Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak




Dapatkan mesej bergambar di testi.iluvislam.com

Kata saya...sama-samalah kita menghayati bulan Ramadhan tahun ini, dan berdoa dapat ditemukan lagi tahun depan.

Thursday, August 20, 2009

Hukuman

Terbaca cerita ini 2 hari lepas. Apa pun yang dibuat oleh bekas suami, saya rasakan tindakan yang dibuat oleh bekas siisteri ke atas bekas si suami adalah sesuatu yang tidak patut. Jadi itu saya serahkan kepada yang arif di kamar perundangan.

Apa yang saya cuba bangkitkan adalah dari keterangan bekas suami.

"We were downstairs for a while before we went upstairs to bed..."

Siapa yang dimaksudkan "we" itu? Dia dan rakan perempuannya? Berdua-duaan di rumahnya pada pukul 4 pagi? Naik ke tingkat atas untuk tidur?

Kata saya...sepatutnya si bekas isteri panggil orang majlis agama Islam johor aje...

Tuesday, August 18, 2009

Bonus...22 Ogos

Terima e-mail dari seorang teman...
Kata saya...war-warkanlah kepada semua umat Islam.

Sunday, August 16, 2009

Tiga Adegan

Adegan 1
Seorang imam menamatkan mengimamkan solat dengan mengucapkan salam, kiri dan dan kanan. Kemudian, dia membacakan istighfar dan wirid.

Adegan 2
Seorang anak bermain dengan telefon baru maknya. Telefon itu terjatuh ke dalam air. Si anak berkata,"maafkan saya mak, maafkan saya mak, maafkan saya mak" dengan pantasnya.

Adegan 3
Seorang anak bermain dengan telefon baru maknya. Telefon itu terjatuh ke dalam air. Si anak terlalu sedih, tidak berkata-kata. Dengan muka dan hati yang amat sedih atas kesalahannya, si anak tunduk mengalirkan air mata dan hanya terdengar suaranya yang menahan sedu sedan.

Faham? Kaitan Adegan 1 dan Adegan 2. Perbandingan Adegan 1 dan Adegan 3. Di mana silap kita?

Kata saya...itu yang ustaz cerita minggu lepas

Saturday, August 15, 2009

Kuman Di Seberang Nampak

Semalam terbaca di media online berkenaan seorang perempuan Islam dilarang memasuki kolam renang awam di Perancis kerana memakai "burqini". Itu negara sekular.

Cuba kita tengok di Malaysia sendiri, yang mengaku negara Islam, ada taman tema air yang menetapkan syarat-syarat berpakaian untuk memasuki kolam mereka. Antaranya yang melibatkan lelaki, tidak boleh memakai T-Shirt, dan seluar tidak boleh melebihi lutut. Dah sah tak tutup aurat untuk lelaki.

Saya sudah melalui pengalaman ini dalam beberapa tahun yang lepas. Dah tak pergi lagi saya ke sana kerana polisi itu, lagi pun mahal untuk ke sana. Tak taulah pulak kalau-kalau diorang dah tukar polisi.

Jadi tak perlulah nak kecohkan apa yang negara sekular buat, yang negara Islam depan mata buat ramai yang tak nampak.

Kata saya...hi, hi, agaknya diorang nampak kuman H1n1 di seberang laut...

Tuesday, August 11, 2009

Kuarantin Atau Tutup?

Angka yang dah meninggal akibat H1N1 meningkat ke 32. Mexico yang mula diserang, sudah mengalami 125 kematian.

Antara langkah yang diambil oleh kerajaan ketika ini adalah, kuarantin di hospital atau di rumah dan menutup sekolah dan universiti.

Adakah langkah diambil kerajaan menepati prosedur yang sepatutnya?

Saya berikan contoh...

1
Sebuah IPTA yang diarah tutup dan pelajar diarahkan pulang ke kampung. Seorang pelajar balik ke rumah kakaknya di Melaka. 2 hari selepas itu, dia demam. Akhirnya seisi keluarga kena kuarantin di rumah.

2
Sebuah sekolah berasrama penuh dikuarantin kerana 2 pelajarnya demam selepas pulang dari luar negara. Seluruh sekolah dikuarantin. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk berjumpa pelajar. Apabila lebih ramai pelajar demam, sekolah diisytiharkan tutup dan pelajar dibenarkan pulang. Pelajar yang balik ke kampung menyebabkan seisi keluarga demam.

3
Sebuah sekolah diisytiharkan tutup setelah begitu ramai pelajar demam. Pelajar-pelajar yang bercuti dengan seronoknya berjalan-jalan di kompleks perniagaan yang menjadi tumpuan ramai. siang dan malam.

Baru 32, katanya kematian di Malaysia mungkin menjangkau 28,000 bila gelombang kedua, dari Hemisfiar Utara akan mengalami musim sejuknya dalam beberapa minggu lagi. US menganggarkan 36,000 kematian.

Hi, hi, apa macam sekarang Pak Menteri Kesihatan?

Kata saya...harap-harap vaksin yang sesuai diluluskan segera dan cukup untuk semua orang. Setiap penyakit ada ubatnya...

Friday, August 07, 2009

Yang Berat & Yang Ringan

Suatu ketika dulu, kami kakitangan akademik, hanya perlu menghantar keputusan gred pelajar kepada kerani atau pembantu tadbir kemasukan dan rekod untuk dimasukkan ke dalam sistem maklumat pelajar. Pada satu semester yang berkenaan, kami diarah untuk memasukkan gred pelajar ke dalam sistem tersebut.

Apa lagi kami membantah dengan lantangnya sehingga kami dipanggil untuk mesyuarat. Setelah dimaklumkan rasionalnya barulah kami faham dan memberi kerjasama, walaupun ada yang mengerjakannya dengan sedikit sungutan.

Kini, persoalan tersebut diungkit dalam situasi dan tempat yang berlainan, cuma isunya mungkin sedikit berlainan tapi masih berteraskan kerjasama. Cuma kini yang membangkitkan isu itu orang tinggi dalam organisasi.

Kalau saya berada di sana mungkin saya pasang aje "tape" ucapan pendaftar saya ketika itu.

Kata saya...bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Wednesday, August 05, 2009

Arak

Beberapa hari ni kecoh fasal cadangan PAS Selangor nak haramkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam di Selangor. Timbalan Pengerusi MCA diberitakan membantah cadangan tersebut. Biarlah mereka berdebat di Dewan Undangan Selangor, ek.

Izinkan saya berikan pendapat 2 sen saya.

Saya paling tidak setuju apabila rangkaian kedai 7 eleven di Malaysia ni diberikan lesen menjual arak.

1. Kebanyakan rangkaian kedai itu dikendalikan oleh remaja melayu. Kenapa mereka dibebankan untuk menjual arak tersebut. Kalau tak silap di supermarket, bahagian jualan alkohol ini dikendalikan oleh kakitangan bukan islam. Kenapa, ada orang nak tanggung dosa mereka menjual arak di akhirat kelak?

2. Konsep jualan kedai 7 eleven tidak relevan di Malaysia. Kalau setakat nak buka kedai 24 jam saya rasa tidak perlu diberikan lesen menjual arak. Ini bukan US, yang mana arak dijual berleluasa. Apa yang dijual di US, tak perlu dijual di Malaysia. Apa, kalau dah jual arak kat kedai tu, kenapa tak dijual makanan tidak halal sekali! Macam kat US!

3. Saya tak pasti undang-undang penjualan arak di Malaysia. Di dua tempat saya belajar di luar negeri dulu, arak tidak boleh dijual selepas tengah malam sehingga 7 pagi. Kalau ini juga dikuatkuasakan di Malaysia perbezaan tempoh julat masa hanya 2 jam dari waktu supermarket tutup. Lagi pun banyak lagi pub yang buka sampai ke pagi. Pergi ajelah!

Kata saya...tunggu nak dengar YB Islam di Selangor bagi pendapat "bernas" diorang.

Tuesday, August 04, 2009

Kampung Buah Pala & Kampung Baru

Operasi merobohkan Kampung Buah Pala ditangguh lagi. Semalam tengok berita, sorang tu siap menjerit-jerit dalam bahasa Inggeris sambil menangis.

Saya malas nak menyelidik dengan lebih mendalam kes ini. Cuma saya nak bandingkan dengan satu situasi lain.

Kampung Baru di Kuala Lumpur...

Apa akan terjadi jika sekiranya kampung tersebut diambilalih atas nama pembangunan? Agak-agak akan jadi protes macam di Kampung Buah Pala?

Saya berharap Kampung Baru tidak diambilalih untuk tujuan keuntungan sesetengah pihak.

Kata saya...let it be...