
a. Menjadi naungan dari panas terik di padang mahsyar
b. Menjadi pendinding dari api neraka.

M.s. 249 Mastika Hadith

Kata saya...perbanyakanlah berbuat sedekah di bulan yang mulia ini.

Monday, August 16, 2010

Mahasiswa & Politik

Suatu masa dulu semasa saya di UK, sebuah parti politik itu dengan terang-terangan membuka kelabnya di kalangan mahasiswa di sana. Tak tau le pulak itu bukan kelab parti politik.

Malah AJK kelab parti politik secara terang-terangan juga dijemput menghadiri perhimpunan agung tahunan. Sekarang ni tak tau la...

Kata saya...saya tak kisah. Saya tak minat nak join mana-mana parti politik. Takut ditanya di SANA kelak...

Saturday, August 07, 2010

Islamophobia Anyone?

Jika benar apa yang dibicarakan oleh Malaysiakini berkenaan bidasan Chua Soi Lek terhadap UMNO dan PAS tentang cubaan meraih sokongan menggunakan Agama Islam dan mengaitkan hasil tulisan Syed Akbar Ali yang berjudul "Malaysia and the Club of Doom", maka saya dengan ini mencabar Chua supaya membawa keluar MCA dari Barisan Nasional dan bertanding sebagai sebuah parti politik kaum Cina dalam PRU13.

Jika benar apa yang ditulis dalam akhbar maya itu (hi, hi, sebab saya cuma baca apa yang ditulis, saya tak tau mandarin dan saya tak pergi konvensyen itu), saya cabar Chua sebagai seorang Islam!

Kalau betul, ini sorang lagi yang masuk dalam senarai Anti-Islam saya!

Jangan letak calon MCA dalam DUN dan Parlimen saya untuk PRU13, saya TAK akan sokong (hi, hi, atau saya tak pergi mengundi atau saya buat undi PROTES)!

Kata saya...alahai apa lah nak diharap sangat dengan orang yang dah LUPUS akhlaknya! Alangkah ruginya ahli MCA!

Friday, August 06, 2010

Kenapa...

Esok dan lusa akan dijalankan Konvokesyen ke 6 universiti ini.

Walaubagaimana pun saya masih tidak memahami tradisi yang diamalkan oleh universiti-universiti di Malaysia.

Bila ada konvo, mesti ada pesta konvo! Saya masih tak faham maksud sebenar Pesta Konvo. Yang saya nampak, yang kepohnya siswa yang masih menuntut. Graduan yang hendak ambil diploma di pentas, kebanyakannya tak ambil pot langsung. Pesta konvo untuk siswa yang belum tentu tamat belajar...

Masa saya di US dan UK dulu tak ada pun saya tengok adanya pesta konvo. Malah siswa universiti yang masih menuntut tak kisah pun majlis itu. Sebabnya universiti nak raikan mereka yang bergraduan sahaja.

Satu lagi...semua pensyarah lelaki disyaratkan memakai lounge suit, pensyarah wanita "berpakaian sopan". Hi, hi, satu diskriminasi!

Masa saya di US dan UK dulu tak ada pun syarat tersebut. Pensyarah lelaki yang hadir cuma memakai kemeja dan tali leher bersama jubah mereka. Dah pakai jubah mana nak nampak lounge suit mereka!

Kata saya...hi, hi, nampak gayanya saya pakai lounge suit buat syarat aje. Ada sebab nak beli lain untuk ke Abu Dhabi!

Monday, August 02, 2010

Kata Orang Tentang Pencen

Kata orang...
Kalau nak pencen awal, jadikan kerjaya anda seorang askar. Yang pangkat bawah lah kut...

Kata orang...
Kalau nak pencen biasa, kerja swasta. Umur 55 kut...

Kata orang...
Kalau nak pencen lewat dan ada pilihan, kerja kerajaan. Umur 55, 56, 58 atau mungkin 60 agaknya nanti.

Kata orang...
Kalau nak pencen paling lewat, jadilah politician. Selagi boleh menongkat langit selagi itulah bolehnya kerjaya ni. Hi, hi, itu pun kalau ada orang PANGKAH lagi.

Kata saya...cukup-cukup lah berpolitik, baik duduk kat masjid baca kitab....

Saturday, July 31, 2010

Niat

Semasa dalam perjalanan ke Bentong saya dan Dr. Y berbincang tentang taman tema Genting. Oleh kerana tempat tu tuan punyanya sama dengan tempat judi terkenal itu, maka abang iparnya telah menasihatkan isteri Dr. Y supaya tidak ke sana. Takut terjadi apa-apa...

Saya katakan ia bergantung kepada niat...

Malamnya saya ke kuliah Ustaz Z. Dah buka kitab baru. Kitab terjemahan Radius Salihin terbitan Jakim juga.

Hadith ke 2 membicarakan tentang sekumpulan tentera yang hendak menyerang Mekah dan membinasakan Ka'abah. Mereka tiba di satu kawasan lapang dan Allah binasakan mereka semua termasuk mereka yang datang untuk berniaga. Allah matikan mereka semua dan bila dibangun di hari akhirat nanti barulah ditanya niat mereka.

Ustaz bagi contoh Bosnia dan Acheh, di mana malapetaka menimpa semua orang termasuk mereka yang beriman.

Kata saya...nak ke Genting lagi?

Friday, July 30, 2010

Tajam, Tajam!

Saya tak mahu komen lebih-lebih, takut nanti disalahertikan pula.

Silalah baca nukilan bekas Mufti Perlis tentang Tun Dr Siti Hasmah yang sangat menarik.

Kata saya...ini baru serampang dua mata!

Thursday, July 29, 2010

Suatu Ketika Dulu di Malaysia

Hi, hi, macam once upon the time in China la pulak.

25 tahun dulu tv yang dulu cukup ... bersiaran di Kuantan. Kalau tak silap pada akhir tahun 1985 (atau 1986?). Yang saya ingat akhir tahun, sebabnya Juara Lagu dah nak sampai ke penghujungnya. Tak ingat pula siapa menang tahun itu, tapi lagu Franscesca Peters tahun itu memang hot.

Pada mula penyiarannya banyak program dari US yang diimport untuk memenuhi rancangannya. Mungkin sebab pemikiran orang ramai yang benda dari US itu bagus. Atau pun ramai graduan dari US bekerja di tv tersebut. Mungkin.

Salah satu program yang ditayangkan, Solid Gold. Hi, hi, yang banyak orang complaint tentang pakaian penari yang seksi. Yang memberi komen termasuk yang masih belum terima siaran tv tersebut, di Terengganu dan Kelantan masa itu. Jadi keluar komen balas, jealous lah tu. Setahu saya populariti rancangan tersebut semasa saya balik ke tanah air telah jatuh merudum di US!

Satu lagi rancangan yang ditunjukkan adalah Superbowl. Siap ambil Rosli Husin, bekas pemain bolasepak Kelantan yang pernah jadi place-kicker di sebuah universiti di US, sebagai game analyst. Hi, hi, berapa keratlah orang Malaysia yang faham tentang Superbowl tu. Yang pernah belajar di US pun ada yang sampai balik Malaysia tak tahu hujung pangkal game itu. Hi, hi, lain lah orang macam saya hantu sukan, sampai baseball budak grade school pun saya tengok masa summer.

Sekarang...Astro dah ambil segala-segalanya. Tv nan satu itu pula dah dikatakan tak cukup suku, telah digabungkan dengan tv-tv swasta lain. Tapi tv nan satu ni masih lagi baik dari dua tv terdahulu dari segi program dan approachnya.

Kata saya...hi, hi, saya tidak dibayar untuk rancangan iklan ini.

Monday, July 26, 2010

Sudah Bertindih

Itu hari saya dah berjanji untuk mengajar pelajar-pelajar untuk menulis tesis mereka berdasarkan template yang telah dipersetujui Fakulti menggunakan perisian Word. Hi, hi, ramai yang akan tergelak baca ini. Pelajar tahun 4 belum tahu guna perisian Word?

Hi, hi, bukan ertikata penggunaan Word yang biasa digunakan. Biasanya ramai pelajar akan menggunakan apa saja format yang tersedia dalam Document 1 itu. Hi, hi, ada juga pensyarah yang minta saya ajarkan mereka sama.

Apa pun janji saya dengan penyelaras tidak di-confirm-kan olehnya. Silap saya juga tidak bertanya kembali kepadanya. Saya sudah berjanji untuk hadir mesyuarat Rabu ini. Sudah bertindih!

Saya minta ditangguh minggu depan. Jadi kumpulan kedua terpaksa ditangguh ke minggu berikutnya. Masalahnya hari Rabu itu mungkin berpuasa, harap-harapnya hari Khamis. Itu belum lagi cerita kumpulan ketiga!

Kata saya...kalau buat masa bulan puasa teruk juga la. Pagi rabu 3 jam kuliah, petang 3.5 jam kursus.

Sunday, July 25, 2010

Sekolah Baru

Dulu ada idea bank bayi untuk bayi terbuang. Dah jadi kenyataan.

Sekarang ada idea sekolah untuk pelajar yang TERjadi emak. Agak-agak jadi kenyataan tak?

Yang pelik kalau tengok DNA anak-anak yang terbuang tu, dari etnik apa agaknya? Kalau check DNA emak JADIAN tu dari bangsa apa agaknya?

Ini mereka menjerit-jerit mahu jadi PERKASA!

Kata saya...adakah kata-kata Hang Tuah itu masih relevan? Hampes...

Saturday, July 24, 2010

What A Joke

Tergelak saya bila terbaca tentang komen bijak pandai mengenai saranan mufti dan bekas mufti agar tidak memakai jersi bola yang mempunyai lambang salib, setan dan arak. Ini telah saya bicarakan dalam entri bertajuk jersi bola.

Salah satu komen bijak pandai ini adalah mufti dan bekas mufti ini adalah penyokong Liverpool yang tak suka dengan Manchester United. Ha, ha, ha. Gelak guling-guling saya.

Kalau dah setan merah, setan merah jugaklah!

Kata saya...saya SAH penyokong LFC!

Friday, July 23, 2010

Pejogging Yang Malas

Pagi-pagi saya selalu ikut jalan pintas melalui Hutan Botanikal. Hari-hari juga saya terpaksa melalui jalan yang sempit dek kerana tuan punya kereta meletak kereta mereka secara sesuka hati.

Bayangkan mereka adalah pejogging yang meredah trek Hutan Botanikal itu di waktu pagi.

Mereka meletak kereta di kiri kanan jalan. Pada hal tempat letak kereta di sebelah jalan itu masih kosong dari hujung ke hujung. Tak kan nak berjogging pun tak boleh nak letak kereta di tempat parkir. Itu kan cara warm-up dan warm-down.

Mentaliti orang Malaysia, nak letak kereta sampai ke muka tangga.

Kata saya...polis trafik kat depan tu cuma asyik nak buat saman ekor aje. Cuba datang kat Hutan Botanikal. Tiap-tiap hari boleh saman menyaman!

Tuesday, July 20, 2010

Makna

Ada orang kata kalau boleh faham bacaan ayat semasa alangkah bagusnya. Jadi, kenapa tidak dapatkan terjemahannya?

Sesungguhnya bahasanya amat halus memuji kebesaranNya.

Tapi yang pelik yang dah dalam bahasa sendiri, tak dapat memahami maksudnya.

Maksud saya, cuba baca Rukun Negara. Faham yang dimaksudkan.

Kata saya...Al-Fatihah buat Raden Galoh yang telah meninggalkan kita...

Friday, July 16, 2010

Fathers Fight Back

Dah dua cerita saya baca tentang ayah terpaksa saman anak.

Saman pertama: RM20,000. Saman seorang bapa kerana menjaga 2 cucunya. Anaknya itu langsung tidak memberikan nafkah kepada anak-anak beliau.

Saman kedua: RM2 Juta. Saman seorang bapa kerana dirinya ditipu oleh 2 anak dan 1 orang menantunya. Ini kes takut hilang pusaka sebab bapanya nak kahwin lain.

Kata saya...insaflah anak-anak!

Tuesday, July 13, 2010

Pasir

Ni cerita dari Berita HARIan tentang curi pasir.

Pelik. Kenapa itu jadi headline?

Kalau dah tahu orang curi pasir, kenapa tak report polis. Suruh polis tangkap pencuri pasir itu! Samalah jugak tahu orang seludup minyak ke negara jiran!

Kata saya...HAIRan!

Monday, July 12, 2010

Suatu Permulaan

Hari ini hari pertama sesi akademik 2010-2011.

Waktu zohor di Masjid UTeM adalah satu permulaan yang baik. 7 saf lelaki dipenuhi semasa solat imam utama. Suasana dalam masjid juga berbeza dengan ketika mula dibuka semasa cuti akhir semester. Lebih meriah sekarang.

Semoga masjid akan terus dipenuhi jemaah di hari mendatang.

Kata saya...Alhamdulillah!

Monday, July 05, 2010

Sahabat Yang Afdhal

Menurut ustaz yang beri kuliah lepas maghrib tadi:

Sahabat yang afdhal di sisi Rasulullah SAW:
1. 4 khalifah terawal.
2. 10 sahabat yang dimaklumkan akan ke syurga.
3. Tentera perang Badar.
4. Tentera perang Uhud.
5. Sahabat yang berada di perjanjian Ar-Ridhwan.
6. Sahabat yang berada di perjanjian Aqabah I & II.
7. Sahabat yang sempat solat 2 kiblat.
8. Sahabat yang meninggal dunia sebelum Rasulullah SAW wafat (antara pandangan lain).

Wallah Hua'lam.

Agak-agak kita dalam senarai ke berapa ek? Ratusan, ribuan, jutaan...

Kata saya...ustaz juga menceritakan tentang cerita fasal wanita dan sedekah...yang telah diceritakan dalam kuliah ustaz Z bulan mac lalu.