Saturday, December 31, 2011

2011...

Hi, hi, saya tersangatlah malas tahun ini. Dengan entri ini baru tercatat 17 entri untuk tahun 2011. Banyak sebab yang saya boleh berikan tapi tak mengapalah. Lagi pun bukannya ramai orang yang membaca blog ini dan ramai yang telah tidak menjegok lagi...

Hari ini sikecik, Afiq Ridhwan, telah pergi ke sekolah untuk sesi orientasinya. Petangnya bebudak 4 orang tu saya bawa untuk ambil gambar untuk sekolah.

Malam ini sikecik dan abangnya akan mula tidur di bilik studi saya setelah diperli oleh abang mereka yang 2 orang itu.

Kata saya...kita jumpa di Tahun 2012!!!

Monday, September 26, 2011

Demam Dah Dekat

Hi, hi, bukan itu demam...dah habis pun!

Demam tahun 2008 dah datang lagi. Dah memacam symptom dah keluar.

Sebelum raya 1/2 bulan. Dengar kata minggu depan kurang-kurang 1 bulan lagi. Silap-silap yang pokok pun naik.

SRJKC kat belah lawan pun dah dapat 15juta. Yang belum dengar SRJKT. So, bila agaknya, yek?

Masa 2008 dulu seronok juga pergi menembak. Banyak juga yang kena tembak, khasnya masa hari demam tu.

Saya sedang menunggu nak memangkah orang, khasnya yang tak pernah jengok kawasan.

Kata saya...dah tak sabar ni!

Friday, August 26, 2011

Salah Siapa: Episod 2

Cerita tentang orang Islam di majlis "makan malam" di sebuah gereja masih belum padam. Dari parti politik hinggalah terseret sama pihak istana. Tak tahulah apa nak jadi, tapi yang sah ada yang nak menjadi juara atau pejuang yang menegak akidah Islam, kononnya.

Tetapi mereka semua, pada fikiran saya, gagal melihat punca akar umbi kenapa kejadian itu berlaku...

Saya bersetuju dengan tulisan bekas mufti Perlis mengenai hal ini.

Cuba baca tulisan itu dan fikirkan apakah yang telah dilakukan pihak yang bertanggungjawab.

Saya juga pernah terbaca dalam akhbar bagaimana susahnya seorang orang kurang upaya yang dinafikan bantuan semata-mata kerana rumahnya ada tv dan sistem Astro. TV dan yuran bulanan Astro dibiayai oleh seorang "good samaritan" yang bersimpati dengan OKU ini yang hanya boleh bergerak di sekitar rumahnya dengan kerusi roda. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa bosan OKU tinggal di rumahnya saja.

Pihak yang bertanggungjawab ambil jalan mudah, ada tv ada Astro, bukan lagi orang yang memerlukan bantuan...

Kita perlu sensitif ke mana wang zakat kita (hi, hi, bagi yang keluarkan zakat la...) itu diagihkan. Kemana bantuan kebajikan kerajaan diagihkan. Pernah kita minta financial statement dari pihak yang bertanggungjawab ini ke tidak? Tak heranlah satu kita dulu, kalau saya tak silap, pernah wang zakat di sebuah negeri dilaburkan di pasaran saham dan mengalami kerugian. Jadi, salah siapa?

Kata saya...salah kita semua!

Sunday, August 14, 2011

Semakin Hampir

...Bukan rayalah!

Dah 14 haribulan Ogos. Lagi dua minggu akan ambil cuti raya seminggu. Lepas cuti raya, budak baru pun tiba. Kemudian, seminggu lepas tu pelajar kanan akan tiba dan kelas semester baru akan mula.

Begitu cepat waktu berlalu.

Inilah yang saya suarakan sebelum ini di peringkat pengurusan. Nampak aje cuti panjang dari bulan Mei hingga kini. Tapi kerja yang perlu diselesaikan tak pernah putus. Nak buat kerja sendiri pun tak terkejar.

Kata saya...dah letih dengan kerja-kerja ini, sedang menghitung hari, minggu dan bulan untuk mengakhirinya...

Sunday, August 07, 2011

Salah Siapa: Episod 1

Budak-budak NAKAL kena hantar kursus motivasi di penjara. Budak-budak nakal beritahu emak bapak kononnya mereka didera di sana. Emak bapak melenting, komplen kat media masa dan buat kenyataan.

Budak KURANG AJAR kat cikgu, tak mau dengar cakap cikgu. Budak keluar kelas sesuka hati. Cikgu bawa pisau, kononnya tertoreh kepala budak tu. Emaknya marah, komplen masuk tv. Dah tak mau cikgu tu mengajar anaknya.

Soalannya... kenapa tidak diungkit puncanya. Budak-budak tu NAKAL. Kenapa emak bapak dah tak melenting fasal tu? Nanti anak-anak pukul emak bapak minta duit nak beli dadah barulah agaknya emak bapak sedar...

Ni macam kes budak nakal mati dalam penjara dan yang mati ditembak.

Nak salahkan siapa?

Saya tidak memihak kepada sesiapa tapi musykil perkara ini.

Kata saya...kesemua mereka patut dihukum, disabit dengan kesalahan masing-masing

Monday, July 18, 2011

Doa Permulaan

Allah maha besar lagi sempurna kebesaranya
Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang
Sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi
Dengan keadaan lurus dan berserah diri
Dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik
Sesungguhnya sembahyangku ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam
Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah
Dan aku ini adalah golongan orang Islam


Kata saya...Doa permulaan mengadapnya...

Saturday, July 02, 2011

Perghhhh...Bau Teloq

Itulah yang selalu diikutkan oleh anak saya bila tengok DVD Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Begitulah BUSUKnya politik di Malaysia di kala ini.

Kata saya...nasib baik tak masuk politik, kalau tak, bau teloq sama.

Sunday, June 26, 2011

Yang Ni.... Malaysia Boleh Jugak?

Semalam ada baca dalam the Star tentang cerita kes beberapa atlet yang dikaitkan dengan salahguna dadah telah dilepaskan kerana tempat pengujian itu dikatakan tidak menghasilkan keputusan yang tepat.

Tempat pengujian yang dimaksudkan terletak di Malaysia.

Hairan! Dalam media lain tak pula saya dengar kecoh.

Kerajaan dah belanja juta-juta, hasilnya pensijilannya ditarik balik.

Kata saya... hi, hi, ada cita-cita nak buat loji nuklear

Thursday, June 23, 2011

A Tale of Two Anak+Buah

Seorang anak...kepada seorang ketua

Sedia menurut perintah seorang di bawah ketua. Tanpa banyak kerenah. Kerja pun siap.

Seorang anak+buah...kepada seorang ketua segala ketua

Bukan main liat lagi naak buat kerja. Ingat ni tempat bapak dia atau datuk dia yang punya. Kerja tak siap, kualiti kerja hampes.

Seorang anak pandai membawa diri. Seorang anak+buah sengaja menempah kesan boikot. Tunggu ajelah ketua segala ketua tu habis kontrak. Tengok dia nak ngelamun lagi macam sekarang.

Kata saya...dua tahun tak lama lagi, tukar la tabiat malas kau tu...

Thursday, June 16, 2011

Tahajjud...

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Kata saya...Tahajjud Cinta

Tuesday, June 07, 2011

KTS

KTS

Saya terkejut bila KTS mengeluar keterangan akhbar seperti itu. Saya juga ada baca dalam akhbar komen Dato' Noh Gadot dan mufti perak. Tapi saya lebih suka baca komen dalam pukullima.blogspot.com


Kata saya...macam buka pekong di dada, bodoh sungguh mengandaikan diri sebagai PELACUR!!!

Islamophobia Lagi

FIFA has make another blunder and with that they my list of anti-Islam and Islamophobia. Apa nak takut sangat Muslim soccer players especially women, to wear more decent clothing.
Heh, macam badan badminton dunia suruh pemain wanita skirt. Macam badan volleyball dunia mewajibkan pemain wanita berpakaian ala bikini satu masa dulu.

Kata saya...negara OIC sepatutnya boikot FIFA - stupid regulation FIFA

Sunday, April 24, 2011

Doa

Ya Allah
Aku memohon kepadaMu permintaan yang terbaik
Doa yang terbaik
Kejayaan yang terbaik
Ilmu yang terbaik
Amal yang terbaik
Pahala yang terbaik
Kehidupan yang terbaik
Kematian yang terbaik
Kuatkanlah aku
Beratkanlah timbangan kebajikanku
Realisasikan keimananku
Tinggikanlah darjatku
Terimalah solatku
Ampunilah dosa-dosaku
dan...
Aku memohon syurga tertinggi dariMu.

Kata saya...hanya doa itu yang mampu kuucapkan di hari ulangtahun ini...

Monday, January 31, 2011

Pindah

Hari ini hari terakhir bulan January 2011, dan hari terakhir berada di bangunan menumpang ini. Ye lah, kita masih belum ada bangunan sendiri. Terpaksa menumpang di merata bangunan di kampus induk. Akhir kembali semula ke "Bangunan Hijau" atau sekarang dinamakan Bangunan MARS.

Dilihat dari persiapan yang ada pada hari Jumaat memang bangunan itu belum sempat nak menerima kami. Tak tau la kalau-kalau si kontraktor berjaya membuat sesuatu yang ajaib dan pihak pengurusan yang lain berjaya dalam melaksanakan kerja mereka.

Tak apa, kejap lagi kita tahu la...

Kata saya...kalau office tak siap, saya balik duduk kat rumah aje la...

Wednesday, January 26, 2011

Terus Membisu

Ya kali ini dia membisu...

Kalau dulu heboh kononnya dialah pejuang Islam.

Tapi kini bila timbul isu asas sentuhan bukan muhrim ditimbulkan, dia senyap. Kena pulak yang menyuarakan isu ini adalah BUKAN MUSLIM.

Dia terus membisu...

Kalau saya jadi dia, seorang wakil rakyat MUSLIM, dah lama saya seranah PENZINA itu!

Kata saya...politik cari MAKAN, beb!

Friday, January 21, 2011

Doa Lapan

Tuhanku,
Ampuni aku
Sayangi aku
Tutupkan aib-aibku
Angkatlah darjatku
Berilah aku rezeki
Berilah aku petunjuk
Sihatkanlah aku
Maafkanlah aku


Kata saya...doa antara dua sujud...

Saturday, January 01, 2011

NY Resolution

Tahun baru azam baru. Orang kata resolusi baru.

Malam semalam ramai tunggu hingga tengah malam untuk menonton pancaran bunga api. Cantiiik!

Hi, hi, berapa ramai pula ter-miss solat subuh agaknya?

Kata saya...solat subuh ada tak dalam resolusi tahun ni? Kalau tak solat subuh bermakna first day dah kaput?