Sunday, December 30, 2007

Nama Allah

Dalam The Star hari ini ms 34 atau dari online menceritakan tentang saman 2 gereja ke atas kerajaan Malaysia kerana larangan menggunakan perkataan Allah dalam newsletter diorang. Memacam arguments yang dibentangkan, jadi baca dan buatlah andaian sendiri.

Komen saya: Ya betul, Yahudi, Kristian dan Islam mempunyai Tuhan yang satu, Allah. Nabi orang Yahudi, Nabi Musa adalah salah serang rasul ugama Islam. Nabi Isa yang membawa ugama Kristian adalah juga seorang rasul ugama Islam. Kedua-dua mereka membawa ugama Allah. Cuma bila diperhalusi, kita tidak lagi membincangkan perkara yang sama. Saya tak mahu bincangkan hal ini dengan lebih panjang, biarlah yang arif dalam ugama yang membahaskannya...

Saya bersetuju dengan keputusan pihak Keselamatan Dalam Negeri. Malaysia bukan US yang mana semua benda boleh diperlekehkan. Kalau ini dibolehkan, saya rasa tidak perlu kita sibuk-sibuk haramkan buku karangan Salman Rushdie "The Satanic Verses" satu ketika dulu.

Kata saya...perlu ada batasan dalam berhemah kebebasan agama. Anak muda kita dah ramai yang terpesong. Nanti ada yang bagi argument mengikut tuhan agama lain...

Aidil Adha - Satu Dilema: Update

Dalam Mingguam Malaysia selitan Kesihatan dalam bahagian Agama ada artikel soal jawab fasal Puasa Hari Wukuf. Ada Malik Saad dari Hulu Kinta yang bertanyakan apa yang saya bangkitkan dalam Aidil Adha - Satu Delima.

Jawapan yang diberikan:
Kerana bila seseorang itu berada di satu negara tertentu dia pasti mengikut peraturan negara tersebut dan segala peraturan negara lain tidak terpakai lagi di negara tersebut.

Dalam ertikata lain, hari wukuf (9 Zulhijjah) di Malaysia jatuh pada hari rabu. Jadi boleh puasa hari wukuf di Malaysia. Kan Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Khamis.

Yang masih memusykilkan saya adalah wukuf hanya ada di Arafah Arab Saudi. Kenapa pulak Malaysia yang beria-ia yang nak tentukan bila 1 Zulhijjah, 9 Zulhijjah, 10 Zulhijjah. Kenapa kita tidak ikutkan amalan dulu yang hanya mengikut tarikh hari wukuf yang diumumkan Arab Saudi. Kenapa, tak percaya ke? (Baca kena ikut macamiklan tu...)

Kata saya...pernah satu tahun dulu, Malaysia tengok anak bulan untuk puasa dan raya. Kita puasa lambat sehari dan raya lambat dua hari dari Arab Saudi. Arab Saudi puasa 29 kita puasa 30. Malam raya anak bulan tak payah tengok guna teropong. Lama pulak tu anak bulan tu muncul. Lagha betullllllllllllll...

Anak Kera DiSusukan: Update

Ada cerita dalam Harian Metro 30 Disember ms 22 fasal Sufiah Yusuf, kanak-kanak genius yang dihebohkan satu masa dulu. Sebenarnya cerita ayah dia. Ada kes mahkamah kerana terbabit dengan serangan seksual.

Cerita dia juga diselitkan. Agaknya sebagai update untuk semua orang.

"Sufiah yang gagal menamatkan pengajiannya di Oxford melangsungkan perkahwinan dengan Jonathan Marshall, tiga tahun lalu ..."

Nampak gayanya sama kes macam budak yang boleh membaca pada umur 4 tahun yang berlakon dalam dalam salah satu cerita Esok arahan Jins Shamsudin tu ... (baca cerita dia dalam Mastika - malas nak cerita panjang).

Kata saya...Saya nak tengok apa jadi dengan Adi Putera yang tak dapat sokongan dari pihak yang bertanggungjawab. Kita dah tengok hasil yang disokong oleh mereka...

Tuesday, December 25, 2007

Etika Pakaian

Suatu ketika dulu, kalau tak silap (#1), Aznil (yang masa tu belum begitu popular) telah mengacarakan, kalau tak silap (#2), Pop Kuiz di TV 3. Pada satu episod dia telah memakai seluar pendek, yang tergantung atas kepala lutut, lebih sikit dari short orang main bola. Maka heboh satu Malaysia membicarakan hal itu. Aznil kena kutuk habis-habisan. Agaknya lepas tu dia dah tak pakai lagi seluar pendek tu.

Dua Sabtu lepas saya terlihat (masa tengah break ambil gambar pengantin - pengantin tengah salin baju) Anugerah Skrin TV 3. Masa tu Ning dengan, kalau tak silap (#3), Nikki, sedang menyanyi entah lagu apa pun saya tak tahu. Si Nikki ni pakai skirt aje. Lepas lutut jugak. Macam Aznil jugak, tapi skirt bukan seluar. Yang saya pelik, sampai sekarang tak ada orang komplen fasal adegan ni. Yang bestnya cameraman boleh ambil gambar dari bawah masa Nikki menyanyi. Senonohlah buat kerja macam tu. Artistik konon!

Macam disrikriminasi pulak kalau lelaki tak boleh, tapi kalau perempuan lantaklah diorang nak pakai apa. Sementelah tema Anugerah Skrin tahun ni "Hollywood Glamor". Yang perempuan pakai spaghetti strap tayang dada, tayang belakang. Booooolllllllllleeeeeeeh!!!

Kata saya...itu belum cerita fasal rambut. Yang blonde, yang merah, yang pelangi dll. Sah ke mandi mereka, sah ke wuduk mereka, sembahyang tak mereka?

Tuesday, December 18, 2007

Aidil Adha – Satu Dilema

Pemegang mohor raja-raja istiharkan Hari Rata Aidil Adha jatuh pada hari Khamis. Saya dengar berita pulak Arab Saudi dah declare wukuf pada hari selasa (hari ni lah tu). Bermakna Hari Raya Aidil Adha pada hari rabu.

Dilemanya: Biasanya saya akan berpuasa pada hari wukuf. Kalau diikutkan AS maka saya sepatutnya berpuasa hari ni. Kalau ikut M’sia saya puasa hari rabu. Tapi kalau saya puasa hari rabu, ikut AS dah HR AA. Dah jadi haram hukumya.

Yang saya pelik kenapa M’sia nak tengok anak bulan jugak. Padahal yang wukuf cuma di AS. Tak boleh ke M’sia ikut saje macam dulu buat declaration based on hari wukuf di AS. Kalau tak silap tahun lepas pun macam ni jugak. M’sia raya lambat sehari.

Kalau HR Aidil Fitri kena tengok anak bulan saya boleh terima raya lambat sehari. Tapi ini HR AA. Wukufnya hanya di AS. Para ulamak – boleh komen tak. Saya masih tak faham, tolong fahamkan saya.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Sesiapa nak datang rumah beraya, jemputlah datang. Lepas sembahyang raya kat masjid MITC datanglah breakfast kat rumah saya.

Kata saya…Puasalah hari ni, besok kena berbuka.

Lepas 3, … 5

Semalam buat pendaftaran kursus on-line. Cepat dan efisyen. Cuma lepas saya semak cetakan computer saya dapati ada kesilapan dalam maklumat saya. Sepatutnya semester 4, diletakkan semester 5. Cuba telefon diorang pukul 12.26. 2 line engaged atau satu tak ada jawapan. Yang engaged pun lepas tu tak ada jawapan. Jam saya tengok baru pukul 12.33. Saya semak laman web diorang sepatutnya servis sampai pukul 12.45.

Hari ni saya pergi ke PPS tanya mereka. Yang layan saya muka tak jernih pun. Tapi nasib baik dia layan lagi. Dia cakap 5 tu sebab campur semester ni. Dia ambil kertas dari saya dan suruh saya duduk. Agaknya dia buat pembetulan, bila siap dia beritau saya. Saya pun beritau kes kawan saya yang sama. Dia masih tak mahu terima kenyataan yang ada kesilapan dalam database itu. Saya sama-sama tengok komputer. Memang nyata kesilapan dalam database tu. Semester yang lepas 3. Semester semasa 5. Akhirnya dia buat pembetulan jugak.

Kata saya…Agaknya lepas 3, 5 agaknya. Ataupun adalah makhluk yang malas buat copy paste dalam database, atau komputer yang buat silap?

Friday, December 07, 2007

Musim Haji

Semalam, 26 Zulkaedah, tarikh saya berangkat mengerjakan haji pada tahun lepas. Ia akan menjadi satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Saya bercadang untuk menulis satu entry khas menceritakan pengalaman ini. Sebahagian cerita telah saya masukkan sebelum ni semasa saya balik akhir Januari lepas.



Tapi bukan itu yang saya nak bangkitkan tapi cerita kemampuan mengerjakan haji. Ramai yang kata masih tak berkemampuan. Kalau bagi alasan tak cukup kuota saya boleh terima tapi kalau alasan tak cukup duit lagi alasan tu saya buang ke laut.



Cuba kita lihat di sekeliling kita. Ramai dah yang punya kereta mewah dan rumah besar tapi masih belum pergi menunaikan rukun Islam kelima. Rumah harganya lebih seratus ribu dan harga kereta juga dekat seratus ribu. Bayar rumah mugkin 20 tahun. Bayar kereta mungkin 7-9 tahun. Untuk kerjakan haji perlu duit TH TM10,000 + RM2,000 duit belanja + RM5,000 kalau pergi dengan package. Kita kira RM20,000 lah senang cerita.

Kalau sorang tu mula kerja umur 25 tahun. Tak boleh ke dia simpan banyak tu (20K) dalam masa 10-15-20 tahun. Nak simpan untuk beli kereta baru dan rumah banglo boleh pulak, ek? Nak pergi kerjakan haji ni eloklah pergi masa muda. Kalau dengan kerajaan ada cuti 40 hari lagi. Masa sihatlah kita pergi. Kalau nak tunggu sampai pencen penyakit pulak tunggu kita. Saya respect jemaah Indonesia dan Iran, yang rata-rata muda-muda belaka.

Kata saya...saya buat cerita ni BUKAN sebab saya dah ke sana tetapi kerana banyak bebenor saya dengar alasan TAK SAMPAI SERU lagi, walaupun berkemampuan khasnya dari orang yang berpangkat lebih besar dari saya. Agaknya diorang menunggu seruan malaikat maut...

Wednesday, November 28, 2007

Kena Kacau

Semalam pergi PD kerana beri taklimat induksi kat staf UTeM. Memandangkan waktu dah agak lewat, dah pukul 11 malam, saya bermalam di bilik yang disediakan. Masuk aje bilik di tingkat 4 terus meremang bulu tengkuk. Saya sembahyang Isyak dan sambung preparation untuk presentation persidangan hari ini. Saya tidur lebih kurang pukul 12.

Saya terjaga beberapa kali malam tadi. Saya tak syak apa-apa. Bangun pagi pukul 6.00. Sembahyang subuh. Lepas sembahyang subuh saya check sms kat telefon saya. Talian Celcom tak ada message. Talian Hotlink ada message ni.

"Kalau umur saya panjang saya akan terjun bangunan. Saya sayang pada awak..."

Lebih kurang macam tulah message tu, ada salah ejaan sikit. Saya dah delete message tu dari telefon. Saya tak kuasa nak telefon nombor tu sebab saya pernah terima message dan call dari orang pelik-pelik macam cerita saya yang lalu. Lepas delete message tu saya packed barang saya dan terus keluar dari bilik tu.

Kata saya...betul ke saya kena kacau atau message tu secara kebetulan saja. Saya sememangnya gayat pada ketinggian sikit.

Monday, November 26, 2007

Pot Pet Pot Pet

Sepanjang minggu lepas pergi kursus perisian yang berkaitan dengan penyelidikan saya. Tapi bukan itu yang nak saya highlight-kan. Kursus tu disertai 10 orang. Ada 3 minah dari IPTA yang tak jauh dari tempat saya buat penyelidikan mengikut sama. Saya tak tahan betul, sorang minah ni tak berhenti-henti bercakap. Ok, ok dia ada berhenti tapi dalam masa 5 minit mesti bercakap semula. Macam-macam hal dia bercakap. Sekejap dengan member sebelah kanan sekejap sebelah kiri.

Pensyarah kat depan segan nak tegur dia sebab pensyarah tu ada business dengan diorang. Dia cakap sikit punya kuat. Yang saya pelik sebagai pensyarah tak ada rasa hormat ke kat kawan tu yang berbuih mulut explain how to work with the software. Kalau dia yang kat depan tu agaknya apa dia rasa bila student dia bercakap macam tu. Kalau saya, mahu saya halau keluar bebudak perangai macam tu.

Kata saya...kalau ikut perasaan mahu saya ikut Raja Carlos cakap Presiden Chavez, that infamous five words: "Why don't you shut up!" Tapi tak sampai hati. Saya pun cuma menumpang ikut serta kursus tu...

Saturday, November 17, 2007

Pemimpin Dinosaur

Baru baca cerita ni di Berita Harian. Ini menyebabkan saya HAIRAN. Kenapa diorang tak sebut saja nama pemimpin dinosaur tu. Pada hal bukan susah sangat nak sebut. Sebut saja biar semua orang tahu.

Cuma yang saya nak ingatkan Datuk Zolkples dan YB DS Azalina bahawa pemimpin dinosaur tu telah dilantik oleh persatuan memasing. So apa kes nya. Kalau diorang pun dah setuju nak lantik orang tu biarkanlah mereka. Itu menunjukkan diorang tu tak mahu perubahan. Nobody has the guts to stand up, speak up, tell him he was wrong and challenge him and get him out of office! Bukan susah sangat. Habis sangat pun hilang jawatan dalam persatuan saje.

Yang saya lagi HAIRAN kenapa kerajaan masih nak menyokong persatuan dan pemain-pemainya yang tak ada vision ni. Nak perhabis duit kerajaan kat diorang buat apa. Tu duit RAKYAT diorang nak perhabis. So now show your guts, STOP funding these whiners please. Jangan dok nak highlight dalam media saja.

Kata saya...saya fikir saya tahu siapa yang mereka maksudkan. Diorang takut nak sebut nama pemimpin tu. Takut kena kutuk oleh orang ramai kut. Manalah tahu pemimpin tu masih ramai penyokong. Sebut ajelah nama tu...

Friday, November 09, 2007

Anak Kera DiSusukan: The Sequel

Baru baca tentang another CHILD PRODIGY kat NST online. Budak ni kalau tak silap duduk kat Singapore anak mixed Mat Saleh-Melayu. Neneknya orang Malaysia. Ainan Celeste Cawley, baru 7 tahun, sebaya dengan Adi Putra. Minat dengan Chemistry dan sekarang tengah ready untuk ambil A-level.
Kata saya...saya nak tengok apa yang akan dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab di Malaysia. Ada tak yang nak mengaku dia orang Malaysia dan patut tolong dia mencapai cita-cita. Lepas tu baru saya nak pulang paku buah keras kat diorang ni fasal cerita saya ni. Harap-harap adalah orang besar yang nak mengaku.

Wednesday, November 07, 2007

Rumah Terbuka

He, he, pagi tadi tengok MHI sambil breakfast. Diorang tengah cover persidangan UMNO. Ada guest yang dok komen fasal rumah terbuka hari raya orang melayu yang tak berkesudahan. Dia cakap tak produktif.
Ada yang saya sokong dan ada yang saya tak setuju.
Yang saya sokong...Negeri-negeri, korporat, syarikat buat Open House, jemput PM/Menteri/Menteri Besar rasmi. Korporat buat Open House masa waktu pejabat. Berderet-deret sampai sebulan, untuk apa? Buang duit, buang masa. Yang kena kerahan tenaga biasanya orang bawahan. Orang atas hanya tahu siap aje. Seeloknya buat cara pot-luck, semua contribute, buat pulak masa lunch hour: 1.00 - 2.00. Guarantee tak membazir, tak cukup adalah sebab memasing nak tapau makanan nak buat balik.
Yang saya tak setuju...Individu yang buat open house, biasanya akan dibuat malam hari Jumaat hingga hari Ahad + hari kelepasan am. Mereka buat demikian kerana nak meraikan kawan-kawan yang tak sempat bertandang masa hari raya. Tau ajelah masing-masing balik kampung entah di mana. Balik-balik terus pergi kerja. Mana sempat nak berjalan. Kalau kat KL dah balik rumah tak kan nak keluar balik menempuh jammed lagi.
Jadi Jumaat malam hingga hari Ahadlah sasarannya. Bermakna, rayanya ditambah beberapa hari aje, mungkin 8-12 hari aje, bukannya sebulan. Lagipun bukannya apa nak menghabiskan kuih raya yang ada saki-baki tu.
Kata saya...Seelok Open House ni dibuat lepas maghrib. Senang orang nak puasa enam.

Tuesday, November 06, 2007

Siapa Ciplak Siapa

Saya terbaca dalam salah satu newspaper mengatakan iklan Petronas untuk hari raya adalah diciplak dari satu website friendster. Si Pengarah pula membalas mengatakan ianya dibuat berdasarkan cerita-cerita tauladan lama.
Saya tak mahu menyebelahi sesiapa tetapi cerita-cerita macam tu saya dah dapat melalui email sejak tahun 90'an lagi. Kalau kebetulan dah dimasukkan dalam web atau blog seseorang pun saya tak dapat pastikan adakah orang tu yang mula menulis cerita itu dalam web atau blognya.
Kalau ada yang mengaku itu cerita dia, hanya Allah SWT saja yang tahu. Si Pengarah dah mengaku dia ambil cerita dari tempat lain dan diolah semula. Si Blogger ni mati-mati mengaku dia punya cerita. I doubt it! Cuma saya tak boleh nak buktikan sebab email seumpama itu saya dah delete dari simpanan hard disk. Yang saya tahu, umur website friendster ni baru lagi kalau compare dari umur email yang saya dah terima.
Kata saya...kalau nak mengaku cerita awak tentukan awak ada bukti yang kukuh takut nanti orang tempelak awak dengan bukti yang lain yang mengatakan awak ciplak dari tempat lain pula.

Sunday, November 04, 2007

RM 27 juta

Pelik saya apabila tengok TV semalam bila DRY dituduh atas tiga tuduhan. 2 tuduhan kerana tak declare assets dan 1 tuduhan kerana berniaga.
Nak tergelak saya. Tak declare assets, saya rasa ramai lagi yang tak declare assets tapi tak dituduh. Berniaga, saya rasa ramai lagi yang berniaga tapi tak dituduh.
Tapi sebab polis, mungkin cara diorang lain sikit. Sebab kalau tak silap apa yang diorang buat semua benda kena minta kelulusan dari ketua.
Tapi yang saya masih musykil, mana dia cerita RM 27 juta tu.
Kata saya...nilah surat khabar nak jual lebih, buat cerita EXTRA, EXTRA, EXTRA. Tak sensasi tak leh jual paper.

Thursday, November 01, 2007

Bila Gajah Berperang

Saya tak berapa ingat perumpamaan melayu ni, kalau tak silap,"Bila Gajah Berperang Kancil Mati Tersepit".
Sekarang saya lihat situasi yang sama berulang lagi di Malaysia. Yang terbaru melibatkan TSM dan DRY. TSM dituduh “ada something wrong dengan akaun bank dia” dan DJ dituduh “menerima imbuhan melepaskan taiko”. Kedua-duanya dilepaskan dari tuduhan oleh ACA. Sekarang DRY dan anak buahnya pulak kena siasat oleh ACA. Menurut paper hari ni DRY akan dituduh.
Saya tak kesah siapa yang salah, siapa yang betul dan siapa yang teraniaya. Yang saya tak sedapnya kesah ni ditayang di khalayak ramai. Menunjukkan ada yang tak kena di mata saya. Yelah kan mata saya ni rabun sikit. Mata orang saya tak taulah.
Akhirnya nanti kita akan tahu siapa yang “betul”, siapa yang “salah” dan siapa yang teraniaya. Yang MUNGKIN, yang “betul” tak semestinya betul, yang “salah” tak semestinya salah, tetapi yang pasti yang teraniaya akan betul-betul teraniaya.
Saya nak ambil contoh Yugloslavia dulu. Dengar ceritanya bukan apa. Ketua-ketua negeri memasing gila kuasa. Yang jadi mangsa rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Palestin dan Afganistán pun sama. Ketua ada yang Pro-Barat (baca: US dan sekutunya) dan Anti-Barat (baca: ikut sukalah). Dilagakan ketua-ketua, anak buah mengikut aje. Akhirnya rakyat marhaen yang menderita, macam kancil tu.
Kata saya…kalau gajah berperang saya nak lari jauh-jauh. Tak da pekdahnya bagi saya. Sesiapa menang pun saya tak dapat ape. Yang beza cuma ketua saje. Saya hanya menurut perintah...

Saturday, October 27, 2007

Anak Kera DiSusukan

Dulu kita pernah digembargemburkan cerita Safiah dan adik-adiknya yang kononnya genius. Yang saya faham emak dia orang Malaysia tapi ayahnya bukan (betulkan saya kalau saya salah!). Sekarang dah tak ada cerita fasal dia dan keluarganya. Yang saya tahu dia pun tak balik Malaysia untuk menyumbang tenaga membangun negara ini. Yang saya tahu banyak wang rakyat yang digunakan untuk bantu dia.

Sekarang tengok cerita dari The Straits Times...

--------------------------------------------
Education Ministry parliamentary secretary P. Komala Devi earlier this week said that Adi Putra, 7, was being home-tutored, in preparation for the A-level exams.

The mathematics genius left the international school on March 26 after studying at SK Matang Buluh in Bagan Serai, Perak.

Komala had also said the ministry would create a special programme for child geniuses but Hishammuddin said this would be difficult.

"The ministry’s focus is to provide education for the masses. It would be difficult to cater specifically for the needs of children like that.

"The parents have to decide what is best for him. We will help within our jurisdiction."
--------------------------------------------

Mungkin agaknya Safiah tu kes istimewa sebab dia dapat masuk Cambridge (atau Oxford, saya tak ingat). Adi Putra bukan kes istimewa sebab dia budak kecik lagi. Sekolah rendah pun belum habis. Kenapa nak kecoh sangat dia tak ambik UPSR. Saya tak tahu samada budak yang gagal semua matapelajaran boleh masuk Tingkatan 1 ke tidak. PMR mungkin cerita lain sebab nak naik Tingkatan 4 dan tentukan alirannya. Dia nak ambil A level. Biarkanlah dia. Bebudak yang ikut International School pun tak ambil UPSR, mungkin jugak tak ambil PMR. Jadi apa nak kecoh ni...

Cuma apa yang saya nak tengok sedikit bantuan pada Adi dan keluarganya. Kalau kita boleh spend hampir RM 100 juta untuk ke ISS tak boleh ke tolong dia. Kalau kerajaan tak nak tolong, mana dermawan kita? Kita tolong orang Acheh, kita tolong orang Palestin, kita tolong orang Afghanistan. Tak boleh ke kita tolong orang Malaysia sendiri. Yang saya tahu, "Charity begins at home". Mana tahu Adi akan jadi pemenang Nobel Prize Malaysia yang pertama.

Kata saya...agaknya susukan kera di hutan lebih glamour!

Friday, October 26, 2007

Pemandu "Tak Cukup" Peng"Ajar"an

Seperti yang saya kata tempoh hari saya nak tunjukkan gambar-gambar yang saya ambil tentang pemandu-pemandu kita "Yang Belum Cukup Ajar"! Jangan marah kalau gambar-gambar ini termasuk gambar kereta tuan-puan, sebab saya yang patut marah pada anda semua kerana memotong sebelah kiri dan memintas saya, setelah saya berkurun menunggu di barisan, pada hari raya ketiga dulu!













Kata saya...pemandu-pemandu yang tak sabar inilah yang sebenarnya menyebabkan jalan jammed. Biarlah gambar kereta diorang dapat masuk blog saya. Boleh semua orang tengok kereta diorang yang cantik.

Wednesday, October 24, 2007

Hari Raya di Jalan Raya

Raya tahun ni saya habiskan di jalan raya saje. Saya mula pada hari Rabu 10.10.07 dan tamat pada 21.10.07. Entah berapa km saya jalan sepanjang tempoh tu.


Rabu 10.10.07

Bertolak dari Melaka pukul 3.00 ptg ke KL, nak hantar anak sedara isteri saya yang jaga anak-anak sepanjang ketiadaan pembantu rumah yang balik Indonesia. Nasib baik tak jammed sempat sembahyang asar. Lepas berbuka dan sembahyang maghrib balik semula ke Melaka. Sampai dah lewat.


Khamis 11.10.07

Sebelum balik ke kampung pergi dulu ke Tesco, nak beli ayam dan lain keperluan untuk balik kampung. Punyalah ramai manusia kat situ. Yang bukan Islam pun berebut nak shopping masa tu. Panjang betul queue kat tempat daging dan ayam. Berjela-jela macam ular. Mula bertolak ke kampung jam 2.00. Sampai Kuala Rompin jam 5.30 petang. Sempat pergi pasar Ramadhan.


Jumaat 12.10.07

Lepak kat rumah sebab kena gigit penyegat. Tangan kiri bengkak. Petangnya pergi pasar Ramadhan, kedai dah banyak yang tutup.


Sabtu 13.10.07

Lepas sembahyang raya, ziarah kubur ayah, tok dan aki. Lepas makan dan makan lagi, tunggu orang datang beraya kat rumah. Malam baru pergi jalan rumah mak sedara.


Ahad 14.10.07

Bertolak ke Kuantan pukul 8.30 pagi. Patutnya pukul 7.30 tapi stesen minyak tak bukalah pulak. Beraya di rumah Mak Su dan Mak Anjang. Mak Ngah tak ada kat rumah. Pukul 12.30 tengahari baru bertolak ke KB. Jalan jammed kat Marang dan bila nak sampai ke KB, lagi 20 km tu. Jalan merangkak-rangkak. Sampai kat hotel pukul 8.30 malam.


Isnin 15.10.07

Ke tanah perkuburan abang. Nasib baik jumpa. Selepas 7 tahun baru tahun ni sempat nak ziarah kubur dia. Jumpa kawan lama di US dulu selepas hampir berbelas tahun tak jumpa. Anak dia pun dah masuk UTP. Bertolak ke Alor Star jam 12.30 tengahari. Jalan keluar KB pun jammed jugak. Tapi yang teruk dari simpang Tanah Merah ke Grik. Yang saya paling marah ramai bebenor yang potong queue. Jadi saya ambil gambar sebahagian dari mereka. Tengoklah nanti bila senang saya buat entry untuk mereka.


Selasa 16.10.07

Pukul 9.30 pergi ke rumah abang ipar punya mak sedara. Dapat makan ketupat lagi. Pukul 11 bertolak ke Kangar rumah kakak ipar. Makan mee sup dua pinggan. Lepas solat pergi anak kakak ipar. Makan mee kuah pulak. Balik ke Alor Star singgah kat hutan lipur. Nampak mamat dan minah bercouple tanpa segan-segan.


Rabu 17.10.07

Masih lepak kat rumah. Petangnya ke Pekan Rabu. Beli barang-barang yang patut untuk dibawa balik. Hujan punyalah lebat. Kabarnya 22mm. Tidur awal sebab nak jalan jauh esok.


Khamis 18.10.07

Pagi-pagi dah siapkan barang. Ke kubur pak mertua. Alah...kat depan rumah aje. Kawasan perkuburan tu kat sebelah rumah. Pergi rumah kawan sekerja kat Kuantan dulu sebelum isi minyak. Dapatlah makluman apa yang dah berlaku kat Kolej tu. Bertolak dari Alor Star pukul 11.30 pagi. Singgah makan kenduri sepupu mak mertua kat tengah jalan ke Sg Petani. 12.30 baru bergerak semula. Singgah sembahyang kat mana ya...Sg Dua ke Juru tak ingat. Singgah kat Tapah beli buah. Surprise...tak ramai orang. Sampai KL pukul 7.45 malam. Dinner kat rumah kakak ipar. Ingatkan nak tidur KL dan beraya kat situ hingga Sabtu. Tukar plan sebab diorang semua dah kerja dan dah mula puasa. Terus balik ke melaka, sampai pukul 10.30 malam.


Jumaat 19.10.07

Lepak kat rumah. Sembahyang jumaat kat masjid MITC yang lengang. Dapat jemputan open house jiran. Nasib baik buat malam.


Sabtu 20.10.07

Ke LCCT pukul 12.00 untuk ambil maid. Flight sampai pukul 3.00. Pukul 4.00 petang baru keluar. Kakak ipar ajak makan nasi tomato. Kena pulak pergi KL. Hujan pulak dah! Apa lagi, jammed lah jalan. Kat highway, lepas tol Sg Besi. Sama aje. Nasib baik kereta automatik. Balik lepas maghrib. Sampai Melaka pukul 10.30 malam.


Ahad 21.10.07

Hantar mak balik ke Kuala Rompin pukul 8.30 pagi. Tiba di sana jam 11.30. Tidur se round. Pukul 2.30 petang bertolak balik ke Melaka. Pukul 6.30 selamat sampai rumah.


Isnin 22.10.07

Sesubuh lagi nak ke Bangi. Alahai......


Kata saya...saya nak tanya "Berapa km dah saya cover masa cuti raya ni?" Kalau betul saya bagi duit raya...heh, heh kalau ada lagi lah!

Thursday, October 11, 2007

Selamat Menyambut AidilFitri

Kepada semua Muslimin dan Muslimat:

Selamat Menyambut AidilFitri dan semoga berbahagia bersama keluarga.

Thursday, September 27, 2007

Tolonglah Gunakan Phonebook

Minggu lepas saya saya terima panggilan pukul 2.30 pagi. Entah dari makhluk mana. Bila saya jawab, dia tak pulak cakap. Dia terus hang-up. Mangkuk betul! (Heh, heh, apa pahala posa). Saya masih pelik kenapalah makhluk tu dan yang sebahlul dengannya (bak kata P. Ramlee)tidak menggunakan kemudahan phonebook dalam handphone masing-masing! Ya, makhluk ni guna handphone! Kalau guna fixed-line atau telefon awam saya fahamlah jugak! Masa saya kat Mekah ari tu pun macam tu. Entah berapa kali saya dapat missed call (sebab tak bawak phone ke masjid). Bila call dia balik, dia boleh cakap dia tak call. Kalau orang yang saya kenal boleh jugak bawak berkira. Entah berapa rial saya habis call makhluk-makhluk ni.

Bukan susah sangat nak guna phonebook tu. Lepas orang tu call atau buat missed call, simpan terus dalam phonebook. Tak payah nak dial nombor lagi. Telefon yang korok macam saya punya pun ada ni kan pulak phone yang riban-riban.

Kata saya...Nasib baik saya tak tidur malam tu sebab kena siapkan deadline, kalau tak mahu kena seranah mangkuk hanyun tu!

Tuesday, September 25, 2007

Definisi Cuai

Semalam saya baca paper, YB Nazri dan Tan Sri Musa katanya akan diambil tindakan ke atas ibu bapa Nurin yang telah ke Rahmatullah tu. Atas alasan cuai. Hari ni baca berita YAB Pak Lah komen tentang hal itu. Saya cuma nak tanya YB Nazri dan Tan Sri Musa berikan saya definisi cuai yang dimaksudkan hingga boleh dihadapkan ke mahkamah. Saya nak bagi beberapa senario, saya harap YB dan Tan Sri tolong jawab.

Senario 1: Anak saya naik basikal ke kedai di kawasan perumahan saya yang jauhnya cuma 100 meter dari rumah saya. Dalam perjalanan anak saya dilanggar kereta. Adakah saya dikatakan cuai kerana membenarkan anak saya ke kedai tanpa teman?

Senario 2: Anak saya naik basikal ke kedai di kawasan perumahan saya yang jauhnya cuma 100 meter dari rumah saya. Dalam perjalanan anak saya disamun oleh mat rempit, jatuh lalu mati. Adakah saya dikatakan cuai kerana membenarkan anak saya ke kedai tanpa orang dewasa?

Senario 3: Anak saya naik basikal ke kedai di kawasan perumahan saya yang jauhnya cuma 100 meter dari rumah saya. Dalam perjalanan anak saya dilarikan oleh orang gila (tak kiralah gila apa) dan kemudian saya dapati anak saya mati di satu lorong kawasan perumahan tu. Adakah saya dikatakan cuai kerana membenarkan anak saya ke kedai tanpa bodyguard?

Tolong jawab YB dan Tan Sri.

Kata saya...cakap tu jangan ikut sedap aje, apa akan terjadi kalau kena atas hidung sendiri. Cuai ke tidak?

Tuesday, September 11, 2007

Check Your Maths...

Dari Utusan Online 09.09.07....
Semakan gaji kakitangan awam itu membawa kepada pertambahan perbelanjaan negara berjumlah RM6.8 bilion setahun, tidak termasuk bayaran Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM1.2 bilion setahun.
Mengulas lanjut, Nor Mohamed berkata, walaupun kerajaan tidak membayar bonus kepada kakitangan awam kali ini, tetapi jika diambil kira kenaikan gaji baru-baru ini untuk tempoh Julai hingga Disember ini, setiap kakitangan awam menerima lebih daripada bayaran bonus satu bulan.
‘‘Malahan ada antara kakitangan sokongan yang menerima kenaikan gaji bersamaan dengan empat bulan bonus,” jelasnya.
Bagaimanapun Nor Mohamed menjelaskan, pemberian bonus adalah hak Perdana Menteri untuk menentukannya.

------------------------------------------------

Saya agak pelik dengan rasional yang diberi. Bonus tidak diberi kerana telah diberi kenaikan gaji pada bulan Julai. Oleh itu bermakna kerajaan hanya bertujuan nak beri kenaikan gaji bermula tahun depan? Dulu dikatakan kenaikan gaji diberikan kerana nak membantu kakitangan awam mengatasi kos sara hidup yang meningkat sekarang. Jadi kalau bonus tidak diberi bermakna kita balik ke square one.

Saya cuma dapat sebulan bonus saja hasil dari kenaikan gaji + kenaikan cola. Saya juga kira kalau k/tangan sokongan yang bergaji RM400, dia akan dapat RM840 + RM600 = RM1440. Mungkin betullah apa yang YB Nor Mohamed kata ada yang dapat sampai 4 bulan bonus tu, tetapi itulah yang dihasratkan oleh kerajaan nak membantu golongan ini.

Kata saya...dulu pun memang kerajaan tak ada bagi bonus, orang tak ada nak bising-bising. Kalau dapat bonus tu, ucap Alhamdulillah-lah. Tak dapat pun ucap Alhamdulillah jugaklah, sebab masih ada kerja. Tak macam sesetengah syarikat buat VSS sebab nak perkecilkan saiz syarikat dan nak untung lebih. Saya kata...kita berbelanjalah mengikut yang ada...

Wednesday, September 05, 2007

Kembali...

Saya mengambil cuti ber-blog selama lebih sebulan. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tapi, kalau nak kira ada tiga lagi deadlines yang perlu saya selesaikan dalam masa terdekat - masih belum boleh nak relaks lagi.

Saya masih terharu bila baca pelbagai berita yang memilukan sepanjang cuti saya, khas hal pemandu bas. Dah terantuk baru tengadah. Sekarang barulah kecoh nak buat operasi. Pihak yang berkuasa ni tak ambil iktibar agaknya. Ingat tak dulu kes dua bas ekspress accident masa balik raya. Kecoh sekejap. Ni pun macam tu lah agaknya. Selagi tak serious accidentnya pihak berkuasa (tak kira siapalah!), diorang akan buat derk aje. Itu cerita bas ekspress, yang kes student UTeM meniggal dunia tu cuma naik bas bandar aje. Apa kesudahannya kes tu. Sapu bawah karpet aje?

Budak hilang lagi. Saya rasa yang ni ada orang nak ambil kesempatan. Kalau dapat tangkap penculiknya, apa kata kita ikat kata sarang kerengga ke, atau sarang tebuan ke. Kalau nak sadis lagi, kita tanggalkan pakaiannya, he he he.

Merdeka? Tak ada yang dimerdekakan kalau sembahyang asar, maghrib dan isyak burned sebab nak berebut port yang baik untuk tunggu countdown. Silap-silap subuh pagi jumaat tu pun terlepas. Sepatutnya yang Islam tu sama-sama pergi baca yasin ke ikut tahlil di masjid ke, ini tidak. Malam jumaat tu kan? Tapi ramai dok ber-couple, terkinja-kinja macam ayam togel, membuka tin minuman berbau masam (tak taulah apa isinya - berselindung di sebalik karung plastik) menunggu detik 12 tengahmalam. 50 tahun merdeka katakan...


Kata saya...sebenarnya kita lupa apa erti kemerdekaan sebenarnya. Tiada identiti sambutan sendiri. Ikut orang lain buat, pertunjukan bunga api dan hiburan dan hiburan dan hiburan...

Thursday, July 26, 2007

Teka Teki

Hari ni relaks kan kepala. Cuba-cubalah jawab teka-teki ini.

Soalan:
Mamat masuk masjid untuk sembahyang berjemaah. Dia lihat orang dah sembahyang. Jadi dia takbir dah terus ikut imam. Setelah selesai sembahyang tu, dia telah duduk untuk tahyat sebanyak 4 kali. Sembahyang waktu apa agaknya yang dia sembahyang, ek? Cuba terangkan sikit kat saya.

Moga-moga anda dapat jawapannya. Kalau tak tau nanti saya bagi jawapannya...he, he, he

Wednesday, July 25, 2007

Updates...

Berita lanjutan tentang Salah Siapa? dan Salah Siapa? 2.0 boleh dilihat disini.

Berita lanjutan tentang Cuma Layak Jadi Penganjur boleh dilihat disini.

Kedua-duanya ada persamaan apa yang telah saya komen sebelum ini.

Nampak gayanya ada jugak orang berfikir macam saya.

Tuesday, July 24, 2007

Salah Siapa? 2.0

Dari New Straits Times Online 23.07.07…
KUALA LUMPUR: Teachers who mete out inhumane punishment were yesterday described as a disgrace to the profession.
Two teachers’ unions and a Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) commissioner said that while students could be disciplined, they should not be abused.They were commenting on a New Sunday Times report on 200 schoolgirls from a boarding school in Sibu being forced to squat, neck-deep, in a murky pond after a used sanitary pad was found in a toilet bowl. The girls were in the pond for an hour during a downpour while the warden, who meted out the punishment, stood under an umbrella.Suhakam commissioner Datuk N. Siva Subramaniam said: "Teachers always have the option of discussing or counselling when handling students.
"They shouldn’t take the law into their own hands. They should never violate a child’s human rights."

-------------------------------------------------------------------

Update...Guru Besar yang tampar 20 pelajarnya dah kena gantung kerja. Ex DG Kementerian Pendidikan suruh buang Warden kes di atas.

Masa saya sekolah dulu ramai rakan-rakan saya kena rotan di bilik guru besar kerana pelbagai "kesalahan". Saya pun nyaris kena rotan sebab segulung dawai letrik berada di atas locker saya yang ditinggalkan oleh wireman yang membuat pembaikan pendawaian letrik. Ni semua masa cikgu buat spot check kat asrama. Tak pernah mak bapak kecoh kat newspaper. Rakan-rakan saya menganggap ianya asam garam duduk asrama.

Cuma sekali kitorang memberontak dengan jayanya. Masa tu bulan puasa. Makanan sahur punyalah hampeh. Tiap malam sahur menunya sup ayam, sup daging atau sup tulang. Tetapi yang ada cuma air dan lemak kat 5mm dalam mangkuk, isi tak ada. Jadi satu malam salah seorang dari kami pelajar tingkatan 5 (I know who you are!) telah menghantar satu tray makanan kat depan bilik pengetua. Besoknya pengetua memanggil perhimpunan tergempar kat dewan sekolah. Dia cakap dia tahu siapa yang buat kerja tu. Tak lain pelajar tingkatan 4, yang tak de kerja, yang tengah honeymoon. Dia nak pelajar tu datang jumpa dia sebelum tengahari.
Sampai sudah tak ada orang mengaku. Tak taulah kalau-kalau pelajar tingkatan 4 tu denda macam kes kolam tu.

Yang baiknya, lepas kejadian tu tiap-tiap malam lauk sahur adalah ayam atau daging sampai cuti raya. Ha, ha, besssstttt!

Kata saya...apa jadi kalau yang buang tuala wanita tu bukan pelajar wanita tetapi pelajar lelaki yang saja buat dajal. Ala... macam kes kitorang tu yang salah tuduh!

Friday, July 20, 2007

Salah Siapa?

Dari New Straits Time Online...

TUARAN: The headmistress of a primary school here is in trouble for allegedly abusing 20 Year Four pupils for not doing their homework on Wednesday.
She is alleged to have slapped all of them, and even pulled the hair of a boy who also got his head knocked against the blackboard.Following the incident, several parents, led by SK Gayang Parent-Teacher Association chairman Awang Bungsu Awang Mattiasin, lodged a report at the district police headquarters.
-----------------------------------------

Kalau ini terjadi pada saya masa sekolah dulu, mau ayah saya tambah lagi dengan rotan.

Tak taulah siapa nak disalahkan. Guru Besar tu dah ada mental sikit agaknya atau parents yang over-reacting. Sabjek pulak Civic, sabjek tak penting - tak masuk UPSR. Guru Besar mungkin berang sebab separuh dari kelas tak siap. Apasal? Agaknya parents tak hirau anak diorang tak buat homework agaknya.

Sekarang pelajar sekolah dah tak boleh diusik lagi. Tak boleh nak dimarah dan tak boleh dipukul. Usik sikit report police, masuk suratkhabar. Mungkin itu sebab agaknya ssetengah cikgu pun dah malas nak ambil berat lagi bila dah jadi macam ni. Lebih baik buat tuisyen!

Cuma satu yang saya khuatir, kebanyakan kes melibatkan anak orang melayu. Orang dulu serah anak kat cikgu siap cakap buat apa pun kat anak diorang asal jangan bagi buta sudah.

Kata saya...masing-masing kena muhasabah diri, tengok diri dalam cermin, salah tak tindakan memasing. Guru Besar sebab bagi penampar, Pelajar sebab tak buat homework, Parents sebab tak tengok homework anak-anak. Saya kata...jangan cepat nak tuding jari cari salah orang.

Tuesday, July 17, 2007

Lagu Rojak

Suatu masa dulu tahun 70an, kecoh fasal isu lagu melayu berirama hindustan. Sampai satu tahap sampai ada ura-ura nak "ban" lagu-lagu seperti itu.

Suatu masa dulu tahun 90an, kecoh fasal drama melayu yang menggunakan bahasa inggeris dalam drama melayu. Sampai satu tahap nak "ban" drama melayu yang terbabit dengan penggunaan bahasa inggeris ini.

Suatu masa dulu tahun 2000an, kecoh fasal lagu melayu yang menggunakan lirik bahasa melayu yang tak betul. Sampai satu tahap nak "ban" lagu tersebut di radio.

Hari ini, dah banyak lagu ROJAK yang diperdengarkan. Tajuk inggeris, lagunya campur melayu dan inggeris. Tajuk melayu, lagunya campu melayu, inggeris, hindustan. Herannya tak ada pulak kecoh-kecoh fasal benda rojak ni. Agaknya semua dah setuju konsep "mixing" ni kut.

Besok, agaknya budak tulis esei tajuk bahasa melayu dengan isinya bercampur-aduk inggeris melayu dll. atau tajuk bahasa inggeris dengan isinya bercampur-aduk. Tu belum masuk bahasa SMS lagi. Rojak habis bahasa.

Kata saya...terkenang makan Rojak Mamak di Padang Ipoh berharga 40sen masa sekolah kat sana dulu. Fuhh, terliur beb...Rojak Ayam di Taman Gelora Kuantan yang tiada tandingan.

Wednesday, July 11, 2007

Cuma Layak Jadi Penganjur

Thailand 1 Iraq 1
Vietnam 2 UAE 0
Malaysia 1 China 5
Indonesia 2 Bahrain 1

3 negara penganjur bersama Piala AFC 2007 menunjukkan keputusan yang membanggakan. Cuma Malaysia, penganjur bersama ke 4, yang kena belasah dengan lawannya. Pada hemat saya sepatutnya Malaysia tidak LAYAK diberikan hak untuk menganjurkan pertandingan kalau mutu persembahan begini teruk.

Saya cadangkan kita mansuhkan saja liga bolasepak ni. Persatuan bolasepak bila tak ada duit nak bayar gaji pemain mulalah minta simpati dari kerajaan negeri. Memalukan, bila dikatakan liga bolasepak profesional. Ingin diingatkan kepada persatuan bolasepak negeri, duit kerajaan negeri tu duit rakyat, untuk kegunaan rakyat. Bukan untuk bayar gaji pemain bolasepak profesional!!! Kalau persatuan bolasepak negeri tak tau nak cari duit sendiri, jangan masuk liga profesional. Jadi macam Vietnam, elok aje permainan dia, cuma semi-pro aje. Kelayakan olimpik Vietnam dah dapat masuk second round. Agak-agaknya pemain Malaysia layak ke main dalam liga diorang?

Kata saya...NASIB BAIK MU tak jadi datang. Kalau tak buat malu saja nanti, kena belasah berbakul-bakul.

Tuesday, July 03, 2007

G.I.G.O

Hari ahad lepas pelajar baru masuk universiti. Sama macam masuk sekolah asrama penuh, pelajar-pelajar ni telah ditapis terlebih dahulu. Ada yang mengatakan yang cream among the cream masuk ke universiti/pengkhususan tertentu. Ada yang mengatakan yang cukup makan masuk universiti/pengkhususan tertentu. Tak taulah betul ke tidak.

Kalau betul, yang cream ni kalau masuk universiti sepatutnya berjaya. Gold In Gold Out. Kalau yang cukup makan itulah yang payahnya. Garbage In Gold Out. Itu yang dikehendaki oleh semua orang. Kalau Gold In bermakna yang mengajar tu tak adalah banyak sangat cabarannya. Tetapi bila Garbage In, mengajar bukan lagi satu cabaran tetapi periuk nasi anda. Kalau tak dapatkan Gold Out bermakna anda telah gagal.

Lepasa sijil politeknik (yang bagus PGMK-lah) dikira tidak layak memasuki universiti oleh sesetengah penilai. Perlu ambil pelajar Matrikulasi dan STPM. Mungkin pelajar ini kurang sedikit dari segi teori jadi perlu kerja lebih untuk mempertingkatkan pemahaman mereka. Di sinilah cabarannya untuk pensyarah dan pelajar membuktikan mereka layak ke universiti. Kumpulan pertama ini di universiti saya membuktikan mereka boleh bersaing dengan pelajar lain. Buktinya kesemua mereka berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Mungkin ada beberapa pelajar yang terpaksa menambah satu atau dua semester untuk tamat tapi janjinya berjaya menamatkan pengajian. Yang masuk Matrik dan STPM pun ada yang extend.

Kata saya...ada setengah pelajar yang "late bloomers". Usah diperlekehkan mereka, dengan usaha mereka akan berjaya. I salute those lecturers for their sacrifices to make sure Garbage In becomes Gold Out. Saya kata...ada kawan yang dah jadi pengarah pusat di kampus kesihatan USM dan salah seorang pakar Genome di Malaysia dengan usaha yang bersungguh-sungguh. He, he, agaknya dia insaf selepas jadi "punk" (masa tu budaya tu belum wujud lagi di Malaysia) sekejap.

Friday, June 29, 2007

Tiada Panggilan Lebih Penting Dari Seruan Ilahi

Dah banyak kali saya tengok notis ni. Notis dari Celcom, TM dan TM.net. Hari ni sementara tunggu sembahyang jumaat di masjid UKM terpandang lagi notis tu kat dinding.

Saya agak notis tu terpaksa di letakkan di setengah dinding masjid sebab jemaah tak reti-reti nak tutup handphone mereka. Kalau dulu tok imam atau tok bilal perlu kata,"Luruskan saf dan penuhkan saf di hadapan". Sekarang kena tambah,"Sila matikan handphone anda". Kalau kat majlis-majlis rasmi dah jadi satu kemestian sebelum majlis bermula, ayat itu akan diumumkan oleh pengacara.

Teringat saya ketika kapalterbang Saudi Airlines hendak mendarat di KLIA, handphone asyik berdering-dering walaupun telah dimaklumkan oleh pramugari beberapa kali. Semasa lampu-lampu dah kelihatan dari udara masih ada yang baghal lagi sampai ada jemaah yang bersama dalam kumpulan saya dah mula tinggikan suara suruh tutupkan handphone tu. Namun demikian selepas tu ada lagi yang berbunyi.

Saya dah ready nak cakap,"Sila matikan telefon anda atau anda akan dimatikan jatuh merudum ke tanah". Nasib baik lepas yang last tu dah tak ada bunyi lagi. Tok Haji dan Hajah pun sama aje buat derk aje tentang hal ni. Buatnya fasiliti elektronik rosak, jatuh merudum kapalterbang tu barulah semua pergi menyambut panggilan Ilahi.

Kata saya...Teringat lagu Di pinggir Kali, ada sebut menyambut panggilan Ilahi.

Thursday, June 28, 2007

One Down and One More to go

Akhirnya Tony Blair melepaskan jua jawatan Perdana Menteri kepada Old Lady Empire. Gordon Brown yang menggantikannya telah berhasrat untuk mengundur tentera UK dari Iraq sehingga tinggal 5000 orang. Dia cuba menjauhkan diri dari Blair yang menyokong tindak-tanduk Bush setelah mendapati penduduk UK telah membantah pendudukan itu. One down!

Bush tak mendapat sokongan dari Senat sejak tahun lalu apabila Demokrat memenangi majoriti tipis. Pelbagai masalah untuk mendapat bajet kewangan ke Iraq. Tahun depan pilihanraya presiden US. Bush dah tak boleh bertanding kecuali adik dia Governor Florida tu bertanding pulak. One more to go!!!

Hopefully selepas mamat dua orang ni tiada kedua-dua negara buka mata sikit tengok sekeliling. Adakah majoriti negara lain setuju dengan polisi luar mereka.

Kata saya...saya suka bebenor nak tengok polisi Autralia pulak bila UK dan US mula tarik askar mereka. Saya kata...tak tahu pulak bila Howard tu nak habis term dia.

Tuesday, June 26, 2007

Begitulah Adanya...

The news started to trickle in last friday. The floodgates opened on Sunday morning. The verdict was confirmed last night when I called the other accomplice. Well, I didn't get the formal confirmation yet but normally "Jika sekiranya anda tidak mendapat sebarang jawapan selepas 6 bulan, permohonan anda adalah dikira gagal". It's almost time, so I should be expecting that decision.

I have this feeling something is not going well eversince they called off the interview at the last minutes (240 minutes to be exact) the day I arrived from overseas last January. The interview in January supposed to be for "Tahap Satu". Last month when I wrote an e-mail to person-in-charge, the answer was I am being upgraded to "Tahap Dua". They are going to review my application. Now I am going to miss both! How on earth they come to conclude that is beyond my brain to compute.

Dissapointed? Not a little bit. Somehow I pity those who have to make the decision to be a MAN to support my application or a "***" who obeys his master. Regret? None so ever. Now I know who are (or may be IS??) my real friend(s). Most are just faces that I should forget when I return later. They have just ranked me below those non-technical staff. That shows how bad I am eventhough they gave me AKC twice. Hard feelings? I have no feelings right now. If they have done anything wrong (I hope not) I already forgave them. They made me realize nothing is fair in this world except Allah Almighty! I hope I can screw that into my brain for the rest of my life...

My only wish: they read this entry!!! FAT CHANCE. Ha ha ha!

Kata saya...Life is short, too short to be bitter. Saya kata...Macam iklan Habib Jewel, saya ingat sampai mati.

Monday, June 25, 2007

FAM oh FAM

Piala FA akan diadakan hari Sabtu ni antara Kedah dengan Perlis. So orang utara yang interested nak tengok final tu. Kedah pun dah tawarkan diri untuk jadi host final tu. Tak payahlah buat kat KL. Buat habis duit penonton datang jauh-jauh aje. Tapi kalau FAM rasa boleh dapat lebih dari 40,000 penonton bolehlah buat kat Bukit Jalil sebab satdium kat Kedah atau Perlis mesti sold-out punya.

Sebenarnya bukan itu yang saya nak komenkan tetapi penjadualan perlawanan ini. FAM dah tau yang Malaysia nak host Piala Asia, dah tahu yang pasukan kebangsaan perlukan masa untuk latihan, tetapi dia masih nak jadualkan perlawanan-perlawanan ni dalam masa persediaan pasukan. Sepatutnya dibuat perancangan teliti, buat tarikh akhir untuk perlawanan sbelum piala Asia. Ini tidak, main hentam saja dan beri kelepasan bila pasukan minta pemain untuk perlawanan, dibenarkan pulak. Mana priority untuk pasukan kebangsaan?

Boleh ke kita terima pasukan kita lebih rendah dari Singapura. Ok, ok, Singapura menang Piala Asean. Tak lama lagi rasanya akan dipotong oleh Vietnam dan Myanmar. Vietnam dah masuk 2nd round kelayakan olimpik. Myanmar dah banyak kali menang bila lawan kita. Tak lama lagi silap-silap kena potong dengan Filipina dan Laos lak.

So, tak heranlah dulu diorang beria-ia benar nak kan MU datang? Sebab tahu dah Malaysia akan kena belasah dalam perlawanan kumpulan. Kesian Norizan Bakar! Bila kalah nanti dia lah kena kutuk. Nanti adalah makhluk minta jurulatih luar negara pulak ganti Norizan. Panggillah Alex Ferguson ke, Arsene Wenger ke, kalau dah macam ni pengurusannya, tak ke manalah Malaysia.

Kata saya...Nasib baik MU tak datang. Merendahkan standard diorang aje nak lawan Malaysia agaknya. Saya kata...Norizan Bakar: prove me wrong, please! I know you are trying your best. Good Luck Malaysia!

Saturday, June 23, 2007

Gila Kuasa

Hari sabtu tengok Travel Channel (11) dok cerita tempat-tempat menarik untuk surfing (water) kat Hawaii. Sambil tu dia (pengacara) sempat ke peringatan Pearl Harbour. Yang menarik adalah apabila dia bertanya salah sorang veteran yang merupakan seorang mangsa pengeboman tu. Mengikut cakap diakawan tu teruk jugak dia kena. Tetapi yang membuat saya tersentuh apabila dia berkata seperti berikut:



"I don't have any remorse toward these japanese for some time now. I know they have jobs to do, just like me. I have to do what I was told to do. It's all about politicians". Lebih kurang macam tu lah.



Ada betulnya apa dia cakap. Kebanyakan perang dunia yang berlaku adalah kerana kerakusan ahli politik. Semua gila kuasa. Dari perang dunia 1, 2, lepas perang korea, vietnam, bosnia etc. sebenarnya berpunca kerana ahli politik yang gila kuasa. Itu tak kira perang yang berlanjutan di Afrika sana. Yang jadi mangsa rakyat jelata.


Kata saya...saya pun pelik kenapa boleh sanggup terima apa saja arahan ahli politik, pada hal kita yang berkuasa melantik mereka. Saya kata...bukankah mereka yang merayu-rayu supaya kita undi mereka? Ha ha ha, pilihanraya dah dekat ni...

Hands Free (free untuk apa, yek?)

Entah bila hari tu saya tengok drama Gerak Khas. Biasanya jarang tengok cerita cam tu, kebetulan mak mertua ada, tengok jugaklah sebab tv satu lagi bebudak dah kontrol tengok saluran Ceria diorang.

Satu adegan, Insp. pompuan tu (Abby) tengah drive kereta guna handphone. Bagus, dia guna hands free. Masalahnya...sambil bercakap dia dok pegang mini speaker kat sebelah kiri dengan tangan kiri dia. Tak taulah takut tercabut kut. Satu adegan lain, tah sapa nama kawan tu , yang berlakon jadi Chong (betul ke?) juga guna handphone. Kali ni kawan ni guna tangan kiri dia untuk pegang mini microphone pulak dah.

Apa dah jadi ni? Samada skrip tak betul ke, atau tak tau guna hands free. Kalau hands free tak payahlah guna tangan untuk mendegar atau bercakap.

Kata saya...Walaubagaimanapun saya mengucapkan syabas kerana menunjukkan contoh tauladan yang baik cuma penggunaannya sedikit tak betul. Lebih baik dari sebahagian orang tu yang guna handphone semasa memandu yang hasil pemanduannya mengganggu perjalanan kenderaan kerana memandu begitu perlahan. Saya kata...diorang ni tak ada koordinasi kaki untuk memandu semasa guna handphone agaknya.

Thursday, June 21, 2007

Update: X Produktif

Tadi balik dari Bangi lalu ikut Lebuh Ayer Keroh, projek menaik-aras jalan kat Kawasan Perindustrian Ayer Keroh dah tak jadi pulak. Habis diangkut semua penghadang jalan sepanjang kawasan itu. Apa hal ni?

Hari tu beria bebenor nak buat. macam tak sempat-sempat!

Kata saya...Inilah kerja tak dirancang betul-betul, main taram aje.

Yang Mana Satu Betul

Dari The Star...

Such was the nightmare that greeted US and Iraqi forces last week when they stubled upon the al-Hanan orphanage for children with special needs in Baghdad, according to a CBS News report on Monday....
...Inside the government-run facilities the American troops found 24 boys, many showing signs of severe neglect and starvation.

Dari Harian Metro...

Menteri Buruh dan Hal Ehwal Masyarakat, Mahmoud Mohammed al-Radhi membidas publisiti meluas berhubung penemuan itu dan berkata laporan-laporan berita mengenainya adalah tidak tepat...
...Kamimenolak sepenuhnya muslihat-muslihat media yang memanipulasi fakta cerita sebenar dan menunjukkan AS sebagai pihak yang berperikemanusiaan...
...Menteri berkenaan berkata, institusi di mana kumpulan kanak-kanak itu ditempatkan telah menyelamatkan mereka daripada menemui aja di jalan-jalan raya. Menurutnya, semua 24 kanak-kanak itu memiliki kecacatan dan ditinggalkan oleh keluarga masing-masing.

---------------------------------

Kalau dilihat dari The Star nyatalah tentera US adalah wira kerana menyelamatkan kanak-kanak tu. Tapi betul ke macam tu? Kalau tengok sejarah tentera dan media US, memang diorang ni pandai cari peluang dapat publisiti walaupun bukan diorang punya kerja. Kalau betul pun berita tu, salahkan kerajaan Iraq (read as: US government).

Kata saya...Mungkin Bush dah terdesak nak cari publisiti nak menunjukkan yang tentera US begitu prihatin nasib orang Iraq. Sudah-sudahlah tu baliklah ke US. Buang duit aje korang kat situ.

Monday, June 18, 2007

X Produktif

Sejak petang Jumaat sebahagian jalan Lebuh Ayer Keroh telah ditutup di persimpangan kawan Perisdustrian Ayer Keroh. Jalan 2 lorong jadi 1 lorong. Beberapa simpang ditutup. Kalau nak masuk, kena buat U-turn, adalah dekat 2 km.

Yang buat saya marah, punyalah ramai pekerja yang kononnya "bekerja" petang Jumaat tu. Macam dah nak start kerja aje. Beberapa jentera pun dah ada di jalan tu. Sebenarnya mereka nak menaik-aras jalan tu sebab kalau hujan lebat, kawasan tu selalu banjir. Tetapi sehingga hari ni, hari Isnin, satu habuk pun tak ada perkembangan! Tak ke merugikan orang ramai aje, rugi masa dan rugi minyak kereta kena buat U-turn jauh-jauh. Kalau rasa nak buat kerja lambat lagi tak perlulah tergesa-gesa nak block jalan tu awal-awal.

Kata saya...samalah dengan penaiktaraf lebuhraya Utara-Selatan Seremban-Ayer Keroh. Kerja tak buat sampai seminggu tapi block jalan jadi selorong, menyusahkan orang aje. Tol masih sama jugak kena bayar. Adil ke macam tu my dear minister Samy?!!

Sunday, June 17, 2007

Jabatan/Kementerian Sampah

Dari The New Straits Times Online 17.06.2007 ...

People who waste more will have to pay more and every household will have to start separating recyclable items from other waste.
These are two of the implications of the Solid Waste Management and Public Clean-Up Bill, which the Housing and Local Government Ministry expects to table in parliament in two weeks.

........................................................................

Saya sangat bersetuju dengan cadangan kerajaan tetapi ...kalau dilihat dari segi pemikiran orang Malaysia ni senang saja. Apa susah pulak nak kena bayar lebih bahan buangan ni, diorang akan buang merata-rata tempat. Kalau setakat tempat yang terpampang "Jangan Buang Sampah Di Sini. Denda RM500", diorang tak heran, inikan pulak nak suruh bayar lebih. Saya khuatir akan lebih banyak tempat buangan sampah haram akan wujud, macam cendawan tumbuh lepas hujan jika hasrat kerajaan nak suruh rakyat bayar untuk bahan buangan mereka.

Semasa saya di Warsaw 10 tahun lepas, supermarket diorang dah buat inisiatif untuk re-cycle botol minuman mereka. Sebenarnya ada dua jenis; satu yang boleh re-cycle, satu lagi tidak. Harga sama tetapi botol yang re-cycle (plastik dia tebal sikit) boleh dibawa balik ke supermarket untuk dibayar depositnya. Ini bermakna harga minuman dalam botol re-cycle adalah lebih murah.

Semasa saya kecil dulu barang yang dijual di kedai runcit akan dimasukkan ke dalam beg karungan kertas yang biasnya dibuat dari surat khabar lama. Sekarang dah tak saya jumpa lagi. Di US, 20 tahun lepas (sekarang tak taulah), semua barang dimasukkan dalam kertas karungan yang dibuat dari kertas re-cycle. Kami juga gunakan karung kertas ini untuk membuang sampah yang dimasukkan dalam plastik hitam. Di UK, 15 tahun lepas (sekarang ni tak taulah), sesetengah supermarkets charge 10 pence untuk satu karung plastik. Jadi selalunya saya akan bawak beg galas sendiri untuk masukkan groceries saya.

Kata saya...kita boleh kurangkan penggunaan bekas styrofoam, botol minuman plastik dan karung plastik saya rasa banyak sampah kita dapat dikurangkan. Mungkin kita boleh balik semula kepada penggunaan botol kaca (yang sudah tentu boleh di re-cycle) untuk isi minuman kita...

Friday, June 15, 2007

Syiah vs Sunni, Hamas vs Fatah

Apa nak jadi dengan diorang ni...

Di Iraq tak habis-habis bom sana, bom sini. Yang mati orang Islam. Tak ada apa nak digaduhkan di sana. Apa yang nak direbutkan tak taulah. Kan semua orang Islam bersaudara. Tak ada pulak dalam berita yang mati tu orang bukan Islam. Saya tahu tak semua orang Iraq tu Islam. Tentera Amerika dok gelakkan aksi BODOH diorang ni!

Di Palestin, si bodoh bernama Hamas dan si kelembai bernama Fatah dok berperang atas nama apa tak tahulah. Memasing gila kuasa. Apa yang nak direbutkan kalau si Israel tu masih berkuasa kat situ. Siapa menang pun tak ada gunanya. Dalam CNN pagi tadi entah menteri Israel mana cakap,"Kalau Hamas berperang dengan Fatah, kami tak kesah. Tapi kalau diorang mula menyerang kami, kami akan fikirkan secara serious!". Tak ke BODOHnya orang Palestin ni!

Kata saya...selagi mereka tak mengubah pendirian dan arah tuju mereka, mereka tak akan mendapat sebarang sokongan dari saya!!!

Thursday, June 14, 2007

Keadilan Undang-undang Manusia

Dari New Straits Time Online...

Divorcee hired two men to chop off her lover's leg, now all three get 7 years, victim’s mum appalled...
...As the sentence was pronounced, Rabiah who was wearing a light blue baju kurung and tudung, turned behind and was seen smiling at her family members...
...Rabiah’s father, who declined to be identified, said he accepted his daughter’s jail term as fate...

...............................................

Saya tak faham kenapa hukuman membunuh orang hanya 7 tahun. Tak kisahlah kalau niat dia nak potong kaki kawan tu. Kalaulah tetak kat kepala, kaki dah nak putus, tentulah darah dah memancut keluar. Dah tentu lepas diorang buat kerja, ditinggalkannya mangsa tu kat situ aje. Bukan buat pergi jumpa doktor. Ini bukan hukum hudud, nak ada doktor tunggu. Keadilan undang-undang manusia.

Saya anggapkan Rabiah Basry Sultan ni orang Islam berdasarkan ayat kedua. Tak rasa bersalah ke dia? Sempat senyum lagi! Kalau dah bersekedudukan, tak boleh ke mahkamah syariah ambil tindakan, kasi tambah lagi hukuman dia. Saya kata sekarang dah jadi trend, masuk mahkamah pakai bukan main sopan lagi, berkopiah, berbaju kurung, bertudung, tapi hakikat sehariannya tak pernahn pakai pakaian macam tu.

Saya agak bapa si Rabiah agaknya bersyukur anak dia cuma kena 7 tahun, bukan 10 tahun (hukuman maksima) atau hukuman gantung (sebelum dipinda kesalahannya). Kalau dia rasa anaknya patut dapat hukuman yang lebih ringan, tak taulah nak kata apa.

Kata saya...inilah mahkamah manusia yang "adil". Cuma Mahkamah Allah yang Maha Adil!!!

Wednesday, June 06, 2007

Caring Malaysians

Semalam saya terserempak dengan satu kemalangan jalanraya. Saya baru membelok di sebelah tokong cina bila saya lihat seorang penunggang motosikal sudah jatuh tertiarap di bahu jalan. Di depan saya ada dua buah motosikal. Saya berhentikan kereta, tinggalkan kedua anak saya, untuk melihat keadaan penunggang motosikal itu. Dua penunggang motosikal tadi pun sudah memberhenti motosikal mereka dan memandang ke arah belakang. Beberapa orang cina yang berada dalam kawasan tokong pun berkejaran ke arah penunggang yang cedera parah.

Saya melambai ke arah beberapa orang yang berada di kawasan Poliklinik Ayer Keroh minta mereka panggil ambulan. Penunggang motosikal yang di depan tadi bergegas ke Poliklinik untuk tujuan yang sama. Cina dari tokong tadi pun cuba menelefon nombor kecemasan. Malangnya banyak pulak songehnya yang menjawab telefon tu. Sorang dari mereka pergi ke belakang lebih kurang 50 meter melambai-lambai minta pemandu kenderaan lain memperlahankan kenderaan. Dah beberapa minit kami masih menunggu ambulan tiba. Pada hal Poliklinik dengan tempat kemalangan lebih kurang 200 meter. Penunggang motosikal tadi pun dah balik semula ke tempat kejadian. Ambulan belum sampai. Yang cedera tu dah macam tak sedarkan diri. Saya suruh dia baring, dia dok nak bangun, dah menggelupur. Hidung, mulut dan telinganya berdarah. Saya rasa kepalanya terhempas ke jalan ataupun terlanggar penghadang jalan. Kesian saya tengok.

Setelah menunggu beberapa ketika kami sempat menahan sebuah van bomba untuk membawa yang cedera tadi ke Poliklinik. Bila van bomba samapi ke pintu masuk Poliklinik barulah van Poliklinik nak keluar. Mototsikal penunggang yang cedera tu dibawa masuk ke perkarangan tokong takut kena curi pulak. Saya pergi ke Poliklinik memaklumkan kepada jururawat yang bertugas.

Yang cedera: Melayu
Yang panggil ambulan: India
Yang telefon kecemasan: Cina

Kata saya...siapa kata orang Malaysia bersikap tak ambil peduli? Dari apa yang saya lihat masing-masing telah menjalankan tanggungjawab membantu mangsa yang cedera tak kira bangsa. Cuma satu aje yang lucu. Lepas tu masing-masing sibuk menulis kat kertas. Mungkin ada tujuan lain kut. Saya kata...biasalah tu! Saya pun terlupa nak tengok nombor pendaftaran motosikal tu.

Sunday, May 27, 2007

FAM, AFC dan MU

Cerita lawatan Mancester United ke Malaysia untuk menentang pilihan Malaysia masih belum habis lagi. Semua yang terlibat masih bertarik-tali. Apabila Pak Lah masuk campur, semua pihak menyokong untuk dapatkan MU ke sini. AFC tak bagi datang sebab kedatangan mereka 2 hari sebelum piala AFC berlangsung.

Sampai sekarang saya masih tak faham kenapa mestinya MU dan pada tarikh tersebut. MU dah cakap mereka tak boleh postpone perlawanan tersebut selepas final piala AFC sebab ada perlawanan lain beberapa hari lepas itu. Kalau setakat nak meriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan, lebih baik panggil saja Brazil ke, Argentina ke, Itali ke ataupun Jerman datang ke Malaysia.

Yang saya lebih pelik adakah Malaysia merancang untuk tidak ke final piala AFC. Awal-awal dah menyerah kalah? Ini bermakna Malaysia hanya berminat untuk menjadi penganjur sahaja, tidak lebih dari itu. Tidak ada cita-cita! Apa jadi agaknya tetiba Malaysia (talking about miracle) layak ke final, dengan perlawanan dengan MU tu. Tak terfikir ke diorang benda macam tu.

Kata saya...ha, ha, ha. I don't give a damn about the MU game! I am a LIVERPOOL supporter!!!

Thursday, May 24, 2007

Etika Kewartawanan

Agaknya Malaysia dah nak jadi macam US agaknya. Wartawan hanya nak buat cerita sensasi atau mensensasikan sesuatu cerita. Mungkin nak dapat nama agaknya, supaya lebih gah!

Hari sabtu lalu melihat berita TV*** yang telah menyiarkan berita seorang wartawannya kena maki hamun dengan perkataan lucah apabila cuba memasuki perkarangan kampus U**. Siap ada interview wartawan tu lagi. Bila saya lihat U** memang cari nahas esp. pak guard tu. NC sampai TV*** kena telefon lagi minta maaf. Permohonan maaf disiarkan pada penghujung siaran berita tersebut.

Hari ini saya baca surat dari NC ke Datuk TV***. Baru saya tahu hujung pangkalnya dan betapa ke-tidak-etika-an dan profesionalnya wartawan dan syarikat TV*** tersebut.

Jadi di sini saya memerlukan jawapan dari wartawan dan TV***.

a. Betul ke Hari Kualiti U** yang dimaksudkan, atau satu program hari Kualiti yang dianjurkan oleh pihak pelajar satu Fakulti?
b. Kenapa insiden 18 Mei 2007 tidak sebut langsung dalam laporan berita? Adakah ianya membabitkan isu nak cari berita sensasi di kampus sehingga cuba memasuki kampus tanpa diundang?
c. Tidakkah NC telah menelefon pihak TV*** dan bercakap dan memohon maaf dengan wartawan tersebut pada pukul 3 petang? Mengapa tidak disiarkan perkara itu dalam siaran berita lebih awal?
d. Adakah adil pihak TV*** mengulangi berita tersebut walaupun pihak NC dah minta maaf personally?

Kata saya...kalau beginilah caranya etika kerja wartawan dan TV*** mereka dah jadi macam perangai wartawan US yang tahu menyusahkan orang untuk berita yang sensasi bagi kepentingan diri sendiri.

Wednesday, May 23, 2007

$100 billion untuk $1.3 billion

From the Star Online...

U.S. Democrats to fund Iraq war with no pullout date By Richard Cowan and Susan Cornwell
WASHINGTON (Reuters) - President George W. Bush won a battle over nearly $100 billion to fund the Iraq war as Democratic leaders in Congress on Tuesday abandoned efforts to withdraw troops for now but pledged to try again in July.
Instead of setting schedules for pulling U.S. troops, it appeared the Democratic-run Congress and the Republican White House agreed for the first time to include conditions prodding Baghdad to make better progress toward quelling violence or risk losing around $1.3 billion in U.S. reconstruction aid.

................................................

U.S. (baca sebagai your a**) sanggup berbelanja begitu banyak wang semata-mata nak berperang dengan orang Iraq. Bayangkan apa yang kita boleh buat dengan duit sebanyak itu (100 X 3.4 = RM 340 billion). Kenaikan gaji kakitangan awam baru-baru ni pun cuma RM8 billion setahun. Saya pelik kenapa rakyat U.S. masih sanggup bersekongkol dengan presiden mereka membiayai peperangan yang tiada keuntungan buat mereka. Saya percaya, walaupun U.S. adalah sebuah negara maju, masih ada di kalangan penduduknya yang "homeless". Adakah itu bukan satu keutamaan buat mereka?

Kata saya...Polisi yang dibuat ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan untuk menjajah sebuah negara merdeka. Perbuatan yang dibuat sama yang dibuat oleh Soviet Union ke atas Afghanistan (yang diikut oleh U.S. sendiri! Walaupun dia dulu yang suruh orang bantah pendudkan tersebut), Britain ke atas Falkland Islands, Iraq ke atas Kuwait dll. Mungkin satu hari nanti mereka juga akan menerima laknat malapetaka dari Allah yang lebih dahsyat lagi dari apa yang terjadi di New Orleans...supaya mereka lebih sedar, Amin.

Tuesday, May 22, 2007

Bas punya cerita lagi...

Dari New Straits Times Online...

Seremban acting police chief Superintendent Ahmad Mahmud said Nuraishah was waiting at the junction to turn into the mill at 12.45pm when an express bus rammed into her car.He said the Perodua Kancil was pushed to the opposite lane where another vehicle driven by a 44 year-old man slammed into it causing both vehicles to burst into flames.The driver of the other car escaped unhurt. Police have detained the driver of the express bus.

......................................................

Lagi cerita tragedi fasal bas. Tak taulah apa nak jadi. Selagi tak terjadi cerita ngeri dan sangat dahsyat (macam bas berlanggar sesama sendiri, entah berapa aidilfitri yang lepas) semua pihak yang bertanggungjawab asyik buat derkkkkkk aje. Geram betul!!!

Kata saya...agaknya nak tunggu accident dengan VVIP dan VVIP tu meninggal baru diorang nak buka mata dengan gayalaku pemandu bas dan lori ni!

Monday, May 14, 2007

SMART yang tak smart

Samy: Be prepared to pay higher SMART toll
BY ROYCE CHEAH
KUALA LUMPUR: The public should be prepared to pay higher tolls for the newly-opened road tunnel here because of its cost, Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu said.
He however declined to reveal the toll for the 3km road portion of the Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) which motorists would be able to use for free for a month from 3pm today.
"There are a lot of suggestions but the Government is still thinking about it," he said during a press conference after the opening ceremony.
Samy Vellu said the public had to understand that SMART took a lot of time and money to build.
"So one must not think that the toll for this 3km tunnel will be like normal highways. It is different," he said.
The tunnel is the first in the world which has a dual function. Besides being a road tunnel, it will also be used for flood water diversion.
...
The tunnel is only open to cars, MPVs and SUVs not exceeding 2m in height with Touch 'n' Go and SmartTag facilities available. No motorcycles, buses or lorries are allowed.
-----------------------
Oklah Samy...
Kalau kerajaan buat tunnel tu untuk dua tujuan, apa ke j*d*hnya nak dimahalkan tolnya. Dahlah tu hanya kereta sahaja yang boleh masuk. Rasa-rasanya akan dapat untung ke? Besok jadi gajah putih...tunggu air banjir aje lalu baru engkau tahu.

Kata saya...ini menunjukkan parmandangan minda yang sempit. Samy, sahlah saya bukan salah seorang dari pengguna yang akan menggunakan tunnel tersebut kalau dikenakan tol. Kalau free saya guna.

Al-Fatihah...

Dua pelajar UTeM meninggal dunia dan dua lagi cedera parah angkara bas terbalik semalam. Seperti yang saya blog-kan tempoh hari, bas tu terbalik kura-kura, 4 tayar ke atas. Ini baru bas bandar, belum lagi bas ekspress. Alasan diberikan...brek tak berfungsi. Kalau bas bandar tak dipandu laju, taklah jadi begitu.

Walau apa alasan yang ada, saya akan masih persalahkan pemandu bas tu. Saya harap beliau akan mendapat hukuman yang setimpal. Hukuman ke atas syarikat bas yang menggaji pemandu tu pun patut dikenakan. Macam cadangan nak kenakan hukuman pada ibubapa yang tak jaga anak sampai hilang. Kalau tidak syarikat nak kejar trip aje, tak kira kebajikan pemandu.

Kata saya...sudah sampai masanya pemandu bas awam diwajibkan menghadiri bengkel kesopanan jalanraya dari masa kesemasa. Seminar memandu berhemah pun bagus jugak...

Friday, May 11, 2007

70-80, 80-90 atau 120-tiada had

Di belakang lori atau bas ada tercatat satu makluman yang perlu diletakkan ole tuanpunya bas atau lori. Had kelajuan 70 atau 80 di jalan biasa hingga 80 atau 90 di lebuhraya.Walaubagaimanapun siapa yang memantau keadaan itu. Lori kalau kosong takkan lari 80 di lebuhraya, begitu juga bas takkan lari 90 di lebuhraya. Saya boleh katakan 100% bas tak ikut had kelajuan yang terpampang kat belakang tu. Bayangkan di lebuhraya utara selatan dari Seremban ke Ayer Keroh, yang dalam pembinaan tu, ada yang lebih berani. Ada yang sanggup mencelah kiri dan kanan melebihi 120 km/j. Bas tu menuju ke Melaka dari arah Kuala Lumpur. Saya dah ambil gambar dan video kelajuannya tu. Saya rasa pemandu seperti ini tak patut membawa bas penumpang. Dia patut bawa emak bapak dan saudara maranya. Saya nak tengok berapa laju dia bawak bas tu. Saya juga nak tengok apa perasaan dia, bila emak, bapak, bini dan anak-anak tersepit di bawah bas yang semua tayar menghadap langit dan bas itu dijilat api. Kalau boleh biar TV3 ambil gambar mereka semua tu terjerit-jerit minta tolong semasa bas tu dijilat api sambil pemandu bas itu tanpa sebarang kecederaan melihat permandangan itu. Lepas itu saya harap pihak TV3 dapat siarkan cerita 10 kali sehari (lagi banyak lagi bagus) dan paksa si pemandu tu tengok. Lagi bagus berikan rakaman VCD tu kat si pemandu.

Kata saya...lebih baik tampalan di belakang lori dan bas tu dibuang saja. Tak ada penguatkuasaannya. Kalau lori dan bas lebih laju dari kereta di mana silapnya?

Thursday, May 03, 2007

Masih Isu Lama

Dah beberapa pilihanraya kecil diadakan akhir-akhir ini. Semuanya dimenangi oleh barisan Nasional. Saya tak mahu komen apa yang kecoh masa pilihanraya cuma nak komen isu yang dibangkitkan. Sebelum ni saya ada katakan sesuatu tetapi nampaknya kedua-dua pihak masih nak bangkitkan isu lama. BN dengan pembangunannya dan Pembangkang dengan entah apa-apanya.

Setelah 50 tahun merdeka, kita masih di takuk lama. Kalau kita dah diiktiraf sebagai negara maju, saya rasa pembangunan tidak lagi dijadikan isu. Kalau isu itu masih dibangkitkan ada lah benda tak kena. Atau kita masih layak dipanggil negara MEMBANGUN!

Pembangkang pulak carilah isu yang lebih bernas sikit. Asyik nak cari isu kontroversi sahaja baik tak payahlah masuk bertanding. Menghabiskan duit aje.

Saya ingin lihat pada masa pilihanraya umum nanti, selain dari manifesto yang digah-gahkan, senarai pembangunan yang akan dibuat di setiap kawasan Parlimen. Jadi kalau ada pilihanraya kecil, kita boleh semak apa yang dah dibuat, belum dibuat atau yang tidak akan dibuat. Kalau boleh dilihat mana-mana kelemahan yang telah dibuat, memasing debatkan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Kata saya...saya tahu apa yang nak saya pangkah dalam pilihanraya umum akan datang.

Used Car...15 years

Baru-baru ni ada makhluk cuba cadangkan kepada kerajaan untuk melupuskan kereta yang berusia 15 tahun dan diberikan voucher $5,000 untuk beli kereta baru. Tetapi cuma untuk kereta nasional sahaja. Kereta lain tak perlu, kerana dia takut ada persaingan. Ha! Ha! Ha! Dari kenyataan beliau boleh dibuat dua kesimpulan kat sini.

Pertama. Beliau buat kesimpulan kereta nasional tak berkualiti. Selepas 15 tahun kereta nasional dah TAK berguna lagi, boleh buang ke laut jadi tukun. Kereta lain masih gah lagi. Boleh pakai samapi reput.

Kedua. Beliau buat kesimpulan hanya selepas 15 tahun baru boleh lupus, kenapa tidak 10 tahun. Mungkin agaknya sebab sekarang pinjaman kereta dah ada yang sampai 10 tahun. Kalau pinjaman tu dipanjangkan sampai 15 tahun mungkin dia terpaksa bagi angka baru.

Kata saya...sebab diberikan tak rasional. Malaysia nak jadi Singapura ke? Atau hanya nak kenyangkan setengah perut yang sekarang ni dah semput. Kalau tak ada orang nak beli kereta nak buat camana. Harga kereta dah tinggi!!! Kalau lepas 15 tahun kena jual kereta nasional, baik saya beli kereta bukan nasional. Lepas 15 tahun boleh guna lagi. RM5,000 yang kononnya akan diberikan untuk beli kereta baru adalah tak relevan. Cukup ke banyak tu? Saya kata...sahlah saya akan jual kereta nasional saya dalam masa terdekat ni sebelum timbul idea BODOH yang lain!!!

Monday, April 16, 2007

Jom Gi Masjid!!!

Pertembungan yang dinantikan tak jadi. Mungkin silap saya tentang tarikh ceramah Mauludur Rasul di Masjid Al-Alami MITC atau telah ditunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, tidaklah saya tahu.

Perkembangan di Dataran Majlis Bandaraya saya tak tahulah pulak berapa orang yang hadir berkinja bersama dengan Famous Five. Saya tak larat nak bersesak di Lebuh Ayer Keroh. Hari Khamis dah kena masa pergi Jusco Melaka punya J-Card Day. Punyalah bersesak rasa macam nak Tawaf le pulak. Kehadiran kat Dataran MBMB mungkin mencapai 10,000 atau lebih.

Ceramah SS Dato' Haji Noh bin Gadut mula agak lewat, lepas Isyak, pada Ahad 15 April, bukan 14 April seperti yang saya katakan sebelum ni. Habis lebih kurang pukul 10. Anak no. 3 nak ikut. Sampai tertidur masa ceramah. Tajuk ceramah "Rasulullah SAW: Tauladan Sepanjang Zaman". Kehadiran saya kira lebihkurang 150 orang. Nak buat camana, masjid tu kariahnya taman seberang jalan. Macam masjid tengah bandar. Itupun pihak AJK Taman Tasik Utama siap hantar flyer untuk promosikan aktiviti ni. Saya sampai dapat 2 kali. Satu hari Sabtu, satu lagi pagi Ahad. Macam SS cakap berapa ramai yang datang untuk aktiviti masjid tak penting, janji masjid ada aktiviti.

Kata saya...Jom Gi Masjid, kita makmurkan surau dan masjid kita.

Monday, April 09, 2007

Bye, Bye

One of my favourite Minister (kalau tak tahu tengok arkib) dah pun meletakkan jawatannya sebagai Presiden partinya. Serahkan jawatan yang dipegangnya selama 26 tahun kepada Timbalannya. Timbalannya tu sebenarnya yang dia sokong semasa pemilihan partinya tak lama dulu. Boleh kata hand-picked successor-lah.

Satu lagi my favourite Minister (kalau tak tahu jugak sila rujuk arkib, no) belum menujukkan sebarang tanda nak berundur. Yang ini seperti yang saya jangkakan akan menunggu anak didiknya bersedia untuk jawatan Timbalan Presiden dulu sebelum apa-apa tindakan. Anak didiknya baru jadi Naib presiden. Mungkin pemilihan akan datang dia akan bertanding Timbalan Presiden. Lambat lagilah MFM nak bersara agaknya.

Kata saya...seeloknya dihadkan kedudukan seseorang Presiden tu pegang jawatan lama-lama. Jangan tunggu orang meluat baru nak resign. Seeloknya dihadkan selama tiga penggal pilihanraya kebangsaan. Kalau maksimum 15 tahun. Saya kata...Itu pun dah lama.

House atau Rumah

House diterjemah dalam Bahasa Melayu/Malaysia sebagai rumah, secara linguistic-nya. Tetapi apabila diterjemahkan M****a Media House kepada Rumah Media M****a saya rasa adalah tidak tepat dan sesuai. Sepatutnya digunakan perkataan yang lebih sesuai untuk menunjukkan ke-gah-han tempat tersebut. Kita ada ramai para cendakiawan yang lebih pakar dalam hal ini untuk menengahkan perkataan yang sesuai supaya nama tempat itu se-glamour tempatnya.

Kata saya...biar lah nama yang bersesuaian digunakan. Jangan jadi macam nama setengah kuih, i.e. kuih tahi itik, makanan dinamakan najis le pulak.

Mauludur Rasul VS Jom Heboh, Noh Gadut VS Hari Bandaraya

31 Mac. Mauludur Rasul. Pergi majlis tahlil dan berzanji sempena sambutan Maudur Rasul kat Masjid MITC dengan anak-anak. Anak-anak ikut sebab janji nak bawak diorang pergi McDonald lepas tu. Adalah sebaris orang dewasa dan setengah baris kanak-kanak.

7 & 8 April Jom Heboh datang Melaka. Buat pulak kat depan rumah saya dan sepelaung dari Masjid MITC. Penuh parking Masjid. Jammed jalan nak ke Masjid. Hopefully (sangka baik) diorang pergi sembahyang maghrib dan isyak di Masjid. Tak tau apa jadi sebab tak larat nak tersangkut dalam jam kat situ. Lepas asar masa nak pergi pasar malam Batu Berendam dah terkena.

Results: Jom Heboh menang 10,000 - 30 (kurang-kurang).

14 April ni ada ceramah sempena Mauludur Rasul oleh Mufti Johor Datuk Noh Gadut di Masjid MITC. Malam yang sama ada konsert menyambut Hari Pengisyhtiharan Melaka Bandaraya Bersejarah oleh Famous Five Mamee, Mawi, Farah, Adam, Faizal & Aznil. Satu lagi pertembungan yang menarik. Siapa akan menang agaknya. Saya tak pasti akan ada di Melaka sebab kena ikut orang rumah pergi ambil IELTS di KL.

Kata saya...Famous Five akan menang dengan majoriti berlipat ganda kurang-kurang 15,000 berbalas 100. Saya kata...inilah tanda akhir zaman.

Wednesday, March 28, 2007

Universiti Kolej Universiti

March 28 2007 Dalam the STAR N53 comment by V K Chin:

There is a vast difference between a university college and a university. The former is limited to providing education leading to a first degree, while the latter can perform a similar function but have facilities for post-graduate training of their students.

Hello Mr Chin, are you just speaking your mind without doing any homework? Please refer to Kementerian Pengajian Tinggi for the correct definitions of university college and university.

However, many of the new universities are offering new courses whose marketability is still uncertain. After all, the bottom line is still getting a job on graduation, and it will be difficult for students to study a subject they are not sure of.

Again Mr Chin, do your homework properly! Please show us your statistics. Otherwise shut up! Can you compare the percentage of unemployed graduates from these new universities with the established universities. I don't think you have the numbers and of course you cannot convinced me with heresays.

Ada lagi dua perenggan yang dia sentuh saya dah malas nak balas... mengabiskan beras aje.

Kata saya...nasihat saya pada En Chin dan juga the STAR, kalau nak bagi komen tu biarlah ada dengan statistiknya. Saya fikir En Chin ni tak tau hujung pangkal sejarah penubuhan Kolej Universiti ni. Dia tak buat penyelidikan sebelum mengeluarkan komentarnya. Saya kata...buatlah homework dulu En Chin sebelum menulis tu!!!

Thursday, March 15, 2007

Another Bush Agenda?

WASHINGTON - Khalid Sheikh Mohammed portrayed himself to a U.S. military tribunal as al-Qaida's most ambitious operational planner, taking responsibility for planning and supporting 31 terrorist attacks, topped by 9/11, according to an account of his confession.

The gruesome attacks range from the suicide hijackings of Sept. 11, 2001 — which killed nearly 3,000 — to a 2002 shooting on an island off Kuwait that killed a U.S. Marine, according to an account released by the Pentagon.

In listing the 28 attacks he planned and another three he supported, Mohammed said he tried to kill international leaders including Pope John Paul II, President Clinton and Pakistani President Pervez Musharraf.

He said he planned the 2002 bombing of a Kenya beach resort frequented by Israelis and the failed missile attack on an Israeli passenger jet after it took off from Mombasa, Kenya.

He also said he was responsible for the bombing of a nightclub in Bali, Indonesia. In 2002, 202 were killed when two nightclubs there were bombed.

Kata saya...Terror betul mamat ni. Semuanya dia plan. Yang peliknya hari tu US beriya-iya mengatakan Abu Bakar Bashir yang bertanggungjwab ke atas pengeboman di Bali tu. Apa nak jadi ni Bush. Engkau punya Intelligence Angency tu dah tak intelligent lagi kut. You better resign now before your popularity go down the septic tank!!!

Tuesday, March 13, 2007

Banyaknya AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Hari ini mula keluar cerita pelajar-pelajar cemerlang SPM. Memasing tunjuk keputusan yang cemerlang. Buat masa ini saya dah tak heran kalau pelajar-pelajar ni dapat semua A. Biarlah apa yang diorg kata rahsia kecemerlangan tapi saya tak nak mengakui kecemerlangan diorg sehingga mereka boleh mengduplikasikan kecemerlangan itu di peringkat universiti. Ramai pelajar yang saya dah jumpa, cemerlang di peringkat UPSR tetapi merosot di PMR dan seterusnya. Yg cemerlang di peringkat UPSR terjunam di SPM dan seterusnya. Yg cemerlang di SPM kurang menonjol di universiti. Tak kira kaum apa, melayu, cina, india sama aje. Memanglah tahap penilaian di setiap peringkat tu berlainan khasnya di universiti. Di universiti perlu berdikari, belajar buat nota sendiri dan tahu menghormati masa.

Yg paling saya nak tekan adalah belajar buat nota sendiri. Saya tahu ramai pelajar tak tahu ambil nota. Yg pensyarah tulis kat white atau kat slide powerpoint dia, itulah yg ditulisnya kat dalam buku. Nota tambahan tak ada. Yg pensyarah dok cerita sampai berbuih mulut dia tak tulis. Ingat tak, suatu masa dulu pensyarah universiti dikatakan tak tahu mengajar? Hendak disuruh mengajar macam di sekolah. Di sekolah, berbagai istilah wujud: spoon-feeding, latih tubi, gerak gempur dibuat, semata-mata nak kan kejayaan. Tu tak termasuk berbagai buku panduan dan rujukan peperiksaan. Baca ajelah. Jadi bila masuk universiti, kena buat nota sendiri, tak ada buku rujukan, tak ada tuisyen, tak ada latih tubi & gerak gempur, hanya inisiatif sendiri, mereka ni terkapai-kapai.

Kata saya...Kalau mereka ni boleh dapat terus dapatkan AAAAAAAAA di peringkat universiti barulah saya ucapkan TAHNIAH kepada mereka semua.

Monday, March 12, 2007

Tanya Linda

Cerita Linda Onn dan Karpet Merah Anugerah Academy yang penuh kontroversi. Mingguan Malaysia 11 March dalam Pancaindera mukasurat 16 mengkesahkan hal itu. Tapi saya tak mahu mengomen cerita itu tetapi salah satu kenyataan akhbar Linda yang ditulis oleh MM.

"Then you are not going to be on TV - pack your things" telah diterjemah (Kalau tak mahu muncul di TV, kemaskan barang-barang awak). Sepatutnya saya rasa terjemahannya adalah (Oleh itu, awak tak akan ke udara di TV - kemaskan barang-barang awak).

Kata saya...Inilah macam sarikata wayang yang selalu saya lihat di pawagam. Dalam wayang aktor mejerit "Fire, fire". Sarikatanya "Api, api". Padahal aktor tu suruh "Tembak, tembak".

Tuesday, March 06, 2007

Update Berita Semalam

Nurul Atikah akhirnya diterima ke sekolah asrama penuh
TAIPING 5 Mac – Hasrat pelajar terbaik Orang Asli peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2006, Nurul Atikah Kamarudin, 15, untuk ke sekolah berasrama penuh menjadi kenyataan hari ini apabila dia melaporkan diri di Sekolah Sains Raja Tun Azlan Shah (Seratas) di sini.

Nurul dijemput oleh sekumpulan tiga guru dari Seratas tengah hari ini ketika sesi persekolahan di sekolahnya di Sekolah Menengah RLKT Lasah, Sungai Siput.

Kata saya...Inilah yang dikatakan kalau tak masuk paper tak jadilah kerja. Agaknya semalam Pengetua SERATAS dah panas punggung sampai hantar TIGA orang cikgu untuk menjemput Nurul Atikah. Memang M**G**K H*Y*N betul! Tak payah tunggu lagi Dato' Hisham...

Monday, March 05, 2007

Apa nak jadi ni...

‘‘Sudah terlambat. Saya takut tercicir’'
IPOH 4 Mac – ‘‘Sudah terlambat. Saya takut tercicir jika berpindah ke sekolah baru kerana sesi pembelajaran sudah sebulan berlalu.”
Begitulah luahan pelajar terbaik Orang Asli dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006, Nurul Atikah Kamaruddin, 15, ketika ditanya sama ada dia akan meneruskan pelajarannya ke sekolah berasrama penuh (SBP) atau tidak.
Kata Nurul Atikah, buat masa ini dia tidak lagi berminat memasuki SBP tetapi akan tetap mempertimbangkan keputusannya itu jika menerima surat tawaran rasmi daripada Kementerian Pelajaran.
Bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang surat tawaran walaupun selepas dua minggu dijanjikan oleh Pengarah Bahagian Sekolah, Noor Rezan Bapoo Hashim.
‘‘Pada minggu lepas, ayah saya ada menghubungi Jabatan Pelajaran negeri dan diberitahu surat tawaran rasmi itu sudah diposkan dan akan sampai dua tiga hari lagi tetapi masih tidak sampai sehingga sekarang.
‘‘Saya difahamkan surat tawaran rasmi itu baru diposkan pada Khamis lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berita yang saya baca hari ni. Apa nak jadi? Kalau baca entry saya cerita ni dah nak masuk 3 minggu masih lagi belum settle. Dah masuk paper front page masih lagi terkedik-kedik lagi buat kerja.

Kata saya...Dato' Hishamuddin, Inikah pegawai pendidikan yang berdedikasi? It's time for you to take action against these incompetent people. Masukkan saja diorang kat pool tu A.S.A.P

Friday, February 16, 2007

Gay Anti Gay

NBA banned Tim Hardaway from All-Star weekend because of his anti-gay remarks. Kesian dia.

Inilah yang dikatakan kebebasan...segalanya, termasuk seks. Saya tak pasti di mana dalam kitab Injil (bukan bible ye!) ada menyebut hal tu. Saya rasa sah ada sebut fasal cerita kaum Nabi Lut. Bila dah bebas segalanya mulalah pelbagai persatuan akan beri tekanan kepada kerajaan. Kumpulan Gay & Lesbian begitu lantang bersuara. Akhirnya bila Hardaway bersuara dia yang kena hentam. Nasib engkaulah Hardaway, kalau kat Malaysia engkau tak kena apa pun. Tak ada persatuan nak bisng-bising cam tu (atau silap saya, ada ke???).

Kata saya...Inilah bila dah mengamal konsep sekular. Bila moral dan akhlak adalah definisi yang jauh bezanya macam Gunung dengan Laut.

Dah Terantuk Baru Tengadah...

Semalam...

Berita anak orang Asli yang dapat 8 A dalam PMR tak dapat tempat di sekolah SBP disiarkan dalam Utusan Malaysia. Ceritanya dia dah dipersetujui oleh Menteri Besar Perak untuk ditempatkan samada di SRPB atau di SERATAS atau di MRSM. Dan dia telah ditawarkan untuk kemasukan ke SRPB, tapi malangnya sekolah boleh override mengatakan sekolah dah penuh dan hanya terima budak lelaki.

Kata saya...Betapa jengkelnya pengetua sekolah ni. Kalau dah dia ditawarkan bermakna PENGETUA bertanggungjawab untuk memasukkan dia ke sekolah tu. Bukannya ramai, 1 ORANG sahaja. Takkanlah tak boleh selit kat mana-mana di asrama dan kelas tu. Atau pengetua tu sendiri yang pandai-padai buat decision???

Hari ini...

2 headlines di Utusan on-line (saya malas nak beli hard-copy, mahal bebenor nipis lak tu!). Satu berita kata dia dah diterima masuk ke SERATAS, satu lagi kata dia terima tawaran masuk ke SRPB setelah dipujuk ole 2 pengetua, 2 pegawai Jabatan Pendidikan dan seorang wakil rakyat.

Kata saya...Sahlah makhluk-makhluk ni kena bambu dengan Datuk Hishamuddin ni. Datuk masuk saje makhluk-makhluk dalam pool yang Datuk cakap hari tu! Pool apa saya dah tak ingat pulak. Susah-susah benam saje dalam lombong bijih. Budak tu dah masuk paper dan diiktiraf sebagai pelajar terbaik orang Asli. Kalau ye pun dia tersilap tulis kod tak kan lah tak ade pegawai pendidikan yang hadir semasa budak tu pergi jumpa Menteri Besar Perak. Kenapa tak ambil borang dia masa tu dan terus proses untuk kemasukkan. Itu kira kes SEGERA lah! Bila dah masuk paper baru tahu panas punggung, padahal kawan tu dah merayu kat Jabatan Pendidikan. Memang betul m***kuk h*y*n! Datuk, cepat-cepat masukkan makhluk-makhluk ni dalam pool tu! Dah Terantuk Baru Tengadah!

Thursday, February 15, 2007

Afghanistan, Iraq and Iran

Sedang tengok CNN sekarang.

Cerita pasal Afghanistan. Insurgency on the rise. NATO attack satu perkampungan. Kononnya seorg ketua Al-Qaeda mati.

Kata saya...Buat apa korang pergi sana. Kalau mati mati katak sajalah. Tak ada kerja korang buat kat sana. Kalau setakat nak protect Hamid Karzai tu, tak payahlah berabis jutaan $$$. Baik korang belanjakan untuk rakyat korang. Atau..korang ada agenda tersembunyi kat sana??? Macam Soviet buat masa tahun 1980 dulu? Please Bush, for your troops' sake, get the hell out of Afghanistan!

Cerita pasal Iraq. 4 orang lagi askar US mati. Sorang nak kena culik tahun lepas, ditunjukkan video, kononnya masih hidup. Nanti Bush nak hantar lagi 22,000. Baguslah tu!

Kata saya...Nanti bolehlah tukang buat keranda dapat untung. Lagi ramai pergi, lagi ramai yang mati. Saya syorkan sebelum pergi ambil insuran nyawa banyak-banyak. So that emak, bapak, isteri dan anak-anak ada perlindungan, in case korang mati kat sana. Korang kalau mati, mati katak jugak. Diorang kalau mati, mati sebagai syuhada. Apa diorang takut mati. Korang saja yang nak menempah maut. Saya kata...it's another Vietnam. Forget it Bush!!! Listen to Democrats!!! Get your troops out of Iraq!

Cerita pasal Iran. Bush dok kata ada senjata nuklear kat sana. Alah, macam dia kata Saddam ada simpan Nuclear and Biological weapons!

Kata saya...Yang dah sah betul dia punya intelligence punya report sengaja mengada-ngadakan report tu. Sekarang tentang Iran dia masih nak menegak benang yang basah. Saya rasa dialah DAJAL yang sebenarnya. Silap-silap dialah yang akan memulakan perang dunia ke 3. Sila baca entry saya tentang Nostradamus. Mungkin Bush ni percaya sangat kat Nostradamus tu. Kenapa dia tak beria-ia pula tentang Korea Utara. KU dah sah ada senjata nuklear. Kenapa dia takut nak attack KU. Takut China sokong KU? Iran tak ada orang sokong??? Bush, get your facts right!!! Otherwise try not to boost your popularity with another attack on another Islamic nation!!! Would you like to be the first on my list as Anti Islamic??? Saya kata...I dare you Mr Bush!

Friday, February 02, 2007

Anti-Islamic

Saya rasa terpanggil untuk mula pada hari ini mengecap sesiapa sahaja yang menghina Islam sebagai Anti-Islamic. Kalau dulu perkataan Anti-Christ, Anti-Semitic dan baru-baru ni Anti-Holocaust maka saya rasa adalah menjadi seorang Islam untuk mula "coin"kan perkataan ini kepada mereka yang tak bertanggungjawab!!! Tak kiralah sesiapa pun, kalau dah menghina Islam memanglah tak patut!!!

Kalau orang silap cakap mengutuk Israel, dah tentu dicap Anti-Semitic. Alah, macam Mel Gibson yang mabuk tu kena cap akibat memaki polis yang berbangsa Yahudi apabila ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Presiden Iran, Ahmadinejad, kena cap Anti-Halocaust dan juga Anti-Semitic sebab mengatakan Holocaust tak wujud.

Mereka boleh senang-senang mengatakan Islam itu pengganas. Kalau dulu di London kalau ada bom akan dikaitkan dengan IRA sekarang tak lagi. Akan dituduh pengganas Islam. Pengganas itu mungkin beragama Islam tapi Islam BUKAN pengganas. Kalau tu dulu bolehlah dikatakan pengganas kristian sebab IRA tu kristian. Yang saya tahu kristian juga bukan pengganas. Yang lain kes macam gunakan kebebasan bersuara untuk menghina Islam. Macam kartun Denmark tu.

Jadi mulai 2 Feb 2007 ni sesiapa yang saya dapati masih cuba nak mengaitkan Islam dengan pengganas dan masih lagi nak menghina Islam dengan apa cara sekalipun akan saya masukkan dalam senarai Anti-Islamic.

Kata saya...ada sesiapa yang sudi nak jadi calon pertama Anti-Islamic, persilakan!

FTA: Dajal Moden

PM: Malaysia won't bow to US pressure over Iran energy deal
From The Star Online Feb. 2, 2007...
KEPALA BATAS: Malaysia will not bow to any pressure from the United States to stop its US$16bil (RM57bil) energy deal with Iran.
"We are a sovereign nation and we reserve the right to foster ties with any country to protect our interests," said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
He was responding to the US threat to suspend free trade agreement (FTA) talks with Malaysia over the matter.
Abdullah said political issues should not be dragged into trade talks.
"We might have different political stands but this should not come in the way of trade relations," he told newsmen after launching the rebranding of community colleges here Friday.
Abdullah said International Trade and Industry Minister Datuk Seri Rafidah Aziz had informed him that that the talks had reached the fifth level.
Asked whether the talks would proceed following the US threat, he said Malaysia would wait and see.
"We have our stand and you (US) have yours," he added.

Kata saya...Inilah Dajal Moden. Cuba nak buli orang ikut dia saja. Siapalah agaknya Imam Mahadi Moden yang membunuh Dajal Moden ni A.S.A.P. Menyusahkan orang saje!

Thursday, February 01, 2007

Bilik Barakah

Peristiwa memalukan ini terjadi selepas habis haji. Mekah sudah mula ditinggalkan oleh jemaah samada ke Madinah atau balik terus ke negara masing-masing. Jadi banyak bilik hotel sudah mula dikosongkan. Untuk itu tuan punya hotel mulalah advertise "Bilik Barakah" bagi pasangan suami isteri untuk *****.

Nak jadi cerita, roommate saya kebetulan hidungnya berdarah. Jadi dia banyak menghabiskan masa kat lobi. Dia pergi masjid semasa orang azan dan balik setelah tamat solat. Bukan apa takut hidungnya berdarah kalau lama-lama kat masjid, naya nanti nak cari tisu bebanyak nak kesat. Lagi pun masjid dah mula lengang so senang nak dapat tempat kat masjid. Satu hari tu, sedang dia tengok tv kat lobi, datang satu pasangan Indonesia datang nak sewa Bilik Barakah. Tetiba datang sorang lagi lelaki Indonesia kat depan lobi, siap ambil gambar signboard hotel dan curi-curi tengok kat lobi. Pasangan wanita tadi bersembunyi di belakang lelakinya. Kemudian pasangan tadi naik ke Bilik Barakah mereka.

Saya pendekkan cerita...lelaki yang mengintai tadi datang kembali dengan sorangArab (tuanpunya hotel sebelah) dan sorang wanita arab yang fasih berbahasa Arab. Mereka bertanya kepada kepada pengurus hotel tentang pasangan tadi. Kemudian mereka bergegas ke Bilik Barakah tersebut.

Rupa-rupanya pasangan wanita tadi adalah isteri lelaki yang mengintai. Lelaki tersebut menjumpai isteri dalam keadaan berb***l dalam bilik itu bersama pasangan lelakinya. Menurut roommate saya suami wanita jauh lebih handsome dan jauh lebih bergaya dari pasangan isterinya. Roommate saya sendiri tak faham apa yang dilihat oleh wanita tersebut sehingga sanggup meninggalkan suaminya dan mengikut lelaki itu setelah tamat menunaikan haji.

Kata saya...macam ni punya manusia pun ada. Padahal baru habis ibadat haji untuk menghapus dosa, terus aje buat dosa besar. Mohon dijauhkan saya dan keluarga saya dosa maksiat ini.