Saya ada tengok dokumentari fasal Nostradamus. Orang Perancis di kurun 17. Dia ada tulis buku apa yang dinamakan sebagai "Prophecies of Nostradamus". Salah satu ramalan dia adalah berlakunya Perang Dunia Ketiga. Dalam dokumentari tu disebutkan orang berjubah hijau akan memulakannya. Bendera Iran memang ada warna hijau tapi Ahmadi Nejad tak pakai jubah. Bush ada tengok filem tu kut. Itu sebab dia kecut perut agaknya bila Iran dah mula perkayakan uranium dan mula buat ujian peluru berpandu.
Saya fikir sebagai orang Islam Ahmadi Nejad tak akan gunakan senjata nuklear jika dia tak kena provoke dulu. Itu pun kalau dia ada. Macam Saddam dulu. Bush kata dia ada senjata nuklear. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi. Kalau Ahmadi Nejad nak guna senjata nuklear mesti lepas US attack dia. So saya fikir kalau Bush attack Iran, itulah yang akan memulakan perang dunia ketiga. Dulu saya takut jugak bila US attack Iraq. Takut Iraq terkeluar senjata nuklearnya. Tak ke haru.
Saya fikir US nak attack Iran kerana minyaknya ada bersebab. Korea Utara dari dulu dah ada senjata nuklear tapi dia tak ada pulak nak berkira-kira nak attack. Korea Utara ada masalah ekonomi. Ada samapi rakyat dia pernah kebulur masa kemarau teruk dulu. Tak ada apa yang US boleh dapat kalau attack Korea Utara.
Semalam Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Donald H. Rumsfeld menggesa Kongres meluluskan permintaan Presiden George W. Bush untuk dana tambahan RM234 bilion (AS$65 bilion) bagi membiayai kos operasi ketenteraan di Iraq dan Afghanistan tahun ini. Saya fikir kalau dia orang gunakan duit orang-orang homeless kat US, saya rasa semua orang dah ada rumah. Atau pun US boleh kira hangus negara-negara yang berhutang dengan dia. Tapi tidak, dia orang kaya, boleh buang duit begitu saja.
Saya tertanya-tanya, ada tak dalam buku Nostradamus cerita fasal Bush ni. Masa Sept. 11 tragedi dulu dia orang kata ada disebut dalam Quatrain Nistradamus ni. Sila refer kepada http://www.crystalinks.com/nostradamus.html. Bila dah terjadi tragedi ni baru diorang cari dalam buku Nostradamus ni.
Itulah kata saya...kata Bush macam mana pulak agaknya.
No comments:
Post a Comment