Saturday, May 15, 2010

Kenapalah

I
Petang semalam saya wogging buat kali kedua buat minggu ini. Masuk pusingan yang ke..., satu makhluk dan rakannya telah merempit motosikal masuk ke litar larian sekitar Taman Rimba itu. Telah terpampang di jalan masuk Taman Rimba itu papan tanda yang mengatakan motosikal TIDAK di benarkan masuk. Kebetulan mereka memotong saya ketika menghampiri jalan masuk itu. Saya pun ambil peluang berikan sedas. "Oiii tak tahu ke motor tak boleh masuk sini. Mangkuk!" Saja nak tengok reaksi diorang macamana. Diorang terus cabut...

II
Hari Rabu saya melalui lorong rumah kedai di Ayer Keroh Height. Kereta diparkir mengikut sesuka hati di sebelah kiri jalan. Pada hal tempat parkir di sebelah kanan masih ada. Samada pemandu tu malas nak beli kupon dan malas letak kat dashboard atau memang jenis makhluk yang sengaja nak menyusahkan orang. Dengan meletakkan kereta di bahu kiri jalan itu telah menyebabkan lorong menjadi sempit untuk kereta lalu lalang dan pemandu yang parkir di tempat parkir bermasalah untuk keluar dari parkir. Agaknya kalau boleh dia nak masuk dalam bank agaknya! MBMB dan polis tak ada pula nak menyaman!

III
Malam semalam saya ke Hyper Market Mydin. Semasa di kaunter bayaran, setelah beratur panjang, saya lihat mak cik sorang ni berbuat begini: mengeluarkan lebih kurang 20 barangan dan juga ikan dan udang. Pelanggan lain di belakang dia mengeluh! Kenapa yek? Terpampang di depan kaunter tu ditulis: Papan tanda pertama - Barangan KERING sahaja. Papan tanda kedua. Kurang dari 10 barangan sahaja. Agaknya dia saja buat tak tau baca atau dia buta, tak nampak papan tanda (mungkinlah kut sebab dia pakai spek hitam) atau TIDAK CUKUP ajar.

Kata saya...inikah perangai dan mentaliti makhluk di negeri yang nak dimasyhurkan sebagai negeri maju pada jam 20.10 pada tarikh 20.10 dan pada tahun 2010?

3 comments:

WaNNi said...

patut sound je makcik tak cukup ajar tu. kat sini cashier sound je customer yg x ikut peraturan wlaupun org tua.

jorazak said...

wanni:
kat sini, hi, hi, pelanggan diutamakan. takut nak tegur pelanggan, takut nak clamp kereta pelanggan, walaupun pelanggan menyusahkan pelanggan yang lain!

ALLAH MAHA PENCIPTA said...

xdela... kita hormati org lain