Tuesday, February 23, 2010

Thursday, February 18, 2010

Kata Mereka Vs Firman Allah


Kata mereka yang cuba membela...

...silalah baca di sini. Antara kata kekunci yang digunakan...satu diskriminasi, mencabuli hak sama rata, wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah, layanan tidak adil dan memalukan, mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa, hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan, bukan hukuman yang efektif, dan wabak merotan.

Kata mereka yang dikenakan hukuman...

...silalah baca di sini. Antara kata kekuncinya...reda, insaf dan bertaubat.

Firman Allah...

...Pezina perempuan dan pezina lelaki, deralah masing-masing dari keduanya seratus kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman.
(24:2)

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (55:13...)


Orang yang kena rotan tak apa-apa, orang yang tiada kena mengena lebih-lebih pulak. Hi, hi, agaknya takut terkena kat diorang kut.

Kata saya...tak nampak pula pembela-pembela Islam yang merasa mereka hebat tu dalam hal ini buat sidang akhbar...

Kerana Politik?

Dulu heboh dengan isu Allah. Yang nak guna perkataan tu bukan Islam. Yang bergaduhnya, Islam sesama Islam. Masing-masing nak menegakkan hujah masing-masing. Ada yang nak saman menyaman. Ada yang nak dikenakan tindakan disiplin parti.

Sekarang ni pulak fasal Maulud Rasul. Kecoh fasal perarakan. Dah banyak yang keluarkan pendapat. Siap ada protes, memprotes lagi. Yang belum keluarkan pendapat, yang kecoh fasal isu Allah hari tu. Juga masih belum bagi pendapat yang selalu bangkitkan fasal bidaah. Kan ni bab bidaah...

Sesungguhnya akhir zaman begitu hampir. Ramai yang bukan ahli agama dah beri pendapat memacam.

Kata saya...dipohon semoga kehidupan saya tidak sampai ke hari terakhir itu. Baca saja isi Al-Quran tentang hari itu sudah menggerunkan...

Thursday, February 04, 2010

Renungkanlah...

Sabda Rasulullah S.A.W, terjemahannya:

Barangsiapa membuat satu rancangan yang baik - dalam Islam - maka ia akan mendapat pahala rancangannya itu dan pahala orang-oranga yang mengerjakannya sesudah ia memulakannya, dengan tidak mengurangkan pahala orang-orang yang mengerjakannya sedikit pun.

Dan barangsiapa membuat satu rancangan yang jahat - dalam Islam - maka ia akan menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang melakukannya sesudah ia memulakannya, dengan tidak mengurangkan dosa orang-orang yang melakukannya sedikit pun.

Hadith Sahih - Riwayat Muslim

Kata saya...dapat habuan yang pertama, lega, dapat habuan yang kedua, seksa...