Monday, July 26, 2010

Sudah Bertindih

Itu hari saya dah berjanji untuk mengajar pelajar-pelajar untuk menulis tesis mereka berdasarkan template yang telah dipersetujui Fakulti menggunakan perisian Word. Hi, hi, ramai yang akan tergelak baca ini. Pelajar tahun 4 belum tahu guna perisian Word?

Hi, hi, bukan ertikata penggunaan Word yang biasa digunakan. Biasanya ramai pelajar akan menggunakan apa saja format yang tersedia dalam Document 1 itu. Hi, hi, ada juga pensyarah yang minta saya ajarkan mereka sama.

Apa pun janji saya dengan penyelaras tidak di-confirm-kan olehnya. Silap saya juga tidak bertanya kembali kepadanya. Saya sudah berjanji untuk hadir mesyuarat Rabu ini. Sudah bertindih!

Saya minta ditangguh minggu depan. Jadi kumpulan kedua terpaksa ditangguh ke minggu berikutnya. Masalahnya hari Rabu itu mungkin berpuasa, harap-harapnya hari Khamis. Itu belum lagi cerita kumpulan ketiga!

Kata saya...kalau buat masa bulan puasa teruk juga la. Pagi rabu 3 jam kuliah, petang 3.5 jam kursus.

4 comments:

FaAtip said...

ehem! Perisian Word???? **mmmm...apa tu? hehe**

AuntieYan said...

Salam Joe,

Auntie tahu "words" yang biasa saja
Ada yang lain lagi ke??

jorazak said...

fa*atip:
hi, hi, buat tak tahu aje...
tapi kan...
ramai lagi pensyarah yang dah biasa guna Word pun minta saya buatkan kursus untuk mereka. masih ramai tak tahu nak guna Word seperti yang nak saya ajarkan...
hi, hi, yg ini juga tahu tapi tak tahu

jorazak said...

auntie yan:
Word yang itu jugak
cuma...
penggunaannya lebih specific. kebanyakan kita tahu guna Word secara asas sahaja. sebenarnya banyak lagi yg boleh dioptimumkan penggunaan Word tu.
esok (tukar hari sabtu la pulak)saya ajar sebahagian pelajar menggunakan Word untuk menulis tesis mereka menggunakan format yg diperlukan Fakulti secara template. Contoh paling senang...mereka akan diajar bagaimana nak buat table of contents secara automatik.
hi,hi kalau auntie yan dah pandai buat TOC, tak perlu ikut kelas saya esok. hi, hi