Thursday, February 14, 2008

Demam is ON

Semalam PM dah bubarkan parlimen dan kesemua negeri KECUALI Sarawak dah bubarkan dewan undangan. Jadi kalau dah bubar bermakna tak adalah YB dan menteri-menteri. Cuma yang tinggal PM, Menteri Besar dan Ketua Menteri sementara saja.

Maknanya tak perlulah nak panggil Yang Berhormat lagi tapi Yang Berharap. Yang berharap akan dicalonkan, yang berharap akan diundi, yang berharap akan menang. Kalau tak dicalonkan dan tak menang, alangkah malangnya nasib mereka...hi, hi.

Siapalah yang akan jadi calon ADUN dan Parlimen tempat mengundi saya. Saya masih lagi menunggu peraih-peraih undi untuk datang jumpa saya. Saya ada senarai yang nak mereka buat untuk kawasan tempat saya tu. Adalah dalam 10 muka A4 saje. Kalau diorang tak cukup saya boleh tambah. Kawasan mengundi saya: DUN 137/16 Ayer Keroh, Parlimen 137 Bukit Katil.

Kata saya...saya dah tahu siapa saya nak undi walaupun belum tahu siapa calon-calonnya...

4 comments:

Ibu Baru said...

Mengundi ke tak? Jangan la demam sampai tk mengundi

jorazak said...

ibu baru
Mana boleh tak mengundi. Dulu masa masih belum tukar kawasan mengundi kat Kuantan, sanggup balik. Inikan pulak pusat mengundi most likely kat SM Ayer Keroh - sepelaung aje. Hi, hi, spt yg saya kata saya dah tau siapa yang nak saya undi...

mak aji said...

Encik Jo pun mengundi parti tak kira siapa calon ke? Hihihi...nanti tengok gambar calon tu dulu ya! Jangan last minute tukar fikiran sebab tak suka tengok muka calon, macam kawan saya tu. Hahaha!
Saya pula akan mengundi ikut kriteria tertentu yang hanya saya yang tahu....Selamat mengundi.

jorazak said...

mak aji
Undi kan "rahsia". Org gomen kena hati-hati bila cakap fasal mengundi. Tu sebab saya masih menanti peraih-peraih undi datang rumah saya. Kalau diorg tak nak undi saya pun tak apa...hi, hi