Tuesday, December 02, 2008

House of Kapitans

Dah 28 tahun saya meninggalkan alma mater saya, satu sekolah berasrama penuh di Ipoh. 29 tahun secara rasmi - diorang kira ikut tahun ambil MCE/SPM. Tahun depan meningkat ke 30 tahun. Sepanjang masa beredar saya tidak pernah hadir ke perhimpunan oldboys. Bukan apa, kebanyakan tarikh yang dicadangkan tidak sesuai dengan jadual saya. Mungkin tahun depan, InsyaAllah, saya akan hadir...

Ini membuatkan saya terkenang kisah di Tingkatan 5. Saya tinggal di blok Rumah Biru. Entah apa jadi dengan blok tu. Dengar cerita diorang tak lagi tinggal according to House Colors lagi. Blame it to the softies...and school administration. Hi, hi, masa saya di sana, ada yang lebih teruk dari High Council pun tak kecoh.

Di blok rumah itu tinggal 5 orang kapitan pasukan sukan sekolah. Yang lain 1 dari rumah hitam (ragbi), 1 dari rumah hijau (bolatampar) dan 1 dari rumah kuning (bola keranjang). Amirdin (bolasepak), Tajul Arifin (hoki), Hassan Hamdani (sepaktakraw), Mohd Salleh (olahraga) dan saya (kriket).

Amirdin, kali terakhir jumpa dia di Medan MARA sebelum dia kahwin. Entah bila agaknya tapi dah tentu sebelum saya kahwin dan juga bermakna sebelum saya buat Master. Masa tu dia bekerja dengan MayBank. Dah besar-besar anak dia agaknya.

Tajul Ariffin, kini seorang pensyarah di UKM. Pernah wakil Belia Malaysia. Tak pasti samada dia sempat main di Junior World Cup yang berlangsung di Malaysia sebab masa World Cup berlangsung dia dah nak further study ke US. Pernah tengok dia jaringkan gol dengan bawa bola dari tengah padang ke gol lawan.

Hassan Hamdani, rasanya masih lagi di Agensi Tenaga Nuklear Malaysia. Last time jumpa dia kalau tak silap masa gathering batch kami 2 tahun lepas. Dia wakil sekolah sepaktakraw sejak Tingkatan 2.

Mohd Saleh, sekarang berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang. Pernah wakil Malaysia di peringkat sekolah-sekolah Asean. Dapat pingat perak dalam acara favourite dia, 110 m lompat pagar. Dia ni pun dah lama tak jumpa.

Saya, hi, hi, tak perlu cerita lagi...baca aje komen saya, ek.

Sorang lagi yang selalu join study group kami tapi bukan kapitan adalah Azhar. Orang Kuala Kangsar. Dia pelari berganti 4X400 m sekolah. Dia ni entah ke mana perginya. Last time saya jumpa dia adalah hari terakhir saya di Lower Six (Hi, hi, ya saya kena masuk Lower Six dari bulan Januari hingga Julai 1980). Kalau tak silap dia ikut Lower Six Arts, jadi masih berada di situ sebelum saya pergi.

Dah cakap tentang Azhar kena cerita sambal ikan bilis dia. Tiap bulan dia akan balik KK ambil supply sambal ikan bilis. Sambalnya sedap dan boleh tahan lama. Tahan lama, sebab walaupun kami mengecek dia dengan pelbagai cara, hanya sejemput saja yang diberi pada kami untuk dikongsi!

Alhamdulillah, semua kapitan berjaya dalam peperiksaan dan berjaya memasuki pusat pengajian tinggi.

Kata saya...hi, hi, ada sesiapa yang punya resipi sambal ikan bilis macam mak Azhar tak? Yang sedap dan boleh tahan lama tanpa masuk fridge.

Thursday, November 27, 2008

Antara Yoga, Silat & Kuda Kepang

Hi, hi, kecoh fasal yoga dan menteranya yang boleh memesongkan akidah. Saya tak mau komen lebih-lebih sebab entry saya sebelum ni pun dah membincangkan hal itu. Saya rasa MF mengeluarkan fatwa itu berdasarkan populariti "senaman" itu masakini ataupun the in-thing yang di kalangan selebriti. Enough said.

Yang saya nak bangkitkan adalah tentang silat dan kuda kepang. Saya pernah ikuti kedua-dua seni ini secara dekat. Tak taulah samada tradisi itu masih diikuti atau tidak. Semasa nak "buka gelanggang", ayam disembilih dan darahnya disemah disekeliling gelanggang. Kemudian tok bomoh akan perasap kemenyan di sekeliling gelanggang sambil membaca mentera tertentu.

Perbetulkan saya jika saya salah! Mohon maaf terlebih dahulu!

Kenapa bila dengan yoga orang Islam melenting bila dikatakan boleh tergelincir akidah, tapi tidak kepada silat dan kuda kepang (ini adalah dua contoh yang saya dapat berikan). Masing-masing berdiam diri dalam soal ini. Mungkinkah perkara ini diamalkan oleh orang melayu jadi tak perlu dirisaukan. Tidak perlu bangkitkan fasal tergelincir akidah sebab itu cuma satu adat tradisi!

Masalahnya bila dah sembelih ayam dengan darah disemah dan pembacaan mentera, untuk siapa semua itu? Agama Islam tidak pernah menyuruh umatnya berbuat demikian! Kalau dah buat untuk selain dari Allah, itu namanya syirik! Dah tergelincir akidah!

Kata saya...MF kata, Sultan kata, PM kata... siapa yang arif, siapa yang nak diikut, siapa yang berhak, siapa yang bertanggungjawab?

Wednesday, November 26, 2008

Bila Dah Ramai Mengaku Pandai

Dunia akhir zaman, bila yang tak ada ilmu berhujah mengenai agama menggunakan akal! Mentang-mentang dah "mengaji" tinggi sampai ke luar negara, maka mereka merasakan mereka berkelayakan untuk mengutuk Majlis Fatwa kerana dua fatwa baru-baru. Sampai yang bukan Islam berani tumpang sekaki.

Kalau baca blog Makhluk ini pada 22 November 2008, cuba perhatikan komen dia yang dalam bracket tu. Dan juga komen-komen kat entry yang berkenaan. Tidak ke kebanyakannya akan membangkitkan isu sensitif keagamaan. Kalau dulu ada bloggers dituduh bertanggungjawab ke atas komen dalam blog beliau, adakah ini juga satu contoh yang serupa?

Siapalah mereka sehingga mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Saya khuatir walaupun nampak remeh, silap percaturan iman mereka itu tergelincir. Ini soal ibadah, soal fikh, soal tauhid, soal agama. Yang bukan Islam, lantak pi lah! Yang Islam tu, cakap (hi, hi, maksud saya tulisan) main lepas aje. Bertaubatlah cepat!

Hi, hi, ada yang komen dah solat pun kena exercise. Hi, hi, ye lah agaknya awak solat yang fardhu saja. Itu pun entah berapa minit satu waktu. Agaknya lebih lama beryoga seminggu dari solat! Hi, hi, agaknya kalau solat tasbih diwajibkan, hah baru dia tahu! Semasa zaman Rasulullah pun dah ada exercise. Masa zaman itu digalakkan berenang, memanah, menunggang kuda. Jadi janganlah nak bagi alasan kerepot tu.

Yang saya tak faham kenapa MFexM dengar kata nak jumpa PM fasal fatwa. Tu NGO yang protes fasal pengkid. Apa dia tu orang Islam ke? Di sinilah kita perlukan seorang pemimpin yang dapat menjernihkan keadaan...(ada ke?).

Kata saya...hi, hi, apalah sangat Majlis Fatwa punya keputusan, keputusan manusia kata mereka. Hukum Allah lagi mereka langgar, inikan keputusan manuasia yang serba kekurangan.

Tuesday, November 25, 2008

Tak Apalah Orang Tak Mau Dengar Komen Kita

Saya bukanlah seorang pakar bahasa, tetapi saya rasa apa yang saya komen ada betulnya. Walaubagaimana pun diorang tak mau dengar komen saya atau buat tak tahu tentang komen saya, jadi tiada tindakan diambil.

Saya dah maklumkan kepada mereka yang berkenaan yang bertanggungjawab di situ, dari yang bawah sampai ke atas. Sampai sekarang tiada apa yang dibuat, malah ditambah lagi keaibannya dengan menambah isinya yang terpeleot bahasanya.

Sedih saya bila ada yang mengakui ada kepincangan tetapi tiada susulan dibuat. Mungkin agaknya diorang sibuk. Tetapi saya rasa ini penting kerana ini adalah maruah kami, jadi saya harus mempertahankannya. Kami adalah sebahagian dari saya!

Cuba anda lihat:

Welcome to portal Faculty of ***** ******.
Welcome to new portal Faculty of ***** *****.

Apa kesilapannya, ek? Atau saya yang silap?

Kata saya...dah orang tak mahu ambil pot tentang komen kita nak buat macam mana, biarlah luncai terjun dengan labu-labunya...

Monday, November 24, 2008

Subsidi Atau Cukai II

Saya dah cari dalam akhbar harian tentang perkara di atas yang telah diperkatakan pada hari khamis dalam media alternatif, sah saya tidak menjumpai sebarang laporan mengenainya. Samada media alternatif itu tersilap buat laporan atau akhbar harian memang tidak mahu membuat liputan berita yang akan memberi isu sensitif kepada kerajaan.

Pada hemat saya, saya lebih kepada rujukan kedua. akhbar harian mana yang akan membuat laporan seumpama itu. TV mana yang akan membuat liputan itu. Samada langsung atau rakaman, khasnya TV111 yang kurang sesuku tu.

Jadi sahlah saya telah membayar cukai kepada kerajaan dan bukan mendapat subsidi kerana membeli petrol. Saya akan mengira banyak mana saya telah membayar dan bandingkan dengan rebat yang telah dibayar kepada saya. Berbaloi ke tidak. Sepatutnya kerajaan menghebahkan hal ini supaya senang saya nak tolak dari cukai pendapatan tahun depan.

Kata saya...dah sah tanpa berlindung kesemua akhbar harian Bahasa Malaysia dan Inggeris di Malaysia pada hemat saya tiada kebebasan untuk menerbitkan berita dan laporan. Ada pula yang hanya memutarbelitkan kenyataan hanya untuk kepentingan parti politik yang disokongnya (hi, hi, yang pegang saham dialah!)

Friday, November 21, 2008

Bermain Kata

Hari rabu saya tengok berita TV111. Tengok cerita tentang ladang ternakan babi. Semasa berita dibacakan saya telah terlihat tentang tarikh dalam surat/kertas kerja yang dibincangkan. Tarikh yang tertera dalam surat/kertas kerja itu 2007. Bahkan tarikh tersebut kalau tak silap dihighlightkan dengan highlighter kuning.

Walaubagaimanapun tiada sebarang rujukan dibuat pada tarikh tersebut. Malam tadi bila baca NST online cerita projek Bukit Selambau baharulah tahu hujung pangkal. Kerajaan negeri Kedah hanya ingin meneruskan apa yang telah dipersetujui oleh kerajaan (yang kini dah jadi pihak pembangkang) pada 2007. Kena pulak yang buat pertanyaan tentang hal itu adalah bekas exco negeri Kedah. Alahai, ni macam kes negeri Selangor jugak le.

Kita dapat lihat bila dah bertukar kerajaan barulah tahu kepincangan sesuatu kerajaan itu. kalau dulu kalau silap boleh sapu masuk bawah tikar. Cuci tangan buat tak tahu. Agaknya kalau kedua-dua kerajaan Selangor dan Kedah masih dipegang oleh pihak pembangkang (yang sekaranglah) projek ladang babi jadi satu isu atau tidak?

Kat Penang pulak sekarang kecoh fasal hotel dan heritage city. 3 hotel dah diluluskan oleh kerajaan terdahulu dan 1 oleh kerajaan sekarang. Keempat-empat hotel mungkin akan menyebabkan Penang akan hilang status heritage city. Tengok tangan nanti, nak menuding kat mana dan oleh siapa.

Kata saya...inilah politik orang Malaysia, masih politik zaman batu...menyalahkan orang lain aje

Thursday, November 20, 2008

Subsidi Atau Cukai

Sedih saya bila baca dalam media alternatif, harga minyak yang ada sekarang tidak menunjukkan harga sebenar yang sepatutnya dibayar oleh pengguna di pam. Saya tak pasti perbincangan di parlimen ini akan dimuatkan dalam akhbar-akhbar esok. Kalau tak ada sahlah akhbar-akhbar tidak lagi boleh dipercayai oleh saya (orang lain saya tak taulah). Hi, hi, kita tengok esok, yek.

Adalah tidak manasabah kita perlu membayar cukai kepada kerajaan kerana menggunakan minyak dengan kadar RM0.38 seliter (kita bayar RM2.00, sepatutnya RM1.62). Kalau kita tidak lagi menerima subsidi dari kerajaan, sekurang-kurangnya kita tidak perlu membayar cukai. Dulu YB cakap nak letak floor price untuk minyak sebanyak RM1.92. Kenapa tak turunkan, yek? Boleh jugak turun lagi 8 sen cukai kita kena bayar kepada kerajaan!

Inikah yang dikatakan kerajaan prihatin? Oh ya, dia ada buat kempen supaya restoran dan kedai makan turunkan harga makanan. Dan dia ada pergi ke beberapa hypermarket yang kononnya turunkan harga. Kalau dia nak suruh peniaga makan lain turunkan harga kenapa tak pergi ke franchise yang besar-besar seperti McD, KFC, Burger King dll. minta diorang turun harga. Peniaga makan yang kecil-kecilan manalah ada untung besar, cukup makan aje.

Kata saya...hi, hi, jenakanya bila tol lepas tengah malam baru ada diskaun. Berapa kerat yang guna antara 00:00 dan 07:00? Sepatutnya diberi diskaun masa peak hours! Siapa punya idea lawak tu? Nak suruh orang jalan tengah malam ke? Lain kali yang dapat tol free tu yang kita suruh jalan waktu ni. Jangan nak menyibuk bunyi siren suruh orang ke tepi waktu tengah sibuk!

Ikut Kiri Kecuali Memotong

Inilah tabiat pemandu di Malaysia yang saya tak berapa gemar. Diorang ni suka "hog" jalan. Dah orang lain tak boleh memotong. Imagine, duduk lorong tengah pandu kereta 90 km/j di lebuhraya. Kalau kena tengah sibuk nak potong kanan, kenalah ikut sampai mamat ni sehingga lorong kanan clear.

Tambah teruk kalau hujan macam semalam. Tak kisahlah hujan renyai ke hujan lebat. Masa sebelum hujan yang di sebelah kanan pandu paling kurang 110 km/j. Bila hujan sama laju dengan lorong tengah, 90 km/j. Dahlah tu tak mau ke tepi bila orang bagi lampu. Tak ke menyusahkan orang aje tu.

Dah banyak kempen disiar dalam TV dan radio. Tapi apa hasilnya? Tabiat tu yang perlu diubah.

Lagi satu apabila hujan sikit adalah mamat-mamat yang pasang hazard light. Untuk apa yek? Kan dah diberitahu, hazard light untuk kecemasan. Kalau pasang hazard light tapi pandu kat lorong tengah buat apa? Kalau nak pasang hazard light pandulah kat sebelah kiri!

Tapi lain pulak dengan driver bas. Kita dah bawa 110 km/j di lorong tengah, dia masih nak himpit kita sambil suruh kita ke sebelah kiri. Bukan kita tak mahu ke kiri tetapi kejap lagi ada lori sebelah kiri yang perlahan. Dia boleh bagi high beam pula kat kita. Padahal lorong ketiga sebelah kanan free tak ada kereta. Hi, hi, diorang tahu kalau diorg memotong sebelah kanan sahlah memandu laju lebih hadlaju lebuhraya, sedangkan had limit mereka cuma 90 km/j. Jadi apa yang polis trafik buat?

Bilalah polis Malaysia nak gunakan sepenuhnya kereta peronda tu. Cuba letakkan peronda setiap 20 km, both sides. Biar mereka meronda dari persimpangan ke satu persimpangan yang lain. Barulah kurang sikit yang memandu macam nak berlumba ke liang lahat.

Kata saya...tak boleh ke polis buat saman on-line untuk kereta Singapura yang melanggar peraturan lalu-lintas. Minta mereka bayar di ICQ/Imegresen macam yang diorang buat kat kereta Malaysia. Hi, hi, tu sebab berjuta-juta RM polis tak boleh tuntut dari rakyat Singapura. Aparaaaa...

Tuesday, November 18, 2008

Ponteng

Minggu lepas anak saya yang nombor dua tu ponteng sekolah 2 hari. Dia cakap pergi sekolah pun bukan apa, tak belajar, main aje. Buku pinjaman pun dah bagi hari Isnin. Hari Selasa dia minta duit dengan mak dia, nak beli board game. Mak dia tak nak bagi, dia cakap nak ponteng sekolah. Mak dia bagi duit, dia pergi sekolah.

Hari Khamis dia tak berapa sihat, jadi dia ponteng sekolah. Malam tu kawan dia telefon bagi tau cikgu marah sebab ponteng. Hari Jumaat, hi, hi, kan kami sekeluarga pergi ke Johor Bahru. Ponteng lagilah dia. Tentu dia kena marah.

Nasib baik sekolah pun dah habis! Tak sempat cikgu nak marah...

Tapi kenapa cikgu nak marah, ek? Kalau ikutkan, habis aje final exam, pelajar semua tak buat apa. Duduk melepak, main-main, tanpa arah tujuan sehingga habis tamat waktu persekolahan. Anak saya habis exam akhir bulan Oktober. Awal bulan November ada exam SRA tahun 5 (UPPK? ke UPKK? entah...). Ada tiga minggu tak belajar. Sekolah siap plan buat adakan karnival jualan pada hari Khamis, hari Jumaat cuti peristiwa.

Yang saya pelik kenapa untuk cuti hari raya atau deepavali atau tahun baru, kenapa perlu ganti kalau akhir tahun 3 minggu tak belajar? Apa punya perancangan pengajaran?

Saya ingin mencadangkan semua peperiksaan dibuat pada minggu-minggu terakhir persekolahan. Kalau tak, tak perlulah Kementerian Pendidikan beria-beria menetapkan jumlah hari persekolahan. Macam nak menipu aje.

Kata saya...saya tak kisah kalau cikgu hantar surat tunjuk sebab kerana anak saya ponteng sekolah. Anak saya cakap ustazah sendiri main Batu Seremban dengan murid-murid. Apa kes...

Monday, November 17, 2008

Satu Hari Jumaat

Saya seisi keluarga dan adik ipar ke UTM pada hari Jumaat kerana mengambil barang-barang isteri dari hostel untuk cuti semester. Dari UTM pusing tengok Tambak Johor, Pantai Lido, Danga Bay, Masjid Abu Bakar, Zoo Johor dan akhir sekali makan nasi ayam dan mee bandung di Muar.


Kata saya...jalan-jalan hari Jumaat ni susah sikit, kena plan untuk berhenti solat Jumaat...

Thursday, November 13, 2008

Inilah Dia PHD

Oohhh! Saya bukan nak bercerita tentang perjalanan PhD saya untuk sekian kalinya tapi setelah membaca salah satu titipan blog yang saya turuti (alah... yang kat bawah sebelah kanan tu!) saya rasa terpanggil untuk mengulas entri hasil komen seorang pembaca beliau.

Beliau adalah Pengarah/Rektor UiTM Segamat. Hasil tulisan ehwal perjalanan menunaikan haji beliau pada hujung 2006 (sama dengan saya) telah dibukukan dan mendapat sambutan luar dugaan. Buku beliau yang kedua, Travelog Dakwah, bakal muncul di kedai-kedai buku. Beliau telah muncul di sesi Alkuliyyah TV3 pada 31 Oktober 2008. Komen pembaca di blog beliau hasil penampilan beliau di sana.

Saya sendiri tidak faham kenapa pembaca tersebut boleh membuat pelbagai andaian dan kemudian menghina si Prof dan ibu bapanya sehingga begitu sekali. Mungkin si pembaca tidak pernah mendengar atau membaca kisah seorang nabi yang berjumpa dengan seorang yang alim dan seorang pencuri/pembunuh etc. Yang alim bertanya di syurga manakan beliau akan ditempatkan, nabi menjawab neraka jahanam. Si pencuri bertanya din neraka mana beliau akan di tempatkan. Nabi menjawab syurga firdaus. Yang alim bertukar watak dengan yang membunuh setelah itu. Begitulah lebih kurang cerita tersebut.

Jadi, adakah salah kalau si Prof mahu berubah setelah 40 tahun? Mula berubah sebelum ke Mekah dan berubah ke arah lebih baik selepas itu? Saya umpamakan yang bukan Islam memeluk Islam, kemudian mereka pula menjadi pendakwah dalam masa yang singkat. Adakah itu menjadi kesalahan? Adakah kita fikir kita lebih layak sebab kita lebih lama memeluk Islam?

Banyak kata nista secara perlian dihamburkan kepada si Prof. Adakah si penulis merasakan beliau lebih baik dan mulia di sisi Allah dari si Prof? Apa yang telah si penulis itu telah buat hingga merasakan si Prof tiada hak untuk menjalankan usaha dakwah beliau?

Inilah yang dinamakan PHD. Perasaan Hasad Dengki. Memang ramai orang melayu perangainya banyak ke situ. Saya tak kata semua, yek. Saya rasa eloklah si penulis tu bertaubat, pergi menunaikan haji dan kemudian kita tengok apakah beliau akan berubah kepada yang baik, tak berubah, atau menjadi lebih teruk. Kalau PHD masih tak berubah, maknanya haji beliau haji Malboro ajelah.

Kata saya...saya fikir ada sesuatu yang masih tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada orang ramai dalam blog si Prof tu. Saya akan maklumkan pada beliau secara peribadi di masa yang sesuai.

Wednesday, November 12, 2008

Aku Dah Kata Dah!

UPDATE:
Shahrizat dah buat keputusan. Cuma dia nak lawan bos saja. Kononnya, kamalia sebagai regu dia. Tak taulah, pelik jugak. Apa pun yang untung kamalia. Sah menang tak bertanding!

Cuba lihat keputusan undian 1 & undian 2 di mySTAR.

**********************************************************

Baru saja saya cakap semalam dah terjadi apa yang saya jangkakan. Kamilia dah melawan keputusan executive council Wanita. Saya tak salahkan dia. Dia ada hak nak bertanding. Bahagian dah buat keputusan. Dia tak sure kalau tak bertanding kali ni mana nak diharap lain kali cukup pencalonan. Lagi pun kalau Shahrizat bertanding ketua, most likely dia akan menang tanpa bertanding timbalan.

Yang saya kesian, Shahrizat. Dah terawang-awang. Nak lawan ke tidak. Ketua dia boleh bertanding. Timbalan dia boleh bertanding. Ikut cakap saya, bertanding kedua-duanya. Ada ke dalam perlembagaan UMNO kata tak boleh bertanding kedua-dua sekali?

Yang saya marah, Rafidah. Calon yang ganti awak dah ada, apa yang ditunggu lagi? Dia sendiri cakap, dengan layaknya Shahrizat sebagai calon ketua bermakna Shahrizat dah diterima sebagai ketua. Yang dia tak cakap bahagian dah mula menolak dia. Jadi nak tunggu apa lagi YB KK!!!

Saya harap tiada sinister plan to the transition plan. Ye lah, the plan to get rid of Shahrizat. Cakap nak bagi the post on a silver plater but on the other hand letakkan orang dia menentang Shahrizat. Kalau orang dia menang, bolehlah dia kata timbalan masih belum layak untuk ambil alih (sound familiar?), jadi dia akan terus mengemudi Wanita hingga timbalannya bersedia (entah bila!). Hi, hi, jangan marah YB KK. Gurau aje...

Kata saya...Pak Lah & Najib tak boleh nasihatkan YB KK ni ke? Alah...masa buat rombakan kabinet bagilah dia jawatan menteri dia tu balik...

Tuesday, November 11, 2008

Can You Say Good Bye Earlier?

N6 The Star 11 November...

Tajuk berita 1: Transition plan to go ahead

Tajuk berita 2: I'm keeping all option open, says Shahrizat

Saya masih tak faham kenapa YB KK masih nak buat transisi peralihan kuasa bulan jun padahal mesyuarat nak dibuat bulan mac. Apa yang dia nak accomplish dalam 3 bulan tu. Sekarang sudah ada calon untuk ketua Wanita dan timbalan ketua Wanita. Kalau dia letak jawatan pada bulan Jun, apa akan jadi pada jawatan ketua dan timbalan ketua. Lebih-lebih lagi jawatan timbalan ketua.

Apa kata Shahrizat tak bersetuju dengan Kamalia untuk dilantik sebagai pemangku timbalan ketua. Atau apa kata Kamalia nak jugak bertanding timbalan ketua. Shahrizat, seperti yang dia sendiri kata dalam catch-22. Apa kata kalau dia tak bertanding jawatan ketua dan bertanding jawatan timbalan seterusnya kalah pada Kamalia, ketua wanita KK.

Sahlah tak jadi peralihan dan YB KK akan terus menerajui wanita. Tak begitu YB KK? Apa salahnya Shahrizat bertanding kedua-dua jawatan. Datuk Subramaniam pernah buat begitu semasa pemilihan MIC (kalau tak silap)...

Kata saya...apakah agenda peralihan kuasa itu hanya satu helah?.....

Monday, November 10, 2008

Apa Yang Anda Faham?

Dari tajuk berita dalam UM online...

Kes petani dituduh bunuh tanpa niat kerana lembu disebut Januari

Apa yang anda faham dari tajuk berita ini?

Pada mula saya baca saya ingatkan petani tu membunuh kerana lembu tu dipanggil Januari. Hi, hi.

Rupa-rupanya kes tersebut akan disebut dalam bulan Januari.

Kata saya...hi, hi, buat orang pening aje baca tajuk macam ni.

Friday, November 07, 2008

Dari Radio & TV

Pagi tadi semasa dalam perjalanan dari melaka ke bangi saya mendengar radio era. Apa yang tak menarik adalah bila tiba berita ringkas dibacakan. Ada berita yang sepatutnya bukan suatu yang patut dihebohkan…

“…RB yang telah dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh wanita monggolia AS dikatakan telah membuat kenduri doa selamat…”

Begitulah lebih kurang apa yang diberitakan. Alahai, belum pernah orang buat kenduri doa selamat mendapat liputan berita. Dah tak ada berita lain ke…..

Semalam tengok berita di tv 111. Ada liputan berita parlimen. YB Rn dengan begitu konfiden mempersoalkan tentang kebebasan media. Katanya dengan tindakan yang diambil oleh YB Sh untuk menyaman UM menunjukkan barisan pembangkang mengambil mudah akan kebebasan media. Katanya kalau media tak menyokong pembangkang maknanya tak ada kebebasan media. Kalau sokong senyap aje.

Saya tak faham bagaimana YB ni boleh buat kesimpulan dengan kebebasan media. Saya rasa tak ada kena mengena dengan kebebasan media. Yang ni melibatkan fitnah. Mungkin YB tak baca cerita tentang Mattarazi (kes Zidane tanduk dada dia dalam final bola 2006) yang menang dalam kes saman dengan Daily Star (ke Mail? Tak ingat) kerana memfitnah dia. Itu bukan kebebasan media. Hi, hi, macamana YB berdebat macam tu. Macam gaya orang tak ada idea aje. Hi, hi, nak ambil kesempatan masuk tv agaknya.

Kata saya… kalau macam nilah YB Rompin, agak-agak saya layak tak bertanding pemilihan akan datang? Tak kiralah, samada Ketua Bahagian Rompin atau calon MP Rompin. Blink, blink, blink….

Thursday, November 06, 2008

Satu Hari Di Hujung Minggu

Teruja dengan entri sya tentang solat Aidilfitri di masjid ini maka saya luangkan masa untuk ke sana. Walaupun saya tahu, hujung minggu di bandar hilir hanya untuk pelancong, jalan jammed menghala ke sana. Saya sempat bersolat zohor di masjid ini. Walaubagaimana pun saya fikirkan masjid ini juga macam masjid MITC, tiada kariahnya, malah lebih teruk. Rumah kedai yang berhampiran masih belum ada tuan punya walaupun dah lama siap. Banyak yang telah di-vandalized oleh mat pit agaknya. Kurang-kurang masjid MITC ada penduduk Taman Tasik Utama datang mengimarahkan masjid pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Manakala waktu zohor dan asar oleh pekerja pejabat yang berdekatan. Masjid ini tak taulah siapa yang mengimarahkannya. Hari tu satu rombongan pelajar singgah bersolat di situ. Apa pun layanlah gambar-gambar di bawah... cuma lupakan 3 orang model yang beraksi sakan. Hi, hi.







Kata saya... lain kali buatlah masjid di tempat yang ada kariah. Jangan nanti cuma ada tok imam dan tok bilal yang menjalankan fardhu kifayah yang penting ni...

Wednesday, November 05, 2008

Buang Duit Aku Saja

Baru tengok UM online. Baca ini. Tak habis-habis nak menyusahkan orang. Tak habis-habis nak menghabiskan wang rakyat, itu kira duit sayalah tu. Tak boleh ke diorang fikir yang tok hakim tu banyak kerja lain dari nak bicarakan kes politik yang tak mendatangkan hasil ni. Hampes!

Cuba tengok muka kat dalam gambar tu. Nak tanya sikit. Muda-muda ke lagi mereka tu? Ada gaya orang parti tertentu ke? Diorang ni dah berdaftar ke persatuan mereka? Tolong jawab ya YB KT. Kalau tak berdaftar, patutnya diharamkan macam persatuan yang lagi satu tu. Boleh tambah sikit? Diorang buat perhimpunan tu, ada permit tak? Kalau tak ada permit, apa yang perlu dibuat agaknya, ya YB KT?

Cuba bayangkan berapa banyak wang akan digunakan hanya untuk kes ini. Kena kira dari penggunaan bilik mahkamah (hi, hi, air-con, lampu dll), hakim, saksi, peguam dll. Lepas tu kena kira berapa kali penangguhan perbicaraan hingga selesai dapat keputusan. Entah-entah bila dapat keputusan BN kembali perintah PP. Jadi siapa kena bayar kos semua ni? Yang saya tahu, sebahagian dari duit tu datangnya dari saya. Saya yang bayar cukai pendapatan. Hampes 3X.

Sepatutnya kes macam ni patut dibuang ke laut aje.

Kata saya... apa kata saya saman diorang pulak fasal cuba nak menghabiskan wang rakyat. Sekurang-kurangnya saya ambil balik bahagian saya. Apa kata YB KT?

Tuesday, November 04, 2008

Shorties...

Sebenarnya banyak benda yang nak dikomen, especially saya bercuti berblog seminggu yang lalu. Jadi saya rangkumkan dalam shorties ini...

DEB
Yang bukan bumiputera kata hapuskan DEB. Yang bumiputera kata over my dead body. Ada lagi yang bumiputera kata kita hapuskan DEB tapi kita tolong semua yang memerlukan. Ada pulak bumiputera yang bertanya macamana nak di-implementkan? Mereka kata banyak lagi bumiputera yang memerlukan.

Kata saya... kalau bukan sebab pelahap yang nak kaya cepat, mungkin dah sampai masanya bumiputera tidak perlu bermentalitikan subsidi. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Bahasa Malaysia
Masih lagi kecoh tentang penggunaan bahasa dalam pengajaran Matematik dan Sains. Ada sesetengah berkata kita cuma akan tahu keputusannya dalam tempoh 50 tahun. That's too long! 10 tahun dah cukup. Saya adalah produk pertama sekolah saya yang mengikuti pembelajaran dalam bahasa Malaysia (sekolah saya buat program tu awal setahun dari lain-lain sekolah). Saya akui bahasa Inggeris saya tidak mencapai tahap yang sepatutnya masa di sekolah. We are talking about full-fledge boarding school here. Di universiti, masih lagi terkapai-kapai dalam bahasa Inggeris. Ni, universiti kat US, ek. Tapi saya masih lagi berjaya untuk tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sana. Keputusan yang tidak memberangsangkan bukan sebab bahasa tetapi sebab MIM, ALIF, LAM, SIN. Kalau tak dah mungkin boleh jadi top student, hi, hi. Setelah balik ke sini dan mula membaca novel Stephen King sebagai hobi, barulah bahasa Inggeris saya menunjukkan peningkatan. Jadi, ada dua persoalan. Nak berjaya dalam bidang sains atau nak perbaiki bahasa Inggeris. Ianya dua persoalan berbeza...

Kata saya... sebelum membuat sesuatu dasar perlulah makhluk yang bertanggungjawab tu fikir dan timbanglah betul-betul.

Biasiswa
Kecoh tentang kuota biasiswa bagi bumiputera dikurangkan kepada 55:45. Jadi berapa kerat buniputera yang layak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada lewat tahun 90an bilamana negara sedang dalam kemelut kewangan yang hebat, ramai golongan bumiputera yang berpotensi gagal melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara kerana kerajaan telah mengurangkan jumlah biasiswa yang diperuntukan kepada pelajar tajaan JPA dan MARA. MARA telah mengurangkan jumlah tersebut secara drastik di akhir tahun 90an itu. Ramai yang menangis tak dapat pergi overseas. Tak tahulah apa polisi MARA sekarang. Tapi kita boleh lihat hasil dari polisi itu. Profesional bumiputera vs non-bumi. Kalau tak silap dalam mingguan malaysia 2 minggu lepas ada iklan sebuah universiti UK . Ucapan tahniah mereka bagi graduan dari Malaysia. Dari lebih kurang 350 orang (kalau tak silap) hanya kurang dari 20 orang melayu, yang lain bukan melayu...

Kata saya...yang melayu tu majoritinya mungkin scholar JPA atau MARA...

Saturday, November 01, 2008

Little Gadget For Small Car

Sebelum hari raya Aidilfitri saya telah ke Plaza Low Yatt untuk membeli toner untuk printer saya. Kebetulan di kedai komputer itu saya terlihat satu gadget yang pernah saya terbaca mengenainya di salah satu blog.



Car MP3. Itu label di package-nya.

Cuma baru-baru ini saya berpeluang menggunakannya. Quite impressive. Saya cuma perlu masukkan fail - dalam kes ini lagu-lagu - dalam bentuk MP3 ke dalam thumb drive saya. Plug-kan device ini ke dalam cigarette lighter unit dalam kereta, adjust-kan frequency radio kereta sama dengan frequency car MP3, attach-kan thumb drive ke car MP3, saya pun dapat mendengar lagu-lagu tersebut dengan baik.

Harga? Cuma RM24.90. Memadailah untuk kereta kancil saya. Nak pasang CD player tak berbaloi rasanya. Lagi pun saya ada banyak pen/thumb drive yang saya dah tak guna sebab dah guna external hard-drive yang portable dan lebih kapasitinya. so far, saya cuma guna lebih kurang 330 MB dari 1 GB dalam thumb drive tersebut. Lagu yang ada - 74. Hi, hi, banyak lagi lagu yang masih boleh dimasukkan.

Kata saya...hi,hi, cuba teka lagu apa yang saya dengar semasa saya memandu dari melaka ke bangi...

Thursday, October 23, 2008

Can You Spot The Differences

2.2 Genetic Algorithms
Fig. 3 shows the flowchart of genetic algorithms programming. The algorithms first randomly select a set of vector for sizing of the hybrid system. The power derived from these components is compared to the daily load demands. If the power generated by the system able to meet the load demands then TNPC can be calculated. If power derived unable to meet the load demands then the operation strategy takes place. The operation strategy vector is randomly selected. Cost for each strategy is calculated. The lowest operation strategy cost will be added to the sizing for the TNPC for each sizing. Another sizing of component is randomly selected for the next calculation. The solution of the problem will be the one with the lowest cost of TNPC.

************ ******, ***** *******, ****** ***, ******** **** ******, Juhari Ab. Razak, *** ***** ********. 2008. Optimal Operational Strategy for Hybrid Renewable Energy System Using Genetic Algorithms. WSEAS TRANSACTIONS on MATHEMATICS, Issue 4, Volume 7, April 2008, pp. 130-140. ISSN: 1109-2769

GENETIC ALGORITHMS
The algorithms first randomly selected as set of vector from sizing of the hybrid system.The various combinations of diesel generator, wind turbine,(PV) photovoltaic array,battery,and power converter modules were taken into account towards identifying an economic solution that would meet a given load. if the power generated by the system is able to meet the load demands, then the total net present cost (TNPC) can be calculated. If power derived unable to meet the load demands, then the operation strategy takes place. The operation strategy vector is randomly selected. The cost for chosen strategy is calculated .The lowest operation strategy coat will be add to the sizing for the TNPC for each sizing. Another sizing of components is randomly selected for the next calculation. The solution of the problem will be the one with the lowest coat of TNPC. Fig. 2 gives an idea about the procedure and analysis performed by HOMER software.

Hani Alganahi, ******************************************************. ********************************************************. pp 319-324.

Maklumat lain yang berkenaan terpaksa dipadamkan bagi privasi kesemua yang lain, yang TIDAK terlibat dalam aktiviti ciplak ini. Yang saya tampal kat cubicle saya ada tertera kesemua maklumat. Hi, hi, kalau nak tengok datanglah jumpa saya.

Saya masih tak faham kenapa dia nak sangat ciplak hasil tulisan saya. Masih banyak kertas jurnal yang dia boleh buat rujukan. Agaknya jenis Mim Alif Lam Sin, nak buat kerja senang. Tapi amatlah budussssssnya (tahap gaban 1,000,000X) sampai sanggup ciplak hasil tulisan orang depan mata. Yang paling saya terkilan, nama saya langsung tidak dirujuk! Memang sahlah ciplaknya. Saya berharap mamat ni insaf tidak mengulangi perbuatan ini. Tidak dapat saya bayangkan apa akan terjadi kalau ini terjadi semasa viva beliau nanti.

Kata saya....saya harap next time main s/visor dia tolonglah tengok betul-betul paper dia tu sebelum dihantar ke mana-mana seminar, conference atau journal. Takut nanti buat malu universiti.

Wednesday, October 22, 2008

Kena Ciplak

Pagi tadi datang agak lewat ke seminar di PTM. Dah orang ketiga membentang. Semasa berbincang dengan Timbalan Pengarah, dia telah bangkitkan tentang seorang pelajar PhD yang hanya menggunakan perisian dengan memasukkan parameter yang hanya berlainan data. Jadi saya telah tengok kertas kerja pelajar tersebut.

Alangkah terkejutnya saya bila ada pelajar lain yang juga buat GA. Tetapi setelah membaca 2 perenggan dari seksyen tersebut, saya terpegun kerana itu adalah ayat-ayat tulisan saya (hi, hi, bukan Ayat-Ayat Cinta, ek). Teruslah saya melenting, hilang kesabaran tahap gaban...Mana taknya, dia ciplak dan langsung tak sebut rujukan dari mana. Kalau ikutkan pun tak boleh buat rujukan sebab dari dua perenggan tu hanya 2 ayat dia. Yang lain tu dia salin bulat-bulat. Hi, hi, dia nak copy & paste tak boleh sebab tak ada soft copy.

Saya telah maklumkan pada pengerusi sesi pembentang yang juga orang dalam. Dia telah hubungi penyelia saya. Penyelia dah dimaklumkan dan dia akan ambil tindakan. Mungkin esok bila saya perlu jumpa fasal projek taman tasik cempaka, hal ini akan dibincangkan lagi.

Kata saya...apalah bodoh sangat pak arab ni. Nak tiru pun tengoklah kalau perkara tu ada kena mengena dengan tajuk awak. Ini langsung tak kena, main pakai bubuh aje. kena pulak si penulis duduk depan mata pulak tu (dia selalu lepak kat meja member dia sebelah cubicle saya). Memang hampes.

Tuesday, October 21, 2008

Utusan Malaysia NO

Seorang ketua UMNO bahagian dengan bangganya berkata beliau tak takut kena saman dan akan terus bercakap kepentingan orang Melayu, rakyat dan negara Malaysia.

Beliau seterusnya berkata usaha menyaman UM bermakna mencabar maruah Melayu kerana akhbar tersebut dimiliki orang Melayu. Menurutnya, mencabar orang Melayu sama seperti mencabar Umno.

Saya orang melayu tetapi tidak terasa dicabar atau rugi apa-apa bila UM disaman. Kalau UM tutup kedai pun saya masih boleh baca BH.

Kata saya...saya lebih suka baca STAR lagi, lebih berita, lebih pengetahuan dan lebih intelektual. hi, hi, ni sahlah iklan suruh baca STAR...

Monday, October 20, 2008

Holland, Dutch, Belanda

Itu hari mereka cakap, kalau tak silap, jawatan TPBN ke 2 perlu diwujudkan dan jawatan itu wajar diberikan kepada mereka. Kalau tak silaplah. Sebab musabab tak pula saya ingat. Hi, hi, orang dah tua.

Ini hari mereka cakap, jawatan TPM perlu diberikan kepada mereka kerana mereka adalah parti ke 2 paling besar dalam BN. Presiden mereka hanya seorang menteri. DSOKT katanya terpaksa buat perjumpaan TERGEMPAR dengan PM oleh sebab kes "culling of pigs in Melaka". Hi, hi, itu isu kecil saja. Kan dulu PM pernah jadi pengerusi semasa masalah JE, dah tentu dia tahu nak handle kes macam tu. Jadi oleh kerana kes CoPiM nak dijadikan sebab musabab jawatan tersebut nak diberikan pada mereka?

Tak tahulah samada dalam perlembagaan Malaysia ada tak wujudnya jawatan tersebut. Kalau tak ada buat apa mereka nak sibuk-sibuk.

Inilah dasar Belanda diberi tanah. Diberi betis nak peha...(hi, hi, kalau saya dua-dua saya tak nak, saya prefer kepak)

Kata saya...OOOiiiiii mamat, tak bangun lagi ke? Dah pukul 6.45, dah subuh gajah ni oooiiiii! Matahari dah nak naik! Masih mimpi naik mercedez lagi?

Thursday, October 16, 2008

Raja Buli Parkir


Tempat: Parkir bawah Pusanika UKM
Masa: 12.30 - 12.50 pm
Tarikh: 16.10.2008


Apa punya haprak mamat ni! Ingat jalan tu bapak dia punya parkir. Cuba lihat berapa banyak kenderaan yang dia halang dari keluar dari jalan tersebut. Nasib baik kawan saya (cubalah cari dalam gambar tu) kenal si haprak ni. Dipanggilnya si haprak ni untuk alihkan kereta. Si haprak ni cakap "1 minit". Tunggu 10 minit pun tak datang. Kena panggil lagi, masih cakap "1 minit". Tunggu, 5 minit baru datang! Hampes 100X!

Cuba bayangkan kalau ada kes kecemasan. Ada yang perlu keluar dan tak tahu siapa si haprak ni. Entah bila si haprak ni nak parkir kereta dia betul-betul, untuk orang lain boleh keluar. Buatnya dia cuma nak balik pukul 6 petang, tak kan semua orang nak tunggu dia. Memang hampes!

Kata saya...lain kali kita pakat buat sampah kat dalam kereta dia. Atau mungkin siapa-siapa yang rajin hantar gambar ni kat STAR, silap-silap dapat RM50.00.

Wednesday, October 15, 2008

Semoga Terus DiPermudahkan

Syukur Alhamdulillah, setelah 2 tahun 3 bulan 10 hari di universiti ini, semalam barulah saya nampak lampu berkelip-kelip di hujung terowong yang panjang yang perlu saya lalui. Dengan sedikit peruntukan yang diberi oleh penyelia, seorang rakan yang akan menolong membaiki peralatan yang sedang huru-hara dan terjumpanya maklumat di internet malam tadi saya sangat berharap ujian kali ini dapat diselesaikan dengan sempurna.

Malam tadi saya masuk kereta pada jam 2.01am untuk pulang ke asrama. Sebelum itu saya kumpulkan kesemua penerbitan yang telah saya tulis, samada yang telah dan akan dibentangkan. Terkejut juga, hi, hi, saya sudah ada 3 jurnal antarabangsa (cuma 1 yang di-index) dan 9 kertaskerja persidangan dan seminar. Minggu depan ada satu lagi seminar yang dianjurkan oleh SERI. Satu kertas jurnal masih dalam pertimbangan dan akan cuma dapat tahu hasilnya akhir tahun nanti, 31 Disember! Lagi satu kertas perlu ditambah pengisian muka suratnya untuk mencapai piawai jurnal dalam masa terdekat (Prof nak sebelum akhir bulan ni, huwaaaaa mau tangkap nangis).

Ini semua hasil perahan otak dari data yang didapati secara simulasi. Diharapkan data dari hasil eksperimen yang bakal dilaksana nanti akan lebih memantapkan perbincangan antara simulasi dan eksperimen untuk tujuan disertasi. Entah berapa kertas lagi mahu kena tulis...itu belum cerita fasal kertas review lagi, aiyakkkk, lagi mau nangis...........

Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana dipaksa menulis sehingga terkumpul sejumlah kertas kerja ini. Tak kisahlah samada cuma data dari simulasi, sekurang-kurangnya dapatlah masuk 6 persidangan antarabangsa. Kalau nak tunggu data eksperimen siap baru nak tulis, dok goyang kaki lagi agaknya. Bayangkan... cuma ada lebih kurang 8 bulan 15 hari lagi untuk menghabis semua kerja yang tertangguh ini.

Hi, hi, powerpoint untuk seminar minggu depan belum buat lagi, oooooooi!

Kata saya...saya hanya boleh merancang, kepada Allah saya berserah. Semoga kerja-kerja saya terus dipermudahkanNya. Amiiin...

Saturday, October 11, 2008

Pemuda & Belia

Mengikut apa yang saya faham definisi Pemuda dan Belia di Malaysia ini adalah mereka yang kurang dari umur 40 tahun. Ada blog yang panjang lebar bagi definisi belia Malaysia ni. Kalau nak tau yang lain carilah kat Google sendiri, ek.

Tapi kalau dalam konteks global Pemuda atau Belia dikenali sebagai YOUTH. Biasanya mereka ini di bawah 23 tahun. Atau kalau lebih pun bawah 30 tahun lah. Jadi kalau dibanding dengan Malaysia, dah terlampau tua lah Pemuda dan Belia Malaysia.

Itu taklah berapa penting sangat. Apa yang nak saya bangkitkan adalah fasal ketua Pemuda dan Belia ini. Kenapa bagi ketua, umurnya tiada had umur? Sepatutnya ketua Pemuda atau Belia ini mesti diambil dari kalangan mereka sendiri. Kenapa, tak ada tokoh pemimpin Pemuda dan Belia kah sehingga perlu ambil ketua yang dah lebih umur?

Kalau kat Malaysia, tak apalah lagi. Kalau ketua Pemuda dan Belia ini jadi wakil persatuan ke peringkat antarabangsa, apa akan jadi agaknya? Apa pandangan pihak antarabangsa apabila yang jadi wakil Malaysia 2 kali lebih tua dari umur mereka? Adakah tahap pemikiran mereka sama? Apakah kehendak mereka sama? Tahu ajelah adanya perbezaan generasi dan pemikiran. Tambah lagi kalau tahap pemikiran, samada intelektual, akademik, politik dan ekonomi berbeza.

Sudah sampai masanya Malaysia mengubah definisi peringkat umur Pemuda dan Belia ini. Biarlah persatuan Pemuda dan Belia diketuai oleh mereka di peringkat umur mereka. Sudah sampai masanya kita serah amanah itu kepada mereka. Sudah sampai masanya mereka bertanggungjawab atas segala tindakan mereka. Tak perlulah orang yang dah pencen untuk mengetuai mereka. Tidak perlulah ingin masih digelar Pemuda atau Belia lagi bila dah ada anak cucu sendiri.

Kata saya...kenapa agaknya umur ketua Puteri UMNO dihadkan tak lebih 40 tahun tapi ketua Pemuda UMNO boleh lebih 40 tahun? Padahal umur ahli sama aje...

Thursday, October 09, 2008

Open Season

Semalam YAB MP KB dah mengumumkan yang beliau tak akan bertanding untuk pemilihan Presiden UMNO. Ini bermakna kesemua jawatan tertinggi UMNO akan mungkin ada pertandingan. OPEN SEASON untuk semua. Semua boleh bertanding. Inilah yang sepatutnya diamalkan oleh UMNO sebelum ini.

Perlu dilihat peralihan kuasa dari Allayarham Tunku Abdul Rahman kepada Allahyarham Tun Abdul Razak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn kepada Tun Dr Mahathir Mohammad kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dibuat di luar perhimpunan agung UMNO, iaitu tanpa sebarang pemilihan. Oleh itu PM baru perlu memilih TPM baru dari kalangan 3 naib presiden yang ada. Bukan dibuat pemilihan oleh akar umbi.

Jadi pencalonan yang akan mula dibuat lewat minggu ini dan pemilihan pada bulan Mac tahun depan besar makna kepada semua ahli UMNO dan semua rakyat Malaysia amnya (hi, hi, itu pun kalau pertukaran pemerintahan TAK jadi). Calon presiden dah ada 2, timbalan presiden dah ada 4. Tak taulah mungkin bertukar bila YB TS MY buat pengumuman Jumaat ini.

Kata saya...YB MP KK tak mau ikut contoh tauladan ni ke dengan melepaskan jawatan Ketua Wanita lebih awal. Dengar cerita beliau antara yang vokal masa mesyuarat MT dulu. Tak takut ke beliau, beliau sendiri tak cukup kuota untuk bertanding nanti? Hi, hi, sendiri mau fikir la...

Tuesday, October 07, 2008

Ibadah Yang Perlu

Hari Isnin ada terbaca tentang Imam Haji Musa dalam UM. Pagi tadi cari kat arkib UM mengenainya. Nasib baik jumpa di sini. Sebenarnya saya tertarik dengan unjuran beliau tentang perkara yang perlu dikerjakan oleh setiap umat Islam.

Beliau menjelaskan bahawa istighfar hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 70 kali sehari. Zikir pula sekurang-kurangnya 300 kali, manakala selawat sekurang-kurangnya 40 kali dan yang terakhir membaca al-Quran sekurang-kurangnya tiga puluh ayat sehari semalam. Menurut beliau hal tersebut adalah seperti mana yang difatwakan oleh kebanyakan guru.

Kalau dilihat dari saranan itu nampak senang untuk dilaksanakan. Bahagikan jumlah yang ada tu dengan 5. 5 kerana kita solat 5 waktu. Tidaklah berapa banyak mana pun setiap waktu. Tetapi adakah terbawa tak kita dengan tabiat tersebut? Terus terang saya katakan saya tak penuhi jumlah yang disaran.

Kata saya...mungkin kita boleh cuba luangkan lebih masa sedikit di atas sejadah untuk penuhi tanggungjawab ini. Kalau berborak di cafe boleh setengah jam sekali makan apa salahnya kita tambah 5 minit di atas sejadah setiap kali mengadap Ilahi.

Monday, October 06, 2008

Minyak, Harga Barang & Resesi

Harga minyak mentah hari ini dah jatuh di bawah USD92.00. Menteri yang bertanggungjawab masih lagi dok main teka teki dengan rakyat samada harga petrol dan disel nak turun ke tidak. Entah le diorang semua tengah sibuk dengan berkempen dan melobi untuk jadi orang kuat parti memasing.

Harga barang pula terus melambung naik. Tak sanggup rasanya bila beli grocery, tak kiralah samada di hypermarket atau di pasar basah. Dah agak lama tak pergi pasar borong jadi tak tau lah harganya macamana. Yang betulnya harga naik begitu ketara sekali.

Mengikut berita harga minyak turun kerana krisis kewangan yang melanda US dan Eropah masakini. Ia akan menjurus kepada kelembapan ekonomi dan menuju resesi.

Buat masa ini agaknya kerajaan masih lagi dalam tahap "denial" yang sistuasi yang sama akan melanda Malaysia. Saya masih belum lihat sebarang tindakan Bank Negara dan institusi kewangan tempatan sebagai persiapan menghadapi situasi ini.

Hi, hi, masing-masing sedang sibuk mempromosikan diri untuk dicalonkan oleh bahagian dan perwakilan parti. UMNO, MCA dan Gerakan. Sama aja. Yang masih belum dengar, MIC. Tak ada pemilihan tahun ni kut.

Berita mutakhir: Harga Minyak di New York Jatuh Bawah USD90.

Kata saya...nanti dah terantuk baru tengadah. Kena macam tahun 1997/98, dah semput, baru nak ambil tindakan. Nak dengar dari mulut PM, TPM @ Menteri Kewangan, apa yang diorang nak buat...

Sunday, October 05, 2008

Balik Kampung II

Saya memulakan perjalanan balik dari Alor Star pada pukul 9.30 pagi hari Jumaat. Alhamdulillah, perjalanan ke Kuala Lumpur begitu lancar. Saya berhenti sebentar di R&R Gunung Semanggul. Jumpa kawan lama di Kuantan. Rupanya suami dia orang Kedah juga. Di R&R ni masih lagi orang melayu yang berniaga tak sediakan wang kecil untuk pelanggan. Beli makanan dan minuman RM17.00++, bagi duit duit RM50.00 pun tak ada tukar. Saya tinggalkan aje benda yang nak dibeli yang sudah siap dibungkus atas kaunter. Hampes!

Seterusnya berhenti di Tapah untuk solat. Cadangan asal nak solat di Ipoh, oleh kerana masih awal lagi, kami terus ke Tapah dan tiba pada 12.45pm. Selepas solat Jumaat, kami sekeluarga makan di sebuah restoran berdekatan masjid Tapah. Kebetulan restoran itu saja yang buka. Hampir semua pelanggan merungut harga makanan yang mahal. Tak tahulah samada memang begitu harganya atau memang nak SEMBELIH pelanggan.

Kami makan:
Nasi + ayam gulai, Nasi + ikan bakar + sayur, Nasi + 2 biji kentang, Nasi + 2 hiris paceri nenas, 2 ketul ayam goreng, 5 gelas sirap.
Harganya 4.50, 5.50, 3.50, 6.00, 5.00
Jumlah 24.50
Tak tahulah mahal ke tidak. Tapi pada kami memang mahal. Dah le tak ada tanda harga.

Nama restoran: Restoran Satay Tapah

Lain kali tak payah singgah le kat situ. Hampes 2X!

Kami singgah di Tanjung Malim untuk isi minyak RM50.00. Tak jumpa Petronas, jadi isi minyak Esso.

Berhenti isi minyak sekali lagi sebanyak RM140.00 di Gombak. Jumpa seorang staf komputer di kolej Kuantan dulu di R&R Temerloh. Heh, dah kecik dunia ni. Asyik jumpa kawan lama aje. Perjalanan di LRPT sangat lancar. Semua kereta memecut melebihi had laju kebangsaan. Hi, hi.

Solat jamak di masjid Pekan. Jalan dari Kuantan ke Pekan masih dalam pembikinan. Dah beberapa tahun masih under construction, entah bila nak siap tak tahu le. Akhirnya saya tiba di Kuala Rompin pukul 9.30pm. 12 jam di jalanan.

Saya bertolak balik dari Kuala Rompin ke Melaka pukul 9.30am hari ahad. Perjalanan juga agak lancar kecuali di beberapa stretch jalan yang agak banyak kereta tapi kelajuan masih melebihi 70 km/j. Kena isi minyak lagi di Segamat. Dari Tangkak ke Ayer Keroh, kereta menuju ke Kuala Lumpur memenuhi kedua-dua lorong jalan. Nasib baik saya cuma perlu ikut sejauh 39km sahaja. Kelajuan kereta antara 75-110 km/j.

Selamat tiba di rumah jam 12.30pm. Siap angkat barang terus tidur.

Kata saya...syukur Alhamdulillah. Selamat pergi dan balik. Adoooi, esok hari Isnin kena naik highway lagi ke Bangi. Deadline, deadline and more deadlines.

Saturday, October 04, 2008

My New Toy

Hi, hi, tiru tajuk entry ibu baru.



Sebenarnya saya dapatkan toy baru ni minggu lepas sebelum balik raya. Mahal jugak toy ni Rm699 dan tambah lagi Rm20 pada bil streamyx saya. So far saya berpuas hati dengan modem ni. Masa test kat rumah, di mana Celcom 3G ada, data transfer as good as streamyx kat rumah. Kat Alor Star bilamana 3G sekejap ada sekejap tiada, data transfer sedikit slow. Tapi di Kuala Rompin di mana 3G tiada, GPRS connection is much better than Alor Star.

In fact, semua entry saya semasa cuti raya ni menggunakan modem ni. Hi, hi, ini bukan iklan Celcom ya. Saya gunakan Celcom sebab coverage 3G saya dimaklumkan lebih baik dari Maxis (sorry, peminat/pengguna Maxis). Saya berkata demikian sebab kat rumah, telefon Maxis saya tak dapat 3G. Apa raaa!

Kata saya...hi, hi, inilah yang dikatakan dah ketagih internet. Boleh buat apa saja asalkan dapat get connected.

Rasuah & Sedekah

Pada hari Jumaat semasa dalam perjalanan dari Alor Star ke Kuala Rompin singgah di Tapah untuk solat Jumaat. Tok Khatib membacakan khutbah berkenaan dengan rasuah. Rasanya ada kena mengena dengan kes rasuah yang tengah panas di Perak.

Bila memikirkan tentang kes ini saya rasa ada kesamaan dengan kenyataan bekas polis yang mengatakan tak jumpa judi tu haram dalam quran. Yang ini pulak dia kata dia tak minta rasuah. Cuma mamat tu yang nak beri kat dia perempuan cina tu. Dia anggap itu adalah sedekah. Saya difahamkan ianya melibatkan perlakuan zina.

Memang sah kawan tu JAHIL. With extra large capital word. Pertama, kerana membandingkan perbuatan yang suci, sedekah, dengan perbuatan yang haram, rasuah. Kedua, kerana memalitkan kehinaan perlakuan zina dengan sedekah. Tak tahulah apa nak jadi dengan mamat ni. Baru dapat kuasa sikit dah tak ingat Allah. Bayangkan kalau dia dah jadi MB atau PM. Inilah orang yang masuk politik kerana nak sumbat perut sendiri dulu. Saya berdoa agar dia bertaubat nasuha dan kembali ke jalan yang benar.

Itu sebab saya tak suka cara politik Malaysia, kita disuruhpaksa undi lambang bukan orangnya. Kalau dah tahu orangnya kaki rembat macamana nak pangkah lambang. Bersubahat namanya. Jadi apa yang nak dipangkah, ek?

Kata saya...hi, hi, nak tahu ke apa yang saya pangkahsemasa PRU12?

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 Hijrah


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Dari Kami Sekeluarga

No 4 Jalan TU 31
Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya
75450 Melaka

0199675935, 0172737142
0139090645
06-2313481

Saturday, September 27, 2008

Balik Kampung

Semalam saya bertolak dari Melaka untuk ke Alor Star pada pukul 4 petang. Tahun ini jadual perjalanan tidak se-hectic tahun lepas yang mana saya lalui semua negeri di semenanjung Malaysia. Saya dan keluarga selamat sampai di rumah mak mertua jam 12.10 malam setlah berhenti 3 kali. 1 di Dengkil untuk solat asar. Di hentian sebelah tanjung malim untuk berbuka. Bersolat jamak di Sungai Perak.

Jadualnya untuk berhari raya di Alor Star. Mungkin akan ke Perlis di raya kedua. Balik ke Pahang hari Jumaat. Kalau sempat mungkin singgah di Ipoh atau meninjau Cameron Highland. Tengok keadaan. Kalau tidak mungkin terus ke Kuala Rompin aje. Sebabnya mungkin hari Sabtu atau Ahad mak mungkin nak ajak pergi Kuantan pergi ziarah kubur nenek yang baru meninggal bulan Syaaban yang lalu.

Sepanjang jalan tiada kesesakan kecuali apabila sampai di NKVE pada pukul 6.00. Terperangkap bersama orang balik kerja di Subang Jaya dan Damansara. Selepas tu jalan ok. Orang ramai masih belum mula "The Exodus" lagi. Minyak yang saya isi dari Ayer Keroh full tank sempat sampai ke Kampung Suka Menanti walaupun dan menyala indicator-nya selepas keluar dari tol Alor Star Utara. Hi, hi, tolnya lebihkurang RM75.00. Minyak lebihkurang RM180.00. Makan di sepanjang perjalanan? Masak sebelum bertolak. Menu: mee hoon goreng, tuna sandwich dan tepung bungkus dan minum air kotak laici dan anggur dan air tin nescafe dan milo.

Alhamdulillah dah selamat perjalanan half-way.

Kata saya...saya dah sampai di kampung, anda bagaimana? Berhati-hati di jalan raya...

Thursday, September 25, 2008

10 sen

Hari ini harga minyak turun 10 sen se liter. Ha, ha, ha. Diorang buat lawak. Harga minyak naik 70 sen, harga barang naik RM1.00. Harga minyak turun 15 sen, harga barang tak turun. Harga minyak turun lagi 10 sen, harga barang ada turun ke? Cuba tengok kalau kerajaan naikkan semula harga minyak 15+10 sen, iaitu harga penurunan yang dibuat, agak-agak harga barang naik ke tidak. Sudah semestinya NAIK!

Heh, hampes! Simpan ajelah kata-kata yang tak sedap nak didengar dalam bulan puasa ni. Talking about the slogan "Kerajaan Yang Prihatin". Nak muntah rasanya...

Kata saya...dengan 10 sen tu apa boleh beli? Gula-gula 2 biji, kalau chocolate o'claire 1 biji aje...

Tuesday, September 23, 2008

Birthdays

Saban tahun mulai tahun 1996, isteri saya dan anak sulung saya, Ammar Faiz, menyambut hari ulangtahun kelahiran secara berkongsi. Isteri saya pada 21.9, Faiz pada 22.9. Hi, hi, sebenarnya isteri dah masuk wad pada malam 21.9 sebelum sempat pergi dinner nak sambut birthday dia.

Faiz lahir pada hari Jumaat 27 Rabiul Akhir.
Jadi kek hari lahir dikongsi bersama.


Hari ahad saya telah buat barbeque ayam sepertimana dalam entry khas untuk ibu baru. Saya juga buat Puding Raja yang telah saya modified dengan menggantikan jala emas dengan halwa kundur. Tak kuasa saya nak buat jala emas tu sendiri. Hi, hi, kurangkan kolesterol!

Untuk menyempurnakan janji saya pada ibu baru, ini dia resepi bergambarnya. Kalau nak resepi bertulis nanti saya edit balik entry ni. Malas nak menulis bulan puasa ni. Hi, hi.

Kata saya...resepi puding saya belajar dari anak kepada bekas tukang masak kerabat diraja. Seperti yang saya katakan saya dah modified sikit mengikut selera saya...cubalah...

Saturday, September 20, 2008

Ke mana Dia Menghilang?

Saya kena serang dari pelbagai pihak. Dari konsortium Arab yang nak take-over kelab bola sepak ini. Dari orang dalam kelab saya. Dari pemegang-pemegang saham kelab.

Anak menantu yang beria-ia menyokong saya senyap membisu. Ke mana dia menghilang?

Rupa-rupanya menantu ada cita-cita sendiri, sedang sibuk melobi nak jadi lembaga pengarah. Adakah dia nak tinggalkan saya terkontang-kanting keseorangan. Sampai hati...

Sudah tentu saya bukan CEO Newcastle FC.

Kata saya...saya bukan saya, anak saya belum berkahwin, manakan dapat menantu...

Friday, September 19, 2008

Spare Some Time, Do Your Check-up

Saya baru dapat berita seorang lagi sahabat saya meninggal dunia. Beliau merupakan rakan sekerja di Kuantan dulu. Beliau sedang berkhidmat dengan UPSI apabila disahkan mengidap kanser payudara. Setelah sebahagian payudaranya dibuang dan menjalani chemoteraphy, beliau kembali sihat. Tetapi setahun kemudian beliau mengadu sakit pinggang. Yang menyedihkan, doktor mengambil masa 6 bulan untuk mengesahkan kanser beliau telah merebak ke tulang punggung dan sebahagian pinggang. Saya kasihankan 2 anak beliau yang masih kecil dan suami beliau yang sedang berjuang menyiapkan tesis PhD.

Seorang staf di pejabat isteri saya juga meninggal dunia oleh sebab yang sama. Beliau ibu tunggal. Sungguh mulia hati bekas ibu mertua beliau yang menjaga beliau dari mula sakit hingga ke akhir hayat beliau.

Seorang staf yang banyak menolong saya dalam penyelidikan saya meninggal dunia akibat kanser darah atau leukemia. Pada malam beliau meninggal dunia, sebenarnya saya baru bercadang untuk berjumpa beliau keesokan harinya. Terkilan saya tak dapat berjumpa beliau buat kali terakhir semasa hidup.

Kepada yang terbaca blog saya ini, saya menyeru kepada semua khasnya wanita supaya lakukanlah apa-apa ujian kesihatan yang cik-cik dan puan-puan perlukan. Tindakan cik-cik dan puan-puan akan dapat mencegah (dengan izin Allah) orang-orang tersayang terpisah dari belaian kasih sayang cik-cik dan puan-puan lebih awal.

Kata saya...Al-Fatihah untuk kesemua mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama mereka yang beriman, soleh dan solehah. Amiiin.

Thursday, September 18, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

Tengahari pergi KL masa lunch hour. Semasa berlari-lari anak kerana nak mengelak dari terkena hujan, saya ternampak seorang melayu dalam akhir 20an membongkok mengambil sesuatu. Agaknya terjatuh semasa berlari itu. Saya terkejut bila lihat apa yang dipungutnya.

Sekotak rokok Dunhill! Apa yang nak dibuat dengan kotak rokok di tengahari buta!

Dia pandang saya, tersenyum. Saya buat tak nampak. Mangkuk!

Selepas solat asar di UKM, saya terus balik ke Melaka. Memandangkan waktu berbuka dah dekat saya singgah di R&R Seremban untuk beli minuman dan nak cari kalau-kalau ada kuih untuk berbuka. Melalui kedai makanan dan minuman di situ, terlihat 2 pemuda melayu telah selesai makan sedang menghisap rokok dengan nikmatnya. Saya pandang mereka, mereka pandang saya, tersenyum. Mangkuk hayun!

Tak taulah apa nak jadi diorang ni! Anak saya yang umur 6 tahun tu baru sehari ponteng puasa. Itu pun dah petang, sebab tak tahan godaan adiknya yang 3 tahun makan coklat dan biskut depan dia. Tahun lepas pun dia puasa 21 hari. Budak 5 tahun boleh puasa, pemuda 20an, 30an, tak boleh puasa. Hampes!!!

Kata saya...belum lagi puasa panjang masa musim panas, main bola lagi. Sah mamat-mamat tu jadi macam pak Iran dan pak Iraq...

Wednesday, September 17, 2008

Mana Beritanya

Pagi-pagi lagi dah buka newspaper Star. Paper yang satu lagi ada tapi malas nak baca. Tau ajelah beritanya. Yang membuatkan saya sedih, dari muka satu hingga ke muka 33, selain dari iklan, 90% cerita politik. Dah jadi paper politik aje. Cuma ada 3 muka cerita budak kena kidnap, jual anak dan cerita pasang lampu raya.

Mana berita tentang rakyat? Tentang pembangunan yang dijanjikan semasa pilihanraya. Mana, mana? Nasib baik projek sebelah rumah saya dah jalan, kalau tak mau kena jugak rembat. Dah 6 bulan pilihanraya, apa yang kita nampak hasilnya. Lebih banyak politik lagi. Semua parti politik BN sibuk nak buat pemilihan. Sibuk melobi sana sini. Tak sedar ke korang rakyat semua perlukan pembelaan.

Harga minyak dah turun ke US$91.42 satu tong. Apa yang kerajaan telah buat? So far tak ada apa-apa. Tunggu sehingga akhir bulan ini. Ada ura-ura nak turun lagi RM0.15 lagi. Aje? Saya tak dengar itu menteri dari Johor buat sebarang kenyataan berkenaan dengan perkara ini. Dulu sebelum jadi menteri bukan main kecoh lagi.

Apa yang dikatakan dalam media massa barang keperluan untuk keperluan hari raya ini mencukupi. Memanglah cukup kalau dah ramai yang TAK MAMPU membelinya lagi. Cuba kita lihat 30 September nanti. Betapa harga ayam, daging dan ikan akan meningkat kerana demand yang tinggi. Orang ramai berebut-rebut nak membeli sebab nak raya, dah tak hirau harga, main ambil aje.

Adakah ini yang dikatakan negara kebajikan dan prihatin? Tak kiralah konsortium mana yang mengaku tetapi yang memerintah patut buat sesuatu. Government by the people, FOR the people. Ini tidak, memang government by the people BUT for the selected FEW. Sebab mereka tak merasai apa yang rakyat rasa.

PM, TPM, menteri nak kemana-mana pakai escort. Redah semua kereta ke tepi. Tak rasa traffic jam. Tak rasa naik LRT/Komuter (oh, ye, ada sekali - dah kecoh!). Tak rasa kena bayar dan isi minyak sendiri. Tak rasa kena bayar tol. Eh, apa lagi yang diorang tak rasa, ek?

Kata saya...lagi dua minggu nak raya, kena mula cari stamina. nak jalan jauh. kena exercise kaki untuk tekan minyak, tangan untuk mengambil wallet, bayar minyak, bayar tol, bagi duit raya...

Monday, September 15, 2008

Lalu Mulalah Berkumandang...

Hari ni dah masuk hari yang ke 15 kita berpuasa. Jadi semua radio station dah dapat green light untuk mendendangkan lagu raya. Hi, hi. On the way balik ke Bangi tadi saya pun tak perasan ERA dah mula pasang lagu raya cuma bila dengar lagu dendangan Allahyarham Sudirman (entah apa tajuknya...) baru cakap sorang-sorang,"Eh ni lagu raya".



Tak taulah lain orang lain tangkap sayu bila dengar lagu raya. Hah, itu kena tanya ibu baru yang first time jauh di perantauan. Pada saya, lagu raya cuma lagu. Sejak dari sekolah menengah sampai sekarang tak ada feeling pun dengar lagu-lagu tu. Mungkin sebab dari sekolah menengah saya dah berjauhan dengan keluarga.



Tapi kalau dengar takbir, baru tangkap syahdu...hi, hi.



Pernah masa kat JB dulu dengar radio station Singapura dah pasang lagu raya 1 Ramadhan. Itu yang radio station kat Malaysia nak tiru beberapa tahun lalu. Dah kena rembat dengan peminat barulah ditetapkan 15 Ramadhan baru perdengarkan lagu raya.



Apa kata dibuat pertandingan station mana yang paling lambat dengarkan lagu raya? Mau kena rembat pulak radio station tu.



Kata saya...maknanya malam ni malam 16. Solat witir disunatkan baca qunut. Baca ke tidak? Tak baca pun tak apa, sunat aje. Tok imam kat surau tadi pun terlupa kut...

Saturday, September 13, 2008

Lain Pulak Cerita

Bila tengok dalam New Straits Times on-line lain pulak ceritanya. YB TSRA dan YAB DSMH dikatakan marah kerana kenyataan TSMY. Tak tahulah paper mana yang betul. Mungkin nada suara dalam kenyataan tu menyebabkan headline jadi lain.

Walaubagaimanapun apa yang saya tak faham apa yang sebenarnya terjadi dalam mesyuarat MT UMNO semasa perbincangan peralihan kuasa tu. Kalau mengikut prosedur organisasi di 2 tempat saya bekerja apabila membincangkan perkara yang melibatkan kepentingan peribadi, tuan punya badan akan keluar dari mesyuarat. Ini bermakna apabila perbincangan yang melibatkan kepentingan YAB MP KB dan YAB MP Pn, sepatutnya kedua-duanya perlu keluar dari bilik mesyuarat setelah membentangkan kertas kerja (kalau adalah!) peralihan kuasa tersebut supaya ahli-ahli MT tidak terpengaruh dengan kehadiran mereka dalam bilik tersebut.

Agaknya prosedur ni dibuat ke tidak? Atau UMNO ada prosedur tersendiri?

Kata saya...mungkin semua yang terlibat dapatlah dalam bulan puasa ni dengar-dengarlah lagu "Selimut Putih" dendangan Orkes El-Suraya...

Tak Tahulah Saya...

Apa nak jadi dengan parti politik nan satu ni. Saya rasa baik korang baca link kat bawah ni dan buat tanggapan sendiri.

YAB MP Pn DSNTR

YAB MP KB DSAAB

YAB KM Ma DSMAR

YB MP Sg DSHTH

YB MP Ju DSDRY

YB MP KK TSRA

YB MP GM TRH

YB MP KT DSSHA

UBK

Ataupun korang boleh terus ke blog Kuda Kepang, ada sebahagian berita dan lihat apa yang dia rumuskan. Sama atau tidak dengan korang punya kesimpulan.

Kata saya...tak tahu nak kata apa dah...mungkinkah retak menanti belah?

Thursday, September 11, 2008

Khas Untuk Ibu Baru...

Resepi

Ayam 2 ekor
Tepung gandum 2 sudu makan

Untuk marinade

Bahan A
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kunyit hidup 5 cm
Halia 5 cm
Lada merah 2 biji
Lengkuas 5 cm
Serai 2 batang

Bahan B
Sos tiram 4 sudu makan
Sos tomato 4 sudu makan
Sos cili 4 sudu makan
Madu 1 sudu makan
Serbuk kunyit 4 sudu makan
Secubit garam (tak letak pun tak apa!)

Cara-caranya:
1. Seekor ayam dipotong 8/10/12 – ikut kesesuaian. Basuh ayam sebersihnya. Untuk basuhan terakhir masuk tepung gandum dalam air bilasan. Toskan air dari ayam dan simpan ayam dalam bekas untuk marinade.
2. Kupas dan kisar bahan A untuk marinade dengan sedikit air.
3. Masukkan bahan A dan bahan B dan gaul rata-rata bersama ayam dalam bekas marinade.
4. Peram ayam lebih kurang 4 jam. Sebaiknya dalam peti ais.

Untuk barbeque

Sos tomato 1 botol (regular size)
Sos cili 1 botol (regular size)
Sos barbeque 1 botol (regular or garlic flavor)
Minyak masak 4 sudu makan
Serai untuk menyapu sos

Cara-caranya:
1. Sediakan bara arang di barbeque pit. Pastikan jarak bara dan pemanggang yang sesuai.
2. Campurkan sos tomato, cili dan barbeque bersama minyak masak. Kacau rata-rata sehingga minyak masak sebati dengan sos.
3. Letakkan ayam di atas pemanggang. Tunggu sehingga bahan marinade telah kering (bila nampak tanda pemanggang pada kulit ayam) pada bahagian yang kena panggang (side A). Bila sudah kering pusing/terbalikkan side A (side B pulak kena panggang). Sapukan campuran barbeque pada side A.
4. Tunggu sehingga side B sudah kering. Pusingkan side A semula ke bara. Sapu campuran barbeque side B.
5. Ulang aksi 3 dan 4 sehingga ayam masak.
6. Bila dah masak, makan!



Kata saya...cubalah, hingga menjilat jari ke tidak? hi, hi, check dalam computer rerupa ada gambar ayam masa birthday anak saya akhir jun dulu.

Tuesday, September 09, 2008

Satu Ketika Dulu...

The year: summer 1981

Saya baru habis exam kelas musim panas di US, tahun pertama saya di sana. Kalau tak silap awal bulan Ogos atau akhir Julai. Kepala pening, dah tak tidur 36 jam, cramming untuk exam itu. Exam habis pukul 9.30mlm. Malam tu malam hari raya Aidil Fitri. Esok ada gathering pelajar-pelajar Malaysia, sambut raya.

Apa yang saya dan kawan-kawan buat...main videogame sampai pukul 3.00 pagi. Lepas tu masak nasi tomato 2 periuk untuk jamuan makan hari raya tu. Hi, hi, lauk nasib baik pelajar perempuan yang masak. Jamuan makan dibuat selepas solat raya di International Student Center, Manhattan, Kansas. Habis jamuan makan pukul 12 tengahari, kami semua pakat tidur...

Puasa di US pada musim panas agak panjang. Tak silap imsak dalam pukul 4 pagi dan berbuka pukul 8.45 mlm. Petang, saya pergi main bola dengan pak arab, yang kebanyakannya orang Iraq dan Iran. Main bola pukul 5 hingga pukul 7. Balik ke rumah sempatlah masak nasi dan lauk serba sedikit untuk berbuka. Geng main bola, orang Iraq dan Iran dah berbuka lebih awal. Tengah main bola elok aje diorang teguk air, siap cakap,"Dah tiba waktu berbuka kat Iran/Iraq".

Fast forward to 1993

Minggu terakhir bulan Mac. Hari Raya Aidilfitri. Sempat solat raya di Muslim Center, Sheffield, UK. Sempat makan lontong yang member buat untuk open house dia. Terpaksa tukar baju dan bergegas ke kelas. Saya ada kelas pagi pukul 10. Terlewat 20 minit. Selamba aje masuk. Balik rumah dah malam sebab ada kelas petang tu. Tanak pulut kuning, masak kari ayam dan makan sendiri. Housemates, semua pergi open house di serata Sheffield.

Puasa di Sheffield agak pendek sebab jatuh masa winter/spring. Pukul 6 lebih dah berbuka. Imsak pun lewat sebab waktu siang pendek. Tapi sebab sejuk, terasalah laparnya. 2 hari seminggu saya berbuka dalam kelas. Cuma berbekalkan chewing gum atau gula-gula. Masa break, selepas 1 1/2 jam kuliah, baru minum air beli kat vending machine. Apa nak buat. Balik rumah baru boleh jumpa nasi...

Di sana dan di sanalah saya belajar masak pelbagai resepi termasuk nasi minyak, nasi lemak dan mee jawa. Sehingga saya dipanggil Jawa oleh seorang rakan yang saya panggil Man Boroi. Di sana jugalah saya mula bereksperimen dengan resepi barbeque ayam saya yang unik...

Kata saya...saya pernah cater barbeque ayam sebanyak 20 ekor semasa harga ayam RM3.80 sekilo...sekarang nak buat barbeque pun fikir 2 kali

Monday, September 08, 2008

Buffet Ramadhan

Hari-hari sementara menunggu waktu berbuka, saya dengar pelbagai iklan buffet Ramadhan di hotel dan resort. Ada yang berbelas ada yang berpuluh. Yang paling tinggi saya dengar RM60.00 untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanak-kanak antara 7-12 tahun.

Saya dah sah tak mampu nak menghabiskan duit untuk berbuka macam tu. Kalau saya pergi kat hotel tu, saya akan terkena sebanyak: RM 60+60+60+30 = RM 210. Itu nasib baik yang 2 orang lagi belum cukup umur.

Hotel akan buat duit betul dengan buffet Ramadhan ni. Mereka tahu bila berbuka dengan minum air 2 gelas dah cukup untuk mengurangkan orang makan buffet mereka. Mungkin tiada orang nak duduk kat situ sampai habis tempoh makan. Ye lah orang nak balik pergi sembahyang maghrib, sembahyang isyak dan tarawih. Mana nak sempat berlenggang kangkung macam waktu biasa.

Tak tau nak katalah samada RM60 tu membazir ke tidak sebab rate hotel ni lain sikit. Orange juice satu gelas besar tu dah RM6-10. Mee goreng mamak pun RM10. Cake 1 potong dah RM5. Betul lah kut ikut rate dia. Kalau orang mampu tak kisahlah kan, kan, kan. Saya tak mampu.

Kata saya...saya lebih selesa berbuka di rumah, senang nak makan, senang nak sembahyang, tak perlu nak berlumba-lumba dan berebut-rebut.

Sunday, September 07, 2008

4 DPMs?

Alahai ada pulak makhluk yang nak minta adakan sampai 4 Timbalan Perdana Menteri. 1 bagi kaum cina, 1 bagi kaum india, 1 bagi Sabah dan 1 bagi Sarawak. Apa kes ni. Kenapa tak minta 1 DPM untuk setiap negeri dan bangsa? Apa rasional untuk kenyataan ini?

Itu hari ada cakap, perlunya mewujudkan bangsa Malaysia. Sekarang dah mengelegak politik perkauman. Yang ini tuduh yang itu cakap salah. Yang ini minta yang itu minta maaf. Yang ini tak mau minta maaf, minta yang itu minta maaf. Hampes semuanya...

Kalau ada 4 DPM pun, lagi pening PM nak buat decision. Setiap DPM memasing nak menangkan orang dia saja. Tak kan habis isu perkauman dan kenegerian ni.

Walaubagaimanapun saya bersetuju kerajaan perlu lakukan sesuatu terhadap Sabah dan Sarawak. Setelah 51 tahun merdeka dan 45 tahun bersama mewujudkan Malaysia, banyak lagi penempatan di sana masih belum menerima infrastruktur yang sempurna.

Nak salahkan siapa? Salahkan semua. Orang di Semenanjung yang tak prihatin terhadap keperluan di Sabah dan Sarawak. Orang Sabah dan Sarawak yang gagal membuat sebarang tekanan terhadap orang Semenanjung sehingga kini. Well, better late than never!

Seperti entry saya berkaitan pasca-PRU12 dahulu, Sabah & Sarawak will be the king-maker. Dari dulu hingga sekarang, kecuali semasa kes PBS, BN boleh bergantung kepada lebihkurang 50 kerusi parlimen. Saya pernah berkata pembangkang tidak akan berjaya memerintah kecuali mereka boleh memecahkan kekukuhan kesetiaan pengundi kepada BN. Walaubagaimanapun kita tunggu samada MP Sabah dan Sarawak setia pada BN atau tidak.

Kalau ada yang setuju dengan cadangan ini, saya ada 1 soalan. PM orang melayu MUNGKIN dari Semenanjung, 4 TPM MUNGKIN 2 bukan melayu, 2 melayu. Apa kata PM meninggal dunia, dilantik PM melayu dari Sabah atau Sarawak, boleh semua terima? Atau worst case scenario, boleh ke dilantik PM bukan melayu?

Kata saya...jangan kacau saya sudah!!!

Media Oh Media

Ini berita yang dipaparkan oleh media on-line berkenaan kenyataan TSAKI berkenaan mangsa ribut di Selat Klang dan Rantau Panjang.

Dari Utusan Malaysia, di sini.

Dari the New Straits Times, di sini.

Dari the Star, di sini.

Kata saya...memang hampes satu akhbar ni. Agaknya, kalau bertukar kerajaan 16 September ni, apa akan jadi dengan akhbar ni? A = Tukar angin? B = Kena haram? C = Bungkus?...D = hi, hi, all of the above.

Friday, September 05, 2008

Cuti Lagi?

Alangkah seronoknya jadi MP sekarang! Dahlah dapat cuti berbayar dengan keluarga kat oversea. Sekarang dapat cuti lagi kat oversea atas nama lawatan sambil belajar. Tak tahulah berapa ramai yang akan pergi.

Kalau ikut jumlah MP BN ada 140 orang, tolak menteri dan timbalan menteri 65 orang, tinggal 75 orang BNBBC. Katalah semua pergi atas arahan. Lawatan sambil belajar tu dijadualkan pada 7 September hingga 19 September. Lama tu hampir 2 minggu. Berapa banyak agaknya duit rakyat dihabiskan untuk tujuan ini?

Tiket kapalterbang pergi-balik dah tentu first class, kalau tak pun business class. RM????? x 75.
Elaun makan untuk 13 hari tu. RM???? x 75 x 13.
Hotel, dah tentu duduk bilik single. RM???? x 75 x 10/11/12/13.
Apa lagi, ek?

YAB MP Pn mengatakan dia akan meluluskan cadangan lawatan itu jika lawatan itu mempunyai aktiviti yang konstruktif. Khabarnya tujuan lawatan untuk MP kerajaan belajar teknologi terkini dalam pertanian dan industri makanan. Ek, alahai tak kan nak suruh semua pandai tentang benda tu. Kalau macam tu, apa kata panggil saja pakar dalam bidang tersebut ke Malaysia. Suruh MP semua wajib hadir seminar pertanian dan pemakanan ni selama 2 minggu. Jimat sikit dari semua pergi melawat ke luar.

YAB, boleh bagitau berapa bajet yang nak diluluskan? Agak-agak dengan bajet tu, boleh sponsor rumah anak yatim makan sedap-sedap untuk 6 bulan tak?

Kata saya...Kan itu hari sudah cakap kata suruh rakyat berjimat? Denitely you guys NOT WALK THE TALK. Hampes...

Jawi

Maaf, ini bukan posting tentang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Maaf, ini bukan posting tentang masuk jawi.

Ini posting tentang tulisan jawi.

Cerita ni sebenarnya sudah lama, tetapi menjadi hot semula baru-baru ni. Ini gara-gara sesetengah kaum di Malaysia ni tidak bersetuju apabila tulisan jawi diletakkan bersama tulisan rumi untuk nama jalan. Mereka pulak buat tanda jalan guna bahasa ibunda mereka dan buang tulisan jawi.

Kalau tak silap agenda yang sama telah dibuat pada akhir tahun 1980an. Nama jalan dan kampung di beberapa negeri telah ditulis dengan tulis jawi. Ini untuk mempromosi golongan akan datang dengan tulisan jawi.

Hasilnya?

Papan tanda jalan dan nama kampung telah di-vandalized-kan. Samada dipatahkan, dicabut atau disembur cat hitam. Tak tau siapa yang melakukannya. Yang sahnya komen-komen yang dibuat mengatakan penggunaan tulisan jawi adalah untuk mempengaruhi golongan muda memeluk Islam. Haaa?

ISLAMOPHOBIA!

Takkanlah untuk belajar jawi kena masuk Islam. Yang Islam sekarang ni pun ramai dah tak tahu jawi. Dah tu yang belajar bahasa arab tu pun kena masuk Islam ke?

Dah teruk sekarang ni. Ramai budak sekolah dah tak boleh baca jawi. Apa nak jadi dalam masa 10, 20 tahun lagi. Silap-silap cikgu pun tak boleh baca sama. Entahlah...

Kata saya...hi, hi, saya kena baca taklik nikah yang ditulis jawi di Kedah dulu...

Wednesday, September 03, 2008

Free Electricity, Anyone?

Dalam pembentangan bajet 2009, YAB MP KB menyatakan penggunaan elektrik percuma bagi mereka yang menggunakan elektrik kurang dari RM20.00. Anda faham ke takrifan RM20.00 itu?

Kadar tarif elektrik adalah mengikut kadar lama: RM0.218 bagi setiap kW.hr. Untuk itu bagi dapat elektrik percuma ini, pelanggan perlu menggunakan TIDAK LEBIH dari 91.743 kW.hr sebulan. Atau TIDAK LEBIH dari 3.0581 kW.hr sehari.

Apa maksud semua itu?

Lampu flourescent: 40 W
Kipas: 75 W
Peti Ais: 120W
Mesin basuh: 320 W
TV: 150 W

Katalah dalam sehari secara purata kita gunakan:
Lampu sebanyak 5 biji selama 4 jam: 40 x 5 x 4 = 800 W.hr
Kipas sebanyak 3 biji selama 6 jam: 75 x 3 x 6 = 1350 W.hr
Peti Ais 1 buah selama 24 jam = 120 x 1 x 24 = 2880 W.hr
Mesin basuh 1 buah selama 0.5 jam = 320 x 1 x 0.5 = 175 W.hr
TV sebanyak 1 buah selama 4 jam = 150 x 1 x 4 = 600 W.hr
Jumlah penggunaan elektrik sehari adalah = 5805 W.hr = 5.805 kW.hr
Jadi untuk sebulan = 5.805 x 30 = 174.15 kW.hr
Perlu bayar = 174.15 x 0.218 = RM37.965

Hi, hi, ini cuma anggaran sahaja. Yang tak pasti tenaga untuk peti ais tu, kalau ikut internet 600 W, tapi saya tengok kat peti ais saya antara 110-120, ada beberapa nombor, tak tahu yang mana satu.

Kalau nak jimat, tutup aje peti ais. Basuh baju seminggu sekali. Pergi tengok TV kat kedai mamak. Siang, buka semua pintu dan tingkap, biar cahaya dan angin masuk. Buka lampu bila dah tak nampak apa dalam rumah. Insya Allah mungkin anda TAK perlu bayar elektrik seperti yang dikabargembirakan itu.

Sekarang anda semua dah tahu macamana nak kira penggunaan tenaga ni, pandai-pandai kira berapa tenaga yang anda guna tiap hari. Macam orang diet, kira berapa kalori yang dia makan...

Update: Kadar baru TNB
Kurang dari 400 kW.hr
1-200: RM0.218 / kW.hr
201-400: RM0.345 / kW.hr
Lebih dari 400 kW.hr
1-500: RM0.30 /kW.hr
501-600: RM0.39 / kW.hr
601-700: RM0.40 / kW.hr
701-800: RM0.41 / kW.hr
801-900: RM0.43 / kW.hr
>900: RM0.46 / kW.hr

Kata saya...nak tahu jugak macam mana diorang ambil kira RM20.00 tu. Harap-harap jangan le main ambil nombor tanpa sebarang kajian.

Tuesday, September 02, 2008

Al-Fatihah

Saya baru baca di New Straits Times dan Berita Harian on-line tentang kemalangan kawan saya di UTM dulu malam semalam. Beliau kehilangan 3 anak (2 lelaki 1 perempuan) sekali gus. Yang terselamat cuma yang bongsu, perempuan.

Sebenarnya saya juga mengikuti jalan tersebut malam semalam. Apabila saya tiba di simpang Bandar Muadzam lebih kurang pukul 10.40pm sebuah ambulan telah membunyikan siren memotong laju semua kenderaan. Saya dah agak ada kemalangan. Apabila saya tiba di tempat kejadian lebihkurang 35 km dari simpang tadi, saya lihat kenderaan parkir di kedua-dua belah jalan, lebih kurang 100 meter. Saya tak berhenti sebab saya nak cepat sampai ke Melaka.

Saya cuba cari berita di surat khabar dan juga online sepanjang hari tetapi tiada yang melaporkan sehinggalah saya baca edisi online selepas terawih tadi. Begitu sedih saya bila mendapat tahu kawan saya yang kemalangan. Dalam berita mengatakan beliau pensyarah UiTM, sepatutnya UTM @ Skudai. Saya rasa beliau sekeluarga pun macam saya, balik ke kampung (beliau di kuantan) untuk menyambut puasa. Johor pun cuti weekend 4 hari.

Kata saya...semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Al-Fatihah...

One Down

Hari ini dah 2 September. Deadline untuk konsortium 1 untuk ambil-alih kerajaan negeri Perak dah berlalu. Tiada apa yang berlaku. Konsortium 2 masih pegang kerajaan. DSTRG pun tak nak komen.

Kita tunggu 2 minggu lagi, 16 September. Tengok apa jadi. Jadi ke tak jadi. DSAI ada komen ke tak ada komen.

Kalau tak jadi, apa maksud sebenarnya? Tolonglah terangkan.

Kalau ikut mantan memanda kalau tak jadi tu maknanya ada pihak lain yang bid lagi tinggi...atau...mungkin ADUN/MP masih ada integriti kut...atau memang diorang nak join pihak yang menang...alah diorang ni pun macam peminat bola Malaysia yang sokong team BPL yang tengah top aje, macam sekarang ni semua mengaku peminat MU.

Kata saya...I'm LFC supporter since 1975, hi, hi, sebab team bola sekolah dulu used to wear all-red, sebab nak lawan koleq satu lagi tu tiru MU (ek eleh...)