Tuesday, March 23, 2010

Mastika Hadith

Hadith 138
Dari Jabir bin Abdullah (RAH), katanya: Aku telah hadir bersama-sama Rasulullah (SAW) mengerjakan sembahyang pada hari raya,...(setelah sembahyang dan berkhutbah), baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) sehingga sampai ke tempat kaum perempuan, lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: "Bersedekahlah kamu, kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka."
Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua pipinya bangun dari tengah-tengah kaum perempuan lalu bertanya:"Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:"Kerana kamu selalu mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikitpun)."
Jabir (rawi hadis ini) berkata:"Golongan perempuan itu pun tampil bersedekah dari barang perhiasan badan mereka - mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka."
- Hadith Sahih: Riwayat Muslim

Hadith 139
Dari Abdullah bin Umar (RAH), bahawa Rasulullah (SAW) bersabda:"Wahai kaum perempuan, bersedekahlah dan banyakkanlah beristightifar, kerena sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali di antara ahli neraka."
Seorang perempuan yang bijak diantara mereka berkata:"Ya Rasulullah, mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali di antara ahli neraka?"
Baginda menjawab:"(Kerana) Kamu selalu mengutuk dan memaki hamun, dan kamu pula tidak mengenang budi suami,...dan (selain dari itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya - serta besar pula pengaruhnya kepada lelaki yang bijak bistari (sekalipun) - selain daripada kamu."
Perempuan itu bertanya lagi, katanya:"Ya Rasulullah, apa maksudnya: (kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) akama itu?"
Baginda menjawab:"Tentang kurang akal, maka (semasa menjadi saksi) saksi dua orang perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal."
"Dan sesorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid), dan ia pula ada kalanya tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, (kerana kedatangan haid juga) maka ini dari (tanda-tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki)."
- Hadith Sahih: Riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

Hadith-hadith ini menggalakkan kaum perempuan supaya bersedekah...
Hadith-hadith ini perlu dibaca bersama penerangannya...

Janganlah pula kumpulan Anti-hadith dan golongan NGO kakak Islam kita tu mengatakan:"Inilah sebahagian yang perlu dikaji semula kerana sudah tidak relevan". Sesungguhnya Rasulullah telah melihat isi kandungan neraka, kita yang nak berhujah ni, dah pernah tengok ke?

Kata saya...Wallah Hua'lam...

5 comments:

blogmaster said...

salam Jo,
saya dah ambil entry tuan ni dan paste dalam beberapa blog dan discussion group saya. harap tak ada masalah bagi tuan.

jorazak said...

san
ilmu itu untuk disebarkan walaupun sepatah ayat

blogmaster said...

not clearly clear, allowed or not..

jorazak said...

san
aku pun ambil dari buku hadith yg dibaca masjid. buku terbitan jakim. aku beli RM30 sebiji. ada 3 jilid sekarang. persilakanlah...

blogmaster said...

terima kasih Jo