Tuesday, September 11, 2007

Check Your Maths...

Dari Utusan Online 09.09.07....
Semakan gaji kakitangan awam itu membawa kepada pertambahan perbelanjaan negara berjumlah RM6.8 bilion setahun, tidak termasuk bayaran Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM1.2 bilion setahun.
Mengulas lanjut, Nor Mohamed berkata, walaupun kerajaan tidak membayar bonus kepada kakitangan awam kali ini, tetapi jika diambil kira kenaikan gaji baru-baru ini untuk tempoh Julai hingga Disember ini, setiap kakitangan awam menerima lebih daripada bayaran bonus satu bulan.
‘‘Malahan ada antara kakitangan sokongan yang menerima kenaikan gaji bersamaan dengan empat bulan bonus,” jelasnya.
Bagaimanapun Nor Mohamed menjelaskan, pemberian bonus adalah hak Perdana Menteri untuk menentukannya.

------------------------------------------------

Saya agak pelik dengan rasional yang diberi. Bonus tidak diberi kerana telah diberi kenaikan gaji pada bulan Julai. Oleh itu bermakna kerajaan hanya bertujuan nak beri kenaikan gaji bermula tahun depan? Dulu dikatakan kenaikan gaji diberikan kerana nak membantu kakitangan awam mengatasi kos sara hidup yang meningkat sekarang. Jadi kalau bonus tidak diberi bermakna kita balik ke square one.

Saya cuma dapat sebulan bonus saja hasil dari kenaikan gaji + kenaikan cola. Saya juga kira kalau k/tangan sokongan yang bergaji RM400, dia akan dapat RM840 + RM600 = RM1440. Mungkin betullah apa yang YB Nor Mohamed kata ada yang dapat sampai 4 bulan bonus tu, tetapi itulah yang dihasratkan oleh kerajaan nak membantu golongan ini.

Kata saya...dulu pun memang kerajaan tak ada bagi bonus, orang tak ada nak bising-bising. Kalau dapat bonus tu, ucap Alhamdulillah-lah. Tak dapat pun ucap Alhamdulillah jugaklah, sebab masih ada kerja. Tak macam sesetengah syarikat buat VSS sebab nak perkecilkan saiz syarikat dan nak untung lebih. Saya kata...kita berbelanjalah mengikut yang ada...

Wednesday, September 05, 2007

Kembali...

Saya mengambil cuti ber-blog selama lebih sebulan. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tapi, kalau nak kira ada tiga lagi deadlines yang perlu saya selesaikan dalam masa terdekat - masih belum boleh nak relaks lagi.

Saya masih terharu bila baca pelbagai berita yang memilukan sepanjang cuti saya, khas hal pemandu bas. Dah terantuk baru tengadah. Sekarang barulah kecoh nak buat operasi. Pihak yang berkuasa ni tak ambil iktibar agaknya. Ingat tak dulu kes dua bas ekspress accident masa balik raya. Kecoh sekejap. Ni pun macam tu lah agaknya. Selagi tak serious accidentnya pihak berkuasa (tak kira siapalah!), diorang akan buat derk aje. Itu cerita bas ekspress, yang kes student UTeM meniggal dunia tu cuma naik bas bandar aje. Apa kesudahannya kes tu. Sapu bawah karpet aje?

Budak hilang lagi. Saya rasa yang ni ada orang nak ambil kesempatan. Kalau dapat tangkap penculiknya, apa kata kita ikat kata sarang kerengga ke, atau sarang tebuan ke. Kalau nak sadis lagi, kita tanggalkan pakaiannya, he he he.

Merdeka? Tak ada yang dimerdekakan kalau sembahyang asar, maghrib dan isyak burned sebab nak berebut port yang baik untuk tunggu countdown. Silap-silap subuh pagi jumaat tu pun terlepas. Sepatutnya yang Islam tu sama-sama pergi baca yasin ke ikut tahlil di masjid ke, ini tidak. Malam jumaat tu kan? Tapi ramai dok ber-couple, terkinja-kinja macam ayam togel, membuka tin minuman berbau masam (tak taulah apa isinya - berselindung di sebalik karung plastik) menunggu detik 12 tengahmalam. 50 tahun merdeka katakan...


Kata saya...sebenarnya kita lupa apa erti kemerdekaan sebenarnya. Tiada identiti sambutan sendiri. Ikut orang lain buat, pertunjukan bunga api dan hiburan dan hiburan dan hiburan...

Thursday, July 26, 2007

Teka Teki

Hari ni relaks kan kepala. Cuba-cubalah jawab teka-teki ini.

Soalan:
Mamat masuk masjid untuk sembahyang berjemaah. Dia lihat orang dah sembahyang. Jadi dia takbir dah terus ikut imam. Setelah selesai sembahyang tu, dia telah duduk untuk tahyat sebanyak 4 kali. Sembahyang waktu apa agaknya yang dia sembahyang, ek? Cuba terangkan sikit kat saya.

Moga-moga anda dapat jawapannya. Kalau tak tau nanti saya bagi jawapannya...he, he, he

Wednesday, July 25, 2007

Updates...

Berita lanjutan tentang Salah Siapa? dan Salah Siapa? 2.0 boleh dilihat disini.

Berita lanjutan tentang Cuma Layak Jadi Penganjur boleh dilihat disini.

Kedua-duanya ada persamaan apa yang telah saya komen sebelum ini.

Nampak gayanya ada jugak orang berfikir macam saya.

Tuesday, July 24, 2007

Salah Siapa? 2.0

Dari New Straits Times Online 23.07.07…
KUALA LUMPUR: Teachers who mete out inhumane punishment were yesterday described as a disgrace to the profession.
Two teachers’ unions and a Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) commissioner said that while students could be disciplined, they should not be abused.They were commenting on a New Sunday Times report on 200 schoolgirls from a boarding school in Sibu being forced to squat, neck-deep, in a murky pond after a used sanitary pad was found in a toilet bowl. The girls were in the pond for an hour during a downpour while the warden, who meted out the punishment, stood under an umbrella.Suhakam commissioner Datuk N. Siva Subramaniam said: "Teachers always have the option of discussing or counselling when handling students.
"They shouldn’t take the law into their own hands. They should never violate a child’s human rights."

-------------------------------------------------------------------

Update...Guru Besar yang tampar 20 pelajarnya dah kena gantung kerja. Ex DG Kementerian Pendidikan suruh buang Warden kes di atas.

Masa saya sekolah dulu ramai rakan-rakan saya kena rotan di bilik guru besar kerana pelbagai "kesalahan". Saya pun nyaris kena rotan sebab segulung dawai letrik berada di atas locker saya yang ditinggalkan oleh wireman yang membuat pembaikan pendawaian letrik. Ni semua masa cikgu buat spot check kat asrama. Tak pernah mak bapak kecoh kat newspaper. Rakan-rakan saya menganggap ianya asam garam duduk asrama.

Cuma sekali kitorang memberontak dengan jayanya. Masa tu bulan puasa. Makanan sahur punyalah hampeh. Tiap malam sahur menunya sup ayam, sup daging atau sup tulang. Tetapi yang ada cuma air dan lemak kat 5mm dalam mangkuk, isi tak ada. Jadi satu malam salah seorang dari kami pelajar tingkatan 5 (I know who you are!) telah menghantar satu tray makanan kat depan bilik pengetua. Besoknya pengetua memanggil perhimpunan tergempar kat dewan sekolah. Dia cakap dia tahu siapa yang buat kerja tu. Tak lain pelajar tingkatan 4, yang tak de kerja, yang tengah honeymoon. Dia nak pelajar tu datang jumpa dia sebelum tengahari.
Sampai sudah tak ada orang mengaku. Tak taulah kalau-kalau pelajar tingkatan 4 tu denda macam kes kolam tu.

Yang baiknya, lepas kejadian tu tiap-tiap malam lauk sahur adalah ayam atau daging sampai cuti raya. Ha, ha, besssstttt!

Kata saya...apa jadi kalau yang buang tuala wanita tu bukan pelajar wanita tetapi pelajar lelaki yang saja buat dajal. Ala... macam kes kitorang tu yang salah tuduh!

Friday, July 20, 2007

Salah Siapa?

Dari New Straits Time Online...

TUARAN: The headmistress of a primary school here is in trouble for allegedly abusing 20 Year Four pupils for not doing their homework on Wednesday.
She is alleged to have slapped all of them, and even pulled the hair of a boy who also got his head knocked against the blackboard.Following the incident, several parents, led by SK Gayang Parent-Teacher Association chairman Awang Bungsu Awang Mattiasin, lodged a report at the district police headquarters.
-----------------------------------------

Kalau ini terjadi pada saya masa sekolah dulu, mau ayah saya tambah lagi dengan rotan.

Tak taulah siapa nak disalahkan. Guru Besar tu dah ada mental sikit agaknya atau parents yang over-reacting. Sabjek pulak Civic, sabjek tak penting - tak masuk UPSR. Guru Besar mungkin berang sebab separuh dari kelas tak siap. Apasal? Agaknya parents tak hirau anak diorang tak buat homework agaknya.

Sekarang pelajar sekolah dah tak boleh diusik lagi. Tak boleh nak dimarah dan tak boleh dipukul. Usik sikit report police, masuk suratkhabar. Mungkin itu sebab agaknya ssetengah cikgu pun dah malas nak ambil berat lagi bila dah jadi macam ni. Lebih baik buat tuisyen!

Cuma satu yang saya khuatir, kebanyakan kes melibatkan anak orang melayu. Orang dulu serah anak kat cikgu siap cakap buat apa pun kat anak diorang asal jangan bagi buta sudah.

Kata saya...masing-masing kena muhasabah diri, tengok diri dalam cermin, salah tak tindakan memasing. Guru Besar sebab bagi penampar, Pelajar sebab tak buat homework, Parents sebab tak tengok homework anak-anak. Saya kata...jangan cepat nak tuding jari cari salah orang.

Tuesday, July 17, 2007

Lagu Rojak

Suatu masa dulu tahun 70an, kecoh fasal isu lagu melayu berirama hindustan. Sampai satu tahap sampai ada ura-ura nak "ban" lagu-lagu seperti itu.

Suatu masa dulu tahun 90an, kecoh fasal drama melayu yang menggunakan bahasa inggeris dalam drama melayu. Sampai satu tahap nak "ban" drama melayu yang terbabit dengan penggunaan bahasa inggeris ini.

Suatu masa dulu tahun 2000an, kecoh fasal lagu melayu yang menggunakan lirik bahasa melayu yang tak betul. Sampai satu tahap nak "ban" lagu tersebut di radio.

Hari ini, dah banyak lagu ROJAK yang diperdengarkan. Tajuk inggeris, lagunya campur melayu dan inggeris. Tajuk melayu, lagunya campu melayu, inggeris, hindustan. Herannya tak ada pulak kecoh-kecoh fasal benda rojak ni. Agaknya semua dah setuju konsep "mixing" ni kut.

Besok, agaknya budak tulis esei tajuk bahasa melayu dengan isinya bercampur-aduk inggeris melayu dll. atau tajuk bahasa inggeris dengan isinya bercampur-aduk. Tu belum masuk bahasa SMS lagi. Rojak habis bahasa.

Kata saya...terkenang makan Rojak Mamak di Padang Ipoh berharga 40sen masa sekolah kat sana dulu. Fuhh, terliur beb...Rojak Ayam di Taman Gelora Kuantan yang tiada tandingan.

Wednesday, July 11, 2007

Cuma Layak Jadi Penganjur

Thailand 1 Iraq 1
Vietnam 2 UAE 0
Malaysia 1 China 5
Indonesia 2 Bahrain 1

3 negara penganjur bersama Piala AFC 2007 menunjukkan keputusan yang membanggakan. Cuma Malaysia, penganjur bersama ke 4, yang kena belasah dengan lawannya. Pada hemat saya sepatutnya Malaysia tidak LAYAK diberikan hak untuk menganjurkan pertandingan kalau mutu persembahan begini teruk.

Saya cadangkan kita mansuhkan saja liga bolasepak ni. Persatuan bolasepak bila tak ada duit nak bayar gaji pemain mulalah minta simpati dari kerajaan negeri. Memalukan, bila dikatakan liga bolasepak profesional. Ingin diingatkan kepada persatuan bolasepak negeri, duit kerajaan negeri tu duit rakyat, untuk kegunaan rakyat. Bukan untuk bayar gaji pemain bolasepak profesional!!! Kalau persatuan bolasepak negeri tak tau nak cari duit sendiri, jangan masuk liga profesional. Jadi macam Vietnam, elok aje permainan dia, cuma semi-pro aje. Kelayakan olimpik Vietnam dah dapat masuk second round. Agak-agaknya pemain Malaysia layak ke main dalam liga diorang?

Kata saya...NASIB BAIK MU tak jadi datang. Kalau tak buat malu saja nanti, kena belasah berbakul-bakul.

Tuesday, July 03, 2007

G.I.G.O

Hari ahad lepas pelajar baru masuk universiti. Sama macam masuk sekolah asrama penuh, pelajar-pelajar ni telah ditapis terlebih dahulu. Ada yang mengatakan yang cream among the cream masuk ke universiti/pengkhususan tertentu. Ada yang mengatakan yang cukup makan masuk universiti/pengkhususan tertentu. Tak taulah betul ke tidak.

Kalau betul, yang cream ni kalau masuk universiti sepatutnya berjaya. Gold In Gold Out. Kalau yang cukup makan itulah yang payahnya. Garbage In Gold Out. Itu yang dikehendaki oleh semua orang. Kalau Gold In bermakna yang mengajar tu tak adalah banyak sangat cabarannya. Tetapi bila Garbage In, mengajar bukan lagi satu cabaran tetapi periuk nasi anda. Kalau tak dapatkan Gold Out bermakna anda telah gagal.

Lepasa sijil politeknik (yang bagus PGMK-lah) dikira tidak layak memasuki universiti oleh sesetengah penilai. Perlu ambil pelajar Matrikulasi dan STPM. Mungkin pelajar ini kurang sedikit dari segi teori jadi perlu kerja lebih untuk mempertingkatkan pemahaman mereka. Di sinilah cabarannya untuk pensyarah dan pelajar membuktikan mereka layak ke universiti. Kumpulan pertama ini di universiti saya membuktikan mereka boleh bersaing dengan pelajar lain. Buktinya kesemua mereka berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Mungkin ada beberapa pelajar yang terpaksa menambah satu atau dua semester untuk tamat tapi janjinya berjaya menamatkan pengajian. Yang masuk Matrik dan STPM pun ada yang extend.

Kata saya...ada setengah pelajar yang "late bloomers". Usah diperlekehkan mereka, dengan usaha mereka akan berjaya. I salute those lecturers for their sacrifices to make sure Garbage In becomes Gold Out. Saya kata...ada kawan yang dah jadi pengarah pusat di kampus kesihatan USM dan salah seorang pakar Genome di Malaysia dengan usaha yang bersungguh-sungguh. He, he, agaknya dia insaf selepas jadi "punk" (masa tu budaya tu belum wujud lagi di Malaysia) sekejap.

Friday, June 29, 2007

Tiada Panggilan Lebih Penting Dari Seruan Ilahi

Dah banyak kali saya tengok notis ni. Notis dari Celcom, TM dan TM.net. Hari ni sementara tunggu sembahyang jumaat di masjid UKM terpandang lagi notis tu kat dinding.

Saya agak notis tu terpaksa di letakkan di setengah dinding masjid sebab jemaah tak reti-reti nak tutup handphone mereka. Kalau dulu tok imam atau tok bilal perlu kata,"Luruskan saf dan penuhkan saf di hadapan". Sekarang kena tambah,"Sila matikan handphone anda". Kalau kat majlis-majlis rasmi dah jadi satu kemestian sebelum majlis bermula, ayat itu akan diumumkan oleh pengacara.

Teringat saya ketika kapalterbang Saudi Airlines hendak mendarat di KLIA, handphone asyik berdering-dering walaupun telah dimaklumkan oleh pramugari beberapa kali. Semasa lampu-lampu dah kelihatan dari udara masih ada yang baghal lagi sampai ada jemaah yang bersama dalam kumpulan saya dah mula tinggikan suara suruh tutupkan handphone tu. Namun demikian selepas tu ada lagi yang berbunyi.

Saya dah ready nak cakap,"Sila matikan telefon anda atau anda akan dimatikan jatuh merudum ke tanah". Nasib baik lepas yang last tu dah tak ada bunyi lagi. Tok Haji dan Hajah pun sama aje buat derk aje tentang hal ni. Buatnya fasiliti elektronik rosak, jatuh merudum kapalterbang tu barulah semua pergi menyambut panggilan Ilahi.

Kata saya...Teringat lagu Di pinggir Kali, ada sebut menyambut panggilan Ilahi.

Thursday, June 28, 2007

One Down and One More to go

Akhirnya Tony Blair melepaskan jua jawatan Perdana Menteri kepada Old Lady Empire. Gordon Brown yang menggantikannya telah berhasrat untuk mengundur tentera UK dari Iraq sehingga tinggal 5000 orang. Dia cuba menjauhkan diri dari Blair yang menyokong tindak-tanduk Bush setelah mendapati penduduk UK telah membantah pendudukan itu. One down!

Bush tak mendapat sokongan dari Senat sejak tahun lalu apabila Demokrat memenangi majoriti tipis. Pelbagai masalah untuk mendapat bajet kewangan ke Iraq. Tahun depan pilihanraya presiden US. Bush dah tak boleh bertanding kecuali adik dia Governor Florida tu bertanding pulak. One more to go!!!

Hopefully selepas mamat dua orang ni tiada kedua-dua negara buka mata sikit tengok sekeliling. Adakah majoriti negara lain setuju dengan polisi luar mereka.

Kata saya...saya suka bebenor nak tengok polisi Autralia pulak bila UK dan US mula tarik askar mereka. Saya kata...tak tahu pulak bila Howard tu nak habis term dia.

Tuesday, June 26, 2007

Begitulah Adanya...

The news started to trickle in last friday. The floodgates opened on Sunday morning. The verdict was confirmed last night when I called the other accomplice. Well, I didn't get the formal confirmation yet but normally "Jika sekiranya anda tidak mendapat sebarang jawapan selepas 6 bulan, permohonan anda adalah dikira gagal". It's almost time, so I should be expecting that decision.

I have this feeling something is not going well eversince they called off the interview at the last minutes (240 minutes to be exact) the day I arrived from overseas last January. The interview in January supposed to be for "Tahap Satu". Last month when I wrote an e-mail to person-in-charge, the answer was I am being upgraded to "Tahap Dua". They are going to review my application. Now I am going to miss both! How on earth they come to conclude that is beyond my brain to compute.

Dissapointed? Not a little bit. Somehow I pity those who have to make the decision to be a MAN to support my application or a "***" who obeys his master. Regret? None so ever. Now I know who are (or may be IS??) my real friend(s). Most are just faces that I should forget when I return later. They have just ranked me below those non-technical staff. That shows how bad I am eventhough they gave me AKC twice. Hard feelings? I have no feelings right now. If they have done anything wrong (I hope not) I already forgave them. They made me realize nothing is fair in this world except Allah Almighty! I hope I can screw that into my brain for the rest of my life...

My only wish: they read this entry!!! FAT CHANCE. Ha ha ha!

Kata saya...Life is short, too short to be bitter. Saya kata...Macam iklan Habib Jewel, saya ingat sampai mati.

Monday, June 25, 2007

FAM oh FAM

Piala FA akan diadakan hari Sabtu ni antara Kedah dengan Perlis. So orang utara yang interested nak tengok final tu. Kedah pun dah tawarkan diri untuk jadi host final tu. Tak payahlah buat kat KL. Buat habis duit penonton datang jauh-jauh aje. Tapi kalau FAM rasa boleh dapat lebih dari 40,000 penonton bolehlah buat kat Bukit Jalil sebab satdium kat Kedah atau Perlis mesti sold-out punya.

Sebenarnya bukan itu yang saya nak komenkan tetapi penjadualan perlawanan ini. FAM dah tau yang Malaysia nak host Piala Asia, dah tahu yang pasukan kebangsaan perlukan masa untuk latihan, tetapi dia masih nak jadualkan perlawanan-perlawanan ni dalam masa persediaan pasukan. Sepatutnya dibuat perancangan teliti, buat tarikh akhir untuk perlawanan sbelum piala Asia. Ini tidak, main hentam saja dan beri kelepasan bila pasukan minta pemain untuk perlawanan, dibenarkan pulak. Mana priority untuk pasukan kebangsaan?

Boleh ke kita terima pasukan kita lebih rendah dari Singapura. Ok, ok, Singapura menang Piala Asean. Tak lama lagi rasanya akan dipotong oleh Vietnam dan Myanmar. Vietnam dah masuk 2nd round kelayakan olimpik. Myanmar dah banyak kali menang bila lawan kita. Tak lama lagi silap-silap kena potong dengan Filipina dan Laos lak.

So, tak heranlah dulu diorang beria-ia benar nak kan MU datang? Sebab tahu dah Malaysia akan kena belasah dalam perlawanan kumpulan. Kesian Norizan Bakar! Bila kalah nanti dia lah kena kutuk. Nanti adalah makhluk minta jurulatih luar negara pulak ganti Norizan. Panggillah Alex Ferguson ke, Arsene Wenger ke, kalau dah macam ni pengurusannya, tak ke manalah Malaysia.

Kata saya...Nasib baik MU tak datang. Merendahkan standard diorang aje nak lawan Malaysia agaknya. Saya kata...Norizan Bakar: prove me wrong, please! I know you are trying your best. Good Luck Malaysia!

Saturday, June 23, 2007

Gila Kuasa

Hari sabtu tengok Travel Channel (11) dok cerita tempat-tempat menarik untuk surfing (water) kat Hawaii. Sambil tu dia (pengacara) sempat ke peringatan Pearl Harbour. Yang menarik adalah apabila dia bertanya salah sorang veteran yang merupakan seorang mangsa pengeboman tu. Mengikut cakap diakawan tu teruk jugak dia kena. Tetapi yang membuat saya tersentuh apabila dia berkata seperti berikut:



"I don't have any remorse toward these japanese for some time now. I know they have jobs to do, just like me. I have to do what I was told to do. It's all about politicians". Lebih kurang macam tu lah.



Ada betulnya apa dia cakap. Kebanyakan perang dunia yang berlaku adalah kerana kerakusan ahli politik. Semua gila kuasa. Dari perang dunia 1, 2, lepas perang korea, vietnam, bosnia etc. sebenarnya berpunca kerana ahli politik yang gila kuasa. Itu tak kira perang yang berlanjutan di Afrika sana. Yang jadi mangsa rakyat jelata.


Kata saya...saya pun pelik kenapa boleh sanggup terima apa saja arahan ahli politik, pada hal kita yang berkuasa melantik mereka. Saya kata...bukankah mereka yang merayu-rayu supaya kita undi mereka? Ha ha ha, pilihanraya dah dekat ni...

Hands Free (free untuk apa, yek?)

Entah bila hari tu saya tengok drama Gerak Khas. Biasanya jarang tengok cerita cam tu, kebetulan mak mertua ada, tengok jugaklah sebab tv satu lagi bebudak dah kontrol tengok saluran Ceria diorang.

Satu adegan, Insp. pompuan tu (Abby) tengah drive kereta guna handphone. Bagus, dia guna hands free. Masalahnya...sambil bercakap dia dok pegang mini speaker kat sebelah kiri dengan tangan kiri dia. Tak taulah takut tercabut kut. Satu adegan lain, tah sapa nama kawan tu , yang berlakon jadi Chong (betul ke?) juga guna handphone. Kali ni kawan ni guna tangan kiri dia untuk pegang mini microphone pulak dah.

Apa dah jadi ni? Samada skrip tak betul ke, atau tak tau guna hands free. Kalau hands free tak payahlah guna tangan untuk mendegar atau bercakap.

Kata saya...Walaubagaimanapun saya mengucapkan syabas kerana menunjukkan contoh tauladan yang baik cuma penggunaannya sedikit tak betul. Lebih baik dari sebahagian orang tu yang guna handphone semasa memandu yang hasil pemanduannya mengganggu perjalanan kenderaan kerana memandu begitu perlahan. Saya kata...diorang ni tak ada koordinasi kaki untuk memandu semasa guna handphone agaknya.

Thursday, June 21, 2007

Update: X Produktif

Tadi balik dari Bangi lalu ikut Lebuh Ayer Keroh, projek menaik-aras jalan kat Kawasan Perindustrian Ayer Keroh dah tak jadi pulak. Habis diangkut semua penghadang jalan sepanjang kawasan itu. Apa hal ni?

Hari tu beria bebenor nak buat. macam tak sempat-sempat!

Kata saya...Inilah kerja tak dirancang betul-betul, main taram aje.

Yang Mana Satu Betul

Dari The Star...

Such was the nightmare that greeted US and Iraqi forces last week when they stubled upon the al-Hanan orphanage for children with special needs in Baghdad, according to a CBS News report on Monday....
...Inside the government-run facilities the American troops found 24 boys, many showing signs of severe neglect and starvation.

Dari Harian Metro...

Menteri Buruh dan Hal Ehwal Masyarakat, Mahmoud Mohammed al-Radhi membidas publisiti meluas berhubung penemuan itu dan berkata laporan-laporan berita mengenainya adalah tidak tepat...
...Kamimenolak sepenuhnya muslihat-muslihat media yang memanipulasi fakta cerita sebenar dan menunjukkan AS sebagai pihak yang berperikemanusiaan...
...Menteri berkenaan berkata, institusi di mana kumpulan kanak-kanak itu ditempatkan telah menyelamatkan mereka daripada menemui aja di jalan-jalan raya. Menurutnya, semua 24 kanak-kanak itu memiliki kecacatan dan ditinggalkan oleh keluarga masing-masing.

---------------------------------

Kalau dilihat dari The Star nyatalah tentera US adalah wira kerana menyelamatkan kanak-kanak tu. Tapi betul ke macam tu? Kalau tengok sejarah tentera dan media US, memang diorang ni pandai cari peluang dapat publisiti walaupun bukan diorang punya kerja. Kalau betul pun berita tu, salahkan kerajaan Iraq (read as: US government).

Kata saya...Mungkin Bush dah terdesak nak cari publisiti nak menunjukkan yang tentera US begitu prihatin nasib orang Iraq. Sudah-sudahlah tu baliklah ke US. Buang duit aje korang kat situ.

Monday, June 18, 2007

X Produktif

Sejak petang Jumaat sebahagian jalan Lebuh Ayer Keroh telah ditutup di persimpangan kawan Perisdustrian Ayer Keroh. Jalan 2 lorong jadi 1 lorong. Beberapa simpang ditutup. Kalau nak masuk, kena buat U-turn, adalah dekat 2 km.

Yang buat saya marah, punyalah ramai pekerja yang kononnya "bekerja" petang Jumaat tu. Macam dah nak start kerja aje. Beberapa jentera pun dah ada di jalan tu. Sebenarnya mereka nak menaik-aras jalan tu sebab kalau hujan lebat, kawasan tu selalu banjir. Tetapi sehingga hari ni, hari Isnin, satu habuk pun tak ada perkembangan! Tak ke merugikan orang ramai aje, rugi masa dan rugi minyak kereta kena buat U-turn jauh-jauh. Kalau rasa nak buat kerja lambat lagi tak perlulah tergesa-gesa nak block jalan tu awal-awal.

Kata saya...samalah dengan penaiktaraf lebuhraya Utara-Selatan Seremban-Ayer Keroh. Kerja tak buat sampai seminggu tapi block jalan jadi selorong, menyusahkan orang aje. Tol masih sama jugak kena bayar. Adil ke macam tu my dear minister Samy?!!

Sunday, June 17, 2007

Jabatan/Kementerian Sampah

Dari The New Straits Times Online 17.06.2007 ...

People who waste more will have to pay more and every household will have to start separating recyclable items from other waste.
These are two of the implications of the Solid Waste Management and Public Clean-Up Bill, which the Housing and Local Government Ministry expects to table in parliament in two weeks.

........................................................................

Saya sangat bersetuju dengan cadangan kerajaan tetapi ...kalau dilihat dari segi pemikiran orang Malaysia ni senang saja. Apa susah pulak nak kena bayar lebih bahan buangan ni, diorang akan buang merata-rata tempat. Kalau setakat tempat yang terpampang "Jangan Buang Sampah Di Sini. Denda RM500", diorang tak heran, inikan pulak nak suruh bayar lebih. Saya khuatir akan lebih banyak tempat buangan sampah haram akan wujud, macam cendawan tumbuh lepas hujan jika hasrat kerajaan nak suruh rakyat bayar untuk bahan buangan mereka.

Semasa saya di Warsaw 10 tahun lepas, supermarket diorang dah buat inisiatif untuk re-cycle botol minuman mereka. Sebenarnya ada dua jenis; satu yang boleh re-cycle, satu lagi tidak. Harga sama tetapi botol yang re-cycle (plastik dia tebal sikit) boleh dibawa balik ke supermarket untuk dibayar depositnya. Ini bermakna harga minuman dalam botol re-cycle adalah lebih murah.

Semasa saya kecil dulu barang yang dijual di kedai runcit akan dimasukkan ke dalam beg karungan kertas yang biasnya dibuat dari surat khabar lama. Sekarang dah tak saya jumpa lagi. Di US, 20 tahun lepas (sekarang tak taulah), semua barang dimasukkan dalam kertas karungan yang dibuat dari kertas re-cycle. Kami juga gunakan karung kertas ini untuk membuang sampah yang dimasukkan dalam plastik hitam. Di UK, 15 tahun lepas (sekarang ni tak taulah), sesetengah supermarkets charge 10 pence untuk satu karung plastik. Jadi selalunya saya akan bawak beg galas sendiri untuk masukkan groceries saya.

Kata saya...kita boleh kurangkan penggunaan bekas styrofoam, botol minuman plastik dan karung plastik saya rasa banyak sampah kita dapat dikurangkan. Mungkin kita boleh balik semula kepada penggunaan botol kaca (yang sudah tentu boleh di re-cycle) untuk isi minuman kita...

Friday, June 15, 2007

Syiah vs Sunni, Hamas vs Fatah

Apa nak jadi dengan diorang ni...

Di Iraq tak habis-habis bom sana, bom sini. Yang mati orang Islam. Tak ada apa nak digaduhkan di sana. Apa yang nak direbutkan tak taulah. Kan semua orang Islam bersaudara. Tak ada pulak dalam berita yang mati tu orang bukan Islam. Saya tahu tak semua orang Iraq tu Islam. Tentera Amerika dok gelakkan aksi BODOH diorang ni!

Di Palestin, si bodoh bernama Hamas dan si kelembai bernama Fatah dok berperang atas nama apa tak tahulah. Memasing gila kuasa. Apa yang nak direbutkan kalau si Israel tu masih berkuasa kat situ. Siapa menang pun tak ada gunanya. Dalam CNN pagi tadi entah menteri Israel mana cakap,"Kalau Hamas berperang dengan Fatah, kami tak kesah. Tapi kalau diorang mula menyerang kami, kami akan fikirkan secara serious!". Tak ke BODOHnya orang Palestin ni!

Kata saya...selagi mereka tak mengubah pendirian dan arah tuju mereka, mereka tak akan mendapat sebarang sokongan dari saya!!!

Thursday, June 14, 2007

Keadilan Undang-undang Manusia

Dari New Straits Time Online...

Divorcee hired two men to chop off her lover's leg, now all three get 7 years, victim’s mum appalled...
...As the sentence was pronounced, Rabiah who was wearing a light blue baju kurung and tudung, turned behind and was seen smiling at her family members...
...Rabiah’s father, who declined to be identified, said he accepted his daughter’s jail term as fate...

...............................................

Saya tak faham kenapa hukuman membunuh orang hanya 7 tahun. Tak kisahlah kalau niat dia nak potong kaki kawan tu. Kalaulah tetak kat kepala, kaki dah nak putus, tentulah darah dah memancut keluar. Dah tentu lepas diorang buat kerja, ditinggalkannya mangsa tu kat situ aje. Bukan buat pergi jumpa doktor. Ini bukan hukum hudud, nak ada doktor tunggu. Keadilan undang-undang manusia.

Saya anggapkan Rabiah Basry Sultan ni orang Islam berdasarkan ayat kedua. Tak rasa bersalah ke dia? Sempat senyum lagi! Kalau dah bersekedudukan, tak boleh ke mahkamah syariah ambil tindakan, kasi tambah lagi hukuman dia. Saya kata sekarang dah jadi trend, masuk mahkamah pakai bukan main sopan lagi, berkopiah, berbaju kurung, bertudung, tapi hakikat sehariannya tak pernahn pakai pakaian macam tu.

Saya agak bapa si Rabiah agaknya bersyukur anak dia cuma kena 7 tahun, bukan 10 tahun (hukuman maksima) atau hukuman gantung (sebelum dipinda kesalahannya). Kalau dia rasa anaknya patut dapat hukuman yang lebih ringan, tak taulah nak kata apa.

Kata saya...inilah mahkamah manusia yang "adil". Cuma Mahkamah Allah yang Maha Adil!!!

Wednesday, June 06, 2007

Caring Malaysians

Semalam saya terserempak dengan satu kemalangan jalanraya. Saya baru membelok di sebelah tokong cina bila saya lihat seorang penunggang motosikal sudah jatuh tertiarap di bahu jalan. Di depan saya ada dua buah motosikal. Saya berhentikan kereta, tinggalkan kedua anak saya, untuk melihat keadaan penunggang motosikal itu. Dua penunggang motosikal tadi pun sudah memberhenti motosikal mereka dan memandang ke arah belakang. Beberapa orang cina yang berada dalam kawasan tokong pun berkejaran ke arah penunggang yang cedera parah.

Saya melambai ke arah beberapa orang yang berada di kawasan Poliklinik Ayer Keroh minta mereka panggil ambulan. Penunggang motosikal yang di depan tadi bergegas ke Poliklinik untuk tujuan yang sama. Cina dari tokong tadi pun cuba menelefon nombor kecemasan. Malangnya banyak pulak songehnya yang menjawab telefon tu. Sorang dari mereka pergi ke belakang lebih kurang 50 meter melambai-lambai minta pemandu kenderaan lain memperlahankan kenderaan. Dah beberapa minit kami masih menunggu ambulan tiba. Pada hal Poliklinik dengan tempat kemalangan lebih kurang 200 meter. Penunggang motosikal tadi pun dah balik semula ke tempat kejadian. Ambulan belum sampai. Yang cedera tu dah macam tak sedarkan diri. Saya suruh dia baring, dia dok nak bangun, dah menggelupur. Hidung, mulut dan telinganya berdarah. Saya rasa kepalanya terhempas ke jalan ataupun terlanggar penghadang jalan. Kesian saya tengok.

Setelah menunggu beberapa ketika kami sempat menahan sebuah van bomba untuk membawa yang cedera tadi ke Poliklinik. Bila van bomba samapi ke pintu masuk Poliklinik barulah van Poliklinik nak keluar. Mototsikal penunggang yang cedera tu dibawa masuk ke perkarangan tokong takut kena curi pulak. Saya pergi ke Poliklinik memaklumkan kepada jururawat yang bertugas.

Yang cedera: Melayu
Yang panggil ambulan: India
Yang telefon kecemasan: Cina

Kata saya...siapa kata orang Malaysia bersikap tak ambil peduli? Dari apa yang saya lihat masing-masing telah menjalankan tanggungjawab membantu mangsa yang cedera tak kira bangsa. Cuma satu aje yang lucu. Lepas tu masing-masing sibuk menulis kat kertas. Mungkin ada tujuan lain kut. Saya kata...biasalah tu! Saya pun terlupa nak tengok nombor pendaftaran motosikal tu.

Sunday, May 27, 2007

FAM, AFC dan MU

Cerita lawatan Mancester United ke Malaysia untuk menentang pilihan Malaysia masih belum habis lagi. Semua yang terlibat masih bertarik-tali. Apabila Pak Lah masuk campur, semua pihak menyokong untuk dapatkan MU ke sini. AFC tak bagi datang sebab kedatangan mereka 2 hari sebelum piala AFC berlangsung.

Sampai sekarang saya masih tak faham kenapa mestinya MU dan pada tarikh tersebut. MU dah cakap mereka tak boleh postpone perlawanan tersebut selepas final piala AFC sebab ada perlawanan lain beberapa hari lepas itu. Kalau setakat nak meriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan, lebih baik panggil saja Brazil ke, Argentina ke, Itali ke ataupun Jerman datang ke Malaysia.

Yang saya lebih pelik adakah Malaysia merancang untuk tidak ke final piala AFC. Awal-awal dah menyerah kalah? Ini bermakna Malaysia hanya berminat untuk menjadi penganjur sahaja, tidak lebih dari itu. Tidak ada cita-cita! Apa jadi agaknya tetiba Malaysia (talking about miracle) layak ke final, dengan perlawanan dengan MU tu. Tak terfikir ke diorang benda macam tu.

Kata saya...ha, ha, ha. I don't give a damn about the MU game! I am a LIVERPOOL supporter!!!

Thursday, May 24, 2007

Etika Kewartawanan

Agaknya Malaysia dah nak jadi macam US agaknya. Wartawan hanya nak buat cerita sensasi atau mensensasikan sesuatu cerita. Mungkin nak dapat nama agaknya, supaya lebih gah!

Hari sabtu lalu melihat berita TV*** yang telah menyiarkan berita seorang wartawannya kena maki hamun dengan perkataan lucah apabila cuba memasuki perkarangan kampus U**. Siap ada interview wartawan tu lagi. Bila saya lihat U** memang cari nahas esp. pak guard tu. NC sampai TV*** kena telefon lagi minta maaf. Permohonan maaf disiarkan pada penghujung siaran berita tersebut.

Hari ini saya baca surat dari NC ke Datuk TV***. Baru saya tahu hujung pangkalnya dan betapa ke-tidak-etika-an dan profesionalnya wartawan dan syarikat TV*** tersebut.

Jadi di sini saya memerlukan jawapan dari wartawan dan TV***.

a. Betul ke Hari Kualiti U** yang dimaksudkan, atau satu program hari Kualiti yang dianjurkan oleh pihak pelajar satu Fakulti?
b. Kenapa insiden 18 Mei 2007 tidak sebut langsung dalam laporan berita? Adakah ianya membabitkan isu nak cari berita sensasi di kampus sehingga cuba memasuki kampus tanpa diundang?
c. Tidakkah NC telah menelefon pihak TV*** dan bercakap dan memohon maaf dengan wartawan tersebut pada pukul 3 petang? Mengapa tidak disiarkan perkara itu dalam siaran berita lebih awal?
d. Adakah adil pihak TV*** mengulangi berita tersebut walaupun pihak NC dah minta maaf personally?

Kata saya...kalau beginilah caranya etika kerja wartawan dan TV*** mereka dah jadi macam perangai wartawan US yang tahu menyusahkan orang untuk berita yang sensasi bagi kepentingan diri sendiri.

Wednesday, May 23, 2007

$100 billion untuk $1.3 billion

From the Star Online...

U.S. Democrats to fund Iraq war with no pullout date By Richard Cowan and Susan Cornwell
WASHINGTON (Reuters) - President George W. Bush won a battle over nearly $100 billion to fund the Iraq war as Democratic leaders in Congress on Tuesday abandoned efforts to withdraw troops for now but pledged to try again in July.
Instead of setting schedules for pulling U.S. troops, it appeared the Democratic-run Congress and the Republican White House agreed for the first time to include conditions prodding Baghdad to make better progress toward quelling violence or risk losing around $1.3 billion in U.S. reconstruction aid.

................................................

U.S. (baca sebagai your a**) sanggup berbelanja begitu banyak wang semata-mata nak berperang dengan orang Iraq. Bayangkan apa yang kita boleh buat dengan duit sebanyak itu (100 X 3.4 = RM 340 billion). Kenaikan gaji kakitangan awam baru-baru ni pun cuma RM8 billion setahun. Saya pelik kenapa rakyat U.S. masih sanggup bersekongkol dengan presiden mereka membiayai peperangan yang tiada keuntungan buat mereka. Saya percaya, walaupun U.S. adalah sebuah negara maju, masih ada di kalangan penduduknya yang "homeless". Adakah itu bukan satu keutamaan buat mereka?

Kata saya...Polisi yang dibuat ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan untuk menjajah sebuah negara merdeka. Perbuatan yang dibuat sama yang dibuat oleh Soviet Union ke atas Afghanistan (yang diikut oleh U.S. sendiri! Walaupun dia dulu yang suruh orang bantah pendudkan tersebut), Britain ke atas Falkland Islands, Iraq ke atas Kuwait dll. Mungkin satu hari nanti mereka juga akan menerima laknat malapetaka dari Allah yang lebih dahsyat lagi dari apa yang terjadi di New Orleans...supaya mereka lebih sedar, Amin.

Tuesday, May 22, 2007

Bas punya cerita lagi...

Dari New Straits Times Online...

Seremban acting police chief Superintendent Ahmad Mahmud said Nuraishah was waiting at the junction to turn into the mill at 12.45pm when an express bus rammed into her car.He said the Perodua Kancil was pushed to the opposite lane where another vehicle driven by a 44 year-old man slammed into it causing both vehicles to burst into flames.The driver of the other car escaped unhurt. Police have detained the driver of the express bus.

......................................................

Lagi cerita tragedi fasal bas. Tak taulah apa nak jadi. Selagi tak terjadi cerita ngeri dan sangat dahsyat (macam bas berlanggar sesama sendiri, entah berapa aidilfitri yang lepas) semua pihak yang bertanggungjawab asyik buat derkkkkkk aje. Geram betul!!!

Kata saya...agaknya nak tunggu accident dengan VVIP dan VVIP tu meninggal baru diorang nak buka mata dengan gayalaku pemandu bas dan lori ni!

Monday, May 14, 2007

SMART yang tak smart

Samy: Be prepared to pay higher SMART toll
BY ROYCE CHEAH
KUALA LUMPUR: The public should be prepared to pay higher tolls for the newly-opened road tunnel here because of its cost, Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu said.
He however declined to reveal the toll for the 3km road portion of the Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) which motorists would be able to use for free for a month from 3pm today.
"There are a lot of suggestions but the Government is still thinking about it," he said during a press conference after the opening ceremony.
Samy Vellu said the public had to understand that SMART took a lot of time and money to build.
"So one must not think that the toll for this 3km tunnel will be like normal highways. It is different," he said.
The tunnel is the first in the world which has a dual function. Besides being a road tunnel, it will also be used for flood water diversion.
...
The tunnel is only open to cars, MPVs and SUVs not exceeding 2m in height with Touch 'n' Go and SmartTag facilities available. No motorcycles, buses or lorries are allowed.
-----------------------
Oklah Samy...
Kalau kerajaan buat tunnel tu untuk dua tujuan, apa ke j*d*hnya nak dimahalkan tolnya. Dahlah tu hanya kereta sahaja yang boleh masuk. Rasa-rasanya akan dapat untung ke? Besok jadi gajah putih...tunggu air banjir aje lalu baru engkau tahu.

Kata saya...ini menunjukkan parmandangan minda yang sempit. Samy, sahlah saya bukan salah seorang dari pengguna yang akan menggunakan tunnel tersebut kalau dikenakan tol. Kalau free saya guna.

Al-Fatihah...

Dua pelajar UTeM meninggal dunia dan dua lagi cedera parah angkara bas terbalik semalam. Seperti yang saya blog-kan tempoh hari, bas tu terbalik kura-kura, 4 tayar ke atas. Ini baru bas bandar, belum lagi bas ekspress. Alasan diberikan...brek tak berfungsi. Kalau bas bandar tak dipandu laju, taklah jadi begitu.

Walau apa alasan yang ada, saya akan masih persalahkan pemandu bas tu. Saya harap beliau akan mendapat hukuman yang setimpal. Hukuman ke atas syarikat bas yang menggaji pemandu tu pun patut dikenakan. Macam cadangan nak kenakan hukuman pada ibubapa yang tak jaga anak sampai hilang. Kalau tidak syarikat nak kejar trip aje, tak kira kebajikan pemandu.

Kata saya...sudah sampai masanya pemandu bas awam diwajibkan menghadiri bengkel kesopanan jalanraya dari masa kesemasa. Seminar memandu berhemah pun bagus jugak...

Friday, May 11, 2007

70-80, 80-90 atau 120-tiada had

Di belakang lori atau bas ada tercatat satu makluman yang perlu diletakkan ole tuanpunya bas atau lori. Had kelajuan 70 atau 80 di jalan biasa hingga 80 atau 90 di lebuhraya.Walaubagaimanapun siapa yang memantau keadaan itu. Lori kalau kosong takkan lari 80 di lebuhraya, begitu juga bas takkan lari 90 di lebuhraya. Saya boleh katakan 100% bas tak ikut had kelajuan yang terpampang kat belakang tu. Bayangkan di lebuhraya utara selatan dari Seremban ke Ayer Keroh, yang dalam pembinaan tu, ada yang lebih berani. Ada yang sanggup mencelah kiri dan kanan melebihi 120 km/j. Bas tu menuju ke Melaka dari arah Kuala Lumpur. Saya dah ambil gambar dan video kelajuannya tu. Saya rasa pemandu seperti ini tak patut membawa bas penumpang. Dia patut bawa emak bapak dan saudara maranya. Saya nak tengok berapa laju dia bawak bas tu. Saya juga nak tengok apa perasaan dia, bila emak, bapak, bini dan anak-anak tersepit di bawah bas yang semua tayar menghadap langit dan bas itu dijilat api. Kalau boleh biar TV3 ambil gambar mereka semua tu terjerit-jerit minta tolong semasa bas tu dijilat api sambil pemandu bas itu tanpa sebarang kecederaan melihat permandangan itu. Lepas itu saya harap pihak TV3 dapat siarkan cerita 10 kali sehari (lagi banyak lagi bagus) dan paksa si pemandu tu tengok. Lagi bagus berikan rakaman VCD tu kat si pemandu.

Kata saya...lebih baik tampalan di belakang lori dan bas tu dibuang saja. Tak ada penguatkuasaannya. Kalau lori dan bas lebih laju dari kereta di mana silapnya?

Thursday, May 03, 2007

Masih Isu Lama

Dah beberapa pilihanraya kecil diadakan akhir-akhir ini. Semuanya dimenangi oleh barisan Nasional. Saya tak mahu komen apa yang kecoh masa pilihanraya cuma nak komen isu yang dibangkitkan. Sebelum ni saya ada katakan sesuatu tetapi nampaknya kedua-dua pihak masih nak bangkitkan isu lama. BN dengan pembangunannya dan Pembangkang dengan entah apa-apanya.

Setelah 50 tahun merdeka, kita masih di takuk lama. Kalau kita dah diiktiraf sebagai negara maju, saya rasa pembangunan tidak lagi dijadikan isu. Kalau isu itu masih dibangkitkan ada lah benda tak kena. Atau kita masih layak dipanggil negara MEMBANGUN!

Pembangkang pulak carilah isu yang lebih bernas sikit. Asyik nak cari isu kontroversi sahaja baik tak payahlah masuk bertanding. Menghabiskan duit aje.

Saya ingin lihat pada masa pilihanraya umum nanti, selain dari manifesto yang digah-gahkan, senarai pembangunan yang akan dibuat di setiap kawasan Parlimen. Jadi kalau ada pilihanraya kecil, kita boleh semak apa yang dah dibuat, belum dibuat atau yang tidak akan dibuat. Kalau boleh dilihat mana-mana kelemahan yang telah dibuat, memasing debatkan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Kata saya...saya tahu apa yang nak saya pangkah dalam pilihanraya umum akan datang.

Used Car...15 years

Baru-baru ni ada makhluk cuba cadangkan kepada kerajaan untuk melupuskan kereta yang berusia 15 tahun dan diberikan voucher $5,000 untuk beli kereta baru. Tetapi cuma untuk kereta nasional sahaja. Kereta lain tak perlu, kerana dia takut ada persaingan. Ha! Ha! Ha! Dari kenyataan beliau boleh dibuat dua kesimpulan kat sini.

Pertama. Beliau buat kesimpulan kereta nasional tak berkualiti. Selepas 15 tahun kereta nasional dah TAK berguna lagi, boleh buang ke laut jadi tukun. Kereta lain masih gah lagi. Boleh pakai samapi reput.

Kedua. Beliau buat kesimpulan hanya selepas 15 tahun baru boleh lupus, kenapa tidak 10 tahun. Mungkin agaknya sebab sekarang pinjaman kereta dah ada yang sampai 10 tahun. Kalau pinjaman tu dipanjangkan sampai 15 tahun mungkin dia terpaksa bagi angka baru.

Kata saya...sebab diberikan tak rasional. Malaysia nak jadi Singapura ke? Atau hanya nak kenyangkan setengah perut yang sekarang ni dah semput. Kalau tak ada orang nak beli kereta nak buat camana. Harga kereta dah tinggi!!! Kalau lepas 15 tahun kena jual kereta nasional, baik saya beli kereta bukan nasional. Lepas 15 tahun boleh guna lagi. RM5,000 yang kononnya akan diberikan untuk beli kereta baru adalah tak relevan. Cukup ke banyak tu? Saya kata...sahlah saya akan jual kereta nasional saya dalam masa terdekat ni sebelum timbul idea BODOH yang lain!!!

Monday, April 16, 2007

Jom Gi Masjid!!!

Pertembungan yang dinantikan tak jadi. Mungkin silap saya tentang tarikh ceramah Mauludur Rasul di Masjid Al-Alami MITC atau telah ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tidaklah saya tahu.

Perkembangan di Dataran Majlis Bandaraya saya tak tahulah pulak berapa orang yang hadir berkinja bersama dengan Famous Five. Saya tak larat nak bersesak di Lebuh Ayer Keroh. Hari Khamis dah kena masa pergi Jusco Melaka punya J-Card Day. Punyalah bersesak rasa macam nak Tawaf le pulak. Kehadiran kat Dataran MBMB mungkin mencapai 10,000 atau lebih.

Ceramah SS Dato' Haji Noh bin Gadut mula agak lewat, lepas Isyak, pada Ahad 15 April, bukan 14 April seperti yang saya katakan sebelum ni. Habis lebih kurang pukul 10. Anak no. 3 nak ikut. Sampai tertidur masa ceramah. Tajuk ceramah "Rasulullah SAW: Tauladan Sepanjang Zaman". Kehadiran saya kira lebihkurang 150 orang. Nak buat camana, masjid tu kariahnya taman seberang jalan. Macam masjid tengah bandar. Itupun pihak AJK Taman Tasik Utama siap hantar flyer untuk promosikan aktiviti ni. Saya sampai dapat 2 kali. Satu hari Sabtu, satu lagi pagi Ahad. Macam SS cakap berapa ramai yang datang untuk aktiviti masjid tak penting, janji masjid ada aktiviti.

Kata saya...Jom Gi Masjid, kita makmurkan surau dan masjid kita.

Monday, April 09, 2007

Bye, Bye

One of my favourite Minister (kalau tak tahu tengok arkib) dah pun meletakkan jawatannya sebagai Presiden partinya. Serahkan jawatan yang dipegangnya selama 26 tahun kepada Timbalannya. Timbalannya tu sebenarnya yang dia sokong semasa pemilihan partinya tak lama dulu. Boleh kata hand-picked successor-lah.

Satu lagi my favourite Minister (kalau tak tahu jugak sila rujuk arkib, no) belum menujukkan sebarang tanda nak berundur. Yang ini seperti yang saya jangkakan akan menunggu anak didiknya bersedia untuk jawatan Timbalan Presiden dulu sebelum apa-apa tindakan. Anak didiknya baru jadi Naib presiden. Mungkin pemilihan akan datang dia akan bertanding Timbalan Presiden. Lambat lagilah MFM nak bersara agaknya.

Kata saya...seeloknya dihadkan kedudukan seseorang Presiden tu pegang jawatan lama-lama. Jangan tunggu orang meluat baru nak resign. Seeloknya dihadkan selama tiga penggal pilihanraya kebangsaan. Kalau maksimum 15 tahun. Saya kata...Itu pun dah lama.

House atau Rumah

House diterjemah dalam Bahasa Melayu/Malaysia sebagai rumah, secara linguistic-nya. Tetapi apabila diterjemahkan M****a Media House kepada Rumah Media M****a saya rasa adalah tidak tepat dan sesuai. Sepatutnya digunakan perkataan yang lebih sesuai untuk menunjukkan ke-gah-han tempat tersebut. Kita ada ramai para cendakiawan yang lebih pakar dalam hal ini untuk menengahkan perkataan yang sesuai supaya nama tempat itu se-glamour tempatnya.

Kata saya...biar lah nama yang bersesuaian digunakan. Jangan jadi macam nama setengah kuih, i.e. kuih tahi itik, makanan dinamakan najis le pulak.

Mauludur Rasul VS Jom Heboh, Noh Gadut VS Hari Bandaraya

31 Mac. Mauludur Rasul. Pergi majlis tahlil dan berzanji sempena sambutan Maudur Rasul kat Masjid MITC dengan anak-anak. Anak-anak ikut sebab janji nak bawak diorang pergi McDonald lepas tu. Adalah sebaris orang dewasa dan setengah baris kanak-kanak.

7 & 8 April Jom Heboh datang Melaka. Buat pulak kat depan rumah saya dan sepelaung dari Masjid MITC. Penuh parking Masjid. Jammed jalan nak ke Masjid. Hopefully (sangka baik) diorang pergi sembahyang maghrib dan isyak di Masjid. Tak tau apa jadi sebab tak larat nak tersangkut dalam jam kat situ. Lepas asar masa nak pergi pasar malam Batu Berendam dah terkena.

Results: Jom Heboh menang 10,000 - 30 (kurang-kurang).

14 April ni ada ceramah sempena Mauludur Rasul oleh Mufti Johor Datuk Noh Gadut di Masjid MITC. Malam yang sama ada konsert menyambut Hari Pengisyhtiharan Melaka Bandaraya Bersejarah oleh Famous Five Mamee, Mawi, Farah, Adam, Faizal & Aznil. Satu lagi pertembungan yang menarik. Siapa akan menang agaknya. Saya tak pasti akan ada di Melaka sebab kena ikut orang rumah pergi ambil IELTS di KL.

Kata saya...Famous Five akan menang dengan majoriti berlipat ganda kurang-kurang 15,000 berbalas 100. Saya kata...inilah tanda akhir zaman.

Wednesday, March 28, 2007

Universiti Kolej Universiti

March 28 2007 Dalam the STAR N53 comment by V K Chin:

There is a vast difference between a university college and a university. The former is limited to providing education leading to a first degree, while the latter can perform a similar function but have facilities for post-graduate training of their students.

Hello Mr Chin, are you just speaking your mind without doing any homework? Please refer to Kementerian Pengajian Tinggi for the correct definitions of university college and university.

However, many of the new universities are offering new courses whose marketability is still uncertain. After all, the bottom line is still getting a job on graduation, and it will be difficult for students to study a subject they are not sure of.

Again Mr Chin, do your homework properly! Please show us your statistics. Otherwise shut up! Can you compare the percentage of unemployed graduates from these new universities with the established universities. I don't think you have the numbers and of course you cannot convinced me with heresays.

Ada lagi dua perenggan yang dia sentuh saya dah malas nak balas... mengabiskan beras aje.

Kata saya...nasihat saya pada En Chin dan juga the STAR, kalau nak bagi komen tu biarlah ada dengan statistiknya. Saya fikir En Chin ni tak tau hujung pangkal sejarah penubuhan Kolej Universiti ni. Dia tak buat penyelidikan sebelum mengeluarkan komentarnya. Saya kata...buatlah homework dulu En Chin sebelum menulis tu!!!

Thursday, March 15, 2007

Another Bush Agenda?

WASHINGTON - Khalid Sheikh Mohammed portrayed himself to a U.S. military tribunal as al-Qaida's most ambitious operational planner, taking responsibility for planning and supporting 31 terrorist attacks, topped by 9/11, according to an account of his confession.

The gruesome attacks range from the suicide hijackings of Sept. 11, 2001 — which killed nearly 3,000 — to a 2002 shooting on an island off Kuwait that killed a U.S. Marine, according to an account released by the Pentagon.

In listing the 28 attacks he planned and another three he supported, Mohammed said he tried to kill international leaders including Pope John Paul II, President Clinton and Pakistani President Pervez Musharraf.

He said he planned the 2002 bombing of a Kenya beach resort frequented by Israelis and the failed missile attack on an Israeli passenger jet after it took off from Mombasa, Kenya.

He also said he was responsible for the bombing of a nightclub in Bali, Indonesia. In 2002, 202 were killed when two nightclubs there were bombed.

Kata saya...Terror betul mamat ni. Semuanya dia plan. Yang peliknya hari tu US beriya-iya mengatakan Abu Bakar Bashir yang bertanggungjwab ke atas pengeboman di Bali tu. Apa nak jadi ni Bush. Engkau punya Intelligence Angency tu dah tak intelligent lagi kut. You better resign now before your popularity go down the septic tank!!!

Tuesday, March 13, 2007

Banyaknya AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Hari ini mula keluar cerita pelajar-pelajar cemerlang SPM. Memasing tunjuk keputusan yang cemerlang. Buat masa ini saya dah tak heran kalau pelajar-pelajar ni dapat semua A. Biarlah apa yang diorg kata rahsia kecemerlangan tapi saya tak nak mengakui kecemerlangan diorg sehingga mereka boleh mengduplikasikan kecemerlangan itu di peringkat universiti. Ramai pelajar yang saya dah jumpa, cemerlang di peringkat UPSR tetapi merosot di PMR dan seterusnya. Yg cemerlang di peringkat UPSR terjunam di SPM dan seterusnya. Yg cemerlang di SPM kurang menonjol di universiti. Tak kira kaum apa, melayu, cina, india sama aje. Memanglah tahap penilaian di setiap peringkat tu berlainan khasnya di universiti. Di universiti perlu berdikari, belajar buat nota sendiri dan tahu menghormati masa.

Yg paling saya nak tekan adalah belajar buat nota sendiri. Saya tahu ramai pelajar tak tahu ambil nota. Yg pensyarah tulis kat white atau kat slide powerpoint dia, itulah yg ditulisnya kat dalam buku. Nota tambahan tak ada. Yg pensyarah dok cerita sampai berbuih mulut dia tak tulis. Ingat tak, suatu masa dulu pensyarah universiti dikatakan tak tahu mengajar? Hendak disuruh mengajar macam di sekolah. Di sekolah, berbagai istilah wujud: spoon-feeding, latih tubi, gerak gempur dibuat, semata-mata nak kan kejayaan. Tu tak termasuk berbagai buku panduan dan rujukan peperiksaan. Baca ajelah. Jadi bila masuk universiti, kena buat nota sendiri, tak ada buku rujukan, tak ada tuisyen, tak ada latih tubi & gerak gempur, hanya inisiatif sendiri, mereka ni terkapai-kapai.

Kata saya...Kalau mereka ni boleh dapat terus dapatkan AAAAAAAAA di peringkat universiti barulah saya ucapkan TAHNIAH kepada mereka semua.

Monday, March 12, 2007

Tanya Linda

Cerita Linda Onn dan Karpet Merah Anugerah Academy yang penuh kontroversi. Mingguan Malaysia 11 March dalam Pancaindera mukasurat 16 mengkesahkan hal itu. Tapi saya tak mahu mengomen cerita itu tetapi salah satu kenyataan akhbar Linda yang ditulis oleh MM.

"Then you are not going to be on TV - pack your things" telah diterjemah (Kalau tak mahu muncul di TV, kemaskan barang-barang awak). Sepatutnya saya rasa terjemahannya adalah (Oleh itu, awak tak akan ke udara di TV - kemaskan barang-barang awak).

Kata saya...Inilah macam sarikata wayang yang selalu saya lihat di pawagam. Dalam wayang aktor mejerit "Fire, fire". Sarikatanya "Api, api". Padahal aktor tu suruh "Tembak, tembak".

Tuesday, March 06, 2007

Update Berita Semalam

Nurul Atikah akhirnya diterima ke sekolah asrama penuh
TAIPING 5 Mac – Hasrat pelajar terbaik Orang Asli peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2006, Nurul Atikah Kamarudin, 15, untuk ke sekolah berasrama penuh menjadi kenyataan hari ini apabila dia melaporkan diri di Sekolah Sains Raja Tun Azlan Shah (Seratas) di sini.

Nurul dijemput oleh sekumpulan tiga guru dari Seratas tengah hari ini ketika sesi persekolahan di sekolahnya di Sekolah Menengah RLKT Lasah, Sungai Siput.

Kata saya...Inilah yang dikatakan kalau tak masuk paper tak jadilah kerja. Agaknya semalam Pengetua SERATAS dah panas punggung sampai hantar TIGA orang cikgu untuk menjemput Nurul Atikah. Memang M**G**K H*Y*N betul! Tak payah tunggu lagi Dato' Hisham...

Monday, March 05, 2007

Apa nak jadi ni...

‘‘Sudah terlambat. Saya takut tercicir’'
IPOH 4 Mac – ‘‘Sudah terlambat. Saya takut tercicir jika berpindah ke sekolah baru kerana sesi pembelajaran sudah sebulan berlalu.”
Begitulah luahan pelajar terbaik Orang Asli dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006, Nurul Atikah Kamaruddin, 15, ketika ditanya sama ada dia akan meneruskan pelajarannya ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau tidak.
Kata Nurul Atikah, buat masa ini dia tidak lagi berminat memasuki SBP tetapi akan tetap mempertimbangkan keputusannya itu jika menerima surat tawaran rasmi daripada Kementerian Pelajaran.
Bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang surat tawaran walaupun selepas dua minggu dijanjikan oleh Pengarah Bahagian Sekolah, Noor Rezan Bapoo Hashim.
‘‘Pada minggu lepas, ayah saya ada menghubungi Jabatan Pelajaran negeri dan diberitahu surat tawaran rasmi itu sudah diposkan dan akan sampai dua tiga hari lagi tetapi masih tidak sampai sehingga sekarang.
‘‘Saya difahamkan surat tawaran rasmi itu baru diposkan pada Khamis lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berita yang saya baca hari ni. Apa nak jadi? Kalau baca entry saya cerita ni dah nak masuk 3 minggu masih lagi belum settle. Dah masuk paper front page masih lagi terkedik-kedik lagi buat kerja.

Kata saya...Dato' Hishamuddin, Inikah pegawai pendidikan yang berdedikasi? It's time for you to take action against these incompetent people. Masukkan saja diorang kat pool tu A.S.A.P

Friday, February 16, 2007

Gay Anti Gay

NBA banned Tim Hardaway from All-Star weekend because of his anti-gay remarks. Kesian dia.

Inilah yang dikatakan kebebasan...segalanya, termasuk seks. Saya tak pasti di mana dalam kitab Injil (bukan bible ye!) ada menyebut hal tu. Saya rasa sah ada sebut fasal cerita kaum Nabi Lut. Bila dah bebas segalanya mulalah pelbagai persatuan akan beri tekanan kepada kerajaan. Kumpulan Gay & Lesbian begitu lantang bersuara. Akhirnya bila Hardaway bersuara dia yang kena hentam. Nasib engkaulah Hardaway, kalau kat Malaysia engkau tak kena apa pun. Tak ada persatuan nak bisng-bising cam tu (atau silap saya, ada ke???).

Kata saya...Inilah bila dah mengamal konsep sekular. Bila moral dan akhlak adalah definisi yang jauh bezanya macam Gunung dengan Laut.

Dah Terantuk Baru Tengadah...

Semalam...

Berita anak orang Asli yang dapat 8 A dalam PMR tak dapat tempat di sekolah SBP disiarkan dalam Utusan Malaysia. Ceritanya dia dah dipersetujui oleh Menteri Besar Perak untuk ditempatkan samada di SRPB atau di SERATAS atau di MRSM. Dan dia telah ditawarkan untuk kemasukan ke SRPB, tapi malangnya sekolah boleh override mengatakan sekolah dah penuh dan hanya terima budak lelaki.

Kata saya...Betapa jengkelnya pengetua sekolah ni. Kalau dah dia ditawarkan bermakna PENGETUA bertanggungjawab untuk memasukkan dia ke sekolah tu. Bukannya ramai, 1 ORANG sahaja. Takkanlah tak boleh selit kat mana-mana di asrama dan kelas tu. Atau pengetua tu sendiri yang pandai-padai buat decision???

Hari ini...

2 headlines di Utusan on-line (saya malas nak beli hard-copy, mahal bebenor nipis lak tu!). Satu berita kata dia dah diterima masuk ke SERATAS, satu lagi kata dia terima tawaran masuk ke SRPB setelah dipujuk ole 2 pengetua, 2 pegawai Jabatan Pendidikan dan seorang wakil rakyat.

Kata saya...Sahlah makhluk-makhluk ni kena bambu dengan Datuk Hishamuddin ni. Datuk masuk saje makhluk-makhluk dalam pool yang Datuk cakap hari tu! Pool apa saya dah tak ingat pulak. Susah-susah benam saje dalam lombong bijih. Budak tu dah masuk paper dan diiktiraf sebagai pelajar terbaik orang Asli. Kalau ye pun dia tersilap tulis kod tak kan lah tak ade pegawai pendidikan yang hadir semasa budak tu pergi jumpa Menteri Besar Perak. Kenapa tak ambil borang dia masa tu dan terus proses untuk kemasukkan. Itu kira kes SEGERA lah! Bila dah masuk paper baru tahu panas punggung, padahal kawan tu dah merayu kat Jabatan Pendidikan. Memang betul m***kuk h*y*n! Datuk, cepat-cepat masukkan makhluk-makhluk ni dalam pool tu! Dah Terantuk Baru Tengadah!

Thursday, February 15, 2007

Afghanistan, Iraq and Iran

Sedang tengok CNN sekarang.

Cerita pasal Afghanistan. Insurgency on the rise. NATO attack satu perkampungan. Kononnya seorg ketua Al-Qaeda mati.

Kata saya...Buat apa korang pergi sana. Kalau mati mati katak sajalah. Tak ada kerja korang buat kat sana. Kalau setakat nak protect Hamid Karzai tu, tak payahlah berabis jutaan $$$. Baik korang belanjakan untuk rakyat korang. Atau..korang ada agenda tersembunyi kat sana??? Macam Soviet buat masa tahun 1980 dulu? Please Bush, for your troops' sake, get the hell out of Afghanistan!

Cerita pasal Iraq. 4 orang lagi askar US mati. Sorang nak kena culik tahun lepas, ditunjukkan video, kononnya masih hidup. Nanti Bush nak hantar lagi 22,000. Baguslah tu!

Kata saya...Nanti bolehlah tukang buat keranda dapat untung. Lagi ramai pergi, lagi ramai yang mati. Saya syorkan sebelum pergi ambil insuran nyawa banyak-banyak. So that emak, bapak, isteri dan anak-anak ada perlindungan, in case korang mati kat sana. Korang kalau mati, mati katak jugak. Diorang kalau mati, mati sebagai syuhada. Apa diorang takut mati. Korang saja yang nak menempah maut. Saya kata...it's another Vietnam. Forget it Bush!!! Listen to Democrats!!! Get your troops out of Iraq!

Cerita pasal Iran. Bush dok kata ada senjata nuklear kat sana. Alah, macam dia kata Saddam ada simpan Nuclear and Biological weapons!

Kata saya...Yang dah sah betul dia punya intelligence punya report sengaja mengada-ngadakan report tu. Sekarang tentang Iran dia masih nak menegak benang yang basah. Saya rasa dialah DAJAL yang sebenarnya. Silap-silap dialah yang akan memulakan perang dunia ke 3. Sila baca entry saya tentang Nostradamus. Mungkin Bush ni percaya sangat kat Nostradamus tu. Kenapa dia tak beria-ia pula tentang Korea Utara. KU dah sah ada senjata nuklear. Kenapa dia takut nak attack KU. Takut China sokong KU? Iran tak ada orang sokong??? Bush, get your facts right!!! Otherwise try not to boost your popularity with another attack on another Islamic nation!!! Would you like to be the first on my list as Anti Islamic??? Saya kata...I dare you Mr Bush!

Friday, February 02, 2007

Anti-Islamic

Saya rasa terpanggil untuk mula pada hari ini mengecap sesiapa sahaja yang menghina Islam sebagai Anti-Islamic. Kalau dulu perkataan Anti-Christ, Anti-Semitic dan baru-baru ni Anti-Holocaust maka saya rasa adalah menjadi seorang Islam untuk mula "coin"kan perkataan ini kepada mereka yang tak bertanggungjawab!!! Tak kiralah sesiapa pun, kalau dah menghina Islam memanglah tak patut!!!

Kalau orang silap cakap mengutuk Israel, dah tentu dicap Anti-Semitic. Alah, macam Mel Gibson yang mabuk tu kena cap akibat memaki polis yang berbangsa Yahudi apabila ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Presiden Iran, Ahmadinejad, kena cap Anti-Halocaust dan juga Anti-Semitic sebab mengatakan Holocaust tak wujud.

Mereka boleh senang-senang mengatakan Islam itu pengganas. Kalau dulu di London kalau ada bom akan dikaitkan dengan IRA sekarang tak lagi. Akan dituduh pengganas Islam. Pengganas itu mungkin beragama Islam tapi Islam BUKAN pengganas. Kalau tu dulu bolehlah dikatakan pengganas kristian sebab IRA tu kristian. Yang saya tahu kristian juga bukan pengganas. Yang lain kes macam gunakan kebebasan bersuara untuk menghina Islam. Macam kartun Denmark tu.

Jadi mulai 2 Feb 2007 ni sesiapa yang saya dapati masih cuba nak mengaitkan Islam dengan pengganas dan masih lagi nak menghina Islam dengan apa cara sekalipun akan saya masukkan dalam senarai Anti-Islamic.

Kata saya...ada sesiapa yang sudi nak jadi calon pertama Anti-Islamic, persilakan!

FTA: Dajal Moden

PM: Malaysia won't bow to US pressure over Iran energy deal
From The Star Online Feb. 2, 2007...
KEPALA BATAS: Malaysia will not bow to any pressure from the United States to stop its US$16bil (RM57bil) energy deal with Iran.
"We are a sovereign nation and we reserve the right to foster ties with any country to protect our interests," said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
He was responding to the US threat to suspend free trade agreement (FTA) talks with Malaysia over the matter.
Abdullah said political issues should not be dragged into trade talks.
"We might have different political stands but this should not come in the way of trade relations," he told newsmen after launching the rebranding of community colleges here Friday.
Abdullah said International Trade and Industry Minister Datuk Seri Rafidah Aziz had informed him that that the talks had reached the fifth level.
Asked whether the talks would proceed following the US threat, he said Malaysia would wait and see.
"We have our stand and you (US) have yours," he added.

Kata saya...Inilah Dajal Moden. Cuba nak buli orang ikut dia saja. Siapalah agaknya Imam Mahadi Moden yang membunuh Dajal Moden ni A.S.A.P. Menyusahkan orang saje!

Thursday, February 01, 2007

Bilik Barakah

Peristiwa memalukan ini terjadi selepas habis haji. Mekah sudah mula ditinggalkan oleh jemaah samada ke Madinah atau balik terus ke negara masing-masing. Jadi banyak bilik hotel sudah mula dikosongkan. Untuk itu tuan punya hotel mulalah advertise "Bilik Barakah" bagi pasangan suami isteri untuk *****.

Nak jadi cerita, roommate saya kebetulan hidungnya berdarah. Jadi dia banyak menghabiskan masa kat lobi. Dia pergi masjid semasa orang azan dan balik setelah tamat solat. Bukan apa takut hidungnya berdarah kalau lama-lama kat masjid, naya nanti nak cari tisu bebanyak nak kesat. Lagi pun masjid dah mula lengang so senang nak dapat tempat kat masjid. Satu hari tu, sedang dia tengok tv kat lobi, datang satu pasangan Indonesia datang nak sewa Bilik Barakah. Tetiba datang sorang lagi lelaki Indonesia kat depan lobi, siap ambil gambar signboard hotel dan curi-curi tengok kat lobi. Pasangan wanita tadi bersembunyi di belakang lelakinya. Kemudian pasangan tadi naik ke Bilik Barakah mereka.

Saya pendekkan cerita...lelaki yang mengintai tadi datang kembali dengan sorangArab (tuanpunya hotel sebelah) dan sorang wanita arab yang fasih berbahasa Arab. Mereka bertanya kepada kepada pengurus hotel tentang pasangan tadi. Kemudian mereka bergegas ke Bilik Barakah tersebut.

Rupa-rupanya pasangan wanita tadi adalah isteri lelaki yang mengintai. Lelaki tersebut menjumpai isteri dalam keadaan berb***l dalam bilik itu bersama pasangan lelakinya. Menurut roommate saya suami wanita jauh lebih handsome dan jauh lebih bergaya dari pasangan isterinya. Roommate saya sendiri tak faham apa yang dilihat oleh wanita tersebut sehingga sanggup meninggalkan suaminya dan mengikut lelaki itu setelah tamat menunaikan haji.

Kata saya...macam ni punya manusia pun ada. Padahal baru habis ibadat haji untuk menghapus dosa, terus aje buat dosa besar. Mohon dijauhkan saya dan keluarga saya dosa maksiat ini.

Wednesday, January 31, 2007

Malas atau tidak?

Peristiwa pertama berlaku di Mekah. Tempat makan kami adalah tingkat 2. Mak saya dah tak larat berjalan lama apatah lagi nak naik tangga. Hotel tempat makan tu sebenarnya juga didiami oleh jemaah dari South Afrika. Kebetulan malam tu masa tunggu lif nak ke dewan makan tu adalah saya, mak saya, dua lagi jemaah Malaysia yang sakit kaki dan tiga orang jemaah SA. Bila masuk aje dalam lif sorang jemaah SA ni dok bercakap "They are simply lazy" berkali-kali kat member sebelah dia. Keluar dari lif saya cakap kat dia,"Have some respect to the old lady". Dia balas,"They are lazy". Lalu dengan "senang hati" saya menjerit,"She hardly can walk, you *#$@)!!!" Dia pun terdiam dan saya lepaskan button lif. Sepatutnya saya cakap baik-baik dengan dia suruh dia keluar dan naik tangga ke tingkat lima - bilik dia - tengok dia guna lif ke naik tangga.

Peristiwa kedua berlaku di Madinah. Tempat makan kaki di mezanine floor. Yang sebenarnya tingkat 3 kalau guna tangga. Bermakna kalau bilik kat tingkat satu bermakna kena naik tangga 8 flights (1 tingkat 2 flights). Jemaah Malaysia kat hotel ada lebih kurang 500 orang, tak campur jemaah Pakistan dan India lagi. Apabila habis sembahyang subuh, zohor dan isyak berebutlah jemaah nak gunakan lif ke dewan makan dan balik bilik. Ada yang sanggup tunggu lama semata-mata nak naik lif ke dewan makan. Yang sedihnya yang berebut-rebut nak naik tu bukannya orang tua atau yang uzur tapi mereka yang sihat dan kuat. Tak kira yang lelaki atau yang perempuan sama sahaja. Lepas makan tu mereka jugak berebut nak naik lif nak balik bilik. Tak ada rasa tolak ansur langsung. Masing-masing ingat diri sendiri aje. Dapat haji mabrur ke macam tu?

Kata saya...kalau masih muda dan sihat apa salahnya naik tangga lepas makan. Jalan perlahan-lahan apa salahnya. Janji sampai. Sedih saya tengok jemaah lelaki yang tua dan uzur yang tak dibenarkan masuk dalam lif sebab penuh. Padahal yang dalam lif semuanya orang sihat-sihat. Imagine, saya terpaksa buat naik wheelchair mak 14 flights (7 tingkat) tangga hampir setiap waktu di Madinah!!!. Kata saya...redha aje lah.

Monday, January 29, 2007

Kebersihan itu sebahagian dari Iman

Mekah semasa musim haji adalah satu pemandangan yang menarik. Manusia di mana-mana. Kawasan Masjidil Haram "hidup" 24 jam. Majlis bandarayanya bekerja 24 jam bagi menjaga kebersihan. Kalau manusia yang datang ke tanah haram ini memberi kerjasamanya saya fikir Mekah mungkin menjadi satu bandaraya yang terbersih. Malangnya tidak. Mereka yang datang untuk mengerjakan haji telah mengotori dengan pelbagai sampai dan kotoran. Saya tak tergamak nak ambil gambar apa yang telah mereka lakukan. Sampah dibuang ikut suka hati. Lepas makan dan minum tak reti nak buang sampah dalam tong, buang aje kat jalan. Kahak, hingus dan ludah merata di jalan. Tak heran lebih 80% yang datang kerjakan haji jatuh sakit, samada selsema atau batuk.

Kata saya...kebersihan itu sebahagian dari iman tapi mereka pandang mudah saje. Bagaimana nak kerjakan amal ibadat dengan tenang kalau selsema dan batuk tak sembuh-sembuh. Tapi saya tabik kat jemaah haji Malaysia yang terus mementingkan kebersihan diri, tempat tinggal dan ibadat. Tak heranlah jemaah kita terus jadi contoh.

I'm Back

Baru balik pagi tadi. Sampai rumah pukul 4.00 pagi. Syukur Alhamdulillah! Selamat pergi dan selamat balik. Sepanjang di sana saya tak mengikuti perkembangan berita. Banyak yang tertinggal. Saya perlukan sedikit masa untuk "catch-up" apa-apa yang tertinggal.

Kata saya...saya akan mula cerita tentang perkembangan di Mekah mulai malam ini sementara saya mula baca apa yang perlu dikomen.

Sunday, December 17, 2006

Bye...at least for now

Dalam masa dua atau tiga jam saya akan berlepas ke Kelana Jaya. Nak pergi, apa yang dikatakan oleh sorang ustaz minggu lepas, naik darjah lima. Doakan saya selamat pergi dan selamat balik. Saya pergi tak lama cuma hingga 29 Januari saje, InsyaAllah.

Kata saya...jangan nakal-nakal, nanti doa saya termakbul, hah, siapa yang susah?

Friday, December 15, 2006

Life is short...

Life is short, too short to be bitter... Sebenarnya itu adalah sebahagian dari iklan beer yang pernah ditunjukkan di tv di UK dalam sekitar 90an dulu, masa saya masih buat Master di Sheffield Hallam University. Saya baru habis final exam dan tengah siapkan dissertation apabila I reached one of the low moment of my life. Tak perlu saya nyatakan apa dia. Kata-kata itu sebenarnya yang memberi peransang untuk terus siapkan my dissertation and get the hell out of Sheffield as soon as possible. My housemates gave the rest of the motivation to finish of the task.

Saya telah membaca sebahagian dari buku "La Tahzan" atau Jangan Bersedih. How ironic, apa yang diperkatakan dalam buku tersebut fits the above saying. Kedua-duanya memperkatakan tidak perlu nak menyesali dan bersedih atas segala kesusahan yang menimpa kita memandangkan kita hanya hidup seketika sahaja di dunia ini. Kita perlu meneruskan kehidupan kita sebaik yang mungkin dan cuba capai apa yang kita idamkan. Jika tidak berjaya jangan menyesalinya.

Kata saya...life is short, too short to be bitter.

Samy dan Tol

Tol lima lebuh raya naik -- Antara 30 sen dan RM1 berkuat kuasa 1 Januari 2007
Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI dan HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Berkuat kuasa 1 Januari ini, kadar tol di lima lebuh raya di sekitar Lembah Klang akan dinaikkan antara 20 peratus hingga 60 peratus atau 30 sen hingga RM1.
Lebuh raya berkenaan ialah Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kenaikan kadar tol itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu.
Katanya, kenaikan itu perlu kerana ia telah termaktub dalam perjanjian konsesi masing-masing.
Sebelum keputusan diambil, satu kajian telah diadakan sejak Januari 2005 dan didapati kenaikan tol bagi kelima-lima lebuh raya itu mesti dilaksanakan bagi mengelakkan pembayaran pampasan yang tinggi.

...Dari Utusan on-line...

Akhirnya my favourite minister dah sahkan tol naik. Hari tu Samy kata nak berentap di parlimen untuk bentang pasal tol ni. Tup, tup discuss kat kabinet saje. Dah malas nak komen, hari tu and yang lama punya pun Samy tak respon lagi. Tahun 2008 konsesi jalan lain pun akan naik. Apa nak kata.

Kata saya...kerajaan sepatutnya mengambil semula tanggungjawab buat jalan ni. Yang saya tahu kontraktor buat jalan ni untungnya besar. Kawan saya bekas JKR engineer bagitau. Kata dialah. Entah betul entah tidak.

Thursday, December 14, 2006

Murtad & Anti-Hadis

Weekend lepas saya berada di majlis ilmu di Masjid Tengkera. Antara perkara yang dibincangkan adalah hal murtad. Di akhir zaman nanti (mungkin dah ada sekarang) ada umat Islam yang paginya Islam petangnya murtad, yang siangnya Islam malamnya murtad. Begitu senang sekali murtadnya manusia. Murtad ini boleh terjadi kerana perbuatan atau perkataan. Penceramah memberi contoh, perkataan seperti, "Memanglah pada zaman Rasulullah hal seperti itu boleh dipraktik tapi tidak sekarang" atau "Agama Islam ni memanglah bagus tapi..." atau "Agama Islam ni menyeru kepada kebaikan sama macam ugama-ugama lain". Kalau dilihat sekali lalu memang tak nampak implikasi perkataan tersebut tetapi ia sebenarnya telah menghina Agama Islam dan mensyirikkan Allah SWT.

Beberapa hari yang lepas saya baca forum dalam Malaysia Today berkenaan antihadis. Bila saya baca the forum saya rasa yang support antihadis tu baca Al-Quran yang diterjemah mengikut kehendak dan nafsu seseorang. Macam "Bacaan" yang kena ban tu. Saya dah ikut perkembangan antihadis ni sejak buku karangan Kasim Ahmad kena ban sekitar tahun 80an. To layman like me their arguments are still lacking contents. Mereka kata tak perlu solat, bayar zakat dan kerjakan haji??? Mungkin nak sesuaikan dengan nafsu serakah seseorang??? Sampai seorang tu kata dia pun dah tak ingat siapa Rasul yang terakhir - masya Allah!!!

Kata saya...kedua-duanya ada persamaan. Banyak kes yang murtad berkait dengan cinta. Kes anak pak Haji Bukhari (yang katanya dah berpindah ke Australia), kes Si enJoy dan kes Habsah berkaitan dengan perkahwinan dengan orang kafir. Mungkin kerana agama yang diorang nak anuti membenarkan easy life seperti yang diamalkan di barat sekarang. Minum arak dan berzina bukan lagi perkara dosa besar bagi mereka di barat. Kumpulan antihadis pula cuba "memudahkan" agama mengikut pemahaman mereka.

Kata saya...kalaulah itu yang mereka kehendaki, biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.

Monday, December 11, 2006

Besi punya pasal

Suspek curi lampu limpah ditahan setelah 7 jam dipujuk
KUALA LUMPUR 10 Dis. – Seorang suspek yang dipercayai cuba mencuri lampu limpah sebuah papan iklan yang dipanjatnya berjaya ditangkap biarpun dia sebelum itu enggan turun selama hampir tujuh jam kerana takut diberkas polis di Pandan Indah di sini hari ini.

Terkejut saya bila orang dah terdesak buat kerja macam ni. Sanggup curi lampu limpah, kabel letrik dan kabel telefon. Nasib baik kena tangkap dek polis aje, kalau nasib tak baik macam mamat yang nak curi kabel letrik kat stesen tnb dan mamat yang nak curi kabel telekom kat tiangnya. Habis rentung!!!

Kata saya...Inilah orang melayu nak kerja senang. Kerja construction dan kerja kat ladang berlambak-lambak. Kerajaan impot orang Indon kerjakan. Orang Malaysia khasnya orang melayu tak berminat. Kerja nak kat bilik air-cond saja. Yang muda-muda dahlah tak berkelulusan asyik jadi mat gian dan mat rempit. Nak enjoy saje! Bila fulus tak ada, jadi mat ragut pulak (baru teringat, apa kata kalau kita beri hukuman meragut rumput dan lalang sepanjang lebuh raya dan jalan raya seluruh negara. tak perlu beri makan pada diorang. makanlah apa yang diragut. ikat mereka, macam ikat kambing!). Bila polis dah perketatkan rondaan, beralih pada kabel yang orang tak jaga pulak. Tapi kabel ni kekadang melawan. Nasib tak baik hanguslah kamu. Belum lagi hari akhirat kau dah kena tempias neraka. Hah mencuri lagi!

Kata saya...buatlah kerja yang halal

Friday, December 08, 2006

Nostradamus & Ahmadinejad

Is the current President of Iran the Prince of Persia who has been long sought by the neo-cons of the US? His actions, his decisions and the potential of him becoming the man who would rally a million troops to revenge his nation against the West and the Nato make this a possibility. In this article, WFOL pictures how Mahmood Ahmadinejad is now targeted as the prince of Persia who's coming was predicted by Nostradamus, the French clairvoyant who has become the 'prophet' of the neo-cons.Nostradamus also foretold of an unusual alliance between what he believe is Portugal and the Persians who will be under the leadership of the dark prince. He also said the prince of Persia will lead a series of attacks on the US, France and Italy. He will raise a huge and mighty army that will defeat the Nato forces even in Europe.

Nampak gaya ada jugak orang yang sependapat dengan saya berkenaan ahmadinejad. Saya cuma nak kata mungkin apa yang terjadi hanya satu kebetulan. Yang selanjutnya kita belum tahu lagi. Kalau baca cerita dalam Malaysia today tu mungkin pembaca akan lebih faham.

Kata saya.. Prediction Nostradamus ni biasanya ditafsirkan selepas berlaku sesuatu kejadian. Kata saya... Masih lagi ingat hafal ayat untuk exam Pengetahuan Agama Islam tentang Minum Arak dan Tebung Nasib. Kata saya... tiada manusia tahu masa depan kecuali Allah SWT mengkehendakinya. Wallah Hua'lam.

Thursday, December 07, 2006

4 Dalam 1

Tidak ada istilah madu bagi kami.” Itulah pengakuan empat isteri kepada seorang ahli perniagaan, Ariffin Mohamad, 56, atau lebih manjanya dengan panggilan Abang Ariff.
Malah, isteri pertama hingga keempat Ariffin, Fatimah Abdullah, 51, Roslina Abdullah, 46, Surizah Salleh, 44, dan Wan Akmal Wan Abdul, 44, tinggal sebumbung dengannya di kediaman mewah 22 bilik di atas tanah 0.4 hektar yang diberi nama Ariffarozama Villa di Kampung Tebauk, di sini.Kediaman itu diberi nama Ariffarozama hasil gabungan nama panggilan suami Arif, Fa (Fatimah), Ro (Roslina) Za (Surizah) dan Ma (Wan Akmal).Kehidupan seharian mereka penuh dengan kemesraan di samping keletah 17 anak yang menganggap keempat-empat mereka sebagai ibu kandung.

Ni kes macam orang mormone kat Utah. Ada sorang tu kahwin sampai 11 orang. Hidup dia bahagia - kata dia lah. Tapi dia tak boleh bawa isteri-isteri dia keluar dari Utah. Kalau bawa anlebih dari satu kat negeri lain kena tangkap. US ni pelik sikit udang-undang negeri dia lain-lain. Negeri lain kebanyakannya tak benarkan poligami!!!

Kes abang Ariff ni lain sikit. Rasa saya nak cari yang kahwin dua duduk serumah pun susah. Kebanyakannya suami tak dapat berlaku adil. Tak kiralah samada itu salah suami atau salah isteri-isteri. Yang dah tentu iblis banyak sangat ganggu. Perasaan tolak ansur tak ada perasaan benci dan hasad dengki yang banyak.

Macam kata saya dulu, kalau perkara-perkara yang wajib pun tak terbuat, janganlah dok beria-ia nak buat benda sunat. Kata saya...sebelum bercadang nak tanya abang Ariff petua-petuanya, muhasabah diri dulu, cermin-cerminkan fizikal, finance dan juga emotion kita sebelum mengambil sesuatu tindakan drastik sebegini. Kalau ada anak, tengok muka anak-anak tu. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada mereka hasil tindakan kita.

Jalan-jalan Sukan Malaysia

Kini: Badminton kalah dengan Korea Selatan. Sepak Takraw kalah dengan Thailand. Bola dah awal-awal kalah dengan Oman dan China 1-3. Hoki dengan Jepun pun boleh seri. Dulu: badminton senang-senang Malaysia boleh makan Korea. Takraw tidak one-sided, selalu fight sampai third game. Bola tak kena buli cam sekarang. Hoki boleh tibai Jepun-senang –senang.

Kata saya…sukan di Malaysia dah gone backward. Biasanya kalau di Negara maju dah ada fasiliti bagus, kewangannya terus masyuuuk, sukannya akan terus meningkat. Di Malaysia tidak. Memacam insentif yang diberi tapi pencapaian masih zaman batu punya. Adalah special kes macam Nicol David atau Shalin Zulkifli. Tang lain tu menghabiskan beras aje. Kata saya…kalau macam ni eloklah kita balik ke status amatur saje. Biar atlet ni rasa macam mane peritnya kena bekerja dan bersukan pada masa yang sama. Ini tidak berlatih ala kadar aje sebab tahu fulus akan terus masuk walaupun prestasi buruk. Kata saya...Malaysia ni baik sangat. Kita award athlete for being mediocre!!!

Wednesday, November 29, 2006

Budak Zaman Sekarang

Masa kat Kuantan awal-awal dulu students dapat scholarship terus beli motor. Tau aje lah scholarship nye taraf hidup kat oversea. Raya sakanlah diorang. Adalah a few yang ada kereta. Kat JB since dah banyak berubah, kereta dah berlambak kat kampus. Sampai satu ketika tempat parking penuh. Kat Melaka terpaksa berebut parking dengan student. Mana tak nye kampus kat rumah kedai. Kat Bangi ni so far tak ade masalah lagi. Bolehlah cari parking. Still saya tengok kereta yang diguna student ni kenkadang tu kalah lecturer. Tentulah mak bapak diorang orang berada. Ada banyak kereta yang tak diguna oleh mak bapak.

Satu lagi saya perhatikan handphone diorang. Handphone sorang-sorang bukan main canggih lagi. Saya punya pun al kadar saja. Cukup sekadar membuat & menerima call & sms. Malu gak sesekali saya jawab call depan diorang.

Inilah yang dikatakan masa merubah segalanya.

Kata saya...kalau saya ditakdirkan masuk ke universiti sekarang dalam keadaan masa saya dulu, saya akan ada rasa inferiority complex. Saya tak mampu ini semua. Keluarga saya tak mampu menyediakan ini semua. Sungguh bertuah bebudak zaman sekarang.

IT oh IT

Ramai tak minat ikuti IT
Kementerian Pengajian Tinggi bimbang ramai tidak berminat mengikuti kursus berkaitan Teknologi Maklumat (IT) di universiti tempatan atas alasan imang sukar mendapat pekerjaan...Kosmo!

Tak boleh salahkan pelajar dalam hal ini. Mereka ambil kursus yang boleh menjamin perkerjaan. Berapa ramai yang nak jadi usahawan? Suatu masa dulu Kementerian Sumber Manusia buat jangkaan berapa ramai graduan IT yang diperlukan apabila MSC diwujudkan. Sampai sekarang dah tercapaikah angka tersebut? Berapa banyak pula institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus IT ni? Berapa ramai graduan yang telah dikeluarkan? Berapa ramai yang menganggur? Angka-angka ini perlu diisi dan dijawab sebelum tuduhan-tuduhan yan negatif dikeluarkan.

Kata saya...banyak institusi yang gelojoh menawarkan kursus yang serupa. Ramai graduan yang tidak membuat nilai tambah ke atas kertas sijil mereka. Soalan saya...kenapa mereka tidak mengikuti atau menduduki peperiksaan profesional sesuatu perisian? Kata saya...MSC sebenarnya tidak dapat menawarkan banyak jawatan. Mereka memerlukan KUALITI dan bukannya KUANTITI. Hanya pakar sahaja yang diperlukan. Yang selebihnya mungkin juruteknik untuk membantu. Kata saya...IPT perlu menyemak semula kurikulum mereka dengan membuat nilai tambah dan hadkan pengambilan ke tahap yang sesuai, bukan main ambil secara lambak sahaja.

Tuesday, November 28, 2006

I told you so...

Five highways to charge new rates from Jan 1
KUALA LUMPUR: Toll rates will be increased for five concessionaires come Jan 1, 2007, according to Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu.
He said the Government could not afford to compensate the concessionaires for the Guthrie Corridor Expressway, Karak Highway, Grand Saga Cheras-Kajang Highway, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) and Kesas Shah Alam Highway the estimated RM2bil, if no increase was approved during this round of concession agreements.
Refer kata saya di Tol Naik Lagi
Kata saya...apa dah jadi dengan cukai yang dipungut oleh kerajaan? Bermakna kerajaan dah lepas tangan terhadap pembinaan jalanraya, satu infrastuktur yang menjadi tanggungjawab kerajaan. Menswastakan projek lebuhraya bermakna terlepas satu tanggungjawab kerajaan, sebab tol dibayar oleh pemandu kereta. Nanti ada lagi projek lebuh raya baru, 14.7 km Kesas Kota Kemuning dengan Federal Highway dengan kos RM600 juta. Satu lagi projek pengswastaan lebuh raya. Siapa yang dapat untung di sini? Tentulah kontraktor PLSA!!! Yang saya tahu siapa nak guna lebuh raya ni kena bayar. Tak ada yang lebuh raya yang free ke? Cuba lihat UK dan US. Kebanyakan lebuh rayanya tak ada tol! Mungkin ada stretch yang kena, tapi taklah macam kita ni. Dari pangkal hingga ke hujung semua kira DUIT!!!
Kata saya...apa kata tanggungjawab bina lebuh raya kita serahkan balik pada kerajaan so that JKR masih lagi relevan. Jadi tak perlu lagi nak kecoh-kecoh kena bayar pada kontraktor RM2 Billion lagi! Sebab semua duit tu digunakan untuk bina jalan! Tak melencong ke lain!

Monday, November 27, 2006

Yang Kaya dan Yang Miskin

Tersebutlah alkisah di satu bandar apabila berlakulah banjir kilat yang telah menenggelamkan rumah-rumah bernilai ratusan ribu dan jutaan ringgit, maka bingitlah dunia. Seluruh media difokuskan ke sana. Orang besar-besar cepatlah bertindak, takut diseranah oleh penduduk yang juga orang besar-besar. Jutaan ringgit diperuntukan untuk "memperbaiki keadaan", katanya.

Tersebutlah pula kisah di satu pekan kecil apabila berlaku banjir limpahan sungai yang menenggelamkan rumah-rumah beratap nipah dan zing, bunyi angsa pun tak kedengaran. Hanya satu saluran TV saja yang tunjukkan masalah mereka. Kerajaan lambat bertindak. Alasannya, kerajaan negeri tiada peruntukan. Alangkah peliknya negeri ini, padahal setiap tahun ada peruntukan menghadapi banjir tetapi untuk pencegahan banjir tidak ada pula halnya.

Kata saya...begitu nasib yang kaya dan yang miskin. Yang kaya boleh bersuara, yang miskin tiada suara. Tidak dapat dibayangkan pemimpin yang sebegini kelak di akhirat nanti.

Ooh Nicol David...

MALAYSIAN sports superstar Nicol David has done it again.
The world number one and defending champion succeeded in retaining the women’s World Open squash title at the Ulster Hall in Belfast yesterday. Nicol won in five games to retain her world title. It was hard work for Nicol as she had to fight back in a dramatic final to become the first Malaysian athlete to win a world championship title for the second consecutive time...dari The Star.

So sekarang Nicol dah dua kali menang World Championship. Kalau squash ni hadiahnya macam tenis dah tentu Nicol jadi jutawan dah. Saya harap tak ada lagi kata-kata sumbang berkenaan Nicol. Cuma saya khuatir dia dah peak kat World Championship ni, masa sukan Asia nanti merudum pulak form dia, macam masa sukan Commonwealth. Saya harap tak, lainlah kalau dia balik Malaysia lagi sebelum ke Sukan Asia. Takut nanti ramailah pulak yang songeh nak suruh dia buat publisiti diorang yang murahan tu sampai training time limited. Macam dia kata dulu...It's a mistake to come back to Malaysia to train after world championship to prepare for Comm. Games. Too many distraction...Siapa yang buat distraction tu? Orang-orang yang berkepentingan. Yang nak publisiti murahan. Bila dia gagal di sana, dia pulak kena kutuk! Tak patut!!!

Kata saya...I don't care if you're not coming back to Malaysia for satisfying those trying taking advantage of you. As long as you keep on winning, show your winning attitude and your pride of being a Malaysian, it's fine with me. Keep on winning, Nicol!!!

Monday, November 20, 2006

My Students

Saya dah mengajar dah lama agaknya. Saya dah jumpa pelajar-pelajar saya di merata tempat. Kat universiti di Malaysia ni rasanya dah ada wakil sebagai lecturer. Ada yang dah jadi Profesor Madya. Profesor penuh aje yang belum. Masa bulan puasa dulu merayau kat Alamanda jumpa sorang young man ni asyik pandang saya sambil tunjuk-tunjuk. Apa hal pulak budak ni, kata dalam hati. Last sekali dia tanya, "Encik ni mengajar MCC kat kuantan dulu ke?" Sah student saya. Lepas raya pergi KLCC beli buku kat Kournikuniya. Tiba-tiba ada orang tepuk dari belakang. "Hello, En. J*". Aiyak! Student saya lagi. Last week pergi Mahkota Parade dengan anak-anak. Berselisih dengan satu family ni. Anak dara dia dok pandang saya sambil terkinja-kinja kemudian tanya soalan yang biasa saya dengar,"En pernah ngajar kat MCC di Kuantan ye?"...

Kata saya...Inilah berkat mengajar orang. Dia akan ingat kita (tak kiralah ingat jahat ke ingat baik) walaupun biasanya kita tak ingat dia. So sekarang kalau nak buat perangai pelik-pelik kena ingat, silap-silap kat depan bekas pelajar saya.

Saturday, November 18, 2006

Haji 14 Hari?

Siapa punya idealah ni nak suggest cuti haji cuma 14 hari. Memanglah untuk VVIP mungkin sesuai kerana kesuntukan masa untuk mentadbir negara. Tetapi untuk orang biasa macam saya mana mungkin. Dahlah kuota tu tiap tahun tak mencukupi ni nak limit-kan pulak hari-hari orang Islam nak beribadat kat kota suci. Ok-lah kalau diikutkan memanglah 2 minggu dah cukup (8,9,10,11,12,13 + mungkin 14 Zulhijjah saja yg perlu ada kat sana) tapi cuba fikir berapa lama ada kat Mekah dan berapa lama ada kat Madinah? Campur hari penerbangan lagi, saya rasa cukup-cukup aje. Kita pergi bukannya nak melancong, kita nak BERIBADAT!!!

Kata saya...sesiapa yang cuba nak buat polisi ni memang tak fikir panjang. Haji ni mungkin kita boleh sekali aje seumur hidup kalau berdasarkan kuota yang ada sekarang. Nak pergi umrah mungkin tak mampu lagi. Fikir-fikirkanlah. Ataupun ada konsiprasi anti-Islam? I hope not! Sekali lagi polisi ini hanya SESUAI untuk VVIP saje.

Much Ado About Nothing

The Dutch government agreed on Friday a total ban on the wearing of burqas and other Muslim face veils in public, justifying the move on security grounds...How about that? Ini lah yang dikatakan yang dikatakan takut pada bayang-bayang sendiri. Inilah yang dikatakan tak menghormati agama lain. What security reasons? If your country have done nothing wrong what are you afraid of? Apakah kerajaan Belanda ni pun dah kena gula-gula oleh sherif dunia sekarang? Dulu Perancis dah banned pakai tudung kat sekolah, Britain pun sama banned face veils. Does this meant that these european countries discriminate against Muslim? Tak tau nak katalah, Wallah hua'lam. Tapi masa kecoh kontroversi gambar kartun Nabi Muhammad dulu, diorg ni pun buat tak kisah malah sesama publish kan kartun tu. Masa kontroversi Pope kutuk org Islam pun diorg buat tak kisah, mungkin takut nak komen, mungkin takut kena excommunicate.

Kata saya...Apa peranan OIC kat isu ini? Boleh tak diorg ambil inisiatif sikit? Takut sampai nak pakai tudung pun tak boleh nanti baru haru! Tapi one the hand, kalau ikutkan masa buat haji atau umrah perempuan memang tak boleh tutup muka pun. Kalau buat kena DAM. Mungkin itu yang Islam nak kita amalkan. Tak perlu ekstrem sangat.

Friday, November 17, 2006

Lanun kecil Lanun Besar

An IT expert was fined RM8,000 after he pleaded guilty in the Sessions Court here to three counts of offering to sell four pirated DVDs over the Internet...The offence under the Copyright Act 1987 carries a fine of RM2,000 to RM20,000 per copy or maximum five years jail or both. Ini sebahagian dari berita yang saya baca di STAR on-line. Kesian jugak kat diorang dua orang tu tapi tak taulah dah berapa banyak duit yang diorang dah buat setakat ni. Tetapi kalau nak ikutkan logik berapa banyak penjual VCD cetak rompak kat pasar malam. Dah tentu ada tekong besarnya. Kenapa pihak yang berwajib masih tak dapat tangkap sampai sekarang. Mungkin tidak dibuat bersungguh agaknya. Kalau nak, dah lama dapat tangkap kut. Siapa kata Malaysia tak ada penyiasat/spy yang bagus. Lihat macamana Malaysia boleh bawak balik seorang bapak komunis dari China satu ketika dulu.

Kata saya...seeloknya tangkap bapak lanun tu dulu, lepas tu barulah selesaikan lanun kecik-kecik tu. Diorang tu nak cari makan je datuk. Bapak lanun tu yang untung besar. Lagi satu, cuba turunkan harga VCD/DVD ori tu sikit barulah orang minat beli yang ori. Kalau dah mahal itulah orang cari alternatif.

Thursday, November 16, 2006

Good Morning Malaysia

Sejak seminggu ni saya asyik menonton TV pepagi. Tekan remote dari TV1 ke TV2 ke TV3 ke NTV7 semua serupa aje. Beritanya mungkin lain tapi cara penyampaiannya sama saje, DULL & BORING. Ada satu couple tu (berbahasa Inggeris) macam tak tau apa nak cerita. Discuss fasal kes bunuh org Monggolia tu, siap perendahkan singer Monggolia tu, ingat rap singer Malaysia ni bagus sangat ke. Kalau nak komen biarlah bertempat, awak tu sedang perhatikan orang. Sakit hati sanya tengok. Tukar channel lain pun lebih kurang jugak. Macam diorg satu acuan atau memasing tiru satu sama lain.

Kata saya...Mungkin channel TV ni samada RTM atau yang swasta tu buatlah audition cari penyamapai yang bagus sikit. Ni tidak pengacaranya kaku semacam aje. Kalau macam ni lah baik tengok kartun lagi baik. Dragon Booster!!!

Sunday, November 12, 2006

Tol Naik Lagi?

Hari tu my favourite minister kata tak lama lagi "kita akan berperang di parlimen selepas saya bentangkan kertaskerja kenaikan tol" - lebih kurang macam tu lah. Dari dulu lagi saya tak faham kenapa perlunya tol dinaikkan 3 atau 5 tahun sekali. Pada asalnya bukankah buat jalan raya tu tanggungjawab kerajaan? Sekarang kerajaan dah bagi pihak swasta bina jalanraya tu, itu adalah tanggungjawab syarikat itu untuk menilai untung rugi projek berdasarkan satu kadar tol yang DITENTUKAN OLEH KERAJAAN. Bukanya the other way around. y.Itu sebabnya dokumen perjanjian antara kerajaan dengan syarikat terbabit perlu dinilai oleh yang berwajib, contohnya PAC, sebab tak ada kes berat sebelah. Saya tak faham kenapa kerajaan perlu tolong syarikat bayar pinjaman bank yang dibuat oleh oleh mereka. Ini belum lagi kes lebuhraya rugi macam yang saya pernah cerita dulu.

Kata saya...it's about time kita semua lihat isi kandungan perjanjian lebuhraya ni. Saya dah kira dulu, kalau dari Seremban ke Alor Setar tolnya akn naik sampai RM130.00 one way. Tu belum kira minyak, dah tentu naik lagi.

Saturday, November 11, 2006

Afghanistan & Palestin

Apalah nak jadi orang Islam ni. Bila nak lawan orang kafir minta pertolongan semua orang Islam yang lain. Antara mereka tunjukkan mereka bersatu padu. Tapi bila orang kafir dah belah mereka pulak bergaduh sesama sendiri. Semua sebab gila kuasa!!! Tengok sekarang Hamas dgn Fatah dok kecoh macamana nak tadbir Palestin. Tak boleh ke tolak ansur. Israel dok gelak kat diorang dan terus membunuh orang Palestin. Memanglah diorang tak ambil contoh teladan sejarah yang lepas-lepas. Sebab tu lah agaknya nabi dan rasul diutuskan kat sana. Diorang ni bebetul lah stupid and stubborn!!!

Kata saya...kalau macam ini mungkin memang eloklah mereka terus ditindas oleh Israel. Allah tidak akan menolong mereka jika mereka sendiri tak mahu menolong diri sendiri. I'm getting really sick of these in-fightings.

Friday, November 10, 2006

Murtad

Isu ini amat sensitif sekarang. Dari kisah Natrah, Aisyah, Hartina dan sekarang Azlina gejala murtad ni boleh berlaku di mana-mana dan sesiapa. Peruntukan undang-undang yang ada memang tak boleh dan dapat menghalang kehendak manusia ni. Kalau yang dah diasuh dengan pengajian agama boleh hanyut, tak hairan kalau bekas kawan saya Habsah boleh karam di Amerika. Jadi apa yag kita boleh buat sekarang? Sebenarnya banyak...tapi orang Islam kita sendiri tak mengendahkan atau cuba menghalang atas sebab perpaduan kaum dan toleransi agama. Itulah sabda Rasul SAW salah satu tanda kiamat.

Kata saya...cuma berharap kumpulan yang cuba meminda dan memanipulasi Article 11 dan menubuhkan Inter-Faith Commission tak berjaya dalam usaha mereka memporak-porandakan agama Islam di Malaysia. Tapi saya khuatir usaha mereka telah masuk ke akar umbi. Tengoklah bulan Disember nanti berapa ramai orang Islam yang terikut-ikut terkinja-kinja mengikut spirit of christmas, siap beli pokok christmas dan buat parti buih. Kekadang lebih dari Mat Saleh. Saya memohon doa agar tiada ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang terjebak ke arah aktiviti yang akan menyimpang akidah ini. Amiin...

Yang Mana Satu Pengganas?

Bush dok mengutuk Bin Laden, Sadam dan yang seangkatan dengannya pengganas. Definisi dia diorang tu pengganas sebab membunuh rakyat Amerika. Yang Israel membunuh rakyat Palestin, tak pulak begitu. Sekarang Bush dah kalah election kat kedua-dua Dewan Senat dan Dewan Perwakilan, mungkin akan berubah sikit polisi US. Saya kata mungkin sebab selagi pemilihan presiden Amerika perlu mendapat sokongan yahudi di Amerika, polisi luar Amerika akan terus menyebelahi Israel.

Kata saya...adalah malangnya umat Islam yang menyerahkan tanggungjawab untuk menjadi orang tengah perjanjian damai Israel-Palestin kepada Amerika walaupun dunia sudah sedia maklum Amerika akan berat sebelah. Kenapa tak suruh Rusia ke, Perancis ke atau Jepun ke. Bangunlah dari tidur OIC!!!

Bola lagi

Apa dah jadi ni...dahlah kalah kat World Youth Cup pada pusingan pertama dapat pulak melepak kat London 2 tahun. FAM must get it wrong. Cuba tengok apa yang Korea, Jepun, Arab Saudi, Iraq, Iran dan kalau susah sangat Singapura, Vietnam dan Myanmar dapat buat kat natinal team diorang. Kita dah perabis duit macam tu aje untuk setiap pasukan kebangsaan, tak kiralah peringkat senior ke, olimpik ke, pra piala dunia ke, sukan asia ke. Tak insaf-insaf lagi ke. Memanglah masa perlawanan persahabatan semua bagus sebab team lawan bukan tackle 100%. The team management is so naive to think the team is "that good". Saya masih ingat lagi masa pasukan pra-olimpik bimbingan Claude Le Roy untuk ke Barcelona dapat pujian berapi-rapi sebab banyak menang perlawanan sebelum pertandingan sebenar. Akhirnya, pasukan tu tak kemana macamlah yang ada sekarang. Jadi FAM tolonglah tukar approach tu!

Kata saya...semua bebudak ni (kalau perlu tambah lagi) hantar diorang ke pasukan-pasukan kelab yang kat negara-negara yang saya sebutkan di atas. Cakap kat pasukan-pasukan tu gaji bebudak tu FAM yang bayar. Tengok berapa orang dari bebudak ni dapat masuk first eleven team diorang tu. Kalau tak dapat maknanya tak baguslah budak tu.

I'm back...

Sebulan lebih saya bercuti berblog. Bukan apa, saja malas nak ngutuk orang. Jadi mula hari ini saya akan cuba mengutuk apa-apa yang tak patut se "selalu" mungkin sehingga "bercuti" sekali lagi pertengahan Disember hingga akhir Januari.

Kata saya...tengok telinga, merah tak lepas baca entry saya nanti...

Thursday, September 14, 2006

Bolasepak Malaysia

Banyak yang telah diperkatakan tentang bolasepak Malaysia jadi saya nak tumpang sekaki. Kata saya pemain-pemain lah yang perlu dipertanggungjawabkan ke atas kemerosotan mutu bolasepak. Maksud saya mereka semua tak ada cita-cita sendiri. Tanya pemain bolasepak berapa orang yang ada agen. Saya rasa tak ada. Kalau tak ada macam mana nak cari lubang untuk memperkembangkan career. Macamana nak berurusan dengan kontrak bersama pasukan masing-masing. Semuanya harap pasukan buat kontrak, lepas tu sain. Habis musim senang-senang majikan kata dia tak puas hati. Kena buang. Dah kena cari pasukan lain. Sebab kontrak berat sebelah.

Pasukan pulak memang tak ada pelan jangka panjang. Dia ambil pemain secara "stop-gap". Cuba banding dengan kontrak pemain-pemain kat liga Inggeris. Semuanya kurang 3-4 tahun. Tak kira dia cedera ke, masih dalam kontrak. Tapi bolasepak Malaysia tak gitu. Kalau cedera silap-silap tamat kontrak. Pasukan kata tak ada duit nak bayar pemain (banyak kes tahun ni). Ingat tak kes pemain Pahang yang dipanggil untuk latihan pasukan Malaysia. Siap kata dia cedera jadi FAM lepaskan dia. 2 hari lepas tu dia main permainan persahabatan bersama pasukan Pahang. Satu kes lagi tentang pemain Sabah yang main untuk Malaysia. Dia cedera semasa dengan pasukan Malaysia. Balik ke Sabah dia perlu direhatkan (cederanya agak berat). Sabah perlukan dia untuk permainan liga. Hasilnya dia terus bermain tetapi prestasinya kurang memberangsangkan. Kalau tak silap musim berikutnya dia tidak dipilih untuk bermain dengan Sabah. Hangus periuk nasinya.

Yang saya pelik kenapa masih lagi persatuan negeri yang perlu taja bolasepak profesional. Setiap pasukan sepatutnya ada pengurusan sendiri untuk mencari penaja. Biar diorang tu kena macam "kelab-kelab" , i.e. MPPJ, terkena. Kalau dah profesional pengurusan perlu profesional. Ini tidak, bila tak ada duit minta kerajaan negeri. Weiiiii, itu duit rakyat untuk pembangunan negeri bukan nak bayar gaji korang yang pergi disko, pub sampai dinihari.

Kata saya kalau dah macam ni pengurusan bolasepaknya, maksud saya bukan FAM saja - malah semua pasukan negeri, baik kita bubarkan liga profesional dan balik semula ke taraf amatur sebab pengurusan memang tahap amatur.