Wednesday, August 23, 2006

Marion Jones, Justin Gatlin & Floyd Landis

Semua mereka ni dah dituduh menggunakan dadah terlarang semasa bergiat dalam sukan masing-masing. Hari ni saya baca Gatlin kena gantung 8 tahun. Landis pulak kena tarik balik championship dia. Jones tengah tunggu sampel B dia diuji. Seperti yang saya cerita tentang Barry Bond hari tu, buat nak kisah. Sepatutnya diorang tak perlu buat uji menguji ni. Buang duit dan masa.

Kata saya, kalau setakat bahan kimia sahaja yang ditegah, teknologi terkini yang lain pun perlu ditegah. Macam mana rekod baru tak dipecah kalau spikenya dah canggih, balapannya dah melantun-lantun, baju renangnya aerodynamic, itu semua bukan lagi keupayaan orang tu sendiri. Kata saya buang duit aje nak cipta rekod baru...