Thursday, July 24, 2008

Jangan Sangka Yang Bukan-Bukan

Hari selasa lepas PKS minta saya tengok sebuah tasik di Bangi untuk tujuan sebahagian kajian projek saya. Petang tu saya dan camera saya ke taman tasik tersebut. Dengan beg digalas dan camera di tangan, saya lihat ada orang pandang semacam kat saya. Peduli apa, lantak dioranglah!

Saya ambil gambar apa yang cantik pada mata saya dan yang berkaitan dengan projek saya. Nasib baik tak kena meranduk air. Dengan telefoto kerja lebih senang. Tambahan pulak dengan 10 megapixel yang ada.

Selepas mengambil gambar di sekeliling tasik tersebut, saya sms PKS mengatakan ada 2 potential sites untuk menjalankan projek tersebut. Ini balasan beliau:

"Ok. Good. Kerajaan P****** R***** S******r nak jadikan tempat tu sebagai kawasan ilmu dan sustainable energy"

Hi, hi, jangan sangka yang bukan-bukan...

1. Diorang pandang semacam sebab tempat tu sebenarnya tempat "HOT". Agaknya diorang ni ingat saya sepai leman...
2. Saya cuma menjalankan projek saya nanti tanpa kaitan dengan aktiviti politik, ok. Itupun kalau projek tu diteruskan. 2 minggu lagi nak diadakan mesyuarat.

Kata saya...banyak kerja yang perlu dilangsaikan dalam tempoh lima hingga tujuh bulan ni. Nak menangis pun ada...

2 comments:

Ibu Baru said...

tempek la gambar. rugi la camera 10 megapix kalo peram je gambar tu

jorazak said...

ibu baru
tak ade yg interesting. cuma foto potential sites of the project dan facilities yg ada kat situ.
tau ajelah tasik dan sungai di malaysia penuh sampah sarap. kang ade yg muntah pulak. hi, hi.