Thursday, September 11, 2008

Khas Untuk Ibu Baru...

Resepi

Ayam 2 ekor
Tepung gandum 2 sudu makan

Untuk marinade

Bahan A
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kunyit hidup 5 cm
Halia 5 cm
Lada merah 2 biji
Lengkuas 5 cm
Serai 2 batang

Bahan B
Sos tiram 4 sudu makan
Sos tomato 4 sudu makan
Sos cili 4 sudu makan
Madu 1 sudu makan
Serbuk kunyit 4 sudu makan
Secubit garam (tak letak pun tak apa!)

Cara-caranya:
1. Seekor ayam dipotong 8/10/12 – ikut kesesuaian. Basuh ayam sebersihnya. Untuk basuhan terakhir masuk tepung gandum dalam air bilasan. Toskan air dari ayam dan simpan ayam dalam bekas untuk marinade.
2. Kupas dan kisar bahan A untuk marinade dengan sedikit air.
3. Masukkan bahan A dan bahan B dan gaul rata-rata bersama ayam dalam bekas marinade.
4. Peram ayam lebih kurang 4 jam. Sebaiknya dalam peti ais.

Untuk barbeque

Sos tomato 1 botol (regular size)
Sos cili 1 botol (regular size)
Sos barbeque 1 botol (regular or garlic flavor)
Minyak masak 4 sudu makan
Serai untuk menyapu sos

Cara-caranya:
1. Sediakan bara arang di barbeque pit. Pastikan jarak bara dan pemanggang yang sesuai.
2. Campurkan sos tomato, cili dan barbeque bersama minyak masak. Kacau rata-rata sehingga minyak masak sebati dengan sos.
3. Letakkan ayam di atas pemanggang. Tunggu sehingga bahan marinade telah kering (bila nampak tanda pemanggang pada kulit ayam) pada bahagian yang kena panggang (side A). Bila sudah kering pusing/terbalikkan side A (side B pulak kena panggang). Sapukan campuran barbeque pada side A.
4. Tunggu sehingga side B sudah kering. Pusingkan side A semula ke bara. Sapu campuran barbeque side B.
5. Ulang aksi 3 dan 4 sehingga ayam masak.
6. Bila dah masak, makan!



Kata saya...cubalah, hingga menjilat jari ke tidak? hi, hi, check dalam computer rerupa ada gambar ayam masa birthday anak saya akhir jun dulu.

7 comments:

sya said...

wah sedap ni... kena try.. tapi tak de BBQ pit so mungkin bakar dalam oven aje

Jo kenapa nama Resepi tak ditulis kat atas tu .. ingatkan resepi apa le plak

jorazak said...

sya
dah pernah try masa kat uk, pakai oven. rasa tak sama macam pakai bbq pit. satu lagi, kalau buat kat m'sia, saya insist guna sos tomato dan cili maggi. sos bbq mana2 brand pun okay.
nama resepinya tak payahlah. tunggu buka restoran bila pencen nanti, hi, hi.

jorazak said...

sya
dulu masa mula-mula buat bbq ni saya letak arang kat tanah, susun bata dan bentang dawai 4 segi dilipat bersilang. kat hardware rasanya 1 meter dalam RM4-5 aje. kalau bbq pit ada yg antara RM12-18, yg macam tempat bakar sate. kat tesco pun ada.

Ibu Baru said...

wah...tq2. ingat tau masak lemang dlm oven jek. tp xde tmpt bbq la, kalo ada pun kat luar tu sejuk gedi nak bertenggek. grill letrik boleh ek.

jorazak said...

ibu baru
grill letrik pun boleh gak tapi kena rajin basuh. air marinade dan air ayam menitik. mcm oven lemang, org kata tak ada bau asap/arang.

sya said...

Tang BBQ tu ok gak tapi tak tahan tang asap2 tu sampai segala pakaian dan rambut berbau asap

Family Memoirs said...

TK. Insya Allah, Mus and I will try it sometime soon. Lama tak rasa yang you masak. Kalau gi Melaka boleh buat? Bila you all cuti sem?

MM, Ktn.