Saturday, August 15, 2009

Kuman Di Seberang Nampak

Semalam terbaca di media online berkenaan seorang perempuan Islam dilarang memasuki kolam renang awam di Perancis kerana memakai "burqini". Itu negara sekular.

Cuba kita tengok di Malaysia sendiri, yang mengaku negara Islam, ada taman tema air yang menetapkan syarat-syarat berpakaian untuk memasuki kolam mereka. Antaranya yang melibatkan lelaki, tidak boleh memakai T-Shirt, dan seluar tidak boleh melebihi lutut. Dah sah tak tutup aurat untuk lelaki.

Saya sudah melalui pengalaman ini dalam beberapa tahun yang lepas. Dah tak pergi lagi saya ke sana kerana polisi itu, lagi pun mahal untuk ke sana. Tak taulah pulak kalau-kalau diorang dah tukar polisi.

Jadi tak perlulah nak kecohkan apa yang negara sekular buat, yang negara Islam depan mata buat ramai yang tak nampak.

Kata saya...hi, hi, agaknya diorang nampak kuman H1n1 di seberang laut...

6 comments:

JahRera said...

salam jorazak,

Jepun bukan negara Islam, namun begitu, perenang wanita bebas memakai burqini di laut mau pun di kolam.

Lagi satu, pakaian burqini tidak ada stok di Jepun. Wanita-wanita di Jepun mendapatkan burqini dari negara2 Islam melalui internet.

Selamat memeriahkan Ramadan.

jorazak said...

salam kak lela
1. saya pun tak pasti negara islam nan satu ini, ada jual burqini atau tidak.
2. banyak negara eropah dah islamophobia.
3. ya, salam ramadhan almubarak buat kak lela sekeluarga.

MA said...

Salam Jorazak :

Burqini ada dijual di Malaysia. Saya ada memiliki sepasang. Nampak gaya tak boleh lah nak bawak ke Paris nanti..he..he..

jorazak said...

salam MA
1. hi, hi, nasib baik ada. kalau tak, tak tulah nak explain kat foreigner pengertian negara Islam.
2. paris? masih boleh berendam kat hotel kut. yg kena ban tu kat public pool kalau tak silap. masih ada chance, hi, hi.
3. missed reading your blog. apa cerita the little jedi @ mozart?

MA said...

Oh you can click at my profile and get my new url. I ada bagi url baru before kunci rumah lama. Ramai tak sempat ambil nampak gayanya..

jorazak said...

MA
TQ