Sunday, October 31, 2010

Rokok & Hanphone

Apa persamaan antara rokok dan handphone?

Kedua-duanya menyebabkan kereta dipandu perlahan.

Rokok: pemandu terkial-kial keluarkan rokok dari kotaknya. Kemudian terkial-kial nak nyalakan rokok.

Handphone: pemandu terkial-kial nak cari nombor. Kemudian bergelak-sakan berbual sehingga tak sedar kaki tak tekan accelerator.

Kata saya...kalau saya bawa lori dah lama kereta-kereta ni kena langgar!

Wednesday, October 20, 2010

2010 X 3

20:10, 20.10, 2010

Maka tersebutlah hikayat negeri Melaka telah diisytihar sebagai negeri maju pada masa dan tarikh yang disebut di atas.

Hi, hi dengar cerita dulu...

Masa di seminar Melaka Maju, semasa YAB berucap, bekalan elektrik di atas stage terputus. YAB sudah sound satu round.

Masa malam raptai jam di Stadium Hang Jebat, jam di socreboard tak berfungsi. YAB sound lagi.

Petang tadi 4 jam selepas perasmiannya, monorel di taman rempah berhenti berfungsi. Alahai, apa nak jadi.

Kata saya...kalau dah maju, mentaliti kena maju. Kena buka buku baru.

Monday, October 18, 2010

Anak Angkat

Ada kemungkinan status anak angkat akan berterusan. Katanya peruntukan yang ada untuk RMK10 tidak mencukupi untuk buat dua fakulti yang tertinggal.

Duduk menumpang tidak dapat simpati dari yang lain...anak angkatlah katakan.

Kalau nak KPI bagai, bagilah peruntukan yang mencukupi.

Yang pasti kami juga diperlekehkan setiap kali mesyuarat.

Kata saya...agaknya sempatlah saya pencen dulu sebelum dapat duduk dalam bangunan fakulti.

Sunday, October 17, 2010

17

Huh, sudah 17 Oktober. Lagi sebulan 17 November. Hi, hi, RAYA lagi.

Tadi, emak pun tanya. "Tak balik ke Raya ni?". Belum buat keputusan.

Ini bermakna ada lagi 10 hari untuk berkuliah. Tetapi bila tengok dalam diari dalam 2 minggu tu pelbagai urusan nak dibuat. Hi, hi, kena makan ubat KUAT ni!

Lebih kurang 2 minggu lagi penyelia pun dah nak ke tanah suci. Jadi, segala urusan yang berkaitan pembelajaran perlu diselesaikan segera. Mudah-mudahan bila dia balik dari sana nanti, hanya mengunggu HARI BESAR sahaja.

Kata saya...semoga dipermudahkan segala urusan, untuk dia dan isteri, dan juga saya. Aamiiin.

Wednesday, October 13, 2010

Antara Mereka

Jerman

Perancis

Denmark

Belanda

Sekurang-kurang Jerman, yang semasa pemerintahan Nazi telah cuba mewujudkan satu kaum aryan yang agung, dapat memberikan kelonggaran untuk hidup secara Islam di negeri mereka.

Perancis, Denmark dan Holland dengan secara biadap telah membangkitkan kemarahan umat Islam. Dari kartun-kartun mereka yang menghina Rasulullah hinggalah larangan memakai burqa.

Kata saya...nampak saja baik, hampes big time

Tuesday, October 12, 2010

Sekejap Aje Tu

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga nereka yang meninggal dunia akibat kemalangan bas ekspress yang mengerikan pada hari ahad.

Mungkin sudah ditakdirkan ianya berlaku. Tapi kita ambil iktibar mengenai semua ini. Sekali jadi kemalangan ngeri melibatkan kenderaan awam, sekali itu juga le bising sana sini.

Lepas tu senyap. Tiada tindakan!

Kenapa? MUNGKIN tuan punya bas orang berkepentingan agaknya.

Cuba la buat operasi dinamik sepanjang lebuhraya. Mungkin beratus saman terhadap bas ekspress dan bas pelancungan dapat dibuat setiap hari. Asyik-asyik buat ops statik!

Tunggu la minggu depan, sejuk lah cerita ni. Tiada susulan. Kalau ada pun, suruh pemandu pergi kursus.

Kata saya...mereka yang buat polisi bukannya naik bas...ada escort pulak tu!

Sunday, October 10, 2010

10X3

Hari yang kononnya penuh makna...1 kurun sekali

1. Ben 10 for 10 hours...

2. "Angkasawan" kita jadi raja sehari.

3. MotoGP di Sepang.

4. Formula Varsity di Kompleks Sukan Stadium Hang Jebat.

5. Formula 1 di Suzuka.

6. Tragedi kemalangan bas di km 223, baru nak keluar negeri Melaka.

7. 10 hari lagi Melaka Maju.

8. 2nd sunday of the month. Ada 3 sundays lagi.

9. Dah 2 Zulka'edah. Lega, no more open house. Hi, hi, semalam pun ada orang buat open house. "30 Syawal"!

10.1 hari lagi nak berlenggang kangkung. Esok, (11.10.10) dah ditambah tugas baru.

Kata saya...hi, hi, ada orang nak kahwinkan anak dia pada 1.1.11

Tuesday, October 05, 2010

Reuse, Reduce, Recycle RETHINK!

Mulai hari Sabtu 2 Oktober 2010 Jusco Melaka (mungkin juga Jusco seluruh Malaysia) telah mengisytiharkan Hari Tanpa Beg Plastik.

Jusco juga biasanya buat promosi setiap hari Sabtu awal bulan.

Jusco nak galakan orang datang shopping di situ setiap hari Sabtu dengan membawa beg sendiri.

Bukan saya anti “Hari Tanpa Beg Plastik” tetapi sebenarnya dah ada teknologi untuk buat beg plastic yang bio-degradable. Apa yang dikecohkan sangat!

Suatu masa dulu digalakkan penggunaan beg kertas. Keluar pulak kenyataan dari NGO berapa banyak pokok nak ditebang untuk buat beg kertas itu!

Yang sepatutnya ditegah pengeluarannya adalah BOTOL PLASTIK AIR MINUMAN. Yang ditinggalkan merata-rata, dari atas gunung hinggalah ke lautan. Yang itu dah sah TAK BIO-DEGRADABLE! Kenapa itu tak dihebohkan oleh NGO!

Kata saya…Jusco sudah hilang satu pelanggan, saya akan datang selain hari Sabtu!

Monday, October 04, 2010

Demi Kerana Gila Kuasa

Kerana gila kuasa orang politik di sini sanggup buat apa saja. Tak kiralah jika ada orang yang teraniaya kerananya.

Ternyata politik di sini terlalu busuk. Atau mungkin semua politik busuk dan kotor? Huh, itulah yang digahkan sebagai demokrasi.

Sanggup guna agama,
Sanggup guna bangsa,
kini...
Sanggup guna warga emas...

Tak kiralah siapa yang betul, yang teraniaya warga emas.

Jika benar, maka saya ingin tahu mana tabung untuk cukai arak dan judi. Berikan penyata kutipan tahunan dan ke mana diagihkan wang tersebut. Adakah wang kutipan tersebut dah dicampur dengan wang kutipan lain?

Kata saya...insya Allah saya tak kan masuk politik. Politik kampus pun saya tak mau campur.

Saturday, October 02, 2010

Served Him Right

Kami menaiki bas dari gate ke kapalterbang di lapangan terbang Doha. Sampai di depan kapalterbang pintu kapalterbang masih belum dibuka. Barangkali krew masih belum bersedia lagi.

Ada seorang Arab (tak tau le bangsa apa) mengetuk-ngetuk cermin pintu bas tersebut. Pada mula semua penumpang tak ambil kisah. Kemudian makin kerap cermin pintu diketuk sambil dia merungut-rungut. Dia juga bercakap-cakap dengan penumpang lain mohon simpati.

Tak tahan dengan kerenah dia saya pun beritahu pintu kapalterbang masih belum dibuka. Dia masih lagi merungut-rungut dan pintu masih lagi diketuk-ketuk. Penumpang lain pun dah naik bengang dengan kerenah dia. Mungkin agaknya selepas dia tengok ada kakitangan airport yang naik tangga kemudian turun semula barulah dia berhenti mengetuk.

Akhirnya apabila pintu kapalterbang dibuka, secara kebetulan atau tidak, hanya pintu bas sebelah pemandu yang dibuka. Terkulat-kulat dia tinggal di belakang.

Kata saya...macam orang kata,"Padan Muka" dia!