Tuesday, August 11, 2009

Kuarantin Atau Tutup?

Angka yang dah meninggal akibat H1N1 meningkat ke 32. Mexico yang mula diserang, sudah mengalami 125 kematian.

Antara langkah yang diambil oleh kerajaan ketika ini adalah, kuarantin di hospital atau di rumah dan menutup sekolah dan universiti.

Adakah langkah diambil kerajaan menepati prosedur yang sepatutnya?

Saya berikan contoh...

1
Sebuah IPTA yang diarah tutup dan pelajar diarahkan pulang ke kampung. Seorang pelajar balik ke rumah kakaknya di Melaka. 2 hari selepas itu, dia demam. Akhirnya seisi keluarga kena kuarantin di rumah.

2
Sebuah sekolah berasrama penuh dikuarantin kerana 2 pelajarnya demam selepas pulang dari luar negara. Seluruh sekolah dikuarantin. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk berjumpa pelajar. Apabila lebih ramai pelajar demam, sekolah diisytiharkan tutup dan pelajar dibenarkan pulang. Pelajar yang balik ke kampung menyebabkan seisi keluarga demam.

3
Sebuah sekolah diisytiharkan tutup setelah begitu ramai pelajar demam. Pelajar-pelajar yang bercuti dengan seronoknya berjalan-jalan di kompleks perniagaan yang menjadi tumpuan ramai. siang dan malam.

Baru 32, katanya kematian di Malaysia mungkin menjangkau 28,000 bila gelombang kedua, dari Hemisfiar Utara akan mengalami musim sejuknya dalam beberapa minggu lagi. US menganggarkan 36,000 kematian.

Hi, hi, apa macam sekarang Pak Menteri Kesihatan?

Kata saya...harap-harap vaksin yang sesuai diluluskan segera dan cukup untuk semua orang. Setiap penyakit ada ubatnya...

2 comments:

blogmaster said...

Salam Jo,
Sekolah anak aku antara terawal kena tutup. semalam sekali lagi saya terpaksa ambil dia sebab sekolah suruh dia balik dia ada batuk dan selsema dan deman..(pukul 3.00 pagi tadi aku tidur di highway) jauh tu kat Johor Bharu.

Pukul 8.00 pagi aku bawak dia ke hospital JB (yang belakang Jusco tu), sebab dia pun kena asthma, aku bagitahu yang sekolah dia ada kes +ve H1N1 ni....

doktor yang merawat anak aku tu tu, suhu budak tu pun tak di periksa, cuma tanya dan ambil ubat sedut tu je...untuk mengurangkan keberangan aku, aku pun bagitahu diri sendiri yang "doktor tu tahu la apa diaorang buat.... "

ubat yang diberi cuma ubat selsema, batuk dan asthma. balik aku singgah kat Kpg Melayu beli virgin coconut oil, Rm 40/-

dalam hati aku cakap, menteri cakap lain, potitikal statement, praktisnya lain. Hospital kata hanya kes yang sympton dah jelas kena baru dia orang buat test dan beri ubat....dalam hati aku cakap nak tunggu dah mati baru nak test untuk confirmkan agaknya, bukan nak bagi preventive ubat....

jorazak said...

hassan
1. kalau simtom dah jelas baru nak ambil tindakan, itu yang ramai mati tu. yang mati tu pulak mereka bagi alasan lambat ambil tindakan gi hospital. hampes!
2. yg dok cakap macam tu sebab mungkin diorg dah ambil vaksin influenza walaupun bukan yg A punya (sebab belum ada).
3. tengoklah nanti kalau ada org besar mati, kita tunggu apa reaksi mereka