Saturday, November 10, 2012

Hantu & SMS

Tidak lama dulu saya telah dijemput untuk memberi ceramah di satu sesi induksi di Port Dickson. Jadual ceramah itu terpaksa ditukar ke sebelah malam apabila saya terpaksa ke satu persidangan yang dijalankan di IOI Resort.

Ketika itu saya masih di Bangi. Selepas solat maghrib saya ke PD. Saya ikuti jalan Highway dari Seremban ke PD. Gelap sepanjang perjalanan. Hati saya berkata "Tak jadi balik lepas ceramah, kena tidur kat BB Resort lah malam ni".

Saya tiba BB Resort lebih awal dari yang dijangka. Peserta induksi masih dalam sesi tazkirah sementara menunggu solat Isyak. Ceramah bermula agak lewat dan tamat dalam jam 11.00pm. Selepas minum malam saya ambil kunci bilik yang disediakan untuk penceramah. Semasa parking kereta saya lihat kawasan macam tak ada orang aje, kereta pun ada tak sampai 10 biji di tempat letak kereta.

Bilik yang disediakan adalah bilik apartment. Di tingkat empat. Kena naik lif. Bilik-bilik sebelah mungkin telah dijual sebab siap ada grill dan dimangga. Saya jengok ke bawah di beranda sebelum buka pintu.

"Ooohhh, gayatnya" kata saya.

Semasa buka pintu tiba-tiba bulu roma di tengkok tiba-tiba meremang. Saya masuk ke bilik dengan membaca azan perlahan-lahan. Setelah letak beg komputer dan tengok bilik-bilik yang ada (ada dua bilik dalam apartment tu), saya turun semula untuk ambil beg pakaian. Kebetulan dalam kereta ada surah Yasin. Saya bawa bersama ke atas.

Setelah mandi dan solat Isyak, saya baca surah Yasin itu. Kemudian membuat sedikit persediaan untuk pembentangan kertas kerja di persidangan esoknya. Saya tengok kedua-dua handphone jika ada message dan kemudian tidur tanpa menutup lampu bilik. Surah Yasin diletakkan di sebelah saya.

Semas tidur yang tak berapa lena disebabkan lampu bilik yang terang, saya terasa ada orang berpakaian putih mundar-mandir di hujung kaki katil saya. Mungkin hanya mimpi saya agaknya.

Pukul 5.45 pagi saya bangun, mandi, mengemas barang dan solat subuh. Selepas solat saya tergerak untuk semak handphone. Bila melihat handphone yang menggunakan talian Max*is, tertera ada satu message. Nombor dari saya tak kenali dan memang tak ramai tahu nombor itu sebab saya hanya berikan kepada mereka yang terdekat sahaja.

"Jika saya jadi awak, saya akan terjun bangunan"

Saya pun terus tukar baju, ambil barang dan terus ke kereta. Pergi ke lobi resort serahkan kunci. Kemudian tengok semula handphone dan deletekan message.

Alhamdulillah saya selamat kembali ke hostel di Bangi tanpa sebarang masalah.


Kata saya...Hantu kini pun dah canggih, kacau orang guna SMS!


 

Friday, September 14, 2012

Kematian

Minggu lepas dikejutkan dengan perginya jiran depan rumah menemui Allah. Kemudian, adik ipar kepada yang meninggal pergi mengikutnya.

Kemudian abang ipar jiran sebelah rumah meninggal pula.

Semalam pengerusi Masjid Al-Alami MITC, perintis Taman Tasik Utama, pula pergi menemuiNya.

Begitu mudah mereka pergi. Tak kira tua atau muda!

Kata saya...sudahkah kita bersedia?

Tuesday, April 24, 2012

5 Series

Hari ini saya akan menerima BMW 5 series saya...
Terima ajelah dengan senang hati!

Hi, hi, ada percaya ke?


Kata saya...ulang saja baca doa tahun lepas!!!

Monday, April 23, 2012

Masih Begitu

Masih lagi yang buat begitu.

Masih bergegas membaca doa yang lapan antara 2 sujud. Ambil syarat duduk saja.

Masih lagi bergegas membaca wirid. Ambil syarat baca wirid saja.

Masih lagi kedengaran bunyi lagu-laguan tatkala solat didirikan. Kalah businesman niaga juta-juta.

Masih lagi politik Malaysia yang hampes. Tak tau la nak undi siapa entah!



Kata saya...terima kasih ya Allah, kerana saya masih berupaya bernafas di dunia ini!

Saturday, March 24, 2012

Komputer Lama

Hari ini seharian menggodel komputer lama saya. Hard disk yang lama dah kaput. Beli baru, hi,hi, second hand saje. RM 160 untuk 250 GB. Juga beli 1 GB RAM lagi.

Masalahnya... bila tengok kat system, RAM nya cuma 1.5 GB! Sepatutnya 3!

Kata saya...agaknya 3/2 = 1.5

Friday, March 23, 2012

Surah Al Kahfi

Dah lama tak buka my-pad...

Pagi ini membukanya buat kali pertama selepas 2 minggu. Hi, hi, lebih suka guna netbook yang murah ini selepas kehilangan notebook 12 Jan yang lalu.

Bila buka my-pad pagi ini, biasanya pada hari Jumaat dia akan tanya "Have you read surah Al Kahfi, today?"

Kata saya...anda dah baca?

Friday, February 17, 2012

Kerja Yang Paling Menyiksakan

Baru habis buat kerja yang paling saya TIDAK suka.

Menilai rakan sekerja.

Ramai pulak tu.

Saya cuba yang terbaik.

Saya mohon keampunan dari Allah SWT dan dari yang dinilai jika penilaian yang dibuat, tidak menepati jangkaan yang dinilai.

Kata saya...siapalah saya untuk menilai anda semua!!!

Sunday, January 01, 2012

2012

A new entry for a new year!

Selamat Tahun Baru bagi mereka yang yang menyambutnya.

Saya dah diulit mimpi.

Kata saya...hi, hi, ini schedule entry.