Tuesday, November 30, 2010

Lagi Sebulan

Hari ini hari terakhir bulan November 2010. Bermakna lagi sebulan untuk memenuhi segala tuntutan duniawi tahun Gregorian.

Masih banyak tuntutan yang belum diselesaikan. Banyak resolusi yang belum tercapai.

Lagi satu bulan. Ooops, lagi 10 hari sebenarnya. Sebelum saya bercuti panjang, untuk selesaikan kerja-kerja yang terhutang. Baanyaaaaak tu! Ya, lagi 10 hari saya menanggung kerja dan beban ini.

Syukur, Alhamdulillah!

Kata saya...semoga kerja saya dipermudahkanNya. Aamiiin!

Monday, November 29, 2010

Lagi Seminggu

Lagi seminggu kita akan menyambut Tahun Baru. Tahun baru yang tidak disambut dengan gemerlapan bunga api tapi Qiamulail. Jadi telah tiba masa untuk mahasabah diri...

Di hujung tahun ini...

Manusia berlumba-lumba berkenduri-kendara...(hi, hi, doa untuk ibu dan bapa tak de ke?)

Manusia berlumba-lumba bercuti makan angin...(hi, hi, pergi umrah tak mau ke?)

Manusia berlumba-lumba mengisi SKT...(hi, hi, SKT dengan Tuhan macamana?)

Manusia berlumba-lumba pergi PTK...(hi, hi, PTK dengan Tuhan dah daftar ke belum?)

Cuma tinggal 1 minggu untuk cukupkan mata CPD dengan Tuhan.

Kata saya...dunia oh dunia!

Sunday, November 28, 2010

Bila Dah Mati...

Mendiang Lim Chong Eu selamat dikebumikan. Hampir semua orang menyuarakan yang baik-baik tentang mendiang. Memang patutlah begitu kita menyebut yang baik-baik sahaja mengenai yang telah meninggal. Tapi kenapa setelah meninggal sahaja...

Cuba kita lihat apa yang telah terjadi kepada Allahyarham P. Ramlee. Setelah dia meninggal barulah dikurniakan pingat Tan Sri. Untuk apa? Semasa hidupnya di Kuala Lumpur, dikatakan dalam dokumentari di Astro, sangatlah dhaif.

Sekarang cerita-cerita Allahyarham masih ditayangkan di stesen tv kerajaan, tv swasta dan tv berbayar. Masing-masing membuat minggu P. Ramlee atau bulan P. Ramlee, ikut suka mereka. Yang belum dapat dipastikan hasil royaltinya siapa yang dapat?

Baru-baru ni dalam akhbar, timbul pula kisah cucu-cucunya yang tak dapat pembelaan. Susah, semasa hidup susah, dah meninggal pun susah. Masih ada yang ambil kesempatan.

Kata saya...apabila matinya anak Adam, hanya tinggal 3 perkara baginya...

Friday, November 26, 2010

19

Tadi solat maghrib di Masjid Al Alami. Kemudian dengar kuliah Ustaz H. Seperti biasa dia kupas Surah Ali 'Imran. Selain itu dia cerita tentang laman web yang nampaknya macam laman web Islam yang membicarakan tentang Al-Quran tetapi sebenarnya cuba menyesatkan. Hati-hati kata beliau.

Kata Ustaz H kalau ada orang kata Al-Quran tu ciptaan manusia, suruh diorang baca Surah Al-Najm, lima ayat pertama. Katanya lagi, nombor 19 sangat berkaitan dengan Al-Quran. Bismillah ada 19 huruf...tak percaya cuba bilang, hi, hi.

Surah Qaf, ada 57 (19 X 3) Qaf...

Kata saya...cubalah bilang yang lain-lain sama!

Thursday, November 25, 2010

Gila

Nampak gayanya semuanya dah gila...

Ya, bila dah gila, akan hilang segala pertimbangan. Apa yang difikir adalah yang digilakan itu.

Biar pun yang digilakan itu akan menyebabkan ramai orang sengsara...

Kata saya...tak mau saya apa yang digilakan itu. Kalau saya dapat apa yang mereka gilakan itu, saya yang sengsara!

Thursday, November 18, 2010

Akhirnya...

Akhirnya ada yang berani menegur keputusan yang dibuat oleh "pemegang mohor besar raja-raja".

Saya sangat setuju dengan teguran itu. Saya tidak pernah terbaca di mana-mana kitab yang mengatakan untuk menentukan tarikh Hari Raya AidilAdha PERLU tengok anak bulan. Kalau sesiapa terjumpa sila maklumkan kepada saya.

Pernah sekali saya bertanya kepada Ustaz Z. Jawapannya adalah kita rakyat ikut ajelah keputusan yang memerintah. Hi, hi.

Tapi adakah keputusan yang dibuat oleh yang memerintah itu betul? Kalau tak betul, berapa banyak DOSA telah dibuat apabila dengan terang-terangan mengisytiharkan puasa Hari Arafah jatuh pada 16 November pada hal wukuf sebenar adalah pada 15 November. Kalau wukuf pada 15, bermakna 16 sudah raya. Puasa di hari raya adalah HARAM.

Hi, hi, kan saya dah kata dalam Dilema Lagi. Tahun ini saya berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah mengikut kiraan MALAYSIA. Saya mohon ampun dariNya sekiranya puasa pada hari ke 9 itu HARAM.

Kata saya...cukuplah dari membuat keputusan yang kontroversi...

Tuesday, November 16, 2010

Wan is No 1


Ingat tak budak kecik ni? Hi, hi yang satu ketika dulu bercita-cita nak jadi ustaz?

Semalam dia balik tadika dia dengan membawa keputusan "peperiksaan" dia. Mama dia tanya dia tanya dapat nombor berapa? Dia jawab,"Entah".

Mama dia tengok keputusan...
Marks: 900/900
Position: 1

Hi, hi, belum pernah saya tengok markah yang seperfect ini...

Abang-abang dia dah jealous sebab dah janji siapa dapat nombor 1 akan dapat hadiah. Hi, hi, dia pun dah demand semalam.

Kata saya...Wan is No 1.

Friday, November 12, 2010

Kerana Politik Lagi...Dan Lagi

Kerana politik...

Warga emas jadi bahan lagaan. Yang ni kata warga emas tak mahu "wang judi". Yang ni kata kalau warga emas tak nak, pulangkan...

Mangsa banjir yang jadi "mangsa". Masing-masing mengaku merekalah yang sebenarnya "membantu".

Hampes 3X.

Inilah politik "sebenar" di Malaysia. Politik cari makan, agaknyalah! Bukan motif sebenar nak TOLONG rakyat, nak jadi "WAKIL" rakyat.

Hi, hi, sampai berebut rakyat!

Itu belum cerita yang di"pesong" oleh pihak "media". Kalau baca lagi hampes.

Kata saya...Will the true politician stand up, please!

Monday, November 08, 2010

Dilema Lagi

Tak habis-habis nak timbulkan masalah!

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa Hari wukuf jatuh pada 15 November. Bermakna 16 November adalah Hari Raya AidilAdha.

Kerajaan Malaysia pula telah bersusah payah menetapkan bahawa 17 November adalah Hari Raya AidilAdha.

Apa la beria-ia sangat nak declare Hari Raya AidilAdha tu bila, tunggu aje la tarikh Hari Wukuf. Agaknya di sini pun ada Wukuf jugak, itu yang boleh declare awal-awal. Akhirnya seperti biasa Malaysia terlewat 1 hari. Hampes!

Nanti kita tengok "anak bulan" tak payah guna teropong lagi...

Kata saya...tak habis-habis nak menyusahkan orang.

Sunday, November 07, 2010

Kepoh

Seorang "menteri" kepoh semasa banjir. Menyalahkan kerajaan negeri. Mentang-mentang la dia tak ada kawasan yang nak dijaga.

Kalau dah banjir tu dan datang nak menolong, jangan cakap lebih-lebih. Cukup dengan perbuatan aje, orang akan tahu ikhlas ke tidak.

Tak payah le nak menuduh orang lain. Jagalah jabatan sendiri dengan baik. Perbetulkan yang mana tidak lurus. Nanti ada orang bangkit jabatan tu gelabah tak sudah!

Bak kata pepatah "Kerana pulut santan binasa..." Lu sambunglah sendiri.

Kata saya...nak tengok berapa majoriti undi dia semasa PRU13 nanti. Harap-harap dia tak tukar kawasan!