Saturday, October 27, 2007

Anak Kera DiSusukan

Dulu kita pernah digembargemburkan cerita Safiah dan adik-adiknya yang kononnya genius. Yang saya faham emak dia orang Malaysia tapi ayahnya bukan (betulkan saya kalau saya salah!). Sekarang dah tak ada cerita fasal dia dan keluarganya. Yang saya tahu dia pun tak balik Malaysia untuk menyumbang tenaga membangun negara ini. Yang saya tahu banyak wang rakyat yang digunakan untuk bantu dia.

Sekarang tengok cerita dari The Straits Times...

--------------------------------------------
Education Ministry parliamentary secretary P. Komala Devi earlier this week said that Adi Putra, 7, was being home-tutored, in preparation for the A-level exams.

The mathematics genius left the international school on March 26 after studying at SK Matang Buluh in Bagan Serai, Perak.

Komala had also said the ministry would create a special programme for child geniuses but Hishammuddin said this would be difficult.

"The ministry’s focus is to provide education for the masses. It would be difficult to cater specifically for the needs of children like that.

"The parents have to decide what is best for him. We will help within our jurisdiction."
--------------------------------------------

Mungkin agaknya Safiah tu kes istimewa sebab dia dapat masuk Cambridge (atau Oxford, saya tak ingat). Adi Putra bukan kes istimewa sebab dia budak kecik lagi. Sekolah rendah pun belum habis. Kenapa nak kecoh sangat dia tak ambik UPSR. Saya tak tahu samada budak yang gagal semua matapelajaran boleh masuk Tingkatan 1 ke tidak. PMR mungkin cerita lain sebab nak naik Tingkatan 4 dan tentukan alirannya. Dia nak ambil A level. Biarkanlah dia. Bebudak yang ikut International School pun tak ambil UPSR, mungkin jugak tak ambil PMR. Jadi apa nak kecoh ni...

Cuma apa yang saya nak tengok sedikit bantuan pada Adi dan keluarganya. Kalau kita boleh spend hampir RM 100 juta untuk ke ISS tak boleh ke tolong dia. Kalau kerajaan tak nak tolong, mana dermawan kita? Kita tolong orang Acheh, kita tolong orang Palestin, kita tolong orang Afghanistan. Tak boleh ke kita tolong orang Malaysia sendiri. Yang saya tahu, "Charity begins at home". Mana tahu Adi akan jadi pemenang Nobel Prize Malaysia yang pertama.

Kata saya...agaknya susukan kera di hutan lebih glamour!

3 comments:

sya said...

Begitulah kita..
yg digembar-gemburkan org luar bukan org kita..

yg dijaga hati org bukan hati keluarga kita..

yg dipentingkan pi angkasa.. kita nak pi kesana kemari.. subsidi petrol asyik dikatakan terlebih beri.. pastu camana nak layan "tahun melawat mesia"

mcm lr dlm agama.. yg sunat lagi dipentingkan dr yg wajib..

nak buat camana ek?

jorazak said...

KS
Sampai sekarang saya masih tak faham: Kata nak banteras kemiskinan tegar atau sifar kemiskinan tegar, tapi kat dalam TV3 masih ada lagi cerita Bersamamu. Macam dulu-dulu slogannya, Semua rumah ada air paip dan letrik, lepas tu setiap rumah ada telefon, lepas tu satu rumah satu komputer. Tercapaikah itu semua? Hanya tinggal slogan saje...

Ibu Baru said...
This comment has been removed by the author.