Mekah semasa musim haji adalah satu pemandangan yang menarik. Manusia di mana-mana. Kawasan Masjidil Haram "hidup" 24 jam. Majlis bandarayanya bekerja 24 jam bagi menjaga kebersihan. Kalau manusia yang datang ke tanah haram ini memberi kerjasamanya saya fikir Mekah mungkin menjadi satu bandaraya yang terbersih. Malangnya tidak. Mereka yang datang untuk mengerjakan haji telah mengotori dengan pelbagai sampai dan kotoran. Saya tak tergamak nak ambil gambar apa yang telah mereka lakukan. Sampah dibuang ikut suka hati. Lepas makan dan minum tak reti nak buang sampah dalam tong, buang aje kat jalan. Kahak, hingus dan ludah merata di jalan. Tak heran lebih 80% yang datang kerjakan haji jatuh sakit, samada selsema atau batuk.
Kata saya...kebersihan itu sebahagian dari iman tapi mereka pandang mudah saje. Bagaimana nak kerjakan amal ibadat dengan tenang kalau selsema dan batuk tak sembuh-sembuh. Tapi saya tabik kat jemaah haji Malaysia yang terus mementingkan kebersihan diri, tempat tinggal dan ibadat. Tak heranlah jemaah kita terus jadi contoh.
No comments:
Post a Comment