Inilah tanda-tanda hari kiamat dah nak tiba. Majlis Fatwa dah menyarankan agar Rumah Terbuka semasa hari perayaan Malaysia dikaji semula kerana dikhuatiri akan menyebabkan syirik. Ada pulak makhluk dah menyampuk fatwa tersebut perlu dibuat perincian, ada makhluk pulak tak setuju kerana Malaysia ni masyarakat berbilang kaum, ada makhluk yang tak ada kena mengena menyampuk.
Orang bukan ahli dah mula cuba nak buat keputusan tentang agama. Ni lagi cerita sama macam kes inter-faith controversy. Orang bukan ahli cuba nak tunjuk pandai nak melawan cakap ulama. Saya khuatir banyak tindakan kita dah membelakangi ulama. Orang Islam sendiri dah berani secara terang-terang question hukum Allah. Tak kiralah samada kes rumah terbuka ni ke, kes aurat ke, kes murtad ke.
Tambah pulak sekarang orang bukan Islam pun dah berani komen tentang Islam. Orang Islam kat Malaysia boleh pulak sokong makhluk ni. Sebab dia ada kepentingan pada komen orang bukan Islam ni.
Saya cuma nak tunggu bila agaknya makhluk-makhluk akan memperjuangkan agar dilantik imam di kalangan wanita. Macam makhluk kat US tu. Newspaper sikit punya ambil gambar nak tunjuk dia jadi imam. Imamkan sembahyang makmum yang tak tutup aurat.
Kata saya...kalau ini terjadi kat Malaysia (tak mustahil based on current development) ini bermakna Islam cuma tinggal nama saja di Malaysia. Tak perlu lagi kata negara Islam. Kata saja negara sekular, macam Turki...
No comments:
Post a Comment