Tuesday, March 23, 2010

Mastika Hadith

Hadith 138
Dari Jabir bin Abdullah (RAH), katanya: Aku telah hadir bersama-sama Rasulullah (SAW) mengerjakan sembahyang pada hari raya,...(setelah sembahyang dan berkhutbah), baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) sehingga sampai ke tempat kaum perempuan, lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: "Bersedekahlah kamu, kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka."
Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua pipinya bangun dari tengah-tengah kaum perempuan lalu bertanya:"Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:"Kerana kamu selalu mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikitpun)."
Jabir (rawi hadis ini) berkata:"Golongan perempuan itu pun tampil bersedekah dari barang perhiasan badan mereka - mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka."
- Hadith Sahih: Riwayat Muslim

Hadith 139
Dari Abdullah bin Umar (RAH), bahawa Rasulullah (SAW) bersabda:"Wahai kaum perempuan, bersedekahlah dan banyakkanlah beristightifar, kerena sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali di antara ahli neraka."
Seorang perempuan yang bijak diantara mereka berkata:"Ya Rasulullah, mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali di antara ahli neraka?"
Baginda menjawab:"(Kerana) Kamu selalu mengutuk dan memaki hamun, dan kamu pula tidak mengenang budi suami,...dan (selain dari itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya - serta besar pula pengaruhnya kepada lelaki yang bijak bistari (sekalipun) - selain daripada kamu."
Perempuan itu bertanya lagi, katanya:"Ya Rasulullah, apa maksudnya: (kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) akama itu?"
Baginda menjawab:"Tentang kurang akal, maka (semasa menjadi saksi) saksi dua orang perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal."
"Dan sesorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan sembahyang (kerana kedatangan haid), dan ia pula ada kalanya tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, (kerana kedatangan haid juga) maka ini dari (tanda-tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki)."
- Hadith Sahih: Riwayat Bukhari dan Ibn Majah)

Hadith-hadith ini menggalakkan kaum perempuan supaya bersedekah...
Hadith-hadith ini perlu dibaca bersama penerangannya...

Janganlah pula kumpulan Anti-hadith dan golongan NGO kakak Islam kita tu mengatakan:"Inilah sebahagian yang perlu dikaji semula kerana sudah tidak relevan". Sesungguhnya Rasulullah telah melihat isi kandungan neraka, kita yang nak berhujah ni, dah pernah tengok ke?

Kata saya...Wallah Hua'lam...

Monday, March 15, 2010

Pulau











Gambar-gambar lain boleh dilihat di FB saya.
Kata saya...layan ajelah gambar-gambar tu...








Friday, March 12, 2010

Satu Kepastian

3:145
Setiap makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan ajal yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah)...

3:185
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati...

4:78
Di mana jua kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh...

10:49
...Bagi setiap umat ada tempoh (ajal) yang ditetapkan; maka apabila tiba tempohnya, mereka tidak dapat melambatkannya sesaatpun, dan juga tidak dapat mereka menyegerakannya.

15:5
Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului ajalnya yang telah ditentukan dan mereka juga tidak dapat melengahkannya.

16:61
...tetapi Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, kemudian apabila sampai masa mereka, tidak dapat dikemudiankan sesaat pun dan tidak dapat dicepatkan sesaat pun.

21:34
Kami tidak menjadikan sesorang manusia sebelum engkau dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunai (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya.

21:35
Setiap diri akan merasai mati...

23:15
Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.

29:57
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

32:11
Katakanlah (wahai Muhammad):"Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".

39:30
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.

50:19
(Apabila sampai ajal seseorang) datanglah sakaratul-maut membawa kebenaran yang telah dijanjikan, (serta dikatakan kepada yang meningkarinya sebelum itu):"Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"

55:26
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa

56:60
Kamilah Yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seseorang) antara kamu, dan Kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan atau dilemahkan.

62:8
Katakanlah (wahai Muhammad):"Sebenarnya maut yang kamu cuba larikan diri daripadanya itu, tetap akan menemui kamu...

63:11
Allah sekali-kali tidak akan melambatkan kematian sesseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya. Allah Maha Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

71:4
...(Maka segeralah beribadah dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini, lalu kamu akan segera beriman).

Maka, ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan...55

Kata saya...tak usahlah bercita-cita nak hidup menongkat langit atau nak buat cryogenic bila dah mati!

Thursday, March 11, 2010

The Countdown

Di negeri bertuah ini, ada dua countdown yang penting untuk tahun ini. Satu untuk SUKMA dan satu lagi untuk jadi negeri maju.

SUKMA? Entah le, sejak saya menyertai SUKMA pertama, yang diadakan di Universiti Malaya, saya dah tak ambil kisah lagi tentang SUKMA ni. SUKMA dah menjadi medan berebut pingat. Bukan lagi tempat mencungkil bakat baru, ide yang dikemukakan setelah edisi yang pertama.

Negeri maju? Saya sendiri tak tahu apa definisi negeri maju. Tapi countdown ini telah tertera di pancaran elektronik. 223 hari lagi bumi bertuah ini akan jadi negeri maju. Pada masa 20:10, pada tarikh 20.10, pada tahun 2010.

Kata saya...boleh ka?

Friday, March 05, 2010

Pulut Sakura Serunding Kasih

Beli buku ini di MPH baru-baru ini. Belum sempat lagi nak baca. Hasil nukilan salah seorang blogger yang selalu saya "hop, step & jump".


Kata saya...terima kasih kak lela kerana berkongsi...

Thursday, March 04, 2010

2x5, 7+3, 12-2, 200/20

Sama saja...

Ahli parti politik pihak kerajaan dan ahli politik parti pembangkang, juga yang mengaku bebas, di kala ini sama saja!

Semua sama...

Entah apa nak diperjuangkan tak tau la...

Now I know who I should vote for in PRU13.

Kata saya...hi, hi, mungkin saya akan jadi calon yang tak bertanding!

Wednesday, March 03, 2010

Antara Tuhan dan Manusia

Di dunia ini mereka masih mengharapkan keampunan dari manusia atas dosa yang dilakukan kerana melanggar perintah Tuhan...

Kata saya...sedih!