Sunday, September 26, 2010

Pukul Berapa Datok Harimau?

Saya dan isteri berlepas dari melaka pukul 6.45 pagi ke KLIA. Singgah di R & R Seremban untuk isi minyak. Anak yang sulung dan bongsu ikut sama. Yang dua orang lagi ada hal kat sekolah.

Plane Qatar Airways ke Doha berlepas pukul 10.20 pagi. Tiba di Doha pukul 12.45 petang waktu di sana. Doha 5 jam lewat dari Malaysia. Transit hampir 4 jam.

Plane ke Abu Dhabi berlepas pukul 4.20 petang. Tiba di Abu Dhabi pukul 6.25 petang waktu di sana. Abu Dhabi lewat 4 jam dari Malaysia.

Sampai di hotel Radisson Blu pukul 7.45 malam. Selepas mandi dan solat saya terus tidur. Sebelum tu set jam bangun 5.30 am.

Terjaga pukul 5.30 tekan snooze, lagi 10 minit tekan snooze, lagi 10 minit tekas nooze. Lagi 10 minit baru bangun.

Eeeh, kenapa macam tak nampak macam subuh lagi? Agak-agak pukul berapa saya bangun waktu Malaysia?

Kata saya...susah kenapa tengok 3 time zone

2 comments:

Asmara said...

10 pagi waktu mesia ke? hehe..

jorazak said...

asmara
pukul 6 pagi waktu msia. 2 pagi waktu abu dhabi, tu sebab tak cerah2. hi, hi, lupa tukar jam waktu abu dhabi.