Monday, April 21, 2008

Pemilihan PM

Saya tertarik dengan ulasan YB TS Muhyiddin mengenai kedudukan PM. Tidak seperti yang digemburkan oleh YB DS Mohamed Nazri Aziz yang mengatakan kemahuan rakyat yang inginkan YB DS Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Saya tidak pasti samada dalam perlembagaan tubuh Malaysia ada tercatit macam perlembagaan tubuh negeri-negeri. Macam kes Terengganu dan Perlis. Kalau macam tu berat jugaklah kesnya.

Yang saya nak highlight-kan adalah perlantikan PM Malaysia bukan macam perlantikan Presiden US, yang mana ditentukan oleh rakyat. Pemilihan eksekutif itu diasingkan dari pemilihan senat. Itu sebab kalau menang jawatan Presiden bukan senang nak memerintah sebab belum tentu senat sokong presiden. Lebih-lebih lagi majoriti senat dari parti lawan (US cuma ada 2 parti - Repulican dan Democrat: kenkadang ada jugak mamat Independent macam Perot). Macam sekarang ni Bush - Republican, majoriti Senat - Democrat. Kalau dalam parti sama pun boleh berlaku pembelot - itu sebab ada penglobi sesuatu bill.

PM Malaysia biasanya adalah Presiden UMNO, yang mana Ketua Barisan Nasional. Yang memilih Presiden UMNO hanyalah ahli parti UMNO. Itu pun perwakilan G7 yang buat keputusan semasa pemilihan dibuat diperingkat pusat semasa pemilihan AGM UMNO. Pemilihan G7 tidak semestinya pilihan yang dibuat oleh ahli-ahli di cawangan dan bahagian. G7 punya pilihan untuk ikut cadangan ahli atau buat pilihan sendiri.

Jadi pemilihan bulan Disember ini adalah pemilihan bukan hanya pemilihan Presiden UMNO tapi juga pemilihan PM. Yang menang jadi PM. Tak tahulah saya kalau-kalau ada lagi perlembagaan tubuh Malaysia yang saya tak tahu. Macam saya kata dulu PRU-12 ni membuatkan saya banyak belajar berkenaan perlembagaan.

Kata saya...ini komen peribadi saya yang tak ambil jurusan undang-undang, ini saja buat masa ini yang saya faham mengenai perlembagaan Malaysia.

Wednesday, April 16, 2008

B*b* Sana B*b* Sini

Tak habis-habis cerita fasal b*b* ni. Anak saya yang kecik tu kalau dia marah memang dia cakap b*b*. Mungkin dia belajar kat abang-abangnya. Tapi yang dok kecoh fasal b*b* ni orang dewasa. Parti nun kata lagu ni, parti tun kata lagu tu. Yang jadi mangsa sahlah orang melayu.

Ada yang mengutuk pemerintah yang baru. Padahal tempat dia sendiri pun tak terbela. Dah 50 tahun merdeka, bebudak sekolah dok menghidu tahi b*b* lagi. Negeri satu tu kata nak buat buat yang berteknologi tinggi. Katanya kerajaan yang lepas dah luluskan. Kerajaan yang lepas pulak nafikan. Entahlah yang mana satu betul. Yang dah sah kedua-dua MB orang Melayu, orang Islam...

Yang kat negeri yang pemerintahnya mengutuk pun belum habis cerita. Yang saya tahu masa cerita tengah hot dulu selalu saya tengok b*b*-b*b* tu diangkut waktu siang. Saya siap cakap kat anak-anak,"Itulah binatang yang korang dok sebut-sebut tu". Apa cerita binatang tu tak tau le. Katanya nak kurangkan jumlahnya. Saya fikir ianya hanya diangkut ketempat lain, jumlahnya masih sama. Kalau tidak mesti ada cerita tentang dagingnya turun harga sebab kena potong untuk kurangkan jumlahnya. Ataupun b*b* ni dihantar ke negeri lagi satu sebab dah nak buat penternakan secara moden.

Kata saya...kenapa tak buat kat Pulau Jerjak ke Pulau Bidong ke...kat tempat tak ade orang duduk. Kemudian air sisa tu boleh recycle buat macam New Water kat Singapore tu, hi, hi hi.

Saturday, March 29, 2008

Oh! They Did It Again

Kalau dulu saya dimaklumkan akan dipanggil interview semasa saya di Madinah, kali ini mereka akan mengadakan interview semasa saya di Madinah. Same Old! Same Old! Sekali lagi saya dimaklumkan melalui telefon, cuma bezanya panggilan diwakilkan kepada proksi di Fakulti.

Saya dimaklumkan oleh proksi di Fakulti, interview akan diadakan pada 3 April, manakala saya hanya akan sampai di KLIA pada 10 April. Mereka tak boleh nak ubah-ubah. Isteri saya pun dipanggil interview pada tarikh yang sama. Kalau kami tak jadi pergi tak kan anak kami dua orang pun tak pergi. Tak kan nak burn-kan aje duit RM18,000 semata-mata nak kejarkan interview tu?

Agaknya dah tak ada rezeki saya agaknya. Mengikut plan kami memang dah betul. Perancangan diorang aje yang terlewat 3 minggu. Salah satu sebab besar kemungkinan kerana pilihanraya. Kedua mungkin sebab big boss dilanjutkan kontrak jawatannya. Tak mengapalah. Kalau ada rezeki, ada. Kalau tak ada, itu kehendak Allah. Lagi pun kalau dapat pergi interview belum tentu dapatnya.

Kata saya...agaknya kena pergi tiap-tiap tahun supaya terlepas aje interview macam ni.

Tuesday, March 25, 2008

The List

Pada bulan Februari tahun lepas saya telah menulis tentang senarai Anti-Islamic saya. Beberapa orang ternama telah saya fikir-fikirkan untuk dimasukkan dalam senarai itu tetapi tindak-tanduk mereka adalah sebelum tarikh keramat itu, 2 Februari 2007. Jadi nama mereka tidak dapat dimasukkan.

Namun begitu nama pertama dalam senarai saya akhirnya saya dapat juga akhirnya. Pemenang pertama adalah Magdi Allam. Beliau, seorang murtad, begitu lantang meng-"condemn" Islam. Baru-baru ini telah membuat satu lagi cerita sensasi bila telah di-baptise oleh Pope Benedict. Satu tindakan yang dikesali oleh umat Islam.

Saya setuju dengan Aref Ali Nayed yang mengatakan kemurtadan Magdi Allam itu adalah kehendak peribadi beliau. Perbuatan di-baptise oleh Pope adalah seperti satu perbuatan provokasi yang mana cuba dieksploit oleh golongan Vatican City. Berita ini telah menjadi satu headline nota kaki berita bergerak CNN beberapa hari lalu. "Pope baptise prominent muslim".

Kata saya...lepas subuh baca surah Al-Mulk, sebelum keluar rumah baca surah Al-Waqi'ah, lepas Asar baca surah Ya-Sin dan lepas maghrib banyakkan Istighfar. Gitu kata tok guru saya hari sabtu lalu.

Sunday, March 23, 2008

Minta Maaf Aje?

Dari Utusan online, BN perlu mohon maaf. Apa perlunya minta maaf? Setelah tuan empunya diri dimalukan begitu rupa. Agaknya kalau saman malu berapa juta boleh dapat? Ooooi, itu belum masuk interest untuk 20 tahun lagi!!!

Saya tak pasti kenapa kenyataan ini dibuat. Mungkin untuk mengaibkan sesorang, atau kerana orang ramai sudah dapat menilai kes "Lingam-Video", atau untuk menunjukkan kuasa, atau beliau benar-benar ikhlas. Saya berharap yang terakhir tu.

Yang saya mahu lihat: senarai nama hakim yang dikatakan tidak berkebolehan dan ada unsur rasuah. Kalau betul Senator MZ ikhlas saya mohon diwar-warkan senarai tersebut seperti yang dikatakannya. Jangan cakap tak serupa bikin.

Kata saya...ini penyapu baru, biasanya dia sapu bersih punya.

Saturday, March 22, 2008

Another Perlis or Perak (take your pick)

Sebuah lagi negeri yang masih tanpa MB, YM Sultannya telah memperkenankan YB ADUN Kijal, bukannya YB Jertih, untuk dilantik sebagai MB baru.

Ianya semacam Perlis apabila YM RPs telah melantik bukan MB sementara.

Ianya semacam Perak apabila ADUN BN akan memboikot majlis angkat sumpah.

Kata saya...nak lihat ada kumpulan mana pulak yang akan membuat perhimpunan haram: yang menyokong ADUN-ADUN BN atau yang menyokong perkenan YM ST, dan juga apa pulak tindakan polis terhadap mereka. Hik, hik, hik...kena sembur ke tidak

Tuesday, March 18, 2008

2 X 5 ???

Pertama:
Mukhriz Mahathir telah menghantar surat kepada YB PM supaya meletakan jawatan Presiden UMNO dan sebagai PM berikutan keputusan PRU 12 2008.
Difahamkan TDM juga telah menghantar surat yang kandungannya hampir sama kepada PM pada waktu itu berikutan keputusan pilihanraya tahun 1969.
Ape nak dikata, Bapa Borek Anak Rintik...

Kedua:
Setelah sebegitu lama Gerakan menerajui Pulalu Pinang, kaum melayu merasakan mereka dipinggirkan dan tidak dapat manafaat yang sepatutnya dalam arus pembangunan negeri itu.
Sekarang DAP menerajui Pulau Pinang, YAB LGE secara terang-terang mengatakan tidak akan meneruskan DEB.
Pi mai, Pi mai, yang rugi orang melayu gak...

Ketiga:
YB LKS telah menolak keputusan YM PRPk melantik wakil PAS sebagai MB Perak. Orang ramai membantah kenyataan tersebut (siap buat perhimpunan haram lagi) dengan mengatakan YB LKS biadap!
YB SK telah membantah keputusan YAM RPs untuk melantik ADUN Bintong sebagai MB Perlis. Dia cakap dia ada 120 hari untuk berbuat sesuatu memandangkan dia pada masa itu dapat watikah dari YAB PM. Apa nama perbuatan camana ni pulak?

Keempat:
PAS buat perhimpunan di Batu Buruk - katanya tiada permit. Kena sembur dengan FRU.
Hindraf buat perhimpunan (kat mana ye? tak ingat pulak) - tiada permit jugak. Kena sembur dengan FRU jugak.
NGO Melayu aka ahli UMNO buat perhimpunan kat KOMTAR Pulau Pinang dan di Perak (dah tak ingat kat mana, Kuala Kangsar ke Ipoh?). Tak dengar pulak cerita kena sembur dengan FRU.

Kata saya...2 X 5 ajelah korang semua. Main politiklah korang, janji tak kacau aku. Jangan bagi aku jadi David Banner, nanti kang habis korang aku makan...

Friday, March 14, 2008

A Lesson on Constitution

Sejak Pembangkang menang 4 negeri dalam PRU 12 barulah keluar cerita perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri-negeri tersebut. Barulah saya tahu bahawa memang ada peruntukan dalam undang-undang tubuh yang menyatakan MB mesti Melayu. Kalau pembangkang tak menang rasanya tak tahulah sampai bila-bila.

Dalam beberapa hari ni pulak Sultan dan Raja yang memerintah pula telah juga menggunakan kuasa yang ada untuk memperkenankan perlantikan MB. Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Perak telah cuba memastikan gabungan pembangkang sebelum bersetuju kepada cadangan. Saya kagum dengan perintah PSP yang meminta semua ADUN gabungan pembangkang menandatangani surat persetujuan. Saya rasa tanpa desakan itu alamatnya entah bila kerajaan negeri Perak nak ditubuhkan.

Hari ini pula Raja Perlis telah melantik YB ADUN Bintong untuk jadi MB Perlis, walhal YB Tambun Tulang telah dapat watikah dari YAB PM. Menurut Utusan online, "Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri". Kerajaan negeri Terengganu pun adalah masalah dan MBnya masih belum dilantik. Ini negeri BN juga, adalah masalah yang sama.

Yang saya tak faham sebelum ni tak ada masalah macam ni. Biasanya bakal MB negeri, PM yang decide. Bakal MB cuma perlu jumpa Sultan atau Raja untuk mohon perkenan. PRU 12 ni begitu mengejutkan. Macam-macam benda boleh belajar tentang undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Kata saya...saya rasa dalam masa 4 atau 5 tahun lagi banyak hal perlembagaan/undang-undang tubuh negeri kita boleh belajar...

Thursday, March 13, 2008

Islamophobia

Hari ini dapat belajar perkataan baru, "Islamophobia". OIC coin-kan word tu dalam STAR hari ni.

Di barat kononnya rakyat takut kat orang Islam, kerana telah di-synonym-kan dengan pengganas. Tengok orang purdah dan hijab kata ada bawak bom. Muka macam pak Arab dah sah kena maki hamun. Mereka disisih dan didiskriminasi. Bila Islam diorang tak kisah kutuk berapi-rapi. Cuba kutuk fasal Israel, akan dikata Anti-Semitic. Tidak pula orang tu dikata Jewsphobia. Memang diorasng tu m***gk*k h*y*n!!!

Di Malaysia pun ada juga Islamophobia. Terbahagi kepada dua. Pertama, yang takut kat PAS, khasnya DAP. Takut di-declare "Islamic State". Tanya itu Mr KS, walaupun TM, AB, NR, pernah mengatakan Malaysia memang dah "Islamic State" untuk counter PAS punya statement. Itu yang LKS marah sangat Ir Nizar jadi MB Perak yang diperkenan oleh YMM SAS/YM RN. Mungkin jugak sebab dia rasa tak patut parti pembangkang paling sedikit dapat undi di Perak dapat post MB. Hi, hi, hi.

Kedua, yang saya baru tahu dalam seminggu dua ni. Phobia pada Islam Hadhari. Bagi yang Islam dan juga bagi yang bukan Islam, kedua-duanya sekali. Itulah salah satu sebab yang dikatakan menyebabkan Tsunami PRU12. Entah betul entah tidak saya tak tahu. Mungkin diorang saja nak cari alasan kut.

Kata saya...apa yang nak di-phobia-kan. Islam adalah agama yang menyeru kepada kebaikan dan kebajikan. Apa yang nak ditakut kalau tak buat salah. Orang yang banyak songe tu saya rasa banyak buat salah agaknya.

Wednesday, March 12, 2008

Kan Dah Kata

Seperti menyambut seruan saya Sabah dan Sarawak telah memaklumkan/menyarankan agar mereka diberi kerusi tambahan dalam kabinet yang akan dibentuk tidak lama lagi oleh YAB PM.

Saya tak pasti bagaimana perutukan kerusi kabinet yang biasanya dibuat. Samada mengikut parti atau mengikut negeri. Pada pendapat saya, perlu mengikut kedua-duanya. Matriks parti dan negeri perlu dilaksanakan supaya parti dan negeri yang banyak membantu pembentukan kerajaan diutamakan. Tanpa Sabah dan Sarawak BN cuma ada 6 kerusi majoriti sahaja.

Tapi tak apalah kita tengoklah nanti macamana pandangan YAB PM. Kalau nak diikutkan memang dari dulu lagi Sabah dan Sarawak biasa menang hampir semua kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Kalau dulu tak ada masalah, so sekarang pun tak ada masalahlah agaknya. Kecuali ada yang bercita-cita lebih tinggi...

Kata saya...so sad (hi, hi, hi) my two favourite ministers (LKY & SV) dua-dua dah tak ada dalam parlimen, kena cari orang lain untuk modal komen...

Sunday, March 09, 2008

The Day After...

Demam dah sembuh dan Raya pun dah habis. Hasilnya kota yang nak diroboh masih tegak tapi 4 rumah lain yang hanyut dibawa tanah runtuh. Ramai yang cakap macam kena Tsunami. Anyway, macam yang diwar-warkan sebelum ini kalau nak buat perubahan bukannya dengan demonstrasi jalanan tetapi di peti undi. Dalam banyak media cetak mengatakan "the people have spoken, loud and clear".

Komen saya...
Tanpa mengira jumlah kerusi parlimen di Sabah (25-1) dan Sarawak (31-1), di mana pihak langsung tiada suara, bermakna dari 140 kerusi yang dimenangi BN hanya menang 86 kerusi di semenanjung. Kerusi yang dimenangi oleh pembangkang di semenanjung adalah sebanyak 80. Ini bermakna tanpa sokongan padu dari Sabah dan Sarawak kedudukan BN adalah goyah. So what do you think, should Sabah and Sarawak ask for more seats at the cabinet? Food for thought for whoever will lead the govt tomorrow...

What will be interesting to see...
Apa akan terjadi dengan semua wilayah ekeonomi yang telah diumumkan? Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang termasuk dalam Wilayah Utara dah jatuh kepada pembangkang. Menurut akhbar pembangunan akan diteruskan. Saya harap begitulah. Macam tu jugak dengan kontrak air Pahang dengan Selangor. Jangan tak jadi, nanti nak mandi pun tak ada air. Susah tu!

Saya ramalkan...
Bila saya lihat perkembangan di akhbar samada yang online atau cetakan saya ingatkan Terengganu dan Perlis akan jatuh kepada pembangkang. Lain pulak yang jadinya. Yang nampak bermasalah tak ada apa-apa yang senyap-senyap pulak terguling. Itulah yang dikatakan "Air tenang jangan sangka tiada buaya".

Kata saya...tempat saya BN 1 DAP 1. Undi saya pada siapa , ek? Boleh SPR tolong check? Kalau boleh check tolong beritau saya, saya tak ingat KAT NAMA SIAPA saya pangkah.

Friday, March 07, 2008

Anak Bulan Dah Nampak

Memandangkan anak bulan dah dinampakkan oleh EC maka diisytiharkan besok adalah ..... Raya. Jadi besok bolehlah pakai baju raya. Hi, hi, hi tak kesahlah nak pakai baju merah, pink, biru gelap, biru cerah atau hijau ke. Pakai yang warna warni lagi bagus. Janji besok raya! Yeihaaaaaaaaaaa!

Saya masih lagi tak tahu lagi nak pilih pakai baju apa. Agaknya besok main lambung duit syiling aja. Baju raya saya pula tak siap pula tahun ni jadi macamana saya nak pilih pakai baju apa. Mungkin pakai baju tahun 2004 kut.

So far peraih raya dah datang ke rumah tapi masa saya tak ada. Kalau tidak mahu saya serahkan pelan tindakan raya saya tu pada mereka. Ada beberapa perkara kat dalam list tu dah dibuat perasmian pecah tanah. Jadi saya nak tengok benda-benda tu bergerak tak lepas raya nanti. Memang kalau tengok kat tv memacam acara pecah tanah dibuat sempena raya ke 12 ni. Sampai Mydin nak bukak kedai baru pun ada acara pecah tanah dibuat ahli politik. Alahai...Mydin pun nak ambik kesempatan.

Kata saya...selamat beraya esok, yang cukup umur tu pergilah beraya dengan tenang. Jangan takut pada anasir luar dan peraih raya. Raya ni macam tahun lompat 4, 5 tahun sekali. Rayakanlah dengan gaya sepatutnya. Selamat BerRaya.

Wednesday, March 05, 2008

Apa Dah Jadi

Dari Utusan online tentang hipnosis untuk cari Sharlinie. Pelik pulak rasanya bila si bapa kata dia nak bincang dulu dengan keluarga tentang syarat yang dikenakan oleh Dr Sazali. Bukannya apa, hanya ibubapa dan polis saja yang boleh hadir. Adakah itu rumit sangat untuk dijalankan. Kenapa perlu orang ramai, kenapa perlu sanak saudara untuk lihat cara pelaksanaan tersebut. Kalau bomoh yang datang ramai-ramai, cari publisiti murahan, itu elok saja dibenarkan. Sampai sekarang habuk bayang pun tak ada. Cakap seminggu, sekarang dah berapa hari.

Pada saya sibapa perlu realistik. Dr Sazali kata dia nak suasana tenang. Kalau ada orang ramai dah tentu jadi macam pesta. Sepatutnya apa yang baik itu ikut sajalah. Tak perlu kecoh dengan orang ramai. Yang penting dapat anak balik. Kalau tak jumpa lagi dalam sebulan dua ada tak lagi orang ramai yang nak menanggung simpati? Bak kata pepatah "Berat mata memandang berat lagi bahu memikul".

Menurut pengajian saya, teknik ni bukan termasuk dalam bertenung nasib (salah satu dosa besar???). Cara saintifik agaknya. Tak taulah kalau-kalau apa yang dibuat ada unsur-unsur tenung nasib.

Kata saya...kalau rasa benda tu baik buatlah, kalau rasa tak jangan teruskan tapi pada hemat saya teknik ni lebih baik dari guna bomoh ramai-ramai tu.
Kata saya...

Tuesday, March 04, 2008

EC oh EC

Now you see it. Now you don't. Itu perumpamaan peraturan yang dibuat oleh EC.

Pertama, kertas penamaan calon perlu dimati setem. Kenyataan hanya dibuat pada hari Khamis walaupun sebelum ini saya difahamkan tidak pernah dipraktikkan. Kekecohan berlaku pada hari penamaan calon. Ada protes yang dibuat tetapi ditolak.

Kedua, pembatalan penggunaan dakwat "kekal". Saya baca dalam online paper pukul 9.00pm tadi. Lagi 4 hari nak mengundi oiiiii! Dengar cerita EC dah beli dakwat tu dari India. Dah beli kenapa tak nak guna. Bagi sebab keselamatan awam. Semasa nak beli hari tu kenapa tak tanya KPN dan Peguam Negara. Agaknya boleh ke dakwat tu digunapakai 4/5 tahun lagi. Membazir betul!

Yang saya pelik macamana peraturan sebegini dibuat dalam tempoh masa yang singkat. Peraturan yang hendak digunapakai bagi satu pemilihan yang penting bagi rakyat Malaysia. Yang akan menentukan tampuk pemerintahan untuk 5 tahun akan datang. Pada hemat saya peraturan/akta yang sebegini penting perlu didokumentasikan lebih awal sebelum pilihanraya, bukan kurang seminggu dah ubah lagi peraturan/akta. Ini menunjukkan tiada perancangan yang dibuat untuk menghadapi pilihanraya. Dulu dia yang kata dia tahu tarikh pilihanraya.

Kalau kita ambil contoh peraturan/undang-undang bolasepak FIFA sebagai contoh. Kalau dia nak ubah dia akan bagitau semua ahli gabungan lebih awal supaya semua dapat mengadaptasi peraturan itu di negara masing-masing. Masa Piala Dunia pun apabila bola rasmi nak digunakan semua negara terbabit dalam pertandingan akhir dah gunakan dan biasakan dengan keadaan bola tersebut (saya tak mau komen PSM dengan bola plastik tiruan buatan Siam tu, hi, hi).

Kata saya...nasib baik Tan Sri EC tak masuk jadi calon, kalau tidak dah tentu saya TAK undi dia, hi, hi, takut nanti sekejap projek on sekejap projek off - tak tetap pendirian.

Murtad

Dari Utusan online cerita hukuman ke atas bekas ustazah yang murtad. Hukumannya 2 tahun penjara. Yang saya tak faham kenapa yang lain tak diseret ke mahkamah syariah atas tuduhannya yang sama? Adakah kerana dikatakan bekas ustazah ni kata dah keluar agama kerana nak selamat dari tuduhan/hukuman. Macamana dengan kes high-profile yang lain. Macam kes yang minta tukar/buang status agama kat pengenalan, atau kes dibawa kahwin lari bersama pemuda beragama lain. Adakah yang ini termasuk dalam kategori tersebut? Atau mahkamah syariah tak ada kuasa kat kes 2 ni? Yang arif undang-undang tolong jernihkan sikit kat saya.

Kata saya...kat mana perginya ayah pin, ek? macam kehilangan syarlinie, sampai sekarang tak dapat dikesan...

Wednesday, February 27, 2008

Di mana Anak Anda?

Hari Isnin lepas balik dari KL singgah di R&R Seremban untuk solat maghrib. Di pintu masuk surau saya lihat seorang pak haji (agaknyelah, dia pakai kopiah) sedang berurusan dengan beberapa orang pelajar wanita. Rupa-rupanya mereka adalah pelajar Maahad Tahfiz XXXXX. Tak tau pulak saya kat mana sekolah tu. Ada lagi satu kumpulan (mungkin lebih saya tak nampak pulak) yang berkeliaran kat tempat makan minum. Tak nampak juga guru atau pelajar lelaki.

Yang menyebabkan saya kecewa adalah kenapa pelajar-pelajar itu ada di situ di waktu itu. Adakah itu tanggungjawab mereka sebagai pelajar? Adakah itu satu-satu cara untuk mengutip derma untuk sekolah? Kenapa waktu itu? Diorang tak perlu mengulangkaji pelajaran ke? Ibubapa tahu tak kegiatan mereka ini? Kalau tahu, kenapa tidak buat sesuatu? Kalau tak tahu, tanya anak-anak anda!!!

Apa kata kita panggil Mazidul 360 buat liputan sikit, interview pelajar-pelajar ni, guru-guru (yang berselidung di balik lalang 2 3 helai) dan guru besarnya sekali. Baru dapat publisiti sikit. Mungkin lepas tu ramai yang nak menderma kat sekolah tahfiz ni.

Kata saya...saya selalu tengok seorang pak haji kat pasar malam yang mengutip derma untuk sekolah tahfiz dia, siap dengan resit. Tak ada pulak nak suruh anak-anak murid dia kutip derma macam ni...

Sunday, February 24, 2008

Ada lagi...?

Bekas kawan sekerja saya di Kuantan dulu dan sekarang berada di Kelantan, Wan Ubaidah Omar, telah menjadi calon PAS di DUN Kijang Kelantan. Beliau telah menang tanpa bertanding! Calon BN adalah seorang muflis. Alahai ada lagi kes macam ni! Dulu kat Johor, calon BN disqualified atas sebab penyokongnya. Yang ni pulak nak salahkan siapa? Dengar cerita BN dah periksa semua latarbelakang calon. Kalau parti dah semak pun, calon perlulah semak dengan Bank Negara atau mana-mana badan yang bertanggungjawab ke. Itu makna calon tak bersedia!!! Kalau dia sendiri tak bersedia nak jadi calon, macamana nak berkhidmat untuk rakyat?

Saya rasa mungkin SPR kena permudahkan lagi (boleh mudah lagi ke?) proses penamaan calon ni. Mungkin boleh link terus dengan database yang berkaitan dengan proses pilihanraya, contohnya kes muflis ni. Atau parti sendiri perlu langgan dengan Bank Negara untuk dapatkan senarai berkenaan. Senang sikit nak buat proses pemilihan calon, tak perlulah tak tidur lena sampai sebulan macam Menteri Besar Pahang cakap hari tu.

Tak bestlah bila ada calon menang tanpa bertanding. Hi, hi rugilah pembuat poster tak dapat ration buat poster. Penampal poster pun kurang dapat imbuhan dan perang poster pun tak menjadi. Saya nak tengok idea kreatif poster yang dibuat. So far sini biasa saje, man pacak bendera siapa banyak. Cuma satu komen tentang poster ni saya lihat. Kualiti tak bagus, mungkin order dari China kut. Tak sampai seminggu poster direntang, yang plastik ke yang kertas ke, yang kain ke, ada dah yang pudar! Apa cerita ni. Tak sampai 8 Mac poster tu dah tak nampak apa dah!!!

Kata saya...Parlimen Bukit Katil, BN (UMNO) lawan PKR, ADUN Ayer Keroh, BN (MCA) lawan DAP. Hi, hi, hi, mana satu nak pilih? Peraih undi belum datang jumpa saya lagi. Saya dah tahu apa saya nak undi tapi tak tahu yang mana satu nak pilih. Faham...?

Thursday, February 14, 2008

Demam is ON

Semalam PM dah bubarkan parlimen dan kesemua negeri KECUALI Sarawak dah bubarkan dewan undangan. Jadi kalau dah bubar bermakna tak adalah YB dan menteri-menteri. Cuma yang tinggal PM, Menteri Besar dan Ketua Menteri sementara saja.

Maknanya tak perlulah nak panggil Yang Berhormat lagi tapi Yang Berharap. Yang berharap akan dicalonkan, yang berharap akan diundi, yang berharap akan menang. Kalau tak dicalonkan dan tak menang, alangkah malangnya nasib mereka...hi, hi.

Siapalah yang akan jadi calon ADUN dan Parlimen tempat mengundi saya. Saya masih lagi menunggu peraih-peraih undi untuk datang jumpa saya. Saya ada senarai yang nak mereka buat untuk kawasan tempat saya tu. Adalah dalam 10 muka A4 saje. Kalau diorang tak cukup saya boleh tambah. Kawasan mengundi saya: DUN 137/16 Ayer Keroh, Parlimen 137 Bukit Katil.

Kata saya...saya dah tahu siapa saya nak undi walaupun belum tahu siapa calon-calonnya...

Tuesday, February 12, 2008

Undang-undang Syariah

Terkejut saya apabila baca paper STAR hari ini berkenaan Archbishop of Canterbury yang telah dikutuk apabila dikatakan telah "suggesting the introduction in Britain of some aspects of sharia was unavoidable". Sebelum ni tak ada pulak saya baca tentang komen dia tu kerana apa.

Di Malaysia, sebuah "negara Islam" (kena letak quotation mark, nanti Mr KS marah) kita masih nak merujuk common law UK. Tak taulah apa makna tu, saya tak ambik Law. Mungkin kawan-kawan lain boleh bantu memberi pemahamannya. Undang-undang syariah tak boleh pulak. Saya tak faham. Undang-undang buatan manuasia vs undang-undang Allah. Siapa menang???

Kata saya...kurang-kurang ada jugak orang agama lain setuju dengan undang-undang syariah orang Islam.

Monday, February 11, 2008

Dah demam ke?

Baru nak tulis cerita ni dah tengok Pen Merah tulis tajuk demam. Heh, heh. Dulu ada iklan kat Astro tanya macam tu. Tapi apa yang nak saya cerita bukan demam tu, iyaaa BUKAN demam AF. Heh, heh. Biasanya YB saja yang demam…

Kes 1
YB ni cuba mengatakan yang rekod dia tidak buruk. Boleh refer kat laporan yang dia buat ke PM (agaknyalah). Dia kata ada orang cuba memburuk-burukkan dia. Tak taulah betul tidak, yang pasti kat grassroot saya rasa dia tak kuat. Masa pilihanraya saya rasa pengundi pangkah lambang bukan pangkah orang. Bak kata member saya kalau letak monyet pun boleh menang. Tak taulah betul tidak, itu kata member saya. Kat universiti saya dulu pernah diletakkan anjing sebagai calon presiden student union. Saya tak pasti apa kesudahannya.

Kes 2
Yang ni kes ramai-ramai. Ramai yang kata terpulanglah kepada pucuk pimpinan. Saya rasa YB-YB ni takut nak cakap dia/mereka layak untuk jadi calon. Kalau kat tempat kerja saya kena tunjuk bukti-bukti kelayakan untuk naik pangkat untuk dinilai oleh jawatankuasa. Maknanya saya kena promote diri sendiri. Masuk bakul dan angkat sendiri. Kenapa YB-YB ni takut sangat kalau betul mereka telah BERKHIDMAT untuk rakyat dengan jayanya. Heh, heh. Mungkin ada yang takut ditempelak oleh pengundi sendiri bila cuba nak promote diri sendiri.

Kes 3
Ada YB (my favourite minister) kata dengan beraninya beliau akan terus bertanding, (cayalah!). Bila dah kata begitu ada pulak menteri yang kata tak hormat PM. Come-on lah menteri, kalau betul nak bodek PM tak kan macam tu sekali. YB (mfm) adalah ketua parti yang berlandaskan satu kaum. Kalau dia sebagai ketua tak bertanding siapa pulak yang nak bertanding. Dia yang akan bagi senarai wakil parti tersebut pada PM. Tentulah nama dia akan tersenarai. Atau ada kaum lain pulak yang nak jadi wakil parti ni, ya menteri?

Kes 4
Ada YB yang dah sakit-sakit yang agak serious tempoh hari tapi dah agak sembuh sekarang bercadang untuk terus jadi wakil. Ada pulak YB yang kata dia masih boleh berjalan (atau berlari?, saya tak sure) 10 km sehari. Seeloknya YB mesti sihat tubuh badan dan minda. Kalau tak macam mana di nak berkhidmat untuk pengundinya. Nak harap orang lain pulak berkhidmat untuk dia untuk berkhidmat kepada rakyat, lebih baik lantik orang tu.

Kes 5
Dengar cerita ada YB yang telah disenarai hitam oleh seseorang hingga mungkin tak jadi calon pilihanraya kali ini. Tak taulah seseorang tu kuat ke tidak pengaruhnya. Kalau ini terjadi saya rasa politik Malaysia ni masih kuat politik kroninya. Kalau bukan kroni dia alamat tak dicalonkan le. Pada hemat saya calon yang diturunkan oleh sesuatu parti perlulah calon yang berwibawa, yang membawa cita-cita parti, yang sanggup berkhidmat untuk rakyat (sekarang ni dah ramai yang berkhidmat untuk perut dia aje) dan yang boleh menang jika diturunkan secara individu. Selain dari intisari kes 1, ramai calon saya lihat tak memenuhi citarasa saya yang pertama dan ketiga.

Kata saya…tak lama dah nak demam ni. Kena demam sebelum April kalau tak mungkin demam ni tak sembuh-sembuh agaknya…

Thursday, January 24, 2008

Jom Gi Masjid

Dimaklumkan bahawa JKuasa Masjid Al-Alami MITC akan mengadakan majlis Ceramah Perdana Maal Hijrah 1429H pada butiran berikut :
Tarikh: 25 Januari 2008 (Jumaat) bersamaan 16 Muharram 1429H
Masa: 8.00 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat: Masjid Al-Alami MITC Ayer Keroh
Penceramah : SahibulSamahah Datuk Wira Hj Rashid Redza bin Hj Mohd Salleh (MUFTI KERAJAAN NEGERI MELAKA)

Kata saya...jomlah kita gi masjid...

Tuesday, January 22, 2008

Ayam dan Al-Arqam

Ayam dengan enzim babi diperkatakan dalam Mastika keluaran Disember 2007 dan Januari 2008. Siap temuramah peniaga makanan khasnya nasi ayam. Katanya ayam tak boleh tahan lama dan rasanya dah tawar kalau bandingkan dengan ayam dedulu. Betul ke? Macamana nak buat perbandingan secara saintifik kalau sampelnya tak ada. Nak bandingkan dengan ayam kampung dah tentu lain. Orang kata sedap lagi ayam kampung. Saya cuma nak komen mungkin ayam kampung liat sikit dan kurang lemak, sedap tu saya rasa lebih kurang aje. Nak banding dengan ayam yang Dr. tu promote pun saya rasa mungkin parameternya jugak lain. Mungkin ayam Dr tu boleh banding dengan ayam kampung.

Yang hangat diperkatakan adalah makanan ayam tu sendiri. Katanya ada campuran bahan yang diperbuat dari babi sehingga ayam tu sendiri dah mempunyai enzim babi. Sebenarnya siapa pembekal makanan ayam ni? Siapa pembekal ubat suntikan ayam ni? Cuba pihak yang berkenaan buat pemeriksaan ke atas pembekal. Cari asal usulnya. Lepas tu barulah selidik hasilnya. Bukan hanya buat kajian ke atas hasilnya aje.

Apa kaitan ayam dengan Al-Arqam? Sebelum itu ingin saya maklumkan saya TIDAK menyokong AKIDAH yang dipegang oleh ahli Al-Arqam. Walaubagaimanapun apabila kerajaan mengharamkan Al-Arqam, kerajaan juga telah memutuskan satu talian yang penting kepada umat Islam. Talian ekonomi dan hub makanan halal.

Pada masa Al-Arqam mula bergerak antara makanan halal yang pertama diusahakan oleh kumpulan ini adalah mee kuning. Sekarang mee kuning yang ada kebanyakannya diusahakan oleh orang BUKAN Islam tetapi mempunyai logo HALAL. Logo Jakim. Samada yang betul ke tidak biasanya orang tak ambil tahu sangat. Janji ada logo HALAL. Alah... sepeket RM1.50 aje. Apalah nak kecoh sangat. Ya...benda tulah yang masuk dalam perut kita.

Dalam ceramah Maal Hijrah di surau minggu lepas, ustaz cakap perkara ekonomi pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah memulakan perniagaan di kalangan orang Islam. Sebelum tu ekonomi Madinah di kuasai oleh orang Yahudi. Dalam tempoh 3 bulan perniagaan orang Islam telah menguasai kehidupan mereka. Jadi kalau kita tengok konteks yang sama di sini. Orang bukan Islam menguasai ekononomi di sini termasuk untuk makanan orang Islam. Kerajaan mengatakan nak jadikan Malaysia Hub makanan halal. Kalau hub tersebut diusahakan oleh orang bukan Islam, alangkah malangnya orang Islam...

Kita perlu mula macam apa yang dimulakan oleh Al-Arqam dulu dengan mula pemprosesan makan harian orang Islam. Tak kisahlah, mee kuning ke, mee hoon ke, kuay tiau ke. Kemudian kita boleh bergerak kepada lauk pauk pulak macam kes ayam ni. Mulakan ladang ternakan ayam secara besar-besaran. Jadi tak adalah kes nak naikkan harga ayam masa hari raya. Banyangkan masa raya hari tu RM6.80 sekilo, sekarang dah RM4.80 sekilo. Bila dah berjaya ternakan ayam tu kita berpindah pulak kepada makanan ayam. Buat kajian secukupnya untuk mendapatkan ayam yang berkualiti dengan makanan ayam yang halal. Tak kan tak ada IPT yang boleh buat penyelidikan tentang makanan ayam ni?

Jadi, ada tak usahawan dan jutawan Islam yang nak ambil bahagian ke arah usaha murni ni? Masa zaman Rasulullah SAW dulu, dia buka serban dan hamparkan supaya orang ramai menderma untuk usahawan Islam memulakan perniagaannya. Yang penting orang Islam perlu sokong orang Islam walaupun harganya lebih sikit. Yang PALING penting makanan tu halal.

Kata saya...kalaulah saya jutawan macam Al-Bukhary tu, insya-Allah saya usahakan rancangan ni. Tapi saya hanya cukup makan pakai aje...

Monday, January 21, 2008

Stript Tease: Update II

Ku Seman Ku Hussain dalam artikelnya Tidak berbaju bukan isu seperti menyokong tindakan si artis baru. Mungkin dia menyokong tindakan artis itu sebagai artistik. Siap buat perbandingan dengan ahli bina badan dan penari klasik india yang tak berbaju dan penari etnik yang bercawat.

Komen saya mata Ku Seman dah patut kena check kat optometris agaknya. Isunya program itu untuk siapa. Siaran langsung pulak tu. Kalau baca komen si artis dalam Mingguan Malaysia semalam, memang gimik tu dah dirancang. Kalau dah dirancang kenapa tak inform 8TV terlebih dahulu untuk kelulusan.

Kalau nak dibandingkan aksi si artis dengan aksi ahli bina badan agaknya Ku Seman nak suruh artis tu cabut seluarlah pulak. Macam saya kata boleh jadi model Calvin Klein nanti. Macam saya cerita pasal Aznil Nawawi dulu. Dia cuma pakai seluar pendek, yang lebih panjang dari seluar pemain bola sepak. Memang kalau bandingkan kedua kes tu Aznil kira okaylah, tetapi masyarakat tidak dapat menerimanya sebab tidak kena tempatnya untuk program itu. Kalau program bersantai di pantai mungkin penonton boleh terima. Kalau Ku Seman nak kata diskriminasi, so be it! Pada saya biarlah bertempat, walaupun saya masih mahu Aznil menutup auratnya.

Kalau semua nak di"halal"kan atas nama artistik atau gimik saya rasa eloklah mamat tu cuba buat persembahan di negara barat pulak. Apa ke jadahnya siap letak simbol "s" kat dada tu. Itulah motif utama dia cabut baju agaknya. Dia kata "s" tu untuk superman tapi pada saya "s" tu untuk s--it-n. Adakah ini yang Ku Seman nak galakkan anak-anak kita mengikut gelagat si artis ni. Nanti adalah pulak artis perempuan selak kain, pakai bikini semasa pertunjukan Ku Seman masih nak pertahankan dia atas nama artistik dan gimik?

Tak perlulah lagi kita menegakkan benang yang basah. Yang salah pun dah memohon maaf (sekali lagi!!!). Yang Ku Seman beria bebenor sokong dia apasal?

Kata saya...inilah silapnya bila siaran langsung dibuat tanpa "buffer time" untuk editing. Sepatutnya setiap siaran langsung sekurang-kurangnya perlu ada 30 saat "buffer time". Pernah dengar dalam radio pendengar bagi komen dengan mencarut.

Saturday, January 19, 2008

Strip Tease: Update

Akhirnya ada keputusan dibuat berkenaan entry STRIP TEASE saya sebelum ini. 8TV dan artis yang berkenaan telah kena banned dari siaran langsung selama 3 bulan. Sila baca di sini. Tindakan telah diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tahniah SKMM!!!

Biarlah ini jadi tauladan kepada artis-artis kita, yang sekarang dah berani bercium secar terang-terangan (samada untuk siaran negara lain atau di pantai), dan stesen tv yang tidak mengambil sikap yang tegas dalam soal disiplin, samada kelakuan, sikap atau pakaian. Tak kiralah samada artis lama ke artis baru. Kalau artis baru tu sedarlah diri sikit, cuba tengok artis senior ada tak buat perangai buruk macam awak nak buat tu.

Kata saya...saya tak mau tengok ada persatuan artis membela nasib artis macam ni. Buat habiskan beras aje.

Friday, January 18, 2008

Strip Tease

Ha ha ada pulak si malaun artis baru ni buat perangai buka pakaiannya dan campak kepada penonton. Nampak sangatlah nak tiru gaya artis di barat tu. Dahlah awak tu orang baru buat perangai macam tu. Takkanlah syok sendirinya sampai tak sedarkan diri kat mana. Apasal tak terus buka yang bawah tu sekali. Mungkin lepas ni ada offer dari Calvin Kline untuk iklan underwear pulak. Alah...macam pemain bolasepak wanita US dulu tu lepas menang world cup koyak jersey tinggal sports bra aje...Lepas tu jadi model sports bra. Begitulah impian si malaun ni agaknya.

Saya tak pasti samada mamat ni orang yang sama buat stunt kat atas pentas lepas diisytiharkan masuk final anugerah juara lagu dengan menyingkirkan Datuk Siti Nurhaliza. Saya tak pasti orang yang sama sebab saya cuma baca dalam paper, online pulak tu. Lagipun AJL ni dah bertahun-tahun saya tak tengok.

Macam saya kata dalam Etika Pakaian artis-artis kita ni pula dimaklumkan sekali lagi apa yang boleh, apa yang tak boleh dipakai. Khasnya kalau rancangan tu live. Kita tak mau jadi macam kes Janet Jackson dengan Jason Timberlake masa Superbowl yang ke berapa entah tu, kes "costume malfuction". Itu kat US dah kecoh sampai stesen TV kena minta maaf entah berapa puluh kali. Kalau kena kat Malaysia ni nanti baru tahu. Ingat sebelum kena. Artis-artis baru ni ingat diorang boleh nak mainkan isu ni. Kalau saya jadi CEO stesen TV tu dah tentu si malaun tu tak masuk dah stesen tv saya. Tak kiralah dia bagus 8TV pun buat perangai.

Kata saya...apa kata Pak Rais dan Pak Zam. Saya belum dengar/tengok komen pak-pak menteri lagi.

Thursday, January 17, 2008

Nama Allah: update...

Sila refer kepada NST Online dan juga the STAR ms N15 berkenaan kes mahkamah pengharaman buku oleh Sidang Injil Borneo terhadap Kementerian Dalam Negeri. Bacalah dan buatlah fahaman sendiri. Yang tak faham, rajin-rajinlah datang ke masjid dan tanya orang yang berpengetahuan. Jangan buat pandai sendiri. Takut nanti jatuh syirik pulak...

Kata saya...doakan supaya yang BENAR di pihak yang BENAR.

Wednesday, January 16, 2008

Streaming...

Semalam baca dalam opinion kat STAR berkenaan streaming untuk pelajar tingkatan 4. Dia komplen anaknya tak dapat masuk kelas yang dia hajati. Dia komplen kata cikgu tak patut decide anak dia tak boleh cope subjek yang anak dia dah mohon sebelum results keluar.

Masa zaman saya dulu cuma ada Science stream dan Arts stream. Sekolah saya cuma ada Science stream. Masa result SRP keluar ada beberapa orang pelajar telah ditukarka ke sekolah harian lain kerana dikatakan tidak layak masuk Science stream. Yang peliknya apabila ditukarkan ke sekolah harian, elok aje bebudak tu masuk Science stream. Mungkin aggregate SRP mereka tu tak layak untuk tinggal di sekolah saya tu. Mungkinlah kut...

Walaupun kami semua di tingkatan 4 & 5 mengambil Science stream, pengkhususan kami di peringkat universiti berbeza-beza dan tidak terhad kepada aliran yang dibuat pada masa menengah atas itu. Pertukaran mula dibuat apabila kami dipisahkan ke pusat matrikulasi tempatan, ke UiTM, ke Australia, ke UK, ke US dan juga tingkatan 6. Yang masuk tingkatan 6 dah masuk 6 sastera sebab nak ambik law. Yang lari ke UiTM buat pelbagai jurusan. Ada yang berlatbelakang sains ada yang tidak. Yang ke Australia, UK dan US pun sama, sebab ikut kata sponsorlah. Dari Science stream entah kemana-mana kami pergi. Ada yang dah jadi successful lawyer, engineer, banker dll. Ada jugak jadi -----er korok macam saya.

Apa yang nak saya maksudkan adalah streaming di tingkatan 4 & 5 sepatutnya tidak begitu penting, samada science atau arts. Senang sikit nak buat perancangan di sekolah. Berapa kelas Science berapa kelas Arts. Atau ikut macam sekolah saya, hantar aje mereka ke sekolah lain. Apa yang di belajar di menengah atas sebenarnya hanya sebagai foundation untuk tingkatan 6 atau matrikulasi. Biasanya diajar semula di peringkat itu secara lebih mendalam. Begitu juga apa yang belajar di matrikulasi dan tingkatan 6 , diajar semula dengan lebih mendalam di peringkat universiti. Rakan saya ada yang buat business, finance dan accountancy di US terus selepas SPM. Tak ada masalah pun. Sampai habis Master pulak tu. Mungkin universiti kita terlalu demanding nak pelajar SPM ada itu ini dalam sijil mereka. US tak kisah pun. Ada maths, ada science dah boleh masuk universiti.

Kata saya...agaknya tu sebab si Amalina tu dulu ambil subjek sampai berbelas-belas sebab tak tau nak ambik jurusan apa masa kat universiti...

Sunday, January 13, 2008

Cerita Siti

Datuk or Datin Seri Siti Nurhaliza terus dilanda ketidakpuasan suara peminat dan pengkritiknya. Mungkin sebab dia sendiri yang menyatakan keinginannya untuk bertudung, smada selepas kahwin ataupun selepas mengerjakan haji. Bila balik dari haji tempoh hari, dia bertudung tapi tidak bertudung "litup" (dari cakap dia). Dia nak buat slow-slow katanya...

Ada peminat mengatakan yang bertudung tu bukan tentunya "baik". Diorang kata ramai yang bertudung yang buat maksiat jugak. Pengkritiknya pulak kata tudung dia macam tudung Benazir. Peliknya tak pula disamakan dengan tudung isteri-isteri .... atau tudung my favourite lady minister. Tudung orang dah mati yang disamakan. Nak doakan kawan tu mati jugak ke???

Yang saya tahu kalau orang tu dah bertudung dia tak akan pergi ke disko untuk teguk air buih yang warnanya macam "air kencing kuda" tu. Dia tak akan pakai baju guna spaghetti strap saja yang tayang bahagian dada dan bahagian belakang dia (ala...macam komen saya etika pakaian).

Yang saya pelik artis-artis yang melakukan semua tu tidak pula diserang oleh peminat. Mungkin peminat pun 2 X 5 juga perangainya. Itu sebab tak mau komen. Atau mereka lebih suka kalau artis kesukaan mereka berpakaian dan berperangai seumpama itu. Nama pun artis.

Hari ni ada baca dalam paper ada pulak nenek dua cucu cuba nasib untuk masuk AF6. Saja cari publisiti atau memang nak cari ...

Kata saya...Tak payahlah nak suruh Bernard Chandran reka tudung yang nak dipakai. Banyak tudung yang elok boleh beli kat jalan masjid india tu. Kat Mekah dulu pun banyak orang jual tudung murah-murah. Tak beli ke? Apa kata pakai tudung macam style tudung Raja Permaisuri Agung.

Thursday, January 10, 2008

Selamat Tahun Baru

Tahun lepas petang awal Muharram, saya sedang berada dalam bas mencari parking untuk hotel persinggahan di Madinah. Banyak jalan dah ditutup memandangkan waktu maghrib telah hampir. Hotel di Madinah tu begitu hampir dengan Masjid Nabawi. Bas tu kena berlegar-legar beberapa pusingan sehingga masuk waktu maghrib. Bila terkenangkan peristiwa ini semula macam hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah le pulak. Bas yang saya naiki bertolak dari Mekah lebih kurang pukul 9.30 pagi, hari Jumaat. Singgah sembahyang Jumaat/Jamak-Qasar entah kat mana kat tahulah. Bila sampai di Madinah, suasananya jauh berbeza dengan Mekah. Sedap mata memandang...
.......................................................

Petang semalam di masjid MITC diadakan majlis menyambut Tahun Baru Hijrah. Alhamdulillah, tahun ni ramai umat Islam pergi ke masjid tu. Macam malam-malam pertama bulan Ramadhan. Tapi kalau banding dengan ramai orang ke konsert tahun baru gregorian tu, mungkin tak sampai satu peratus kut. Kira oklah tu. Macam saya pernah cerita fasal jom gi masjid.

Lepas sembahyang maghrib ada ceramah. Ustaz tu pernah belajar di Madinah. Dia cerita fasal sejarah penggunaan Tahun Hijrah. Dia bagi nasihat untuk memakmurkan masjid. Lagi dia cerita, kena jugak kat batang hidung saya. Saya berharap untuk memperbaiki diri tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Kata saya...kecik rasa diri bila dengar ceramah agama macam tu...Anyway, Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini kita berubah ke arah kebaikan dan mendapat keberkatan Allah. Amiin.

Monday, January 07, 2008

Yuran Sekolah

Tak habis lagi kecoh fasal yuran sekolah. Ini gara-gara bajet 2008 kata yuran sekolah dimansuhkan. Yang dimaksudkan adalah yuran RM4.50 dan RM9.00 bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Yang orang bising adalah yuran sekolah yang dikenakan oleh setiap sekolah. Berbeza-beza dan beraneka pelbagainya. Ada yuran tandas, ada yuran dewan, ada yuran komputer, ada yuran PIBG, ada yuran peperiksaan dan ada yuran entah apa-apa lagi.

Saya tak faham kenapa ada yuran tandas, dewan dan komputer. Tandas kan dah ada, tak taulah kalau nak kena bayar untuk kontrak cuci tandas. Kenapa tak ambil pekerja am sahaja untuk tujuan tersebut? Dewan juga kan dah ada, kenapalah beria-ia nak air-cond-kan dewan tu sampai nak minta duit dari pelajar. Cikgu-cikgu dah tak mau guna kipas lagi ke? Rumah cikgu ada air-cond ke? Komputer dan makmalnya kan dah kerajaan dah sedia dan buat? Apa lagi yang nak dibayarnya? Komputer pulak tak cukup, pelajar berkongsi 2 atau 3 orang satu komputer dan bukannya setiap minggu masuk makmal. Sebulan mungkin sekali atau tiada langsung. Jadi ke mana duit semua tu pergi?

Kalau yuran PIBG dan yuran peperiksaan tu saya setujulah dikenakan oleh pihak sekolah. Yuran PIBG tu biarlah berpatutan. Dahlah kena paksa buat "entah-apa"-ton untuk kutip derma. Tak ada idea lain untuk isi tabung. Tentang hadir ke mesyuarat PIBG, bukan saya tak nak datang, biasanya mesyuarat tu hanya dimonopoli oleh golongan tertentu. AJKnya pulak macam dah ditentukan aje. Alah, golongan yang berpangkat ajelah...Yuran peperiksaan tu memang penting. Kalau tak nak cetak kertas soalan kat mana ye. Pejam mata ajelah bayar.

Walaubagaimanapun kalau kita kira semula yuran sekolah ni lebih kurang purata RM250.00-400.00 untuk sorang anak setahun. Kalau dibahagikan dengan 12 bulan bermakna antara RM20.00-35.00 sebulan. Bermakna kalau kita simpan Rm1.00 untuk sorang anak sehari, dah tak ada masalah nak bayar yuran sekolah bila tiba Januari. Fikirkanlah...

Kata saya...ada orang tu hisap rokok kurang-kurang sebungkus sehari. Nak beli rokok tak ada masalah tapi nak simpan duit RM1.00 X 2 (anak dia sekolah 2 orang) tak boleh, sampai bising-bising bila kena bayar yuran sekolah. He, he, yuran sekolah agama belum kira lagi tu...

Friday, January 04, 2008

Minyak Naik Lagi

Akhirnya apa yang dinyatakan oleh penyelia saya berulangkali dalam ucapan beliau di seminar dan persidangan terjadi juga akhirnya, minyak mentah US$100 setong. Sila baca cerita naik minyak (pun intended!) ni. Saya dah baca banyak kali dalam akhbar tentang kerajaan tak akan dapat memberi subsidi untuk minyak lagi atau negara akan bankrap. Pembangkang pula membalas negara tak akan bangkrap. Macamana negara nak bangkrap atau tidak, tak pulak saya faham perinciannya.

Kerajaan cakap subsidi minyak yang diberikan jika diberhentikan sebahagiannya akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Ini saya tak faham, ada YB yang boleh fahamkan saya? Pengangkutan awam di mana? Di KL, Penang, JB? Itu aja? Bagaimana dengan rakyat di tempat lain?

Tetapi dari sudut lain saya juga ingin bertanya. Orang yang komplen fasal minyak naik harga ni tak fikir ke fasal orang yang tak ada motorsikal dan kereta. Yang ada bas, tu lain cerita. Diorang tak guna minyak. Apasal diorang tak dapat subsidi pun?

Ha, ha, hidup ni mana ada keadilan kecuali yang datang dariNya. Kalau dari manusia, sorry! Dalam maksud sebenarnya...

Dalam memperkatakan kes minyak naik harga ni, Malaysia masih lagi belum membuat polisi tenaga yang lebih inovatif. Dalam RMK9 walaupun dikatakan Renewable Energy dikatakan penting namun hanya BioDiesel yang diutamakan. Salah seorang prominent speaker dalam RE yang datang ke KL akhir tahun lepas mengatakan,"Kalau diberikan pilihan antara makanan (food) dengan tenaga (energy), saya akan memilih makanan (food) setiap kali."

Kalau kita baca dalam akhbar kecoh fasal minyak masak tak ada di Pahang dan Terengganu yang kemudian menular ke Johor dan Melaka. Inilah yang dikatakan pilihan yang perlu dibuat. Dengan harga minyak sawit yang terus meningkat tak hairanlah pengilang lebih berminat untuk mengekspot minyak sawit mentah ke luar negara. Jadi yang malang adalah rakyat Malaysia. Harga minyak kereta naik, harga minyak makan pun naik. Jadi semua harga akan naik. Tol pun dah naik.

Yang saya heran US dah ada polisi untuk mengutamakan produksi Hidrogen sebagai sumber tenaga yang baru. Negara-negara Eropah juga mengikuti langkah US ini kerana Hidrogen adalah sumber tenaga yang infinit. Bila agaknya Malaysia nak mulakan langkah ke arah ni. Jangan le dok gah sangat ada ladang kelapa sawit tu. Nak makan pun tak cukup, ini pulak nak jadikan minyak kereta. Alahai...siapalah menteri yang bertanggungjawab ni...

Kata saya...isilah minyak kereta penuh-penuh. Dapat jimat satu hari pun cukuplah. Nasib baik tol PLUS tak naik tahun ni. Tak tahulah tu lepas pilihanraya kut...

Thursday, January 03, 2008

Au Revoir Chua

Menteri yang terlibat dalam skandal video CCTV telah meletakkan jawatan yang dipegangnya. Kata dia dari feedback rakyat Malaysia yang tidak dapat memaafkan dia. Isteri dan anak dia dah maafkan dia. Tapi saya rasa dia dapat feedback dari CC MCA dan dari YAB PM dan TPM. Even Prof Emeritus Khoo Kay Kim pun suggest dia berbuat demikian. Kalau di Jepun tak perlu dapat feedback dari mana-mana pihak. Terus aje menteri tu letak jawatan dan mohon maaf kat semua orang. Lagi teruk terus bunuh diri.

Dari pandangan saya Chua, juga macam my favourite minister, seorang yang outspoken. Dia buat kerja cara dia. Samada orang suka ke tak suka belakang kira. Cara dia di"buat" adalah hasil tangan seseorang yang dayus. Mungkin dah tak boleh buat cara politik dia buat cara itu. Walaupun saya tak setuju cara beliau di"buat" saya masih tidak bersetuju apa yang dilakukannya, secara moral dan akhlaknya. Kalau saya jadi pemilih sudah tentu saya tidak akan memilih beliau.

Kata saya...saya baru semak daftar pemilih. Dengan rasminya saya telah ditukarkan ke DUN 137/16 Ayer Keroh dan Parlimen 137 Bukit Katil. Ada siapa-siapa nak raih undi dari saya?

Wednesday, January 02, 2008

Just Another Tuesday

Semalam 1 Januari 2008. Semasa ramai orang dok terkinja-kinja menunggu Tahun Baru saya dah lena tidur. Tak ada apa yang menarik di TV kecuali konsert sini sana situ sini yang meloyakan...

Kepada saya ianya adalah satu hari Selasa sahaja. Kalau nak diikutkan pada saya ada beberapa "Tahun Baru". Contohnya, Maal Hijrah, Tahun Baru Akademik, Tahun Baru Cina dll. Jadi kenapa nak dibuat azam baru bila timbul Tahun Baru Gregorian (betul ke ejaan ni???). Kalau tu teruklah nanti Maal Hijrah nak buat azam baru lagi. Masuk tahun akademik baru bulan Julai kena buat lagi. Sampai bila nak habis berazam, heh.

Kalau tengok TV3 semalam nampaknya Malaysia dah terlebih sambutan tahun baru. Macam parti aje tengok kat sedutan tu. Polis tak buat apa pun tengok gelagat anak muda buat perangai. Yang sedihnya ramai darinya anak bangsa Melayu. Apa nak jadi???

Kata saya...seeloknya azam kita perbaharui setiap hari. Tak perlu sampai tahun baru. Perlu berazam untuk jadikan hari esok lebih baik dari hari ini. Jadi sebelum tidur muhasabah diri. Buat mental notes apa yang perlu dibuat untuk esok yang lebih cemerlang sebelum lena. Azam saya: setiap hari nak simpan RM1.00 dalam tabung kurban/umrah/haji saya...

Sunday, December 30, 2007

Nama Allah

Dalam The Star hari ini ms 34 atau dari online menceritakan tentang saman 2 gereja ke atas kerajaan Malaysia kerana larangan menggunakan perkataan Allah dalam newsletter diorang. Memacam arguments yang dibentangkan, jadi baca dan buatlah andaian sendiri.

Komen saya: Ya betul, Yahudi, Kristian dan Islam mempunyai Tuhan yang satu, Allah. Nabi orang Yahudi, Nabi Musa adalah salah serang rasul ugama Islam. Nabi Isa yang membawa ugama Kristian adalah juga seorang rasul ugama Islam. Kedua-dua mereka membawa ugama Allah. Cuma bila diperhalusi, kita tidak lagi membincangkan perkara yang sama. Saya tak mahu bincangkan hal ini dengan lebih panjang, biarlah yang arif dalam ugama yang membahaskannya...

Saya bersetuju dengan keputusan pihak Keselamatan Dalam Negeri. Malaysia bukan US yang mana semua benda boleh diperlekehkan. Kalau ini dibolehkan, saya rasa tidak perlu kita sibuk-sibuk haramkan buku karangan Salman Rushdie "The Satanic Verses" satu ketika dulu.

Kata saya...perlu ada batasan dalam berhemah kebebasan agama. Anak muda kita dah ramai yang terpesong. Nanti ada yang bagi argument mengikut tuhan agama lain...

Aidil Adha - Satu Dilema: Update

Dalam Mingguam Malaysia selitan Kesihatan dalam bahagian Agama ada artikel soal jawab fasal Puasa Hari Wukuf. Ada Malik Saad dari Hulu Kinta yang bertanyakan apa yang saya bangkitkan dalam Aidil Adha - Satu Delima.

Jawapan yang diberikan:
Kerana bila seseorang itu berada di satu negara tertentu dia pasti mengikut peraturan negara tersebut dan segala peraturan negara lain tidak terpakai lagi di negara tersebut.

Dalam ertikata lain, hari wukuf (9 Zulhijjah) di Malaysia jatuh pada hari rabu. Jadi boleh puasa hari wukuf di Malaysia. Kan Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Khamis.

Yang masih memusykilkan saya adalah wukuf hanya ada di Arafah Arab Saudi. Kenapa pulak Malaysia yang beria-ia yang nak tentukan bila 1 Zulhijjah, 9 Zulhijjah, 10 Zulhijjah. Kenapa kita tidak ikutkan amalan dulu yang hanya mengikut tarikh hari wukuf yang diumumkan Arab Saudi. Kenapa, tak percaya ke? (Baca kena ikut macamiklan tu...)

Kata saya...pernah satu tahun dulu, Malaysia tengok anak bulan untuk puasa dan raya. Kita puasa lambat sehari dan raya lambat dua hari dari Arab Saudi. Arab Saudi puasa 29 kita puasa 30. Malam raya anak bulan tak payah tengok guna teropong. Lama pulak tu anak bulan tu muncul. Lagha betullllllllllllll...

Anak Kera DiSusukan: Update

Ada cerita dalam Harian Metro 30 Disember ms 22 fasal Sufiah Yusuf, kanak-kanak genius yang dihebohkan satu masa dulu. Sebenarnya cerita ayah dia. Ada kes mahkamah kerana terbabit dengan serangan seksual.

Cerita dia juga diselitkan. Agaknya sebagai update untuk semua orang.

"Sufiah yang gagal menamatkan pengajiannya di Oxford melangsungkan perkahwinan dengan Jonathan Marshall, tiga tahun lalu ..."

Nampak gayanya sama kes macam budak yang boleh membaca pada umur 4 tahun yang berlakon dalam dalam salah satu cerita Esok arahan Jins Shamsudin tu ... (baca cerita dia dalam Mastika - malas nak cerita panjang).

Kata saya...Saya nak tengok apa jadi dengan Adi Putera yang tak dapat sokongan dari pihak yang bertanggungjawab. Kita dah tengok hasil yang disokong oleh mereka...

Tuesday, December 25, 2007

Etika Pakaian

Suatu ketika dulu, kalau tak silap (#1), Aznil (yang masa tu belum begitu popular) telah mengacarakan, kalau tak silap (#2), Pop Kuiz di TV 3. Pada satu episod dia telah memakai seluar pendek, yang tergantung atas kepala lutut, lebih sikit dari short orang main bola. Maka heboh satu Malaysia membicarakan hal itu. Aznil kena kutuk habis-habisan. Agaknya lepas tu dia dah tak pakai lagi seluar pendek tu.

Dua Sabtu lepas saya terlihat (masa tengah break ambil gambar pengantin - pengantin tengah salin baju) Anugerah Skrin TV 3. Masa tu Ning dengan, kalau tak silap (#3), Nikki, sedang menyanyi entah lagu apa pun saya tak tahu. Si Nikki ni pakai skirt aje. Lepas lutut jugak. Macam Aznil jugak, tapi skirt bukan seluar. Yang saya pelik, sampai sekarang tak ada orang komplen fasal adegan ni. Yang bestnya cameraman boleh ambil gambar dari bawah masa Nikki menyanyi. Senonohlah buat kerja macam tu. Artistik konon!

Macam disrikriminasi pulak kalau lelaki tak boleh, tapi kalau perempuan lantaklah diorang nak pakai apa. Sementelah tema Anugerah Skrin tahun ni "Hollywood Glamor". Yang perempuan pakai spaghetti strap tayang dada, tayang belakang. Booooolllllllllleeeeeeeh!!!

Kata saya...itu belum cerita fasal rambut. Yang blonde, yang merah, yang pelangi dll. Sah ke mandi mereka, sah ke wuduk mereka, sembahyang tak mereka?

Tuesday, December 18, 2007

Aidil Adha – Satu Dilema

Pemegang mohor raja-raja istiharkan Hari Rata Aidil Adha jatuh pada hari Khamis. Saya dengar berita pulak Arab Saudi dah declare wukuf pada hari selasa (hari ni lah tu). Bermakna Hari Raya Aidil Adha pada hari rabu.

Dilemanya: Biasanya saya akan berpuasa pada hari wukuf. Kalau diikutkan AS maka saya sepatutnya berpuasa hari ni. Kalau ikut M’sia saya puasa hari rabu. Tapi kalau saya puasa hari rabu, ikut AS dah HR AA. Dah jadi haram hukumya.

Yang saya pelik kenapa M’sia nak tengok anak bulan jugak. Padahal yang wukuf cuma di AS. Tak boleh ke M’sia ikut saje macam dulu buat declaration based on hari wukuf di AS. Kalau tak silap tahun lepas pun macam ni jugak. M’sia raya lambat sehari.

Kalau HR Aidil Fitri kena tengok anak bulan saya boleh terima raya lambat sehari. Tapi ini HR AA. Wukufnya hanya di AS. Para ulamak – boleh komen tak. Saya masih tak faham, tolong fahamkan saya.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Sesiapa nak datang rumah beraya, jemputlah datang. Lepas sembahyang raya kat masjid MITC datanglah breakfast kat rumah saya.

Kata saya…Puasalah hari ni, besok kena berbuka.

Lepas 3, … 5

Semalam buat pendaftaran kursus on-line. Cepat dan efisyen. Cuma lepas saya semak cetakan computer saya dapati ada kesilapan dalam maklumat saya. Sepatutnya semester 4, diletakkan semester 5. Cuba telefon diorang pukul 12.26. 2 line engaged atau satu tak ada jawapan. Yang engaged pun lepas tu tak ada jawapan. Jam saya tengok baru pukul 12.33. Saya semak laman web diorang sepatutnya servis sampai pukul 12.45.

Hari ni saya pergi ke PPS tanya mereka. Yang layan saya muka tak jernih pun. Tapi nasib baik dia layan lagi. Dia cakap 5 tu sebab campur semester ni. Dia ambil kertas dari saya dan suruh saya duduk. Agaknya dia buat pembetulan, bila siap dia beritau saya. Saya pun beritau kes kawan saya yang sama. Dia masih tak mahu terima kenyataan yang ada kesilapan dalam database itu. Saya sama-sama tengok komputer. Memang nyata kesilapan dalam database tu. Semester yang lepas 3. Semester semasa 5. Akhirnya dia buat pembetulan jugak.

Kata saya…Agaknya lepas 3, 5 agaknya. Ataupun adalah makhluk yang malas buat copy paste dalam database, atau komputer yang buat silap?

Friday, December 07, 2007

Musim Haji

Semalam, 26 Zulkaedah, tarikh saya berangkat mengerjakan haji pada tahun lepas. Ia akan menjadi satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Saya bercadang untuk menulis satu entry khas menceritakan pengalaman ini. Sebahagian cerita telah saya masukkan sebelum ni semasa saya balik akhir Januari lepas.



Tapi bukan itu yang saya nak bangkitkan tapi cerita kemampuan mengerjakan haji. Ramai yang kata masih tak berkemampuan. Kalau bagi alasan tak cukup kuota saya boleh terima tapi kalau alasan tak cukup duit lagi alasan tu saya buang ke laut.



Cuba kita lihat di sekeliling kita. Ramai dah yang punya kereta mewah dan rumah besar tapi masih belum pergi menunaikan rukun Islam kelima. Rumah harganya lebih seratus ribu dan harga kereta juga dekat seratus ribu. Bayar rumah mugkin 20 tahun. Bayar kereta mungkin 7-9 tahun. Untuk kerjakan haji perlu duit TH TM10,000 + RM2,000 duit belanja + RM5,000 kalau pergi dengan package. Kita kira RM20,000 lah senang cerita.

Kalau sorang tu mula kerja umur 25 tahun. Tak boleh ke dia simpan banyak tu (20K) dalam masa 10-15-20 tahun. Nak simpan untuk beli kereta baru dan rumah banglo boleh pulak, ek? Nak pergi kerjakan haji ni eloklah pergi masa muda. Kalau dengan kerajaan ada cuti 40 hari lagi. Masa sihatlah kita pergi. Kalau nak tunggu sampai pencen penyakit pulak tunggu kita. Saya respect jemaah Indonesia dan Iran, yang rata-rata muda-muda belaka.

Kata saya...saya buat cerita ni BUKAN sebab saya dah ke sana tetapi kerana banyak bebenor saya dengar alasan TAK SAMPAI SERU lagi, walaupun berkemampuan khasnya dari orang yang berpangkat lebih besar dari saya. Agaknya diorang menunggu seruan malaikat maut...

Wednesday, November 28, 2007

Kena Kacau

Semalam pergi PD kerana beri taklimat induksi kat staf UTeM. Memandangkan waktu dah agak lewat, dah pukul 11 malam, saya bermalam di bilik yang disediakan. Masuk aje bilik di tingkat 4 terus meremang bulu tengkuk. Saya sembahyang Isyak dan sambung preparation untuk presentation persidangan hari ini. Saya tidur lebih kurang pukul 12.

Saya terjaga beberapa kali malam tadi. Saya tak syak apa-apa. Bangun pagi pukul 6.00. Sembahyang subuh. Lepas sembahyang subuh saya check sms kat telefon saya. Talian Celcom tak ada message. Talian Hotlink ada message ni.

"Kalau umur saya panjang saya akan terjun bangunan. Saya sayang pada awak..."

Lebih kurang macam tulah message tu, ada salah ejaan sikit. Saya dah delete message tu dari telefon. Saya tak kuasa nak telefon nombor tu sebab saya pernah terima message dan call dari orang pelik-pelik macam cerita saya yang lalu. Lepas delete message tu saya packed barang saya dan terus keluar dari bilik tu.

Kata saya...betul ke saya kena kacau atau message tu secara kebetulan saja. Saya sememangnya gayat pada ketinggian sikit.

Monday, November 26, 2007

Pot Pet Pot Pet

Sepanjang minggu lepas pergi kursus perisian yang berkaitan dengan penyelidikan saya. Tapi bukan itu yang nak saya highlight-kan. Kursus tu disertai 10 orang. Ada 3 minah dari IPTA yang tak jauh dari tempat saya buat penyelidikan mengikut sama. Saya tak tahan betul, sorang minah ni tak berhenti-henti bercakap. Ok, ok dia ada berhenti tapi dalam masa 5 minit mesti bercakap semula. Macam-macam hal dia bercakap. Sekejap dengan member sebelah kanan sekejap sebelah kiri.

Pensyarah kat depan segan nak tegur dia sebab pensyarah tu ada business dengan diorang. Dia cakap sikit punya kuat. Yang saya pelik sebagai pensyarah tak ada rasa hormat ke kat kawan tu yang berbuih mulut explain how to work with the software. Kalau dia yang kat depan tu agaknya apa dia rasa bila student dia bercakap macam tu. Kalau saya, mahu saya halau keluar bebudak perangai macam tu.

Kata saya...kalau ikut perasaan mahu saya ikut Raja Carlos cakap Presiden Chavez, that infamous five words: "Why don't you shut up!" Tapi tak sampai hati. Saya pun cuma menumpang ikut serta kursus tu...

Saturday, November 17, 2007

Pemimpin Dinosaur

Baru baca cerita ni di Berita Harian. Ini menyebabkan saya HAIRAN. Kenapa diorang tak sebut saja nama pemimpin dinosaur tu. Pada hal bukan susah sangat nak sebut. Sebut saja biar semua orang tahu.

Cuma yang saya nak ingatkan Datuk Zolkples dan YB DS Azalina bahawa pemimpin dinosaur tu telah dilantik oleh persatuan memasing. So apa kes nya. Kalau diorang pun dah setuju nak lantik orang tu biarkanlah mereka. Itu menunjukkan diorang tu tak mahu perubahan. Nobody has the guts to stand up, speak up, tell him he was wrong and challenge him and get him out of office! Bukan susah sangat. Habis sangat pun hilang jawatan dalam persatuan saje.

Yang saya lagi HAIRAN kenapa kerajaan masih nak menyokong persatuan dan pemain-pemainya yang tak ada vision ni. Nak perhabis duit kerajaan kat diorang buat apa. Tu duit RAKYAT diorang nak perhabis. So now show your guts, STOP funding these whiners please. Jangan dok nak highlight dalam media saja.

Kata saya...saya fikir saya tahu siapa yang mereka maksudkan. Diorang takut nak sebut nama pemimpin tu. Takut kena kutuk oleh orang ramai kut. Manalah tahu pemimpin tu masih ramai penyokong. Sebut ajelah nama tu...

Friday, November 09, 2007

Anak Kera DiSusukan: The Sequel

Baru baca tentang another CHILD PRODIGY kat NST online. Budak ni kalau tak silap duduk kat Singapore anak mixed Mat Saleh-Melayu. Neneknya orang Malaysia. Ainan Celeste Cawley, baru 7 tahun, sebaya dengan Adi Putra. Minat dengan Chemistry dan sekarang tengah ready untuk ambil A-level.
Kata saya...saya nak tengok apa yang akan dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab di Malaysia. Ada tak yang nak mengaku dia orang Malaysia dan patut tolong dia mencapai cita-cita. Lepas tu baru saya nak pulang paku buah keras kat diorang ni fasal cerita saya ni. Harap-harap adalah orang besar yang nak mengaku.

Wednesday, November 07, 2007

Rumah Terbuka

He, he, pagi tadi tengok MHI sambil breakfast. Diorang tengah cover persidangan UMNO. Ada guest yang dok komen fasal rumah terbuka hari raya orang melayu yang tak berkesudahan. Dia cakap tak produktif.
Ada yang saya sokong dan ada yang saya tak setuju.
Yang saya sokong...Negeri-negeri, korporat, syarikat buat Open House, jemput PM/Menteri/Menteri Besar rasmi. Korporat buat Open House masa waktu pejabat. Berderet-deret sampai sebulan, untuk apa? Buang duit, buang masa. Yang kena kerahan tenaga biasanya orang bawahan. Orang atas hanya tahu siap aje. Seeloknya buat cara pot-luck, semua contribute, buat pulak masa lunch hour: 1.00 - 2.00. Guarantee tak membazir, tak cukup adalah sebab memasing nak tapau makanan nak buat balik.
Yang saya tak setuju...Individu yang buat open house, biasanya akan dibuat malam hari Jumaat hingga hari Ahad + hari kelepasan am. Mereka buat demikian kerana nak meraikan kawan-kawan yang tak sempat bertandang masa hari raya. Tau ajelah masing-masing balik kampung entah di mana. Balik-balik terus pergi kerja. Mana sempat nak berjalan. Kalau kat KL dah balik rumah tak kan nak keluar balik menempuh jammed lagi.
Jadi Jumaat malam hingga hari Ahadlah sasarannya. Bermakna, rayanya ditambah beberapa hari aje, mungkin 8-12 hari aje, bukannya sebulan. Lagipun bukannya apa nak menghabiskan kuih raya yang ada saki-baki tu.
Kata saya...Seelok Open House ni dibuat lepas maghrib. Senang orang nak puasa enam.

Tuesday, November 06, 2007

Siapa Ciplak Siapa

Saya terbaca dalam salah satu newspaper mengatakan iklan Petronas untuk hari raya adalah diciplak dari satu website friendster. Si Pengarah pula membalas mengatakan ianya dibuat berdasarkan cerita-cerita tauladan lama.
Saya tak mahu menyebelahi sesiapa tetapi cerita-cerita macam tu saya dah dapat melalui email sejak tahun 90'an lagi. Kalau kebetulan dah dimasukkan dalam web atau blog seseorang pun saya tak dapat pastikan adakah orang tu yang mula menulis cerita itu dalam web atau blognya.
Kalau ada yang mengaku itu cerita dia, hanya Allah SWT saja yang tahu. Si Pengarah dah mengaku dia ambil cerita dari tempat lain dan diolah semula. Si Blogger ni mati-mati mengaku dia punya cerita. I doubt it! Cuma saya tak boleh nak buktikan sebab email seumpama itu saya dah delete dari simpanan hard disk. Yang saya tahu, umur website friendster ni baru lagi kalau compare dari umur email yang saya dah terima.
Kata saya...kalau nak mengaku cerita awak tentukan awak ada bukti yang kukuh takut nanti orang tempelak awak dengan bukti yang lain yang mengatakan awak ciplak dari tempat lain pula.

Sunday, November 04, 2007

RM 27 juta

Pelik saya apabila tengok TV semalam bila DRY dituduh atas tiga tuduhan. 2 tuduhan kerana tak declare assets dan 1 tuduhan kerana berniaga.
Nak tergelak saya. Tak declare assets, saya rasa ramai lagi yang tak declare assets tapi tak dituduh. Berniaga, saya rasa ramai lagi yang berniaga tapi tak dituduh.
Tapi sebab polis, mungkin cara diorang lain sikit. Sebab kalau tak silap apa yang diorang buat semua benda kena minta kelulusan dari ketua.
Tapi yang saya masih musykil, mana dia cerita RM 27 juta tu.
Kata saya...nilah surat khabar nak jual lebih, buat cerita EXTRA, EXTRA, EXTRA. Tak sensasi tak leh jual paper.

Thursday, November 01, 2007

Bila Gajah Berperang

Saya tak berapa ingat perumpamaan melayu ni, kalau tak silap,"Bila Gajah Berperang Kancil Mati Tersepit".
Sekarang saya lihat situasi yang sama berulang lagi di Malaysia. Yang terbaru melibatkan TSM dan DRY. TSM dituduh “ada something wrong dengan akaun bank dia” dan DJ dituduh “menerima imbuhan melepaskan taiko”. Kedua-duanya dilepaskan dari tuduhan oleh ACA. Sekarang DRY dan anak buahnya pulak kena siasat oleh ACA. Menurut paper hari ni DRY akan dituduh.
Saya tak kesah siapa yang salah, siapa yang betul dan siapa yang teraniaya. Yang saya tak sedapnya kesah ni ditayang di khalayak ramai. Menunjukkan ada yang tak kena di mata saya. Yelah kan mata saya ni rabun sikit. Mata orang saya tak taulah.
Akhirnya nanti kita akan tahu siapa yang “betul”, siapa yang “salah” dan siapa yang teraniaya. Yang MUNGKIN, yang “betul” tak semestinya betul, yang “salah” tak semestinya salah, tetapi yang pasti yang teraniaya akan betul-betul teraniaya.
Saya nak ambil contoh Yugloslavia dulu. Dengar ceritanya bukan apa. Ketua-ketua negeri memasing gila kuasa. Yang jadi mangsa rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Palestin dan Afganistán pun sama. Ketua ada yang Pro-Barat (baca: US dan sekutunya) dan Anti-Barat (baca: ikut sukalah). Dilagakan ketua-ketua, anak buah mengikut aje. Akhirnya rakyat marhaen yang menderita, macam kancil tu.
Kata saya…kalau gajah berperang saya nak lari jauh-jauh. Tak da pekdahnya bagi saya. Sesiapa menang pun saya tak dapat ape. Yang beza cuma ketua saje. Saya hanya menurut perintah...

Saturday, October 27, 2007

Anak Kera DiSusukan

Dulu kita pernah digembargemburkan cerita Safiah dan adik-adiknya yang kononnya genius. Yang saya faham emak dia orang Malaysia tapi ayahnya bukan (betulkan saya kalau saya salah!). Sekarang dah tak ada cerita fasal dia dan keluarganya. Yang saya tahu dia pun tak balik Malaysia untuk menyumbang tenaga membangun negara ini. Yang saya tahu banyak wang rakyat yang digunakan untuk bantu dia.

Sekarang tengok cerita dari The Straits Times...

--------------------------------------------
Education Ministry parliamentary secretary P. Komala Devi earlier this week said that Adi Putra, 7, was being home-tutored, in preparation for the A-level exams.

The mathematics genius left the international school on March 26 after studying at SK Matang Buluh in Bagan Serai, Perak.

Komala had also said the ministry would create a special programme for child geniuses but Hishammuddin said this would be difficult.

"The ministry’s focus is to provide education for the masses. It would be difficult to cater specifically for the needs of children like that.

"The parents have to decide what is best for him. We will help within our jurisdiction."
--------------------------------------------

Mungkin agaknya Safiah tu kes istimewa sebab dia dapat masuk Cambridge (atau Oxford, saya tak ingat). Adi Putra bukan kes istimewa sebab dia budak kecik lagi. Sekolah rendah pun belum habis. Kenapa nak kecoh sangat dia tak ambik UPSR. Saya tak tahu samada budak yang gagal semua matapelajaran boleh masuk Tingkatan 1 ke tidak. PMR mungkin cerita lain sebab nak naik Tingkatan 4 dan tentukan alirannya. Dia nak ambil A level. Biarkanlah dia. Bebudak yang ikut International School pun tak ambil UPSR, mungkin jugak tak ambil PMR. Jadi apa nak kecoh ni...

Cuma apa yang saya nak tengok sedikit bantuan pada Adi dan keluarganya. Kalau kita boleh spend hampir RM 100 juta untuk ke ISS tak boleh ke tolong dia. Kalau kerajaan tak nak tolong, mana dermawan kita? Kita tolong orang Acheh, kita tolong orang Palestin, kita tolong orang Afghanistan. Tak boleh ke kita tolong orang Malaysia sendiri. Yang saya tahu, "Charity begins at home". Mana tahu Adi akan jadi pemenang Nobel Prize Malaysia yang pertama.

Kata saya...agaknya susukan kera di hutan lebih glamour!

Friday, October 26, 2007

Pemandu "Tak Cukup" Peng"Ajar"an

Seperti yang saya kata tempoh hari saya nak tunjukkan gambar-gambar yang saya ambil tentang pemandu-pemandu kita "Yang Belum Cukup Ajar"! Jangan marah kalau gambar-gambar ini termasuk gambar kereta tuan-puan, sebab saya yang patut marah pada anda semua kerana memotong sebelah kiri dan memintas saya, setelah saya berkurun menunggu di barisan, pada hari raya ketiga dulu!













Kata saya...pemandu-pemandu yang tak sabar inilah yang sebenarnya menyebabkan jalan jammed. Biarlah gambar kereta diorang dapat masuk blog saya. Boleh semua orang tengok kereta diorang yang cantik.

Wednesday, October 24, 2007

Hari Raya di Jalan Raya

Raya tahun ni saya habiskan di jalan raya saje. Saya mula pada hari Rabu 10.10.07 dan tamat pada 21.10.07. Entah berapa km saya jalan sepanjang tempoh tu.


Rabu 10.10.07

Bertolak dari Melaka pukul 3.00 ptg ke KL, nak hantar anak sedara isteri saya yang jaga anak-anak sepanjang ketiadaan pembantu rumah yang balik Indonesia. Nasib baik tak jammed sempat sembahyang asar. Lepas berbuka dan sembahyang maghrib balik semula ke Melaka. Sampai dah lewat.


Khamis 11.10.07

Sebelum balik ke kampung pergi dulu ke Tesco, nak beli ayam dan lain keperluan untuk balik kampung. Punyalah ramai manusia kat situ. Yang bukan Islam pun berebut nak shopping masa tu. Panjang betul queue kat tempat daging dan ayam. Berjela-jela macam ular. Mula bertolak ke kampung jam 2.00. Sampai Kuala Rompin jam 5.30 petang. Sempat pergi pasar Ramadhan.


Jumaat 12.10.07

Lepak kat rumah sebab kena gigit penyegat. Tangan kiri bengkak. Petangnya pergi pasar Ramadhan, kedai dah banyak yang tutup.


Sabtu 13.10.07

Lepas sembahyang raya, ziarah kubur ayah, tok dan aki. Lepas makan dan makan lagi, tunggu orang datang beraya kat rumah. Malam baru pergi jalan rumah mak sedara.


Ahad 14.10.07

Bertolak ke Kuantan pukul 8.30 pagi. Patutnya pukul 7.30 tapi stesen minyak tak bukalah pulak. Beraya di rumah Mak Su dan Mak Anjang. Mak Ngah tak ada kat rumah. Pukul 12.30 tengahari baru bertolak ke KB. Jalan jammed kat Marang dan bila nak sampai ke KB, lagi 20 km tu. Jalan merangkak-rangkak. Sampai kat hotel pukul 8.30 malam.


Isnin 15.10.07

Ke tanah perkuburan abang. Nasib baik jumpa. Selepas 7 tahun baru tahun ni sempat nak ziarah kubur dia. Jumpa kawan lama di US dulu selepas hampir berbelas tahun tak jumpa. Anak dia pun dah masuk UTP. Bertolak ke Alor Star jam 12.30 tengahari. Jalan keluar KB pun jammed jugak. Tapi yang teruk dari simpang Tanah Merah ke Grik. Yang saya paling marah ramai bebenor yang potong queue. Jadi saya ambil gambar sebahagian dari mereka. Tengoklah nanti bila senang saya buat entry untuk mereka.


Selasa 16.10.07

Pukul 9.30 pergi ke rumah abang ipar punya mak sedara. Dapat makan ketupat lagi. Pukul 11 bertolak ke Kangar rumah kakak ipar. Makan mee sup dua pinggan. Lepas solat pergi anak kakak ipar. Makan mee kuah pulak. Balik ke Alor Star singgah kat hutan lipur. Nampak mamat dan minah bercouple tanpa segan-segan.


Rabu 17.10.07

Masih lepak kat rumah. Petangnya ke Pekan Rabu. Beli barang-barang yang patut untuk dibawa balik. Hujan punyalah lebat. Kabarnya 22mm. Tidur awal sebab nak jalan jauh esok.


Khamis 18.10.07

Pagi-pagi dah siapkan barang. Ke kubur pak mertua. Alah...kat depan rumah aje. Kawasan perkuburan tu kat sebelah rumah. Pergi rumah kawan sekerja kat Kuantan dulu sebelum isi minyak. Dapatlah makluman apa yang dah berlaku kat Kolej tu. Bertolak dari Alor Star pukul 11.30 pagi. Singgah makan kenduri sepupu mak mertua kat tengah jalan ke Sg Petani. 12.30 baru bergerak semula. Singgah sembahyang kat mana ya...Sg Dua ke Juru tak ingat. Singgah kat Tapah beli buah. Surprise...tak ramai orang. Sampai KL pukul 7.45 malam. Dinner kat rumah kakak ipar. Ingatkan nak tidur KL dan beraya kat situ hingga Sabtu. Tukar plan sebab diorang semua dah kerja dan dah mula puasa. Terus balik ke melaka, sampai pukul 10.30 malam.


Jumaat 19.10.07

Lepak kat rumah. Sembahyang jumaat kat masjid MITC yang lengang. Dapat jemputan open house jiran. Nasib baik buat malam.


Sabtu 20.10.07

Ke LCCT pukul 12.00 untuk ambil maid. Flight sampai pukul 3.00. Pukul 4.00 petang baru keluar. Kakak ipar ajak makan nasi tomato. Kena pulak pergi KL. Hujan pulak dah! Apa lagi, jammed lah jalan. Kat highway, lepas tol Sg Besi. Sama aje. Nasib baik kereta automatik. Balik lepas maghrib. Sampai Melaka pukul 10.30 malam.


Ahad 21.10.07

Hantar mak balik ke Kuala Rompin pukul 8.30 pagi. Tiba di sana jam 11.30. Tidur se round. Pukul 2.30 petang bertolak balik ke Melaka. Pukul 6.30 selamat sampai rumah.


Isnin 22.10.07

Sesubuh lagi nak ke Bangi. Alahai......


Kata saya...saya nak tanya "Berapa km dah saya cover masa cuti raya ni?" Kalau betul saya bagi duit raya...heh, heh kalau ada lagi lah!

Thursday, October 11, 2007

Selamat Menyambut AidilFitri

Kepada semua Muslimin dan Muslimat:

Selamat Menyambut AidilFitri dan semoga berbahagia bersama keluarga.

Thursday, September 27, 2007

Tolonglah Gunakan Phonebook

Minggu lepas saya saya terima panggilan pukul 2.30 pagi. Entah dari makhluk mana. Bila saya jawab, dia tak pulak cakap. Dia terus hang-up. Mangkuk betul! (Heh, heh, apa pahala posa). Saya masih pelik kenapalah makhluk tu dan yang sebahlul dengannya (bak kata P. Ramlee)tidak menggunakan kemudahan phonebook dalam handphone masing-masing! Ya, makhluk ni guna handphone! Kalau guna fixed-line atau telefon awam saya fahamlah jugak! Masa saya kat Mekah ari tu pun macam tu. Entah berapa kali saya dapat missed call (sebab tak bawak phone ke masjid). Bila call dia balik, dia boleh cakap dia tak call. Kalau orang yang saya kenal boleh jugak bawak berkira. Entah berapa rial saya habis call makhluk-makhluk ni.

Bukan susah sangat nak guna phonebook tu. Lepas orang tu call atau buat missed call, simpan terus dalam phonebook. Tak payah nak dial nombor lagi. Telefon yang korok macam saya punya pun ada ni kan pulak phone yang riban-riban.

Kata saya...Nasib baik saya tak tidur malam tu sebab kena siapkan deadline, kalau tak mahu kena seranah mangkuk hanyun tu!

Tuesday, September 25, 2007

Definisi Cuai

Semalam saya baca paper, YB Nazri dan Tan Sri Musa katanya akan diambil tindakan ke atas ibu bapa Nurin yang telah ke Rahmatullah tu. Atas alasan cuai. Hari ni baca berita YAB Pak Lah komen tentang hal itu. Saya cuma nak tanya YB Nazri dan Tan Sri Musa berikan saya definisi cuai yang dimaksudkan hingga boleh dihadapkan ke mahkamah. Saya nak bagi beberapa senario, saya harap YB dan Tan Sri tolong jawab.

Senario 1: Anak saya naik basikal ke kedai di kawasan perumahan saya yang jauhnya cuma 100 meter dari rumah saya. Dalam perjalanan anak saya dilanggar kereta. Adakah saya dikatakan cuai kerana membenarkan anak saya ke kedai tanpa teman?

Senario 2: Anak saya naik basikal ke kedai di kawasan perumahan saya yang jauhnya cuma 100 meter dari rumah saya. Dalam perjalanan anak saya disamun oleh mat rempit, jatuh lalu mati. Adakah saya dikatakan cuai kerana membenarkan anak saya ke kedai tanpa orang dewasa?

Senario 3: Anak saya naik basikal ke kedai di kawasan perumahan saya yang jauhnya cuma 100 meter dari rumah saya. Dalam perjalanan anak saya dilarikan oleh orang gila (tak kiralah gila apa) dan kemudian saya dapati anak saya mati di satu lorong kawasan perumahan tu. Adakah saya dikatakan cuai kerana membenarkan anak saya ke kedai tanpa bodyguard?

Tolong jawab YB dan Tan Sri.

Kata saya...cakap tu jangan ikut sedap aje, apa akan terjadi kalau kena atas hidung sendiri. Cuai ke tidak?

Tuesday, September 11, 2007

Check Your Maths...

Dari Utusan Online 09.09.07....
Semakan gaji kakitangan awam itu membawa kepada pertambahan perbelanjaan negara berjumlah RM6.8 bilion setahun, tidak termasuk bayaran Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM1.2 bilion setahun.
Mengulas lanjut, Nor Mohamed berkata, walaupun kerajaan tidak membayar bonus kepada kakitangan awam kali ini, tetapi jika diambil kira kenaikan gaji baru-baru ini untuk tempoh Julai hingga Disember ini, setiap kakitangan awam menerima lebih daripada bayaran bonus satu bulan.
‘‘Malahan ada antara kakitangan sokongan yang menerima kenaikan gaji bersamaan dengan empat bulan bonus,” jelasnya.
Bagaimanapun Nor Mohamed menjelaskan, pemberian bonus adalah hak Perdana Menteri untuk menentukannya.

------------------------------------------------

Saya agak pelik dengan rasional yang diberi. Bonus tidak diberi kerana telah diberi kenaikan gaji pada bulan Julai. Oleh itu bermakna kerajaan hanya bertujuan nak beri kenaikan gaji bermula tahun depan? Dulu dikatakan kenaikan gaji diberikan kerana nak membantu kakitangan awam mengatasi kos sara hidup yang meningkat sekarang. Jadi kalau bonus tidak diberi bermakna kita balik ke square one.

Saya cuma dapat sebulan bonus saja hasil dari kenaikan gaji + kenaikan cola. Saya juga kira kalau k/tangan sokongan yang bergaji RM400, dia akan dapat RM840 + RM600 = RM1440. Mungkin betullah apa yang YB Nor Mohamed kata ada yang dapat sampai 4 bulan bonus tu, tetapi itulah yang dihasratkan oleh kerajaan nak membantu golongan ini.

Kata saya...dulu pun memang kerajaan tak ada bagi bonus, orang tak ada nak bising-bising. Kalau dapat bonus tu, ucap Alhamdulillah-lah. Tak dapat pun ucap Alhamdulillah jugaklah, sebab masih ada kerja. Tak macam sesetengah syarikat buat VSS sebab nak perkecilkan saiz syarikat dan nak untung lebih. Saya kata...kita berbelanjalah mengikut yang ada...

Wednesday, September 05, 2007

Kembali...

Saya mengambil cuti ber-blog selama lebih sebulan. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tapi, kalau nak kira ada tiga lagi deadlines yang perlu saya selesaikan dalam masa terdekat - masih belum boleh nak relaks lagi.

Saya masih terharu bila baca pelbagai berita yang memilukan sepanjang cuti saya, khas hal pemandu bas. Dah terantuk baru tengadah. Sekarang barulah kecoh nak buat operasi. Pihak yang berkuasa ni tak ambil iktibar agaknya. Ingat tak dulu kes dua bas ekspress accident masa balik raya. Kecoh sekejap. Ni pun macam tu lah agaknya. Selagi tak serious accidentnya pihak berkuasa (tak kira siapalah!), diorang akan buat derk aje. Itu cerita bas ekspress, yang kes student UTeM meniggal dunia tu cuma naik bas bandar aje. Apa kesudahannya kes tu. Sapu bawah karpet aje?

Budak hilang lagi. Saya rasa yang ni ada orang nak ambil kesempatan. Kalau dapat tangkap penculiknya, apa kata kita ikat kata sarang kerengga ke, atau sarang tebuan ke. Kalau nak sadis lagi, kita tanggalkan pakaiannya, he he he.

Merdeka? Tak ada yang dimerdekakan kalau sembahyang asar, maghrib dan isyak burned sebab nak berebut port yang baik untuk tunggu countdown. Silap-silap subuh pagi jumaat tu pun terlepas. Sepatutnya yang Islam tu sama-sama pergi baca yasin ke ikut tahlil di masjid ke, ini tidak. Malam jumaat tu kan? Tapi ramai dok ber-couple, terkinja-kinja macam ayam togel, membuka tin minuman berbau masam (tak taulah apa isinya - berselindung di sebalik karung plastik) menunggu detik 12 tengahmalam. 50 tahun merdeka katakan...


Kata saya...sebenarnya kita lupa apa erti kemerdekaan sebenarnya. Tiada identiti sambutan sendiri. Ikut orang lain buat, pertunjukan bunga api dan hiburan dan hiburan dan hiburan...

Thursday, July 26, 2007

Teka Teki

Hari ni relaks kan kepala. Cuba-cubalah jawab teka-teki ini.

Soalan:
Mamat masuk masjid untuk sembahyang berjemaah. Dia lihat orang dah sembahyang. Jadi dia takbir dah terus ikut imam. Setelah selesai sembahyang tu, dia telah duduk untuk tahyat sebanyak 4 kali. Sembahyang waktu apa agaknya yang dia sembahyang, ek? Cuba terangkan sikit kat saya.

Moga-moga anda dapat jawapannya. Kalau tak tau nanti saya bagi jawapannya...he, he, he

Wednesday, July 25, 2007

Updates...

Berita lanjutan tentang Salah Siapa? dan Salah Siapa? 2.0 boleh dilihat disini.

Berita lanjutan tentang Cuma Layak Jadi Penganjur boleh dilihat disini.

Kedua-duanya ada persamaan apa yang telah saya komen sebelum ini.

Nampak gayanya ada jugak orang berfikir macam saya.

Tuesday, July 24, 2007

Salah Siapa? 2.0

Dari New Straits Times Online 23.07.07…
KUALA LUMPUR: Teachers who mete out inhumane punishment were yesterday described as a disgrace to the profession.
Two teachers’ unions and a Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) commissioner said that while students could be disciplined, they should not be abused.They were commenting on a New Sunday Times report on 200 schoolgirls from a boarding school in Sibu being forced to squat, neck-deep, in a murky pond after a used sanitary pad was found in a toilet bowl. The girls were in the pond for an hour during a downpour while the warden, who meted out the punishment, stood under an umbrella.Suhakam commissioner Datuk N. Siva Subramaniam said: "Teachers always have the option of discussing or counselling when handling students.
"They shouldn’t take the law into their own hands. They should never violate a child’s human rights."

-------------------------------------------------------------------

Update...Guru Besar yang tampar 20 pelajarnya dah kena gantung kerja. Ex DG Kementerian Pendidikan suruh buang Warden kes di atas.

Masa saya sekolah dulu ramai rakan-rakan saya kena rotan di bilik guru besar kerana pelbagai "kesalahan". Saya pun nyaris kena rotan sebab segulung dawai letrik berada di atas locker saya yang ditinggalkan oleh wireman yang membuat pembaikan pendawaian letrik. Ni semua masa cikgu buat spot check kat asrama. Tak pernah mak bapak kecoh kat newspaper. Rakan-rakan saya menganggap ianya asam garam duduk asrama.

Cuma sekali kitorang memberontak dengan jayanya. Masa tu bulan puasa. Makanan sahur punyalah hampeh. Tiap malam sahur menunya sup ayam, sup daging atau sup tulang. Tetapi yang ada cuma air dan lemak kat 5mm dalam mangkuk, isi tak ada. Jadi satu malam salah seorang dari kami pelajar tingkatan 5 (I know who you are!) telah menghantar satu tray makanan kat depan bilik pengetua. Besoknya pengetua memanggil perhimpunan tergempar kat dewan sekolah. Dia cakap dia tahu siapa yang buat kerja tu. Tak lain pelajar tingkatan 4, yang tak de kerja, yang tengah honeymoon. Dia nak pelajar tu datang jumpa dia sebelum tengahari.
Sampai sudah tak ada orang mengaku. Tak taulah kalau-kalau pelajar tingkatan 4 tu denda macam kes kolam tu.

Yang baiknya, lepas kejadian tu tiap-tiap malam lauk sahur adalah ayam atau daging sampai cuti raya. Ha, ha, besssstttt!

Kata saya...apa jadi kalau yang buang tuala wanita tu bukan pelajar wanita tetapi pelajar lelaki yang saja buat dajal. Ala... macam kes kitorang tu yang salah tuduh!

Friday, July 20, 2007

Salah Siapa?

Dari New Straits Time Online...

TUARAN: The headmistress of a primary school here is in trouble for allegedly abusing 20 Year Four pupils for not doing their homework on Wednesday.
She is alleged to have slapped all of them, and even pulled the hair of a boy who also got his head knocked against the blackboard.Following the incident, several parents, led by SK Gayang Parent-Teacher Association chairman Awang Bungsu Awang Mattiasin, lodged a report at the district police headquarters.
-----------------------------------------

Kalau ini terjadi pada saya masa sekolah dulu, mau ayah saya tambah lagi dengan rotan.

Tak taulah siapa nak disalahkan. Guru Besar tu dah ada mental sikit agaknya atau parents yang over-reacting. Sabjek pulak Civic, sabjek tak penting - tak masuk UPSR. Guru Besar mungkin berang sebab separuh dari kelas tak siap. Apasal? Agaknya parents tak hirau anak diorang tak buat homework agaknya.

Sekarang pelajar sekolah dah tak boleh diusik lagi. Tak boleh nak dimarah dan tak boleh dipukul. Usik sikit report police, masuk suratkhabar. Mungkin itu sebab agaknya ssetengah cikgu pun dah malas nak ambil berat lagi bila dah jadi macam ni. Lebih baik buat tuisyen!

Cuma satu yang saya khuatir, kebanyakan kes melibatkan anak orang melayu. Orang dulu serah anak kat cikgu siap cakap buat apa pun kat anak diorang asal jangan bagi buta sudah.

Kata saya...masing-masing kena muhasabah diri, tengok diri dalam cermin, salah tak tindakan memasing. Guru Besar sebab bagi penampar, Pelajar sebab tak buat homework, Parents sebab tak tengok homework anak-anak. Saya kata...jangan cepat nak tuding jari cari salah orang.

Tuesday, July 17, 2007

Lagu Rojak

Suatu masa dulu tahun 70an, kecoh fasal isu lagu melayu berirama hindustan. Sampai satu tahap sampai ada ura-ura nak "ban" lagu-lagu seperti itu.

Suatu masa dulu tahun 90an, kecoh fasal drama melayu yang menggunakan bahasa inggeris dalam drama melayu. Sampai satu tahap nak "ban" drama melayu yang terbabit dengan penggunaan bahasa inggeris ini.

Suatu masa dulu tahun 2000an, kecoh fasal lagu melayu yang menggunakan lirik bahasa melayu yang tak betul. Sampai satu tahap nak "ban" lagu tersebut di radio.

Hari ini, dah banyak lagu ROJAK yang diperdengarkan. Tajuk inggeris, lagunya campur melayu dan inggeris. Tajuk melayu, lagunya campu melayu, inggeris, hindustan. Herannya tak ada pulak kecoh-kecoh fasal benda rojak ni. Agaknya semua dah setuju konsep "mixing" ni kut.

Besok, agaknya budak tulis esei tajuk bahasa melayu dengan isinya bercampur-aduk inggeris melayu dll. atau tajuk bahasa inggeris dengan isinya bercampur-aduk. Tu belum masuk bahasa SMS lagi. Rojak habis bahasa.

Kata saya...terkenang makan Rojak Mamak di Padang Ipoh berharga 40sen masa sekolah kat sana dulu. Fuhh, terliur beb...Rojak Ayam di Taman Gelora Kuantan yang tiada tandingan.

Wednesday, July 11, 2007

Cuma Layak Jadi Penganjur

Thailand 1 Iraq 1
Vietnam 2 UAE 0
Malaysia 1 China 5
Indonesia 2 Bahrain 1

3 negara penganjur bersama Piala AFC 2007 menunjukkan keputusan yang membanggakan. Cuma Malaysia, penganjur bersama ke 4, yang kena belasah dengan lawannya. Pada hemat saya sepatutnya Malaysia tidak LAYAK diberikan hak untuk menganjurkan pertandingan kalau mutu persembahan begini teruk.

Saya cadangkan kita mansuhkan saja liga bolasepak ni. Persatuan bolasepak bila tak ada duit nak bayar gaji pemain mulalah minta simpati dari kerajaan negeri. Memalukan, bila dikatakan liga bolasepak profesional. Ingin diingatkan kepada persatuan bolasepak negeri, duit kerajaan negeri tu duit rakyat, untuk kegunaan rakyat. Bukan untuk bayar gaji pemain bolasepak profesional!!! Kalau persatuan bolasepak negeri tak tau nak cari duit sendiri, jangan masuk liga profesional. Jadi macam Vietnam, elok aje permainan dia, cuma semi-pro aje. Kelayakan olimpik Vietnam dah dapat masuk second round. Agak-agaknya pemain Malaysia layak ke main dalam liga diorang?

Kata saya...NASIB BAIK MU tak jadi datang. Kalau tak buat malu saja nanti, kena belasah berbakul-bakul.

Tuesday, July 03, 2007

G.I.G.O

Hari ahad lepas pelajar baru masuk universiti. Sama macam masuk sekolah asrama penuh, pelajar-pelajar ni telah ditapis terlebih dahulu. Ada yang mengatakan yang cream among the cream masuk ke universiti/pengkhususan tertentu. Ada yang mengatakan yang cukup makan masuk universiti/pengkhususan tertentu. Tak taulah betul ke tidak.

Kalau betul, yang cream ni kalau masuk universiti sepatutnya berjaya. Gold In Gold Out. Kalau yang cukup makan itulah yang payahnya. Garbage In Gold Out. Itu yang dikehendaki oleh semua orang. Kalau Gold In bermakna yang mengajar tu tak adalah banyak sangat cabarannya. Tetapi bila Garbage In, mengajar bukan lagi satu cabaran tetapi periuk nasi anda. Kalau tak dapatkan Gold Out bermakna anda telah gagal.

Lepasa sijil politeknik (yang bagus PGMK-lah) dikira tidak layak memasuki universiti oleh sesetengah penilai. Perlu ambil pelajar Matrikulasi dan STPM. Mungkin pelajar ini kurang sedikit dari segi teori jadi perlu kerja lebih untuk mempertingkatkan pemahaman mereka. Di sinilah cabarannya untuk pensyarah dan pelajar membuktikan mereka layak ke universiti. Kumpulan pertama ini di universiti saya membuktikan mereka boleh bersaing dengan pelajar lain. Buktinya kesemua mereka berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Mungkin ada beberapa pelajar yang terpaksa menambah satu atau dua semester untuk tamat tapi janjinya berjaya menamatkan pengajian. Yang masuk Matrik dan STPM pun ada yang extend.

Kata saya...ada setengah pelajar yang "late bloomers". Usah diperlekehkan mereka, dengan usaha mereka akan berjaya. I salute those lecturers for their sacrifices to make sure Garbage In becomes Gold Out. Saya kata...ada kawan yang dah jadi pengarah pusat di kampus kesihatan USM dan salah seorang pakar Genome di Malaysia dengan usaha yang bersungguh-sungguh. He, he, agaknya dia insaf selepas jadi "punk" (masa tu budaya tu belum wujud lagi di Malaysia) sekejap.