Friday, July 26, 2013

Yang Lebih Afdhal

Ya, dah Jumaat, 17 Ramadhan. Begitu cepat sekali Ramadhan bergerak.

Hari isnin lepas kena ambil cuti untuk menziarah keluarga terdekat yang sakit. Dalam perjalanan pulang terpaksa singgah di sebuah masjid yang tempatnya sama nama dengan tempat kelahiran saya. Ya terpaksa singgah untuk berbuka di situ.

Bangsal didirikan di perkarangan masjid. Tiada jemaah tempatan kecuali mungkin imam, bilal dan siak di ruang legar masjid. Satu kereta lain ada di tempat parking. Pasangan itu telah siap sedia duduk di meja bawah bangsal tersebut.

Ketika saya pergi ke tempat wuduk saya lihat 3 pegawai masjid itu membuka bekal masing-masing. Bila bilal mengalunkan azan pegawai masjid tersebut menikmati bekalan juadah yang dibawa dari rumah.

Setelah makan saya naik ke mesjid untuk bersedia solat maghrib. Saya lihat ada satu senarai terpampang pada papan kenyataan. Senarai lengkap penderma moreh dari 1 Ramadhan hingga 28 Ramadhan.

???


Kata saya...Tiada orang nak sponsor berbuka puasa tapi ramai yang sponsor moreh. Yang mana lebih afdhal, jamu orang berbuka puasa atau jamu untuk moreh. Ternyata dah hilang keutamaan.

No comments: