Dulu heboh dengan isu Allah. Yang nak guna perkataan tu bukan Islam. Yang bergaduhnya, Islam sesama Islam. Masing-masing nak menegakkan hujah masing-masing. Ada yang nak saman menyaman. Ada yang nak dikenakan tindakan disiplin parti.
Sekarang ni pulak fasal Maulud Rasul. Kecoh fasal perarakan. Dah banyak yang keluarkan pendapat. Siap ada protes, memprotes lagi. Yang belum keluarkan pendapat, yang kecoh fasal isu Allah hari tu. Juga masih belum bagi pendapat yang selalu bangkitkan fasal bidaah. Kan ni bab bidaah...
Sesungguhnya akhir zaman begitu hampir. Ramai yang bukan ahli agama dah beri pendapat memacam.
Kata saya...dipohon semoga kehidupan saya tidak sampai ke hari terakhir itu. Baca saja isi Al-Quran tentang hari itu sudah menggerunkan...
2 comments:
Jo,
minta izin nak bagi pendapat panjang sikit....bab akhir zaman tapi tajuk dajjal.. air tasek Galilee / Tasik Tibiriyyahdah mula menurun tu (macam riwayat hadis tu..)
aku rasa Dajjal dah keluar..
1. Hari ini orang Islam dah mula di takutkan untuk menonjolkan diri sebagai Islam. Kempen militant nampaknya berjaya untuk mengecop mana-mana orang Islam yang lantang bercakap pasal Islam. dengar khabar sekarang ni beberapa kerajaan di timut tengah dah mula buat akan tangkap mana-mana orang Islam yang militant.. asal nampak berjubah berjambang militan?... munkinkah ini lah fenomena dajjal..
sedikit sebanyak orang islam macam aku kalau nak pergi ke europe dah kena pikir banyak kali nak pakai kopiah..takut masalah kat airport..silap haribulan kena interrogate...ada unsur-unsur cerita dajjal kah itu...
san
dajal ke tidak itu hal lain. yang aku tak suka lihat, yang Islam ni semua nak tunjuk dia lebih Islam dari Islam yang lain. nak tunjuk mereka lebih hebat di kacamata orang Islam kononnya. kenapa mereka tak tengok dari kacamata orang bukan Islam yang sedang menonton mereka bergaduh. alahai...
Post a Comment