Saya tertarik dengan ulasan YB TS Muhyiddin mengenai kedudukan PM. Tidak seperti yang digemburkan oleh YB DS Mohamed Nazri Aziz yang mengatakan kemahuan rakyat yang inginkan YB DS Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Saya tidak pasti samada dalam perlembagaan tubuh Malaysia ada tercatit macam perlembagaan tubuh negeri-negeri. Macam kes Terengganu dan Perlis. Kalau macam tu berat jugaklah kesnya.
Yang saya nak highlight-kan adalah perlantikan PM Malaysia bukan macam perlantikan Presiden US, yang mana ditentukan oleh rakyat. Pemilihan eksekutif itu diasingkan dari pemilihan senat. Itu sebab kalau menang jawatan Presiden bukan senang nak memerintah sebab belum tentu senat sokong presiden. Lebih-lebih lagi majoriti senat dari parti lawan (US cuma ada 2 parti - Repulican dan Democrat: kenkadang ada jugak mamat Independent macam Perot). Macam sekarang ni Bush - Republican, majoriti Senat - Democrat. Kalau dalam parti sama pun boleh berlaku pembelot - itu sebab ada penglobi sesuatu bill.
PM Malaysia biasanya adalah Presiden UMNO, yang mana Ketua Barisan Nasional. Yang memilih Presiden UMNO hanyalah ahli parti UMNO. Itu pun perwakilan G7 yang buat keputusan semasa pemilihan dibuat diperingkat pusat semasa pemilihan AGM UMNO. Pemilihan G7 tidak semestinya pilihan yang dibuat oleh ahli-ahli di cawangan dan bahagian. G7 punya pilihan untuk ikut cadangan ahli atau buat pilihan sendiri.
Jadi pemilihan bulan Disember ini adalah pemilihan bukan hanya pemilihan Presiden UMNO tapi juga pemilihan PM. Yang menang jadi PM. Tak tahulah saya kalau-kalau ada lagi perlembagaan tubuh Malaysia yang saya tak tahu. Macam saya kata dulu PRU-12 ni membuatkan saya banyak belajar berkenaan perlembagaan.
Kata saya...ini komen peribadi saya yang tak ambil jurusan undang-undang, ini saja buat masa ini yang saya faham mengenai perlembagaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment