Saturday, May 15, 2010

Kenapalah

I
Petang semalam saya wogging buat kali kedua buat minggu ini. Masuk pusingan yang ke..., satu makhluk dan rakannya telah merempit motosikal masuk ke litar larian sekitar Taman Rimba itu. Telah terpampang di jalan masuk Taman Rimba itu papan tanda yang mengatakan motosikal TIDAK di benarkan masuk. Kebetulan mereka memotong saya ketika menghampiri jalan masuk itu. Saya pun ambil peluang berikan sedas. "Oiii tak tahu ke motor tak boleh masuk sini. Mangkuk!" Saja nak tengok reaksi diorang macamana. Diorang terus cabut...

II
Hari Rabu saya melalui lorong rumah kedai di Ayer Keroh Height. Kereta diparkir mengikut sesuka hati di sebelah kiri jalan. Pada hal tempat parkir di sebelah kanan masih ada. Samada pemandu tu malas nak beli kupon dan malas letak kat dashboard atau memang jenis makhluk yang sengaja nak menyusahkan orang. Dengan meletakkan kereta di bahu kiri jalan itu telah menyebabkan lorong menjadi sempit untuk kereta lalu lalang dan pemandu yang parkir di tempat parkir bermasalah untuk keluar dari parkir. Agaknya kalau boleh dia nak masuk dalam bank agaknya! MBMB dan polis tak ada pula nak menyaman!

III
Malam semalam saya ke Hyper Market Mydin. Semasa di kaunter bayaran, setelah beratur panjang, saya lihat mak cik sorang ni berbuat begini: mengeluarkan lebih kurang 20 barangan dan juga ikan dan udang. Pelanggan lain di belakang dia mengeluh! Kenapa yek? Terpampang di depan kaunter tu ditulis: Papan tanda pertama - Barangan KERING sahaja. Papan tanda kedua. Kurang dari 10 barangan sahaja. Agaknya dia saja buat tak tau baca atau dia buta, tak nampak papan tanda (mungkinlah kut sebab dia pakai spek hitam) atau TIDAK CUKUP ajar.

Kata saya...inikah perangai dan mentaliti makhluk di negeri yang nak dimasyhurkan sebagai negeri maju pada jam 20.10 pada tarikh 20.10 dan pada tahun 2010?

Friday, May 14, 2010

Ilmu

Dan di antara manusia ada yang berbantahan tentang Allah tanpa ilmu dan hanya mengikuti para setan yang jahat.
22:3

Tidakkah kamu memperhatikan bahwa Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untuk (kepentingan) mu dan menyempurnakan nikmatNya untukmu lahir dan batin. Tetapi di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu atau petunjuk dan tanpa kitab memberi penerangan.
31:20

Kata saya...sekarang ni sudah ramai yang jadi "ulama" dan juga memberi "fatwa"...

Thursday, May 13, 2010

Tiada Maaf Bagimu

Tak kisah samada pihaknya benar atau salah, tiada permohonan maaf bagi pihak keluarga simangsa. Dia tidak mahu mengulas," kerana ada implikasi undang-undang".

Undang-undang siapa? Undang-undang manusia. Mungkin ada implikasi kewangan...

Undang-undang Tuhan, ada yang takut?

Kata saya...mungkin ada yang rasa dia tidak perlu minta maaf walaupun buat salah. Cakap macam tu kat Tuhan, tengok!

Tuesday, May 11, 2010

Ada Apa Dengan Konsert

Pihak penguasa bumi bertuah ini telah meluluskan konsert selama 12 jam, dari 7 malam hingga 7 pagi. Sungguh malang sekali Malaysia ini.

Pihak yang memberi kelulusan, tak tahulah di mana letak akal mereka.

Tak kanlah mereka tak boleh berfikir apa pengisian bila konsert dibuat sepanjang itu?

Pernah ke Beatles atau Rolling Stones buat konsert sepanjang itu?

Apa tujuan konsert dibuat melampaui tengah malam? Apa kata pihak bertanggungjawab buat test dulu dengan artis tempatan.

Kata saya...kalau dah mangkuk, mangkuk juga, tak boleh digelar piring atau cawan!

Friday, May 07, 2010

Buat Mereka Yang Buta Mata & Buta Hati

Suatu masa dulu ada orang besar (bukan gemuk ye) Melayu yang mengatakan dia tak tahu judi tu salah dalam Islam, sebab dia tak jumpa ayat Al-Quran mengatakannya haram.

Semalam saya baca ada pula seorang melayu orang besar juga nak membenarkan judi bolasepak Piala Dunia jika itu dapat menambah pendapatan kerajaan. Hi, hi, macam nak tiru Singapura aje.

Nampak macam teruk sangat kewangan bumi bertuah ini sampai sanggup nak menerima sumbangan cukai dari judi. Samalah juga mereka terus menerus membenarkan arak dijual secara berleluasa.



Surah Al-Maidah 90-91

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkurban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.

Dengan minuman keras itu, syaitan hanya bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu, dan menghalang-halangi kamu dari mengingat Allah dn melaksanakan solat maka tidakkah kamu mahu berhenti?

Kata saya...ayat 90 itu jadi salah satu hafalan untuk subjek Pengetahuan Islam SPM 1979 bahagian hadis & ayat quran...

Thursday, May 06, 2010

Sibuk

Perkataan atau alasan yang sering digunakan apabila tidak dapat melakukan sesuatu perkara tepat pada waktunya atau tidak langsung melakukannya.

Ya, macam saya. Bilik air hanya di sebelah pejabat, senang untuk berwuduk. Pejabat yang luas dan berhawa dingin. Waktu kerja yang fleksibel. Sepatutnya boleh melakukan solat Dhuha, yang ambil masa kurang dari 10 minit, dengan senang setiap hari. Tetapi tidak juga melakukannya. Alasan...sibuk.

Ada orang dah ada segalanya. Wang, harta, pangkat dan kemampuan. Tetapi masih lagi liat nak mengerjakan haji. Kebanyakan majikan sudah memberikan pelepasan 40 hari untuk cuti mengerjakan haji. Masih lagi tak mahu pergi. Belum ada SERU! Hi, hi, mungkin SERU itu salah satu perkara kemampuan kut. Atau SERU berkaitan dengan tidak pernah pergi sesi kursus haji. Ya, mungkin tak sempat pergi...kerana sibuk.

Ada orang sibuk yang berada tiada masa untuk mengerjakan umrah. Tiada cutilah, katanya. Tetapi masih mampu bawa keluarga berjalan-jalan makan angin ke luar negara tiap-tiap tahun. Ya, masa untuk keluarga amat berharga. Ya, nak ke Baitul Haram, sibuk...nak ke Disneyland, masa bersantai untuk keluarga.

Ada orang rumahnya di tepi surau. Tidak pernah ke surau kecuali bulan Ramadhan. Sibuk agaknya. Kalau di bulan Ramadhan dia akan sibuk nak duduk di saf pertama. Dan dia juga sibuk tanya lepas solat tarawikh, morehnya apa. Sibuk juga...

Kata saya...jangan kacau saya, saya SIBUK ber-blog dan ber-facebook!

Saturday, May 01, 2010

Pacific Jolt

Picture from cnnsi.com (Mark Dadswell/Getty Images)

Our own gymnast Ing Yueh Tan in action at 2010 Pacific Rim in Melbourne, Australia.

Kata saya...how about that...