Thursday, September 14, 2006

Bolasepak Malaysia

Banyak yang telah diperkatakan tentang bolasepak Malaysia jadi saya nak tumpang sekaki. Kata saya pemain-pemain lah yang perlu dipertanggungjawabkan ke atas kemerosotan mutu bolasepak. Maksud saya mereka semua tak ada cita-cita sendiri. Tanya pemain bolasepak berapa orang yang ada agen. Saya rasa tak ada. Kalau tak ada macam mana nak cari lubang untuk memperkembangkan career. Macamana nak berurusan dengan kontrak bersama pasukan masing-masing. Semuanya harap pasukan buat kontrak, lepas tu sain. Habis musim senang-senang majikan kata dia tak puas hati. Kena buang. Dah kena cari pasukan lain. Sebab kontrak berat sebelah.

Pasukan pulak memang tak ada pelan jangka panjang. Dia ambil pemain secara "stop-gap". Cuba banding dengan kontrak pemain-pemain kat liga Inggeris. Semuanya kurang 3-4 tahun. Tak kira dia cedera ke, masih dalam kontrak. Tapi bolasepak Malaysia tak gitu. Kalau cedera silap-silap tamat kontrak. Pasukan kata tak ada duit nak bayar pemain (banyak kes tahun ni). Ingat tak kes pemain Pahang yang dipanggil untuk latihan pasukan Malaysia. Siap kata dia cedera jadi FAM lepaskan dia. 2 hari lepas tu dia main permainan persahabatan bersama pasukan Pahang. Satu kes lagi tentang pemain Sabah yang main untuk Malaysia. Dia cedera semasa dengan pasukan Malaysia. Balik ke Sabah dia perlu direhatkan (cederanya agak berat). Sabah perlukan dia untuk permainan liga. Hasilnya dia terus bermain tetapi prestasinya kurang memberangsangkan. Kalau tak silap musim berikutnya dia tidak dipilih untuk bermain dengan Sabah. Hangus periuk nasinya.

Yang saya pelik kenapa masih lagi persatuan negeri yang perlu taja bolasepak profesional. Setiap pasukan sepatutnya ada pengurusan sendiri untuk mencari penaja. Biar diorang tu kena macam "kelab-kelab" , i.e. MPPJ, terkena. Kalau dah profesional pengurusan perlu profesional. Ini tidak, bila tak ada duit minta kerajaan negeri. Weiiiii, itu duit rakyat untuk pembangunan negeri bukan nak bayar gaji korang yang pergi disko, pub sampai dinihari.

Kata saya kalau dah macam ni pengurusan bolasepaknya, maksud saya bukan FAM saja - malah semua pasukan negeri, baik kita bubarkan liga profesional dan balik semula ke taraf amatur sebab pengurusan memang tahap amatur.