Thursday, May 06, 2010

Sibuk

Perkataan atau alasan yang sering digunakan apabila tidak dapat melakukan sesuatu perkara tepat pada waktunya atau tidak langsung melakukannya.

Ya, macam saya. Bilik air hanya di sebelah pejabat, senang untuk berwuduk. Pejabat yang luas dan berhawa dingin. Waktu kerja yang fleksibel. Sepatutnya boleh melakukan solat Dhuha, yang ambil masa kurang dari 10 minit, dengan senang setiap hari. Tetapi tidak juga melakukannya. Alasan...sibuk.

Ada orang dah ada segalanya. Wang, harta, pangkat dan kemampuan. Tetapi masih lagi liat nak mengerjakan haji. Kebanyakan majikan sudah memberikan pelepasan 40 hari untuk cuti mengerjakan haji. Masih lagi tak mahu pergi. Belum ada SERU! Hi, hi, mungkin SERU itu salah satu perkara kemampuan kut. Atau SERU berkaitan dengan tidak pernah pergi sesi kursus haji. Ya, mungkin tak sempat pergi...kerana sibuk.

Ada orang sibuk yang berada tiada masa untuk mengerjakan umrah. Tiada cutilah, katanya. Tetapi masih mampu bawa keluarga berjalan-jalan makan angin ke luar negara tiap-tiap tahun. Ya, masa untuk keluarga amat berharga. Ya, nak ke Baitul Haram, sibuk...nak ke Disneyland, masa bersantai untuk keluarga.

Ada orang rumahnya di tepi surau. Tidak pernah ke surau kecuali bulan Ramadhan. Sibuk agaknya. Kalau di bulan Ramadhan dia akan sibuk nak duduk di saf pertama. Dan dia juga sibuk tanya lepas solat tarawikh, morehnya apa. Sibuk juga...

Kata saya...jangan kacau saya, saya SIBUK ber-blog dan ber-facebook!

2 comments:

aintsuperwoman said...

inilah masalah problemnya...saya sentiasa sibuk, tak sempat nak buat itu ini, sibuk berblog dan ber FB!! hehehehe.....

jorazak said...

aintsuperwoman
hi, hi, saya sebenarnya ingin mengingati diri sendiri tentang kealpaan dan kesibukan saya sendiri. sambil2 tu nak juga cannon-kan orang tu sama, hi, hi.