Sunday, March 09, 2008

The Day After...

Demam dah sembuh dan Raya pun dah habis. Hasilnya kota yang nak diroboh masih tegak tapi 4 rumah lain yang hanyut dibawa tanah runtuh. Ramai yang cakap macam kena Tsunami. Anyway, macam yang diwar-warkan sebelum ini kalau nak buat perubahan bukannya dengan demonstrasi jalanan tetapi di peti undi. Dalam banyak media cetak mengatakan "the people have spoken, loud and clear".

Komen saya...
Tanpa mengira jumlah kerusi parlimen di Sabah (25-1) dan Sarawak (31-1), di mana pihak langsung tiada suara, bermakna dari 140 kerusi yang dimenangi BN hanya menang 86 kerusi di semenanjung. Kerusi yang dimenangi oleh pembangkang di semenanjung adalah sebanyak 80. Ini bermakna tanpa sokongan padu dari Sabah dan Sarawak kedudukan BN adalah goyah. So what do you think, should Sabah and Sarawak ask for more seats at the cabinet? Food for thought for whoever will lead the govt tomorrow...

What will be interesting to see...
Apa akan terjadi dengan semua wilayah ekeonomi yang telah diumumkan? Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang termasuk dalam Wilayah Utara dah jatuh kepada pembangkang. Menurut akhbar pembangunan akan diteruskan. Saya harap begitulah. Macam tu jugak dengan kontrak air Pahang dengan Selangor. Jangan tak jadi, nanti nak mandi pun tak ada air. Susah tu!

Saya ramalkan...
Bila saya lihat perkembangan di akhbar samada yang online atau cetakan saya ingatkan Terengganu dan Perlis akan jatuh kepada pembangkang. Lain pulak yang jadinya. Yang nampak bermasalah tak ada apa-apa yang senyap-senyap pulak terguling. Itulah yang dikatakan "Air tenang jangan sangka tiada buaya".

Kata saya...tempat saya BN 1 DAP 1. Undi saya pada siapa , ek? Boleh SPR tolong check? Kalau boleh check tolong beritau saya, saya tak ingat KAT NAMA SIAPA saya pangkah.

2 comments:

Ibu Baru said...

mulia lagi la gi mengundi. tak tau nak undi sapa, calon ni dah terkenal dgn tak betulnye. calon ni pun tak setuju. last2 mengundi kat jj. tapi keputusan pilihanraya amat mengejutkan. sekurang2nye mengejutkan parti dacing supaya tak senget sebelah. ada yang kata komplot 2 parti yang bermuka2. entahlah. doa saya kepada Tuhan supaya masa depan anak cucu saya terjamin walau sapa yg menjadi pemimpin.

jorazak said...

ibu baru
pergi mengundi kat SRJK(C) Ayer Keroh tu tak sampai 5 minit dah siap. kat situ BN buka 2 counter. DAP ngan PKR langsung tak nampak bayang. malam tu tengok siaran 502 Astro. tukang komen buat kritikan kat 2 belah pihak. tak bias.
komen tentang calon yg sorang tu: camana dia boleh menang 1000 majoriti walhal yg dulu tu boleh 27000. nampak sangat ada tak kena...