Tuesday, December 29, 2009

Countdown...

Ni bukan countdown nak tahun baru gregorian.

Ni countdown nak masuk sekolah semula...4 Januari.

Kena tengok baju, kena tengok seluar. Baju rasanya masih boleh pakai. Seluar tak tau la. Hopefully, masih muat.

Kalau tak kena pergi Jusco beli seluar baru. Nak gi Jusco @ Aeon baru, tak buka lagi. Masih lagi belum buka dan masih macam kena bom food-court dia.

Minggu lepas dah ambil jadual, semalam dah telefon penyelaras. Dari jadual minggu ke 8 baru take over the classes.

Kata saya...hi, hi, nampak gayanya kena buat office kat rumah, bilik tak ada...

Monday, December 28, 2009

Bas Ekspress

Sekali accident, sekali lagi kecoh.

Memang kesemua yang terlibat tak ambil iktibar. Itu hari bila ada kematian melibatkan bas ekspress, memacam peraturan dibuat. Ada yang telah memberhentikan perkhidmatan syarikat bas itu. Ada yang suruh pemandu pergi pelbagai kursus. Ada yang letakkan orang JPJ dalam bas ekspress.

Hangat-hangat tahi ayam...

Lepas tu apa jadi? Bas ekspress laju semacam. Kita lari 110 km/jam diorang boleh bagi lampu lagi dari belakang. Syarikat bas kata bas tu lari dalam 90 km/jam saja sebab bas itu dihadkan kelajuannya kurang pada 100 km/jam. Hi, hi, kalau betullah bas tu dipandu 90 km/jam, mungkin kucing akan bertanduk!!!

Sekarang, struktur 2 tingkat jadi cemuhan. Kalau betul kenapa pihak yang bertanggungjawab meluluskannya tanpa sebarang ujian. Siapa agaknya yang bertanggungjawab buat ujian? Atau langsung tiada ujian?

Kata saya...lepas ni kita tunggu pula berapa orang yang akan MATI sebelum cerita bas ekspress ni jadi kecoh semula. Beri tempoh seminggu dua, semua akan lupa, sengaja dilupakan...

Sunday, December 27, 2009

Laman Sawang, Blog & MukaBuku

Laman sawang:
Sudah lama saya tinggalkan laman itu. Mungkin bila semua dah selesai, saya akan kembali ke situ. Akan dibina semula laman tersebut agar lebih interaktif, ceria dan infomatif. Salah satu sebabnya laman tersebut ditinggalkan kerana kurangnya respon dari rakan-rakan untuk kemaskini maklumat mereka. Mungkin juga saya terus aje buang sambungan mereka...

Blog:
Hi, hi, di sini. Tempat saya meluahkan perasaan, kritikan, cemuhan, kutukan, komen menurut kata hati saya. Kalau sesiapa tak setuju jangan baca!!! Saya tidak menjemput dan tidak memaksa anda untuk membaca. Seperti tajuk tersebut di atas, KATA SAYA, bukan kata anda, ek!

MukaBuku:
Mula-mula dulu OK, kemudian KO. Dulu lingkungan kawan yang ada tak ramai, jadi senang dikawal. Bila dah ramai, entah apa-apa yang distatuskan. Sudah menjadi malas untuk meng-update status. Ditambah pulak dengan kerenah "kawan-kawan" yang minta untuk jadi "friend" telah men-delete satus "kawan" tanpa berita. Hi, hi, mungkin juga saya akan dan patut berbuat demikian. Secara-cara diam-diam saya akan dan patut buang aje "kawan-kawan" yang membosankan...mungkin.

Kata saya...hi, hi, itu belum cerita fasal E-Group. Nasib baik ada masuk e-mail yang biasa dijenguk...

Friday, December 25, 2009

15...and counting

Hi, hi, Krismas datang lagi...

Setahun lagi usia perkahwinan kami.

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan, suam kuku.

Kata saya...semoga dipanjangkan jodoh sehingga ke akhir hayat dan dipertemukan di syurga Firdaus di alam yang kekal nanti.

Thursday, December 17, 2009

Doa

Hari ini hari akhir dalam kalendar Tahun Hijrah. Pada hari ini bolehlah kita membaca doa akhir tahun sebelum masuk waktu maghrib dan membaca doa awal tahun sesudah solat maghrib. Semoga tahun depan diberkati Allah dan kita semua dapat menjadikan tahun yang lebih baik dari tahun ini.

Hi, hi, kalau sesiapa tak tahu nak baca doa-doa ini, pergilah ke kedai buku yang berdekatan khasnya kedai buku yang menjual buku-buku agama Islam. Biasanya naskhah Yasin dan Tahlil ada dimasukkan doa-doa ini.

Janganlah hanya ingat nak berpesta sambut satu Januari aje. Pesta orang putih ni lepas tengah malam. Majlis agama di masjid ni untuk baca doa ni, diingatkan sekali lagi, sebelum dan selepas maghrib ye...

Kata saya...teringat 3 tahun lepas, saya, isteri, mak dan kakak ipar berangkat ke Madinah pada hari ini (kalendar Islam). Kalau kalendar orang putih, esok 18 Disember, saya baru berangkat ke Jeddah.

Tuesday, December 15, 2009

Etika

Tidak beberapa hari yang lalu seorang YB telah mengatakan sesuatu berkenaan etika berblog. Beliau telah highlight-kan beberapa dos dan don'ts dari mana entah. Ya, saya setuju dengan beliau...tapi...

Kita lihat media massa kita, beretika atau tidak jika dibandingkan dengan apa yang telah dibentang dalam blog. Banyak perkara yang disesnsasikankan dan berat sebelah. Apa arah tuju etika yang digunakan? Yang ini perlu dibetulkan terlebih dahulu!

Yang penting, berita media massa itu dimuntahkan dalam tv dan radio arus perdana, yang penuh dengan iklan. Surat Khabar perlu dibeli, juga penuh dengan iklan. Hi, hi, sebenarnya tak relevan. Blog tu boleh masuk secara percuma. Tak ada yang paksa untuk membaca dan mempercayainya.

Kata saya...pilihlah untuk membaca, mendengar, melihat dan mempercayai yang beretika sahaja.

Wednesday, December 09, 2009

Empat Tahyat

Demi masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...

Sejak kebelakangan ini dek kerana kesibukan duniawi saya selalu lambat ke surau. Bila saya sampai, biasanya imam dah pun mula solat berjemaah. Oleh kerana lambat saya terus ikut perbuatan imam.

Hasilnya...

Saya selalu solat 4 tahyat!

Kata saya...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!

Thursday, November 26, 2009

Dilema Lagi

Besok adalah Hari Raya Aidil Adha. Besok adalah hari Jumaat. Bagi yang lelaki menjadi satu dilema nak gi masjid 2 kali. Sekali untuk solat hari raya dan sekali lagi untuk solat Jumaat. Ada setengah kaul berpegang kepada kalau dah solat hari raya tak perlu solat Jumaat.

Setakat ini saya masih berupaya untuk bersolat kedua-duanya apabila terjadinya kebetulan ini. Saya tak mahu memihak kepada mana-mana kaul tetapi berpegang kepada solat hari raya adalah sunat mua'kad dan boleh dibuat bersendirian di rumah manakala solat Jumaat adalah wajib bagi yang lelaki dilakukan di masjid.

Kata saya...kalau nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Wednesday, November 18, 2009

YB oh YB

Saya tak faham kenapa YB tidak dapat menghadiri sesi DUN Kedah untuk 2 sesi berturut. Susah sangat ke nak hadir sidang DUN tu? Orang lantik YB jadi ADUN tu untuk apa? Untuk dapat elaun saje ke?

Pada hemat saya YB patut memohon maaf kepada rakyat yang telah melantik YB tempoh hari. YB perlulah menunjukkan rasa hormat kepada mereka yang mengundi YB. Sekarang baru YB tahu betapa pentingnya kehadiran YB di sesi DUN.

Yang menyokong YB sekarang hanyalah SPR yang mengatakan akan membuat rayuan berkenaan keputusan mahkamah tinggi. BN kata mereka dah bersedia, PR juga kata dah bersedia untuk pilihanraya kecil. Jadi nak tunggu apa lagi. Lawan aje lah. Kalau nak bagus lagi BN calonkan YB sekali lagi, kalau bolehlah. Kita tengok kalau-kalau rakyat masih SAYANGkan YB ke tidak?

Kata saya...kalau tak hadir sesi DUN/Parlimen bukan Yang Berkhidmat le...

Tuesday, November 17, 2009

Masjid & Surau

Banyak masjid dan surau di Malaysia telah saya solat di dalamnya. Kebanyakannya mempunyai satu tanda aras. Lepas solat Isyak, Imam, bilal dan siak tergesa-gesa menutup suis lampu dan kipas serta memulakan proses menutup tingkap dan mengunci pintu. Kenapa?

Satu ketika saya baru saja sampai dari Johor Bahru. Kebetulan jemaah baru saja habis solat Isyak dan bersalaman. Apabila saya selesai ambil wuduk, jemaah sudah mula meninggalkan masjid. Usai saya solat jamak Maghrib, separuh lampu di masjid dipadamkan. Sedang mengerjakan solat jamak Isyak hanya tinggal lampu berhampiran saya dinyalakan. Pintu masjid lain juga telah dikunci. Hanya tinggal pintu depan. Saya selesaikan solat tanpa berdoa dan terus keluar dari masjid itu.

Itu mungkin kes yang paling ekstrem, dan kejadian seumpamanya terjadi hampir kesemua masjid dan surau yang saya bersolat. Mungkin bezanya antara 10-15 minit masa tambahan. Lepas tu cepat-cepat nak ditutup. Kenapa yek?

Kata saya...apa sebenarnya fungsi masjid dan surau?

Monday, November 09, 2009

Not My Week...

I
Itu hari pergi servis kereta Naza. Ada 3 problem. 1, Fuel lid tak boleh tutup. 2, Air-bag sign is on. 3, side mirror motor berbunyi tapi tak berfungsi. Bila cakap kat I****man tu dia cakap dia akan check. Saya tinggalkan kereta di pusat servis Naza di bandaraya Melaka. Pukul 11.45 dia telefon. Dia cakap spare-parts tak ada, kena order. Saya cakap saya akan ambil kereta. Bila saya nak ambil kereta, dia charge saya RM73.50. Semua problem dia tak solve. Saya mengamuk dan ungkit segala masalah dengan pusat servis itu sebelum ini. Antaranya, kereta saya dah ditinggal di situ selama 3 hari. Sepatutnya hari ke4 dah siap. Bila saya telefon, dia cakap spare part salah order. Dia cakap HQ hantar spare part Carnival. Antaranya lagi, saya perlu tukar something yg related to absorber belakang. Dia cakap nak call within one hour, masa tu pukul 11.00am. Sampai pukul 4.30 masih belum call. Bila saya call, dia cakap kereta belum siap. Mana dia punya courtesy call? Tak boleh call kata kereta belum siap. Antaranya lagi, dia cuba nak tipu service charges. Nasib baik telefon anak saudara yang kerja dengan Naza!
Jadi hari sabtu saya ke KL dan hantar kereta untuk servis di KL. Air-bag sign tu memang kena ganti, dah malfunction. Side mirror tu kalau nak ganti kena RM800. Jadi mekanik di situ suggest cabut wire aje. Fuel lid punya masalah saya selesaikan sendiri. Baca manual, tarik cable di belakang. That I****man boleh cakap kena ganti motor. MANGKUK!

Rumusan: Dah tak mau hantar service ke Naza Service Centre kat Jalan Tun Ali, Melaka. Saya juga nasihatkan siapa beli kereta Naza, JANGANlah hantar kat situ!

II
Pergi makan pizza kat Pizza Hut Wangsa Maju (111). Saya tunggu untuk dibawa ke meja. Dah 5 minit, tak ada waiter yang datang. Banyak meja kosong. Saya cakap kat anak-anak, kita pergi ke KFC kat sebelah ajelah. Dah keluar, masing-masing masih nak makan pizza. Jadi pusing balik. Tunggu semula kat depan tu. Lagi 5 minit baru yang jaga cashier datang. Pizza yang datang, amat mendukacitakan. Macam posting yang sya buat minggu lepas. Tastenya pun lebih kepada rasa gandum aje. Saucenya tak cukup, toppingnya amatlah sedikit. Dahlah tu, tunggu punya tunggu satu lagi item tak sampai, jadi pergi ke tempat cashier bertanya. Bila tengok receipt, item tu ada dalam bill tapi tak dibuat. Satu lagi item yang dah dimakan tak ada dalam bill.

Rumusan: Another food joint for me to avoid! Food bad, Service worst!

III
Nak balik dari makan tu hujan lebat. Ada satu kereta C****man ni boleh pulak tak guna wiper dia. Masa dia parking tu agaknya panas, jadi dia kepakkan wiper dia tu supaya tidak terkena cermin kereta. Dia boleh tak turun kereta perbaiki wiper tu! Dah tau macam tu saya jauhkan kereta dalam jarak satu kereta. Agaknya dia nak masuk kereta kat tepi, dia reverse kereta dia. Saya bunyikan hon tapi dia teruskan mengundurkan kereta dia. Apa lagi, kena bumper depan saya. Kemudian dia terus ke depan. Dia turun pergi tengok kereta dia. Kereta saya dia tak tengok. BAHLUL. Saya pergi parking kereta. Kemudian pergi sumpah seranah dia yang sedang menunggu depan Pizza Hut / KFC. Orang yang kat luar dan dalam restoran tengok drama swasta tu...

Rumusan: Hanya orang yang BAHLUL saje tak betulkan wiper dia sebelum gerakkan kereta dia dalam hujan lebat.

Kata saya...lepas tu terperangkap pula dalam banjir kilat kat UIA. Not my day...

Thursday, November 05, 2009

Bonus

Hari ini YB Pekan mengatakan tindakan Cuepacs memohon bonus adalah salah dari segi moral. Moral yang dikaitkan dengan ekonomi yang masih gawat. Tak tau lah betul ke tidak. Sekejap kata ekonomi terus berkembang, ekonomi di landasan yang betul, tapi akhirnya dikatakan ekonomi masih belum pulih. Betul lah kut, ekonomi masih belum pulih. Mark that point. Nanti kalau ada orang kata sebaliknya, suruh dia refer kat that statement!

Jadi betul lah ekonomi belum pulih. Jadi tak perlulah Cuepacs dok berkokok menjerit minta bonus dua bulan. Setengah bulan pun tak kan dapat. Dulu sebelum zaman Tun Mahathir tak ada cerita pun fasal bonus ni. Tapi sekarang setiap tahun penjawat awam dok menunggu sebutan bonus dalam pembentangan bajet setiap tahun. Kenkadang Tuan Presiden Cuepacs ni pun satu. Dia nak tunjuk dia punya kuasa, kononnya. Cakap dia seminggu sebelum bajet dibentangkan. Kalau dalam seminggu tu bajet dah pun finalized. Dah dibukukan pun. Tak perlu cakap berdegar-degar lagi!

Memandangkan telah dinyatakan ekonomi negara masih belum pulih dari kegawatan, saya masih lagi tertanya-tanya apa langkah kerajaan untuk memperbaiki keadaan. Tak nampak pula saya pelan rangsangan ekonomi dalam bajet kali ini. Tak ada pulak cadangan RM berbilion yang nak dilaburkan. Takut nanti jadi macam tahun lepas jugak...

Kalau kerajaan masih lagi tak berjaya memulihkan ekonomi bermakna KPI kerajaan tak tercapai...kalau 2 tahun berturut-turut KPI tak tercapai, apa tindakan patut dibuat pak menteri?

Kata saya...jangan ingatkan orang bawah saja tentang KPI. Diri sendiri punya KPI sendiri kena ingat!

Wednesday, November 04, 2009

Hanya Boleh Terjadi di Malaysia...

I
Kisah politik Malaysia yang carca marba telah diperlihatkan dengan kemelut parti MCA. Mula-mula CSL dipecat dari menjadi TP. Kemudian tak jadi pecat, cuma gantung saja. Buat EGM, OTK pulak dah tak dipercayai. CSL tak jadi digantung. LTL pulak dilantik jadi TP. CC minta buat EGM sekali lagi. CSL minta ROS buat keputusan tentang jawatan TP. ROS kata CSL masih TP. LTL pulak nak lawan keputusan ROS.
Rumusan: semua GILA kuasa.

II
Kisah perbicaraan kes liwat SB. Sehingga sekarang masih belum ke mahkamah sebenar. Fasalnya? Si pendakwa beria-ia tak nak bagi bukti yang akan dibentang di mahkamah. Hi, hi, takut jadi macam kes tilam yang diusung ke sana ke mari satu masa dulu. Yang didakwa beria-ia minta itu ini dari pendakwa dan dari hakim. Kalau ini boleh terjadi kepada kes berprofil tinggi, apalah kita orang bawahan ini dapat lakukan.
Rumusan: correct, correct, correct, no further action.

III
Kes penahanan Dr. Asri kerana memberi kuliah agama tanpa tauliah. Hik, hik. Itu kes ajaran sesat tu elok saja diorang bagi kuliah tanpa tauliah. Kenapa tak ditahan? Selalunya apa yang didengar, belum cukup bukti, tak boleh nak tahan. Macam kes Ayah Pin, sampai orang tua tu dah ke mana hilangnya. Bukti apa lagi yang diperlukan jika dah sah ajaran yang dibuat tu sesat dan dibuat tanpa tauliah.
Rumusan: yang kabur ditangkap, yang terang dilepas. Ni kena pergi check mata.

IV
Kes ADUN bebas Perak. Saksi utama bagi kenyataan berbelit-belit, lebih hebat dari ular. Dulu macam bagi kenyataan untuk pendakwa, sekarang macam dah menyokong yang didakwa.
Rumusan: ada ubi ada batas.

Kata saya...hanya di Malaysia...

Saturday, October 31, 2009

Suatu Ketika, Kemudian, Kini

Suatu ketika dulu ada orang Islam yang terikut-ikut merayakan Krismas. Mereka terdiri dari bekas pelajar luar negara dan juga mereka yang berfikiran agak bebas. Tak tau le apa sebab yang diorang nak rayakan Krismas tu. Mungkin nak seronok-seronok aje. Mungkin kononnya nak ikut orang Kristian bagi-bagi dan tukar-tukar hadiah.

Kemudian ada juga orang-orang Islam yang terikut-ikut meraikan Hari Valentine. Mereka terdiri dari pelbagai peringkat umur dan tahap pelajaran. Kebetulan pula terdapat pengaruh TV swasta yang terkini. Kononnya hari ini untuk melahirkan rasa kasih sayang antara mereka. Hari ini begitu popular di kalangan pelajar sekolah dan universiti. Hi, hi, ramai yang masih hanyut dengan cinta monyet.

Kini, khasnya hari ini, 31 Oktober, ada pulak yang meraikan Hari Halloween. Tu yang ada siap sewa baju hantu di kedai untuk ke parti Halloween ni. Yang ni pun biasanya pelajar sekolah dan universiti, yang baru bekerja dan masih bujang. Yang dah kahwin kurang sikit. Padahal kat US biasanya kanak-kanak yang aktif semasa hari Halloween ni.

Kata saya...kerana nak seronok, duit habis dan mungkin terpesong akidahnya...

Friday, October 30, 2009

Buku

Merata saya mencari buku 3 buah ini. Yang ada di perpustakaan adalah edisi lama. Akhirnya saya dimaklumkan ada dijual di kedai buku Islam di bandar Melaka. Esok boleh bawa jilid ke 3 ke kuliah agama di Masjid Al-Alami.

Mastika Hadith Jilid 1, 2, 3

Sebelum itu saya ke Kinokuniya, Suria KLCC. Beli buku-buku bahasa Arab ini. Hi, hi, baru selak-selak 2, 3 helai aje...
Buku Bahasa Arab
Saya juga telah ke kedai buku MPH di Mahkota Parade. Beli juga buku-buku ini...

Buku 3 T dan Kamus Bahasa Arab

Semasa hendak membeli buku Mastika Hadith, saya terpandang buku di bawah ini, hasil tulisan Dato' Ismail Kamus. Ianya merupakan salah satu buku yang lengkap mengupas Fardhu Ain. Saya mencadangkan semua keluarga Islam membeli, menyimpan, membaca dan mempraktikan apa yang dibincangkan dalam buku ini.

Indahnya Hidup Bersyariat

Kata saya...belilah buku banyak-banyak. Selain dari boleh membaca boleh juga tolak itu income-tax. hi, hi...

Thursday, October 29, 2009

Satu Hari Sabtu...







Gambar-gambar lain boleh dilihat di FB saya...


Kata saya...main satu hari, sakitnya dah 5 hari belum sembuh-sembuh...


Tuesday, October 27, 2009

Kenapa

Sebelum pilihanraya orang ini datang ke rumah kita, minta sokongan, cuba nak raih undi kita dan sanggup jemput kita dari rumah hingga ke pusat pengundian. Mungkin juga hantar kita balik ke rumah. Ada juga yang memberi bantuan segera.

Tapi apabila sudah pilihanraya apa jadi.

Nak jumpa mereka kena buat appointment. Itu kalau dapat jumpa, kalau tak cuma jumpa pembantu dia ajelah. Entah rungutan kita tu sampai ke tidak.

Kalau diorang dah naik pangkat jadi pak menteri, kereta dia lalu, kita kena ke tepi. Ada majlis kena pergi. Kalau bersalam kena tunduk hormat. Ada yang sanggup cium tangan pak menteri. Padahal masa sebelum pilihanraya dia yang hulur tangan kat kita untuk bersalam kononnya ketua berjiwa rakyat.

Kalau diorang naik pangkat lagi lebih tinggi, merekalah yang membuat pelbagai keputusan untuk kita. Kita sajelah yang tahu samada keputusan yang mereka buat itu baik untuk kita atau tidak. Kalau baik, baguslah hidup kita, kalau tak, meranalah hidup kita.

Siapakah mereka? Orang yang macam kita aje. Kalau kita tak undi mereka, mereka tak jadi ADUN, AP, Exco, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Perdana Menteri. Bayangkan apa akan jadi kalau mereka kalah pilihanraya...

Kata saya...inilah demokrasi ciptaan manusia...

Tuesday, October 20, 2009

Pengiraan

Hari ini dah 2 Zulkaedah. Hi, hi, Syawal dah habis 2 hari. Jemaah haji dah mula terbang ke Madinah. Saya nak bertanya, sejak habis Ramadhan dah berapa kali pegang dan baca Al-Quran?

Dari pengamatan saya setiap juzuk Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai lebih kurang 20 mukasurat. Saya mampu membaca 2 mukasurat dalam masa antara 10-20 minit bergantung kepada tahap GAGAP membaca.

Jika sekiranya saya membaca satu muka di waktu pagi (sebelum atau sesudah Subuh) dan membaca satu muka lagi di waktu malam (sebelum atau sesudah Isyak), bermakna dalam masa 10 hari saya AKAN berjaya menamatkan 1 juzuk. Kalau tiada apa aral melintang saya AKAN khatam Al-Quran dalam masa 300 hari. Ada lebihkurang 30 hari sebelum Ramadhan menjelma.

Hanya 2 mukasurat atau 20 minit (paling lama) dalam 24 jam?

Teringat semasa menunaikan haji pada akhir 2006 dulu, saya telah membuat marathon membaca Al-Quran. 7 juzuk yang tidak sempat dihabiskan di bulan Ramadhan disempurnakan di Mekah. Ianya disusuli 3 kali lagi khatam di Mekah dan 1 kali di Madinah. Hasilnya? Saya tahu saya sudah mula rabun dekat. Nak baca Al-Quran, kena cabut kacamata.

Kini, hanya 2 mukasurat atau 20 minit sahaja?

Tak apa, sedikit sedikit lama jadi bukit. Kalau setahun dapat khatam 2 kali (1 kali di bulan Ramadhan) dah cukup, Alhamdulillah...

Kata saya...betapa kerdilnya saya di sisiNya.

Tuesday, October 13, 2009

Bila Nak Cepat

Semasa berzikir saya selalu mendengar orang di sebelah yang berzikir terlalu pantas sehingga zikirnya menjadi terbalik. Dari "Allah Hu Akbar" kepada 'Akbar Allah".

Hi, hi, macam orang selalu sebut perkataan "hantu" cepat-cepat.

Bila dah baca zikir cepat-cepat tu, sebutan pun dah lari. Dari "Allah Maha Besar" kepada "Akbar Allah".

Teringat saya kepada Akbar The Great, antara maharaja India yang terulung. Dalam buku sejarah yang pernah baca (perbetulkan jika saya silap) beliau beragama Islam. Pada tahun-tahun terakhir hidupnya bagaimana pun beliau telah membuat satu agama baru yang menggabungkan agama Islam, Hindu dan Buddha. Lebih sedih bila beliau mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan. Mungkin sebab perkataan "Allah Hu Akbar" itu dimanupulasi kepada "Allah itu Akbar". Astaghfirullah...

Kata saya...bila berzikir tu bacalah zikir betul-betul. Apa yang nak cepat, tak sampai 5 minit pun nak habis zikir tu...

Saturday, October 10, 2009

Kempen

Itu hari ada orang komen tentang kempen telah dibuat di kem tentera untuk PRK yang akan berlangsung esok, 11.10.2009.

Kemudian sebagai balasan dijawab supaya tunjukkan bukti.

Semalam, khutbah Jumaat menceritakan segalanya...tak taulah kat masjid lain, lain khutbahnya!

Tapi sekarang kalau tak arif tentang kewangan, boleh lantik menteri kedua, kurang arif tentang agama, lantik senator jadi timbalan menteri, kurang arif tentang undang-undang, lantik senator jadi menteri. Tak susah...

Kata saya...selamat mengundi Bagan Pinang. Pergilah mengundi, jalankan tanggungjawab anda. Tak kisahlah siapa yang anda pilih. Yang penting yang dipilih nanti buat kerja betul-betul, ek.

Thursday, October 08, 2009

Wajib atau Sunat

Banyak dengar pandangan dari kuliah dan kenyataan dalam laman web berkenaan puasa wajib dan sunat ini. Macam dalam entry saya bertajuk percanggahan. Kalau entry itu dikaitkan dengan bida'ah, yang ini pula pertanyaan tentang yang mana didahulukan, sunat atau wajib, dan boleh kumpul yang wajib (qadha') dengan yang sunat.

Yang mana nak didahulukan, yang wajib (qadha') dengan yang sunat:
  1. Ada yang kata selagi tak habis qadha' puasa, puasa sunat tak diterima. Ini bermakna kalau tak habis qadha' solat, bermakna solat sunat tak diterima. Jadi ada yang ambil langkah senang, tak payah susah puasa dan solat sunat sebab yang qadha' tak habis lagi.
  2. Ada yang kata boleh puasa sunat syawal dulu sebab masanya terhad pada bulan syawal sahaja. Lepas tu baru puasa qadha' yang boleh dibuat sehingga bulan sya'aban. Masalahnya kalau puasa sunat dulu, belum sempat puasa qadha', kita dah kembali kepadaNya.

Yang mana puasa sunat syawal digabungkan sekali dengan puasa wajib (qadha'):

  1. Ada yang kata ini boleh dibuat. Pernah dengar dalam bab puasa sunat, bab mandi sunat, tapi tak pernah dengar gabungan yang sunat dengan yang wajib.
  2. Ada yang kata tak boleh sebab tiada gabungan solat wajib dengan solat sunat.

Kata saya...Wallah Hua'lam...Dengar kuliah, tanya soalan, baca hadith yang berkaitan dan ikutlah yang mana patut.

Nak Naik Lagi

Dia pandai-pandai bid tinggi-tinggi untuk mengalahkan pesaing-pesaingnya. Kemudian dengan senang lenang dia naikkan harga. Dia ambil untung lagi kat situ. Dia cakap kerana harga untuk membeli program sukan mahal.

Ok, you got the point there. Let me give mine.

Siapa suruh engkau masukkan saluran golf dalam package tu. Saluran Eurosport tu siapa yang nak tengok? Kebanyakan programnya samada delay telecast atau yang dirakam saja. Sukannya pula yang jarang orang tengok. Bukan ke membazir saje.

Sepatutnya pelanggan boleh pilih saluran mana yang dia nak ambil dalam sesuatu package. Set the minimum. Lepas tu pelanggan boleh add yang mana pelanggan suka. Ini tidak, memang dia nak untung saje. Siapa nak tengok golf 24 jam? Sepatutnya dia bagi option. Hampes.

Baru-baru ni pun package sukan dah naik, ni bila dah dapat bid baru ni mesti dia akan naik lagi.

Kata saya...agaknya kalau media prima dapat bid tu, apa jadi agaknya. Free ke tidak tengok EPL?

Wednesday, October 07, 2009

Countdown

Ingat tak kisah orang Indonesia yang membuat 'sweeping" orang Malaysia di Indonesia, yang mana gambar tersebut terpampang di akhbar-akhbar?

Dalam akhbar The Star ahad lalu ketua kumpulan Bendera ini, Adian Napitupulu, dari suku Batak (hi, hi, dulu masa kecil saya ditakutkan dengar kata-kata Batak makan orang!), telah mengumumkan bahawa esok, 8 Oktober sebagai hari "Ganyang Malaysia".

Mereka kononnya akan mula menawan pekan-pekan kecil di Sabah dan Sarawak sebelum "penaklukan" ke atas semenanjung dibuat. Mereka menjangkakan akan mengambil 8 bulan untuk menakluk Malaysia keseluruhannya. Mereka cakap ini tidak akan melibatkan tentera Indonesia.

Hik, hik, apa dia ingat penduduk Malaysia nak tengok saja, kalau apa-apa terjadi?

Ilmu kebal? Hik, hik, tangkap semua yang terlibat, pasang aje C4 kat badan. Tengok, kebal ke tidak?

Dari dia nak menghabiskan duit nak menyerang Malaysia, baiklah dia tolong bangsa dia sendiri yang sekarang sedang menghadapi kesusahan. 10 sen 1 SMS, untuk 3.4 juta, bersamaan RM340,000. Itu berapa juta dalam Rupiah agaknya...

Kata saya...agaknya mamat ni nak jadi calon presiden Indonesia di pemilihan akan datang. Tak ada tokoh langsung!!!

Tuesday, October 06, 2009

Mangkuk

Apa punya suami le macam ni.

Apa nak buat dengan orang memang dah banyak rekod jenayah.

Mesti ada sebab si isteri minta fasakh. Tapi tak kan sampai nak membunuh.

Hampes.

Kata saya...mangkuk hayun!

Monday, October 05, 2009

Jumping The Gun

Dari media alternatif saya baca berita ini.

Samalah juga dalam PRK yang lepas. Calon belum menang, dah banyak keluar khabar angin.

Yang paling teruk, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum PRU12. Sibuk naik nama 3 orang yang kononnya layak jadi KMPP. Kalau tak silap, semuanya kalah dalam PRU12.

Betul kata MB N9, tunggu menang dulu.

Kata saya...selalu jinx bila ambil gambar sebelum main bola, biasanya kalah kalau tak seri.

Sunday, October 04, 2009

Macam Kayu Api

Cuba baca ini. Saya juga ada komen sebelum ini di entry saya di sini dan di sini.

Bila baca media arus perdana beberapa hari lepas tentang NGO "muslimah" ni, saya harap yang menjadi ahli tu cepat-cepatlah bertaubat. Salah satu kata mereka:

“It is torture and a breach of human rights. We teach our children not to hit each other but then what are we, as adults and role models, showing the little ones if we condone such an act?”

Betul ke tidak kepala diorang ni?

Tau tak mereka hukum penzina apadia? Salah satunya rotan. Kalau mereka dah kata itu satu penyiksaan, saya khuatir mereka telah mencabar hukum Allah. Sekali lagi saya harap ahli-ahli NGO "muslimah" ni cepat-cepat bertaubat!

Kalau setakat nak cari publisiti kononnya membantu muslimah yang lain, baik tak payah. Silap-silap terpesong akidah.

Kata saya...macam kayu api...

Persediaan

Semalam hari penamaan calon PRK Bagan Pinang. 2 calon diterima oleh SPR manakala 1 ditolak.

Calon yang ditolak oleh SPR begitu beria-ia nak jadi calon walaupun tidak dicalonkan oleh partinya. Sehingga dia sanggup menisytiharkan keluar dari parti semata-mata nak jadi calon.

Apa yang jadi? Dari kacamata saya yang rabun dekat dan rabun jauh ni, ternyata beliau tidak bersedia dan membuat satu kesilapan amat yang mengaibkan.

Borang penamaan calon itu telah pun dipermudahkan oleh SPR, kenapa masih buat silap? Tak kanlah beliau tak boleh nak baca buku panduan mengisi borang (ada ke?) atau minta mereka yang arif dalam hal ini untuk tengokkan borang beliau sebelum tergesa-gesa hantar borang tersebut.

First impression itu penting. Melihatkan first impression beliau ini, adakah beliau layak menjadi ketua atau wakil kepada rakyat?

Kata saya...platform Tan Sri Isa sepatutnya di parlimen. Takut nanti bila menang ada pula suara minta dia jadi MB. Khuatir pisang di Trengganu berbuah pula di Negeri 9.

Thursday, October 01, 2009

Ustaz

Dulu bila ditanya kanak-kanak ini, apa cita-cita dia, dia cakap dia nak jadi angkasa-Wan, doktor dan askar. Hi, hi, lebihkurang macam Dr. Faiz la.

Akhir-akhir ini bila ditanya, nak jadi ustaz pulak. Malam semalam dia kata dia nak pergi sekolah pondok. Dari mana dia dapat istilah tu entah.

Kata saya...ikutlah apa-apa Wan. Janji tahun depan masuk Tadika Awan Suria...

Tuesday, September 29, 2009

Isk, Isk, Isk

Geleng kepala saya bila baca cerita ini. Cuma RM700? RM700 tu dapat kat siapa, ek? Kerajaan Malaysia, tentunya. Si mangsa dapat apa, ek? Mungkin boleh saman di mahkamah sivil agaknya. Itu pun kena keluar duit sendiri cari loyer.

Samalah macam cerita pemuda yang didapati bersalah kerana mencuri 2 biji telur ayam dari sebuah kedai runcit suatu ketika dulu. Beliau diberikan hukuman penjara 2 bulan. Juga suatu ketika dulu, seorang pemimpin politik telah dihukum penjara selama 3 tahun atas kesalahan pecah amanah wang syarikat. Khabarnya, wang yang digelapkan itu berjumlah berjuta ringgit.

Oklah untuk tujuan perbandingan kita ambil RM1 juta cukuplah. Berapa banyak telur ayam yang boleh dibeli dengan wang RM1 juta itu? 3 tahun bersamaan 36 bulan, dibahagi 2 bulan untuk setiap 2 biji telur ayam bersamaan 18 biji telur ayam.

Hi, hi, nanti kang ada yang bertelur dahi…

Kata saya…undang-undang dunia...

Monday, September 28, 2009

Ramadhan Revisited

Hari ni dah 9 Syawal. Dah 9 hari Ramadhan ditinggalkan. Apa yang dapat dikumpulkan sepanjang Ramadhan yang lalu? Dah semak semula senarai semak yang dibuat sebelum Ramadhan? Apa yang ok, apa yang ko? Atau langsung tiada senarai semak Ramadhan?

  1. Dah berapa kali pergi solat Isyak berjemaah selepas Ramadhan?
  2. Solat subuh berjemaah?
  3. Hi, hi, solat malam?
  4. Duh, solat Dhuha?
  5. Puasa sunat?
  6. Baca Quran?
  7. ...apa lagi, ek?

Kata saya..banyak maknanya AidilFitri...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri


Saya sekeluarga ingin mengucapkan...

Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Semua Berbahagia di Hari Lebaran Ini

Kata saya...alamat dan nombor telefon masih tidak berubah...

Tuesday, September 15, 2009

Pencanggahan

Hari Sabtu lepas ada tazkirah ramadhan berkenaan amalan ramadhan dan sambutan hari raya. Juga dibangkitkan tentang adab ziarah kubur yang biasa dilakukan oleh umat Islam di Malaysia. Ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh ustaz U yang bercanggah dengan apa yang saya belajar melalui kuliah mingguan ustaz Z yang menggunakan kitab Mastika Hadith Rasulullah terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Berikut petikan dari kitab tersebut...

Adab Peraturan dan Cara Ziarah Kubur

Menurut huraian ulama, Rahimahullah, orang yang berziarah dituntut melakukan seperti berikut:

1. Hendaklah ia bersih dari hadas (sunat berwuduk).

2. Sebaik-baik sahaja sampai di tanah perkuburan, sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur (dengan menyebut salah satu lafaz salam yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada sahabat-sahabatnya.

3. Setelah sampai dekat kubur kaum kerabat atausahabat kenalan, hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap muka si mati sambil memberi salam secara khusus kepadanya. Misalnya kalau simati ayah kita, maka lafaz salamnya ialah:
"Assalamua'laikum wahai ayahku"

Demikian seterusnya kepada kaum kerabat dan sahabat kenalan: beri salam dahulu disertakan denganpanggilan yang biasa kita berbahasa dengan mereka, semasa mereka hidup dahulu.

Dalam sebuah hadis diterangkan: apabila seseorang Islam lalu di hadapan kubur seorang Islam yang ia kenal di dunia dahulu (apalagi menziarahinya secara khusus) lalu is memberi salam kepadanya, maka si mati itu (yakni ruhnya) bukan sahaja membalas salamnya tetapi juga mengenalinya.

Bahkan si mati lebih-lebih lagi bergembira jika salam orang yang hidup itu disertakan dengan doa baginya - seperti yang diterangkan dalam hadis yang lain.

4. Selepas memberi salam, sunat membaca Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati.

5. Selepas membaca Quran hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk si mati semoga Allah S.W.T. mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya. Kerana doa yang didahului bacaan Quran, lebih diharap makbulnya.

-----------------------------------------

Saya tak berapa pasti yang mana satu nak ikut. Ustaz U cuma bercakap tanpa memberikan dalil-dalilnya. Mungkin masanya terhad dan tanpa membawa bahan rujukan. Ustaz Z membincangkan perkara tersebut berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W dan kitab-kitab lain.

Jadi buat masa ini saya akan ikut Ustaz Z. Semoga apa yang saya buat diterima Allah S.W.T.

Kata saya...Wallah Hua'lam...

Monday, September 14, 2009

Buktikan

Dengar cerita MFxM mengatakan pengundi I tidak menyampah pada beliau tapi menyampah pada BN.

Soalan saya: BN tu siapa?

Kalau benar pengundi I tidak menyampah pada beliau, cuba buktikan dengan keluar dari BN. Bawa parti beliau keluar dari BN dan buktikan parti beliau relevan untuk semua.

Saya kata: setelah sekian lama memegang tampuk parti, analisis perlu dibuat tentang halatuju parti tersebut.

Kata saya...bila dah lama duduk di atas yang dinampak cuma awan di atas dan "semut-semut" di bawah.

Saturday, September 12, 2009

Hitung

2 minggu sebelum Ramadhan ustaz A ada bercerita tentang Ramadhan. Dia kata ada hadis yang kita selalu cerita adalah merupakan hadith daif. Kemudian pada minggu berikutnya ustaz A menambah hadith yang satu lagi pun hadith daif.
Wallah hua'lam.
Hari ni dah 22 Ramadhan. Antara 10 hari terakhir Ramadhan. Tengah malam ni ada Qiamulail di surau. Di masjid dah mula malam jumaat tu lagi. Memasing mencari Lailatul Qadar...

Banyak yang boleh difikirkan tentang malam Lailatul Qadar. Antaranya:
  1. Adakah ianya berlaku di semua tempat?
  2. Bayangkan perbezaan waktu yang ada...
  3. Semua orang boleh jumpa sekira berjaga 10 malam terakhir?
  4. ...

Ada yang menghitung "hadiah" yang dia terima kerana mengerjakan solat terawikh. Sama macam cerita orang pergi haji 10 kali dan umrah berpuluh kali. Kerana solat di dua Masjidil Haram yang memberi ratusan ribu kali ganda dari solat di Malaysia, dia dah banyak "simpanan" pahala solat, tanya dia untuk mendapat buah fikiran ustaz B.

Boleh ke pahala masuk bank? Bank mana, ek?

Kata saya...buatlah ibadat setakat terdaya, seikhlas-ikhlasnya.

Thursday, September 10, 2009

Boikot

Saya menerima banyak e-mail berkaitan boikot barangan yang dikaitakan dengan Yahudi aka Israel. Kononnya syarikat yang mengeluarkan barangan telah membantu Israel dari segi kewangan. Bermakna jika kita membeli barangan itu bermakna kita telah membantu Israel dan kekejamannya ke atas rakyat Palestin.

Ada pendekatan dan saranan yang saya bersetuju dan ada pendekatan dan saranan yang saya tidak bersetuju…

Semasa di US dahulu untuk mencari makanan halal adalah satu kerja yang menyiksakan. Setiap makanan perlu disemak bahan-bahannya. Salah satu cara adalah menggunakan bahan atau makan yang dilabelkan “K” untuk makanan kosyer, yang dikeluarkan mengikut prosedur agama yahudi. Makanan kosyer ini tidak berasaskan babi. Jadi kalau kita makan produk kosyer, adakah bermakna kita menyokong rejim zionis? Dah tentu ada keuntungan dari syarikat itu akan disalurkan ke rejim tersebut.

Banyak produk yang kita guna seharian yang dikeluarkan oleh khasnya syarikat-syarikat luar negara yang secara tidak langsung berurusan dengan syarikat yang dikatakan begitu galak menyokong Israel. Adakah kita perlu juga memboikot produk tersebut?

Agak-agak selepas di-filter-kan kesemua produk yang kita guna seharian tinggal berapa yang “BERSIH” dari sangkut-paut dengan Israel?

Kata saya…buatlah apa yang difikir patut…

Tuesday, September 08, 2009

Iras

Masa saya sekolah dulu ada orang kata muka saya iras Allahyarham Hussein Onn. Masa tu Datuk Hussein Onn. Jadi pernah kawan-kawan saya panggil Datuk.

Masa saya bekerja ni ada orang kata saya ada iras-iras Hishamudin Hussein. Tapi tiada pula orang panggil saya dengan pangkat pingat dia. Hi, hi.

Yang saya tahu, saya tak mahu iras mereka dalam politik. Berdasarkan politik yang ada sekarang, tak perlu memperjudikan masa depan dalam areana ini. Hi, hi, kan judi tu haram. Lagi pun buang masa nak menegakkan kononnya kebenaran padahal orang semua tahu semuanya palsu dan kepura-puraan.

Kata saya...lambat lagi nak jadi datuk...

Monday, September 07, 2009

RM800?

Banyak cantik nak tetapkan gaji minimum pembantu rumah Indonesia sebanyak RM800.

Ada tak yang bertanya gaji minima pembantu kedai makan (orang Malaysia)? Kalau RM800, kita perlu buat perbandingan:

  1. Pembantu kedai makan orang Malaysia (PKMOM) dapat cuti 1 hari seminggu?
  2. PKMOM dapat makan free tak 24 jam?
  3. PKMOM dapat tinggal bilik free tak?
  4. PKMOM dapat relax-relax tengok TV tak bila majikan tak ada?
  5. PKMOM dapat tidor siang hari tak semasa majikan tak ada?
  6. Ada tak PKMOM dibawa majikan bersama-sama makan angin?
  7. ...

Kenapa PKMOM? Itu contoh terdekat yang saya boleh fikir buat masa ini.

Pada hemat saya RM600 adalah gaji maksima mereka, bukan gaji minima. Sebabnya hampir segalanya ditanggung majikan. Lainlah majikan yang abusive tu...

Masalahnya saya rasa pada ejen. Kalau dah tau maid tu beragama Islam kenapa dihantar pada yang bukan Islam? Ada maid yang lari dan dihantar balik kerana tak tahan kena makan makanan tak halal.

Kata saya...bila dah naik ke RM800, adalah yang nak ambil kesempatan mencilok duit mereka pulak...

Tuesday, September 01, 2009

Hadiah Hari Kemerdekaan Ke 52

Saya berharap kebanyakan rakyat Malaysia sudah terima hadiah hari kemerdekaan yang ke 52. Saya dah menerimanya, cuma belum membukanya lagi.

Bukan apa, minyak kereta penuh lagi. Lagi pun tak mau nak memaki hamun dan bergaduh sesama manusia lain hanya kerana 5 sen atau 25 sen seliter di bulan ramadhan ni. Silap-silap kemek kereta.

Apa dah jadi, tukar nama, naik harga...macam iklan...

Malaysia Boleh...naik harga.

Kata saya...terima kasih 1 Malaysia...

Friday, August 21, 2009

Thursday, August 20, 2009

Hukuman

Terbaca cerita ini 2 hari lepas. Apa pun yang dibuat oleh bekas suami, saya rasakan tindakan yang dibuat oleh bekas siisteri ke atas bekas si suami adalah sesuatu yang tidak patut. Jadi itu saya serahkan kepada yang arif di kamar perundangan.

Apa yang saya cuba bangkitkan adalah dari keterangan bekas suami.

"We were downstairs for a while before we went upstairs to bed..."

Siapa yang dimaksudkan "we" itu? Dia dan rakan perempuannya? Berdua-duaan di rumahnya pada pukul 4 pagi? Naik ke tingkat atas untuk tidur?

Kata saya...sepatutnya si bekas isteri panggil orang majlis agama Islam johor aje...

Tuesday, August 18, 2009

Bonus...22 Ogos

Terima e-mail dari seorang teman...
Kata saya...war-warkanlah kepada semua umat Islam.

Sunday, August 16, 2009

Tiga Adegan

Adegan 1
Seorang imam menamatkan mengimamkan solat dengan mengucapkan salam, kiri dan dan kanan. Kemudian, dia membacakan istighfar dan wirid.

Adegan 2
Seorang anak bermain dengan telefon baru maknya. Telefon itu terjatuh ke dalam air. Si anak berkata,"maafkan saya mak, maafkan saya mak, maafkan saya mak" dengan pantasnya.

Adegan 3
Seorang anak bermain dengan telefon baru maknya. Telefon itu terjatuh ke dalam air. Si anak terlalu sedih, tidak berkata-kata. Dengan muka dan hati yang amat sedih atas kesalahannya, si anak tunduk mengalirkan air mata dan hanya terdengar suaranya yang menahan sedu sedan.

Faham? Kaitan Adegan 1 dan Adegan 2. Perbandingan Adegan 1 dan Adegan 3. Di mana silap kita?

Kata saya...itu yang ustaz cerita minggu lepas

Saturday, August 15, 2009

Kuman Di Seberang Nampak

Semalam terbaca di media online berkenaan seorang perempuan Islam dilarang memasuki kolam renang awam di Perancis kerana memakai "burqini". Itu negara sekular.

Cuba kita tengok di Malaysia sendiri, yang mengaku negara Islam, ada taman tema air yang menetapkan syarat-syarat berpakaian untuk memasuki kolam mereka. Antaranya yang melibatkan lelaki, tidak boleh memakai T-Shirt, dan seluar tidak boleh melebihi lutut. Dah sah tak tutup aurat untuk lelaki.

Saya sudah melalui pengalaman ini dalam beberapa tahun yang lepas. Dah tak pergi lagi saya ke sana kerana polisi itu, lagi pun mahal untuk ke sana. Tak taulah pulak kalau-kalau diorang dah tukar polisi.

Jadi tak perlulah nak kecohkan apa yang negara sekular buat, yang negara Islam depan mata buat ramai yang tak nampak.

Kata saya...hi, hi, agaknya diorang nampak kuman H1n1 di seberang laut...

Tuesday, August 11, 2009

Kuarantin Atau Tutup?

Angka yang dah meninggal akibat H1N1 meningkat ke 32. Mexico yang mula diserang, sudah mengalami 125 kematian.

Antara langkah yang diambil oleh kerajaan ketika ini adalah, kuarantin di hospital atau di rumah dan menutup sekolah dan universiti.

Adakah langkah diambil kerajaan menepati prosedur yang sepatutnya?

Saya berikan contoh...

1
Sebuah IPTA yang diarah tutup dan pelajar diarahkan pulang ke kampung. Seorang pelajar balik ke rumah kakaknya di Melaka. 2 hari selepas itu, dia demam. Akhirnya seisi keluarga kena kuarantin di rumah.

2
Sebuah sekolah berasrama penuh dikuarantin kerana 2 pelajarnya demam selepas pulang dari luar negara. Seluruh sekolah dikuarantin. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk berjumpa pelajar. Apabila lebih ramai pelajar demam, sekolah diisytiharkan tutup dan pelajar dibenarkan pulang. Pelajar yang balik ke kampung menyebabkan seisi keluarga demam.

3
Sebuah sekolah diisytiharkan tutup setelah begitu ramai pelajar demam. Pelajar-pelajar yang bercuti dengan seronoknya berjalan-jalan di kompleks perniagaan yang menjadi tumpuan ramai. siang dan malam.

Baru 32, katanya kematian di Malaysia mungkin menjangkau 28,000 bila gelombang kedua, dari Hemisfiar Utara akan mengalami musim sejuknya dalam beberapa minggu lagi. US menganggarkan 36,000 kematian.

Hi, hi, apa macam sekarang Pak Menteri Kesihatan?

Kata saya...harap-harap vaksin yang sesuai diluluskan segera dan cukup untuk semua orang. Setiap penyakit ada ubatnya...

Friday, August 07, 2009

Yang Berat & Yang Ringan

Suatu ketika dulu, kami kakitangan akademik, hanya perlu menghantar keputusan gred pelajar kepada kerani atau pembantu tadbir kemasukan dan rekod untuk dimasukkan ke dalam sistem maklumat pelajar. Pada satu semester yang berkenaan, kami diarah untuk memasukkan gred pelajar ke dalam sistem tersebut.

Apa lagi kami membantah dengan lantangnya sehingga kami dipanggil untuk mesyuarat. Setelah dimaklumkan rasionalnya barulah kami faham dan memberi kerjasama, walaupun ada yang mengerjakannya dengan sedikit sungutan.

Kini, persoalan tersebut diungkit dalam situasi dan tempat yang berlainan, cuma isunya mungkin sedikit berlainan tapi masih berteraskan kerjasama. Cuma kini yang membangkitkan isu itu orang tinggi dalam organisasi.

Kalau saya berada di sana mungkin saya pasang aje "tape" ucapan pendaftar saya ketika itu.

Kata saya...bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Wednesday, August 05, 2009

Arak

Beberapa hari ni kecoh fasal cadangan PAS Selangor nak haramkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam di Selangor. Timbalan Pengerusi MCA diberitakan membantah cadangan tersebut. Biarlah mereka berdebat di Dewan Undangan Selangor, ek.

Izinkan saya berikan pendapat 2 sen saya.

Saya paling tidak setuju apabila rangkaian kedai 7 eleven di Malaysia ni diberikan lesen menjual arak.

1. Kebanyakan rangkaian kedai itu dikendalikan oleh remaja melayu. Kenapa mereka dibebankan untuk menjual arak tersebut. Kalau tak silap di supermarket, bahagian jualan alkohol ini dikendalikan oleh kakitangan bukan islam. Kenapa, ada orang nak tanggung dosa mereka menjual arak di akhirat kelak?

2. Konsep jualan kedai 7 eleven tidak relevan di Malaysia. Kalau setakat nak buka kedai 24 jam saya rasa tidak perlu diberikan lesen menjual arak. Ini bukan US, yang mana arak dijual berleluasa. Apa yang dijual di US, tak perlu dijual di Malaysia. Apa, kalau dah jual arak kat kedai tu, kenapa tak dijual makanan tidak halal sekali! Macam kat US!

3. Saya tak pasti undang-undang penjualan arak di Malaysia. Di dua tempat saya belajar di luar negeri dulu, arak tidak boleh dijual selepas tengah malam sehingga 7 pagi. Kalau ini juga dikuatkuasakan di Malaysia perbezaan tempoh julat masa hanya 2 jam dari waktu supermarket tutup. Lagi pun banyak lagi pub yang buka sampai ke pagi. Pergi ajelah!

Kata saya...tunggu nak dengar YB Islam di Selangor bagi pendapat "bernas" diorang.

Tuesday, August 04, 2009

Kampung Buah Pala & Kampung Baru

Operasi merobohkan Kampung Buah Pala ditangguh lagi. Semalam tengok berita, sorang tu siap menjerit-jerit dalam bahasa Inggeris sambil menangis.

Saya malas nak menyelidik dengan lebih mendalam kes ini. Cuma saya nak bandingkan dengan satu situasi lain.

Kampung Baru di Kuala Lumpur...

Apa akan terjadi jika sekiranya kampung tersebut diambilalih atas nama pembangunan? Agak-agak akan jadi protes macam di Kampung Buah Pala?

Saya berharap Kampung Baru tidak diambilalih untuk tujuan keuntungan sesetengah pihak.

Kata saya...let it be...

Thursday, July 30, 2009

Bola & Politik Malaysia

Bola Malaysia:
Pemain yang dah digugurkan oleh team A, senang-senang boleh main untuk team B. Team A gugurkan kerana dikatakan prestasinya merosot. Team B juga berbuat demikian di akhir musim. Yang peliknya pemain itulah yang dikerah tenaga setiap perlawanan. Kalau prestasinya merosot kenapa masukkan juga dia dalam "starting eleven". Akhirnya pemain bermain untuk team C.

Politik Malaysia:
Ahli politik A bertanding dalam pemilihan parti. Kalah. Ahli politik B tidak puas hati tak dapat jawatan tinggi. Ahli politik C yang terasa dipinggir. Berpaling tadah. Masing-masing tukar parti. Tak tahulah untuk apa...

Hi, hi, pemain recycle, ahli politik pun recycle.

Kata saya...begitu mesra alam...

Wednesday, July 29, 2009

Cukup?

Semalam semasa di Balai Polis Ayer Keroh, semua pegawai polis di situ telah diarahkan untuk disuntik vaccine H1N1.

Semalam dalam the STAR diberitakan syarikat farmasi hanya berkemampuan mengeluarkan 900 juta vaccine tersebut manakala penduduk dunia berjumlah 6 billion. Vaccine itu pula perlu disuntik sebanyak 2 dos.

Dari sumber itu juga kebanyakan vaccine ini telah pun ditempah oleh negara-negara maju, seperti US, Perancis dan Australia yang telah menempah vaccine secukupnya untuk rakyat mereka.

Malaysia bagaimana?

Hari ini AP melaporkan Agensi Medikal Eropah sedang dalam proses untuk "fast-track" kelulusan vaccine selesema babi ini. Tak tahulah samada mereka memperkatakan vaccine yang sama atau tidak.

Cukup ke tak cukup vaccine H1N1 ni...

Kata saya...semasa di balai baru tahu kes trafik kena report kat Bandar Hilir...

Tuesday, July 28, 2009

Undang-undang II

Hari ahad lalu baca artikel tentang rotan merotan lagi dalam the STAR. Beberapa orang telah menunjukkan "kebijaksanaan" masing-masing dalam hal ini. Itu lantak dioranglah nak berdebat sesama sendiri.

Saya cuma nak membandingkan undang-undang ciptaan manusia dengan undang-undang Allah.

Saya ambil contoh entri undang-undang saya sebelum ini. Entri itu berkaitan dengan hukuman ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan hubungan seks di luar perkahwinan. Undang-undang di Maldives menetapkan hukuman rotan. Artikel tersebut mempersoalkan hukuman rotan yang dikenakan ke atas mereka.

Kalau hukum Allah macamana?...

Kalau hukum manusia macamana? Sepanjang yang saya tahu, tak ada, kecuali mengikut undang-undang syarak Malaysia.

Kalau di Barat macamana? ... Dah jadi perkara biasa. Nilai moral Barat dengan nilai akhlak Islam jauh berbeza, jadi apa lagi nak dikata tentang undang-undang.

Kata saya...dunia akhir zaman, yang seronok di mata mereka yang nak diikut.

Friday, July 24, 2009

Undang-undang

Dari the STAR ms W48 24.07.09 (hardcopy -hi, hi, tak jumpa online version):

Abbas Faiz of Amnesty International said,"Flogging is cruel, inhuman and degrading punishment which is barred by international human rights law".

Farah Faizal, the Maldivian High Commisioner to London, said,"Flogging is part of penal code which are in the process of revising".

Dari nama makhluk-makhluk ni, mungkin orang Islam. Tetapi mempersoalkan undang-undang Allah. They are commiting adultery (zina) for God sake!!!

Hi, hi, kalau diorang tahu kes model yang minum Tiger beer, agaknya lagi kena bambu Malaysia dengan perkataan UNCIVILIZED!

Kata saya...dunia akhir zaman, orang Islm pun boleh hinakan undang-undang Allah dan agungkan undang-undang manusia.

Thursday, July 23, 2009

Lenggak Lenggak Naik

Sila baca cerita ini tentang keuntungan mereka.

Dan cuba baca pula tentang "kerugian" mereka.

Dan usaha kenaikan tarif mereka DITANGGUH mungkin ke tahun depan.

Yang terus-terusan dilaungkan SUBSIDI, SUBSIDI, SUBSIDI!

Janganlah, lepas lontar batu sorok tangan...

Kata saya...yang tak habis-habis terseksanya rakyat juga! Hi, hi, apa lagi yang ditangguh ke tahun depan.

Wednesday, July 22, 2009

Alasan Lagi

Semalam baca nst online (hi, hi, link dah jumpa semula) tentang kekurangan pelancung dari Timur Tengah. Alasan yang diberikan oleh satu travel agent adalah kurangnya promosi / iklan berkenaan Malaysia tahun ini.

Kata saya...semua nak harap kerajaan buat promosi, diorang buat apa?

Tuesday, July 21, 2009

Muzium Tentera Darat

Satu hari minggu dalam perjalanan balik dari KL ke Melaka, singgah di PD. Bawa budak-budak 4 orang ni ke Muzium Tentera Darat. Hi, hi, saya yang entah dah berapa kali berkursus dan berbengkel di PD pun sebenarnya belum pergi ke muzium yang percuma ini...layan ajelah gambarnya...










Kata saya...kalau bukan sebab anak-anak mungkin tak jejak lagi muzium ni. Lain kali, mungkin singgah pula muzium Kor Amor...

Friday, July 17, 2009

Janji

Antara janji PRU 12

Kubah Surau

Surau

Sekolah Agama



Kata saya...Alhamdulillah...

Thursday, July 16, 2009

Satu Hari Di Pantai Hiburan

Apa yg mereka cari?

Apa yang mereka buat?

Muka kesian, tak dapat mandi...

Cari anak ketam

& tapak sulaiman


Kata saya...diorang cuma sempat main pasir 30 minit aje...

Wednesday, July 15, 2009

80 X

Saya baca ini di NST online. Dan saya juga baca komen pembaca di bawahnya.

Dari mana datang nombor 80 X itu didapati, saya tak dapat nak mengiranya.

Dari mana datang nombor 85,000 itu didapati, saya juga tak dapat mengiranya.

Walaupun menghabiskan sekurang-kurangnya RM112 sebulan untuk tol, saya tak layak untuk diskaun itu.

Kata saya... Hampes!

Monday, July 13, 2009

Tertinggal

Dulu semasa masih muda (hi, hi) apabila saya terlupa atau tertinggal barang, saya selalu diperli:

"Muda-muda lagi dah jadi pelupa, esok dah kahwin maunya tertinggal bini, tertinggal anak"

Hi, hi, renungkanlah cerita-cerita pendek yang diceritakan kepada saya beberapa hari yang lepas.

Cerita 1

Sebuah keluarga telah datang untuk makan malam di Restoran Tomyam Klasik, di Ayer Keroh Melaka. Setelah makan mereka pulang lebih kurang pukul 11.15 malam dengan 3 buah kereta. Tanpa mereka sedari seorang anak perempuan berumur 3 tahun telah TERTINGGAL di restoran itu. Kanak-kanak itu menangis walaupun dipujuk. Kanak-kanak tersebut pulak tidak dapat memberitahu apa-apa. Tuan punya restoran akhirnya dapat meredakan tangisan kanak-kanak itu dengan memberi aiskrim. Sehingga restoran itu ditutup pada pukul 2.00 pagi masih tiada ibubapa kanak-kanak itu maka tuan punya restoran terpaksa membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya.
Rupa-rupanya mak kanak-kanak tersebut dah pengsan kerana terkejut kehilangan anaknya. Tak tahulah pulak bila mereka sedar kehilangan budak tersebut. Mereka membuat laporan polis. Polis tanya kat mana mereka terakhir lihat budak tu, jawab mereka kat restoran tu. Yang peliknya kenapa mereka tak pergi restoran itu, padahal jangkawaktunya panjang, antara 11.15 hingga pukul 2. Nasib baik polis dapat contact tuan punya restoran. Happy ending!

Cerita 2

Sepasang suami isteri beserta anak dan ibu kepada si isteri berhenti untuk solat di R&R Seremban. Setelah solat si isteri bertembung dengan seorang lelaki lalu memohon untuk meminjam telefon bimbit lelaki itu. Katanya dia nak telefon suaminya. Menerusi telefon, siisteri marah-marah kepada suaminya. Suami telah TERTINGGAL isterinya di R&R Seremban. Semasa ditelefon dia dah sampai di NILAI!

Cerita 3

Sepasang suami isteri telah pergi ke Jusco Melaka untuk membeli belah. Semasa pulang mereka jalan beriringan ke tempat letak motosikal mereka. Sampai di motosikal mereka, sisuami meletakkan barang dalam raga motosikal, start enjin moto dan menunggangnya hingga sampai ke rumah. Setibanya di rumah barulah si suami perasan siisteri telah TERTINGGAL di kawasan letak motosikal!

Kata saya...hi, hi, ada orang lebih teruk dari saya!

Wednesday, July 08, 2009

Solat Jumaat

Wahai orang-orang beriman! Apabila diseru untuk solat Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah segala urusan jual-beli. Itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
Al-Jumu'ah 62:9

Itulah yang dibacakan oleh khatib di awal khutbah minggu lepas di masjid MITC. Khutbah sebenarnya bertajuk Makanan Halal. Kenapa dibacakan di awal khutbah? Sila renungi situasi ini...

Terdapat kawasan Rawat dan Rehat di perkarangan masjid MITC. Pada hari Jumaat biasanya ramai orang makan minum di gerai-gerai makan di situ. Yang tidak enak dilihat adalah semasa khatib telah pun membaca khutbah, masih ramai lagi mukmin yang sedang berlenggang-kangkung berenakkan makan minum dan berborak tanpa menghiraukan sesi solat Jumaat (khutbah dah bermula) telah bermula. Saya tak pasti samada mereka masih di gerai semasa solat dimulakan atau tidak.

Yang saya pasti hari Jumaat lepas, semasa saya keluar masjid dua jejaka muslim sedang enak makan di gerai. Makanan dan minuman dah habis separuh. Kalau dikira antara masa habis solat dan masa saya keluar masjid tak sampai 10 minit. Kita sangka baiklah. Mereka keluar lepas habis solat, bergegas ke gerai, order makanan dan minuman, tauke gerai buat secepat mungkin. mereka makan dengan lahapnya sehingga habis separuh makanan dan minuman. Lu fikirlah sendiri.

Kata saya...tak hormat langsung masjid!

Tuesday, July 07, 2009

Percuma

Saya terbaca ini di Utusan online...

Saya tanya...kenapa hanya di Manek Urai? Apa istimewanya Manek Urai?

Saya tanya...kenapa tidak seluruh Kelantan?

Saya tanya...kenapa bantuan khas tiba-tiba?

Saya kata...biasanya orang bagi uniform dan beg sekolah ni pada awal tahun, ni dah bulan Julai!

Saya kata...lebih baik bagi basikal kat diorang semua...hi, hi, tak perlu lagi naik bas.

Kata saya...ni strategi lama lah, Tok. Outdated!!!

Thursday, July 02, 2009

Yang Hilang

Ingat tak suatu masa, ada moto dan polisi...

Bersih, Cekap, Amanah
Pandang ke Timur
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Islam Hadhari

...apa hasilnya?

dan sekarang...

1Malaysia

kata saya...hi, hi, kita tunggu...sampai bila, ek?

Wednesday, July 01, 2009

Ke Mana Kita?

Semenjak PRU12 suasana politik di negara kita kini menjadi seolah-olah memuaskan hati sesetengah pihak. Semua tindakbalas yang dibuat hasil tindakan dan tekanan sesetengah pihak.

Mungkin baik untuk perancangan jangka pendek tetapi agak meragukan untuk masa depan.

Ambil contoh, apabila krisis ekonomi yang dihadapi pada akhir tahun 90an, penghantaran pelajar bumiputera ke luar negara telah dikurangkan secara drastik. Saya tak pasti samada pihak kerajaan ada membuat perangkaan tentang akibat dari musibah ini, selepas lebih 10 tahun.

Kini pelbagai polisi dibuat bagi meyakinkan orang ramai tentang "ketelusan" dan "keikhlasan" pihak kerajaan, samada persekutuan dan negeri. Tak kiralah samada polisi tu dari BN atau PR. Tak taulah samada polisi yang dibuat hanya untuk meraih undi di PRU13 nanti.

Apa pun kita hanya akan lihat hasilnya selepas 10 tahun nanti.

Kata saya...kalau umur panjang bolehlah saya komen tentang entri ini. Itu pun kalau blogging masih lagi wujud.

Tuesday, June 30, 2009

Masih Di Sini

Ya, hari ini hari terakhir Jun 2009. Dan saya masih di sini. Kalau diikutkan masih ada 4 hari lagi untuk tamat cuti saya. Masih tidak cukup dan saya masih perlu di sini. Tak tahulah apa kata putus pada 15 Julai ini. Semoga dilanjutkan...

Kata saya...kita hanya boleh merancang...

Monday, June 29, 2009

Empat Tahun La...



Semalam, 28 Jun 2009, genap umur Afiq Ridhwan 4 tahun. Tahun ini ayah dia malas nak buat barbeque ayam macam tahun lepas. Ayah dia cuma belikan frozen chicken drummet. Jadi mama dialah yang kena goreng. Mama dia juga goreng mi dan keropok.

Pukul 3 petang Afiq Ridhwan dan Arif Najmi pergi ke rumah kawan-kawan sebelah rumah untuk jemputan pukul 5 petang. Ada kawan dia yang tak dapat datang. Ada yang tidur dan ada yang ikut parents pergi jalan.

Abang-abang dia telah belikan hadiah untuk dia. Tapi...abang-abangnya pulak pakat main permainan yang dibelikan untuk hadiah harilahir dia, hi, hi.

kata saya...semoga Afiq Ridhwan menjadi anak yang soleh. Belajar rajin-rajin sebab Afiq Ridhwan banyak cita-citanya. Afiq Ridhwan bercita-cita nak jadi Doktor, Askar dan Angkasawan. 3 dalam 1, hi, hi.

Wednesday, June 24, 2009

Beg Plastik Sampah

Semalam kawan saya, Hassan, komen fasal kempen beg plastik di muka depan the STAR 23.06.09. Katanya, cuba lihat ayat di bawah:

"Say NO to Plastic Bags Campaign"

"Say NO to Plastic Bags" Campaign

Apa pun bukan itu yang saya nak ceritakan. Saya nak cerita asal usul kempen beg plastik ni.

Kalau dibuka semula arkib TV dan radio pada (kalau tak silap) tahun 70an, saya rasa kita akan terjumpa masalah yang kita hadapi sekarang. Kita, rakyat Malaysia, telah digalakkan supaya menggunakan beg plastik untuk mengisi sampah kita. Kita telah ditunjukkan bagaimana penggunaan karung kertas tidak praktikal dan mesra alam.

Yelah kan, karung kertas bila basah, akan bocor. Kita juga diingatkan berapa banyak pokok kena tebang untuk buat karung kertas itu. Cuba bayangkan iklan itu bila si mamat tu nak buang sampah guna karung, karung kertasnya bocor dan sampah jatuh bertaburan.

Saya masih ingat di US barang diletak dalam karung kertas yang dibuat dari kertas kitar semula. Di Poland botol plastik minuman dibuat dari plastik keras bagi tujuan kitar semula. Botol ini memerlukan deposit macam botol kaca minuman berkarbonat suatu masa dulu.

Jadi apa salahnya kita kembali ke pangkal jalan...

Kalau tak silap Petronas telah menggunakan teknologi plastik mesra alam. Plastik beg mereka akan hancur dengan sendirinya setelah beberapa ketika. Kenapa tak guna teknologi ini?

Kata saya...kenapa air minuman perlu guna botol plastik? Itu sebab botol air minuman bersepah merata-rata. Kenapa tidak diharamkan penggunaan botol plastik dan bekas polystyrene?

Tuesday, June 23, 2009

Duit Syiling

Saya ke kaunter untuk membayar barangan yang diambil.

"Semuanya Rm12.30. Ada 30 sen?"

Itulah yang selalu disebut oleh cashier, khasnya kalau di kedai melayu. Kalau di kedai cina, jarang persoalan itu ditanya. Apa pekedai melayu simpan semua hasil jualan setiap hari beserta duit syiling ke bank?

Dulu masa saya kecil, pekedai cina gantung duit syiling mereka dalam tin besar. Nak duit syiling diorang tarik ke bawah tin itu. Saya pelik kenapa pekedai melayu tidak simpan duit syiling dan wang kecil secukupnya, khasnya di awal pagi pembukaan kedai.

Kata saya...biasanya saya akan jawab, "tiada".

Friday, June 19, 2009

Sawah Padi

Ini adalah salah satu sawah padi yang ada banyak di Kedah. Samada ia terus begitu, bergantung kepada keadaan dan arus kemajuan manusia.

Saya telah lihat banyak sawah padi yang masih subur telah dikorbankan atas nama pembangunan. Antaranya, sawah padi dah jadi kompleks sukan, mahkamah, padang rekreasi jubli, kompleks aquatik dan hi, hi, muzium padi.

Itu belum kira bahagian sawah yang telah dibuat rumah persendirian atau yang telah ditukar status menjadi taman perumahan. Tanah sawah!

Yang saya pelik kenapa kerajaan mengambil tanah yang subur ini untuk tidak disuburkan. Kalau nak dikira banyak lagi kawasan yang tidak subur yang boleh dibangunkan untuk tujuan ini. Nasib baiklah sebahagian tanah yang telah diambil kerajaan masih belum lagi ada apa-apa progres. Jadi rakyat yang berprihatin atas kekurangan beras tempatan masih lagi bersawah di kawasan itu. Walaupun ada papan tanda "Tanah Kerajaan. Penceroboh Akan Didakwa". Hik, hik.

Kata saya...kena tanya pentadbiran yang lama kenapa mereka buat begitu...

Thursday, June 18, 2009

Itu La...

Pagi semalam saya memberanikan diri menegur seorang gadis supaya menukarkan tanda yang dibuat dari manila card yang diletak di kaca pintu kedai. Apabila saya selesai menerangkan kesalahan tanda tersebut, dia cuma menyampuk:

"Itu la..."

Kemudian kembali membaca majalah remajanya.

Huh, dah tau salah tak mau ambil inisiatif membetulkannya dengan serta-merta.

"Welcome to shop 2nd hand book". Apara...

---------------------------------------------------

Petangnya saya lalui kedai itu sekali lgi. Tanda telah berubah.

"Welcome to 2nd hand book shop". Hi, hi.

Kata saya...sedih......mengenangkan saya cuma dapat Bahasa Inggeris C6 semasa SRP. Apa gred diorang dapat masa PMR dan SPM agaknya?

Wednesday, June 17, 2009

Alor Setar @ Star

Semasa dalam perjalanan ke Alor Setar @ Star tempoh hari, saya lihat papan tanda jalan di lebuhraya telah mengubah nama Alor Setar menjadi Alor Star. Boleh main tukar-tukar macam itu aje ke?

Yang peliknya bila saya tengok papan tanda kat sekitar Alor Setar ke Kangar, Alor Setar masih Alor Setar.

Cuba kita lihat antara nama pekan atau bandar di Malaysia ni

Kota Bharu
Johor Bahru
Tanjung Bungah
Banda Kaaba
Banda Hilir

Tu belum kira nak eja Ulu Kelang atau Hulu Kelang atau Ulu Klang atau Hulu Klang. Hi, hi, juga belum lagi kira slanga yang digunakan untuk menyebut perkataan kedua tu.

Kata saya...kalau yang dulu tu tersalah eja, perbetulkanlah tanpa perlu nak mengingat nostalgianya, yang dah betul tu kenapa pulak nak disalahkan pulak.

Tuesday, June 16, 2009

Popia

Dalam perjalanan balik ke Alor Setar @ Star, saya singgah di Ipoh untuk cari makanan di atas. Dulu masa sekolah kalau ke pekan Ipoh saya akan singgah di gerai ini untuk makan popia. Memang sedap dimakan bersama ABC.

Kali terakhir saya makan, kalau tak silap, tahun 2005/2006 bersama Dekan dan Timbalan Dekan saya semasa kami ke utara. Popianya masih lagi sedap.

Malangnya kualiti yang dihidangkan petang itu tidak sampai ke tahap yang sama dari sebelum ini. Saya nampak tukang buatnya dah orang lain.

Macam di pasar malam seksyen 16 Bangi. Ada yang guna nama sama dengan popia yang saya biasa makan di Ipoh. Kali pertama cuba, bolehlah tahan rasanya. Ada sikit-sikit rasa macam kt Ipoh.

Hampir 3 tahun saya di sini, tukang buatnya dah bertukar berkali-kali. Pertama, makcik yang macam mamak sikit, lepas tu makcik melayu, kemudian bangla lelaki, ditukar ke mak indon dan last sekali saya tengok makcik melayu yang lain pulak.

Kata saya... petang ni ada pasar malam, nak tengok siapa pulak tukang buatnya.

Monday, June 01, 2009

Alahai, Puteri...

Petang Jumaat lepas saya menghantar anak ke Sekolah Agama JAIM TTC untuk khemah ibadat. Program ini dianjurkan oleh satu sayap parti politik. Biasalah, masa pendaftaran tu, cik adik cik adik ni pakai baju pink mereka.

Semasa saya masuk ke perkarangan sekolah, terpampang di papan tanda pintu masuk ditulis, "Zon Menutup Aurat". Ye lah itu sekolah agama dan bersebelahan dengan sebuah surau.

Malangnya semasa pendaftaran saya lihat pihak penganjur memakai baju T pink, mendedahkan lengan mereka. Nasib baik mereka semua bertudung.

Kata saya...seperti Zon Larangan Merokok, elok aje orang merokok tepi bangunan.

Wednesday, May 27, 2009

Apara...

Kes 1

Saya rasa En. Hassan akan seronok dengar cerita ini. Ingat tak satu entri saya tidak lama dulu bertajuk "Central Database Vs Islands of Automation". Entri ini adalah contoh terbaiknya.



Akhir semester 2 dulu saya telah pergi untuk membayar yuran asrama di kaunter bayaran Bendahari. Saya dikejutkan apabila saya terpaksa membayar sebanyak RM1441.00. Dalam kiraan saya sepatutnya tak sampai RM1000.00.



Saya tanya boleh buat perincian ke bil tersebut. Pegawai yang bertugas kata kena pergi kat Unit Perumahan Pelajar. Pegawai ini tak boleh nak access maklumat tersebut! Memandangkan jam dah dekat waktu rehat tengahari, saya balik ke asrama, TIDUR!

Saya seterusnya berjumpa dengan pegawai asrama. Malangnya dia hanya boleh berikan kepada maklumat bayaran yang saya kena bayar untuk semester 2. Bayarannya cuma RM792.00.

Jadi macamana satu komputer beri jumlah RM1441.00, satu lagi RM792.00. Yang sahnya pada semester 1 juga saya telah bayar lebih, RM1120 dengan RM954.

Apa dah jadi ye, En. Hassan. Komputer yang mana satu yang betul?

------------------------------------------

Kes 2

Pagi 2 minggu lepas saya dimaklumkan tangki bilik air asrama kami akan ditukar. Saya dan 2 rakan seasrama perlu menumpang bilik air asrama yang lain.

Tengahari saya balik, pekerja sedang membuka tangki air. Petang saya balik tengok tangki dah berada di beranda asrama. Malam itu saya dan rakan terpaksa menumpang gunakan bilik air pelajar lain. Kami dimaklumkan kerja pembaikan memakan masa 2 minggu!

Hari khamis petang sebelum ke KL sehingga hujung minggu, saya jenguk ke asrama. Tangki air masih di luar, tidak terusik. Nasib baik dapat tidur di hotel dari petang khamis hingga ke hari ahad.

Saya maklumkan pada penyelia, saya akan berada di Melaka sepanjang minggu lepas. Kalau berada di asrama saya memang tak sanggup gunakan bilik air pelajar itu...

Balik hari Isnin, saya sampai di asrama pukul 10.00 pagi. Pekerja masih membaiki tangki. Petangnya balik, saya lihat tangki air dah boleh digunakan. Saya dapati mangkuk makan saya berada di bilik air. Jag air dan pengumpul sampah saya dah hilang!!!

Saya bertanya kepada rakan lain, tangki air mereka perlu ditukar atau tidak. Mereka jawab TIDAK. Apa yang saya musykilkan, tangki air saya TIDAK bocor. Jadi kenapa perlu di perbaiki???

Kalau perlu diperbaikinya pun tak sampai 2 minggu! Abang saya pun pernah tolong saya baiki tangki air rumah saya. 2 hari saja yang dia perlukan!!!

Kata saya...APARA...

Tuesday, May 26, 2009

Chin Peng

Chin Peng nak balik Malaysia. Apasal?

Kerajaan Malaysia tak bagi. Siap suruh kemukakan sijil kerakyatan. Hi, hi, we are taking about more than 6 decades of paper. Tak termasuk pindah randah dalam hutan.

Masa banjir tahun 2001 di Kuantan, banyak barangan saya, khasnya buku-buku rosak. Ini kan pulak bila dah kena larikan diri entah beratus kali. Tak kira kena hujan panas lagi. Hanya alasan...

Dengar cerita ada kalangan parti Gerakan yang bersuara supaya membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia. Apa gerangan di belakang suara tersebut?

Pada saya, beliau adalah sama dengan Radovan Karadzic. Beliau bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan oleh PKM sama seperti Karadzic bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi semasa perang Bosnia.

Cuma di sini dikatakan Chin Peng berhak kembali ke Malaysia atas nama 1989 Haadyai Peace Agreement. Agaknya itu sebab kerajaan beria-ia nak sijil kerakyatan tu.

Kalau beliau dibenarkan kembali sekalipun, adakah rakyat boleh mendakwa beliau sepertimana Karadzic didakwa? Adakah 1989HPA telah "membersih" beliau dari didakwa di bawah kekejaman perang?

Lebih eloklah beliau bermastautin terus di Thailand. Ramai benar anak-anak, cucu-cicit, yang masih marah ke atas kematian datuk, nenek, ayah, ibu, suami, isteri diorang.

Kata saya...kenapa kita tak marah Jepun macam kita marah komunis, ek?

Monday, May 25, 2009

Ron 92, Ron 95, Ron 97 (Edited Version)

Hi, hi, rupanya saya mendapat mendapat maklumat yang salah. Sila abaikan ayat diwarna biru dalam entri di bawah. Sila baca maklumat dalam laman sawang yang disarankan oleh En. Hassan. Terima kasih!

-----------------------------------------------
September nanti dengar cerita Ron 97 nak naik 20 sen. Kononnya kerana kerajaan nak menjadikan Ron 97 minyak premium. Penggunaan Ron 92 pula akan ditamatkan. Baru-baru ini kerajaan mula menjual Ron 95 untuk menggantikan Ron 92.

Dengar cerita Ron 92 dimansuhkan kerana tidak ramai yang menggunakannya. Apara...

Kalau dibuat bancian kereta sekarang, kebanyakannya terpaksa menggunakan minyak "Unleaded". Itulah yang kita gunakan sekarang, Ron 97. Kereta-kereta lama sahaja yang gunakan minyak "Leaded", Ron 92.

Dengar cerita juga harga Ron 95 adalah lebih tinggi dari Ron 92 tapi lebih rendah dari Ron 97 yang akan dinaikkan harga. Betul ke? Yang saya benar-benar tak dapat pastikan samada Ron 95 ni 'Unleaded" atau "Leaded". Ada orang tahu?

Kalau Ron 95 itu juga minyak "Leaded", bermakna kebanyakan rakyat masih TIDAK boleh menggunakannya. Sama macam Ron 92. Tak percaya, cuba lihat manual kereta masing-masing! Kalau "Unleaded", bermakna kita diberi pilihan, dengan kenaikan harga.

Yang saya tak puas hati, kenapa mesti dinaikkan harga Ron 97?

Kata saya...ke mana subsidi minyak yang saya berikan pada kerajaan dalam beberapa bulan ini? Senyap aje dari bekas menteri dan menteri terkini, tiada perubahan harga dah lama ni.

Friday, May 22, 2009

Satu Lagi?

Baru-baru ini sebuah lagi parti politik berunsur kaum ditubuhkan. Buat masa ini, parti ini akan menjadi parti bebas.

Saya rasa eloklah diorang maintain jadi parti Bebas bagi melihat sejauh mana populariti mereka.

Dalam BN dah ada dua parti kaum tersebut. Hasilnya, kena tanya saya punya favourite ex-minister. Saya fikir tak perlu lagi satu parti kaum tersebut dalam BN.

Melayu cuma ada satu aja parti dalam BN. Parti di Sabah dan Sarawak lainlah. Gerakan walaupun ditubuhkan untuk semua kaum, majoriti yang pegang jawatan penting, kaum Cina. Jadi untuk wakil kaum cina, ada dua, MCA dan Gerakan. MIC dan PPP dah wakil kaum India. Apahal nak tambah satu lagi.

Kata saya...yang penting sikap ingin berkhidmat untuk rakyat. Cuba contohi Tan Sri Lee Lam Thye.

Thursday, May 21, 2009

Alasan

Alasan yang diberikan macam alasan budak sekolah. Dia tak pergi atas nasihat peguamnya, oklah jawapan tu. Tapi bila dikatakan kenapa tak panggil persatuan-persatuan lain, sambil bagi contoh, jawapannya bukan jawapan seorang terpelajar.

Jawabnya senang saja YB, persatuan lain tak terima wang dari syarikat kerajaan negeri berjumlah beratus ribu (atau juta?).

Sedih tengok politikus yang asyik nak berbalah sesama sendiri. Tak ada acara lain ke? Inilah keputusannya, bila masing-masing nak tunjuk terror, nak tunjuk kuasa masing-masing. Yang merana, rakyat juga. Hampes.

Kata saya...yang sudah tu sudahlah le. Buka buku baru.

Wednesday, May 20, 2009

Puding

Bagi memenuhi permintaan ibu baru dan mem, saya letakkan di sini resipi Puding Raja (A modified version). Sila refer kepada gambar-gambar dalam entri birthdays tahun lepas.

Bahan-bahan:
1 tin (besar) fruit cocktail
200 gram gajus mentah (gambar 2)
300 gram pitted prune (gambar 3)
20 biji pisang lemak manis atau pisang emas atau 10 biji montel (gambar 4)
200 gram halwa kundur (bahan asal: jala mas) (gambar 5)
1 tin susu isian sejat (evaporated milk, BUKAN susu pekat manis atau krimer, ek)(gambar 6)

Cara:
1. Goreng gajus sehingga masak tanpa minyak (gambar 7)
2. Panaskan minyak dan goreng pisang sehingga masak kekuningan coklat (gambar 8-9)
3. Apabila sudah masak, masukkan dalam bekas (gambar 10)
4. Masukkan gajus goreng, pitted prune, halwa kundur dan fruit cocktail (gambar 11)
5. Masukkan susu dan gaul bahan-bahan perlahan-lahan (gambar 12)
6. Sejukkan bahan-bahan campuran, jika panas, sebelum masukkan dalam peti ais
7. Simpan dalam peti ais sekurang-kurang 6 jam
8. Seeloknya bila kuahnya menjadi agak pekat dan pisang dah berisi semula. Sedap dimakan sebaik keluar peti ais. (gambar 13)

Kata saya...ok, dah habis hutang, ek. Mem, kalau nak resipi bbq ayam saya tu, sila refer entri ini.