Thursday, September 30, 2010

Hujan Emas Di Negeri Orang?

Huh? Itu ke perumpamaan lama orang melayu...

Kalau hujan emas di negeri orang, tak semestinya kita bahagia. Duit masuk banyak keluar pun banyak.

Kalau kat tempat kita harganya RM10, kat tempat dia Dh20. Mahal lo...McD

Kalau kat tempat kita harganya RM8, kat tempat dia Dh20. Mahal lo...NB

cuma...

Naik bas Dh2 untuk 23 km...

Kata saya...hujan emas ke hujan batu, jatuh atas kepala pecah!

Monday, September 27, 2010

The End Is Near

Di penghujung jalan
Perjalanan yang hampir tamat
Penuh ranjau, onak dan duri
Mampukah
Kata-kata ditempuh ujian
...
Nukilan ditulis dapat difahami
...dan diterima
Lidah lembut untuk berkata
Soalan dijawab lancar

Semoga dipermudahkan

Kata saya...Aamiiin

Sunday, September 26, 2010

Pukul Berapa Datok Harimau?

Saya dan isteri berlepas dari melaka pukul 6.45 pagi ke KLIA. Singgah di R & R Seremban untuk isi minyak. Anak yang sulung dan bongsu ikut sama. Yang dua orang lagi ada hal kat sekolah.

Plane Qatar Airways ke Doha berlepas pukul 10.20 pagi. Tiba di Doha pukul 12.45 petang waktu di sana. Doha 5 jam lewat dari Malaysia. Transit hampir 4 jam.

Plane ke Abu Dhabi berlepas pukul 4.20 petang. Tiba di Abu Dhabi pukul 6.25 petang waktu di sana. Abu Dhabi lewat 4 jam dari Malaysia.

Sampai di hotel Radisson Blu pukul 7.45 malam. Selepas mandi dan solat saya terus tidur. Sebelum tu set jam bangun 5.30 am.

Terjaga pukul 5.30 tekan snooze, lagi 10 minit tekan snooze, lagi 10 minit tekas nooze. Lagi 10 minit baru bangun.

Eeeh, kenapa macam tak nampak macam subuh lagi? Agak-agak pukul berapa saya bangun waktu Malaysia?

Kata saya...susah kenapa tengok 3 time zone

Friday, September 24, 2010

Kualiti

Minggu lepas semasa di Mydin Hypermarket singgah di RFC. Beli ayam goreng. Kali pertama beli masa bulan puasa. Rasanya okay jugak. Boleh lawan itu ayam *FC yang lagi satu.

Bila buka kotak, tengok ayam dia dah lain macam. Hi, hi, macam ayam yang digoreng semula atau pun macam ayam yang digoreng guna minyak terpakai atau ayam yang dah hangus.

Rasanya lebih menyedihkan...

Kenapalah diorang ni tidak mementing kualiti. Dari apa yang saya belajar, "Quality is doing it right the first time and all the time"

Kata saya...sah le saya akan fikir dua kali untuk ke situ lagi...

Thursday, September 23, 2010

Masih Jauh

Hari ini 14 Syawal. BUKAN hari raya 14.

Kita hanya diharamkan berpuasa pada 1 Syawal. Tidak di hari-hari yang lain di bulan Syawal.

Kenapa masih lagi kecoh mahu berhari raya? Hi, hi, masih mahu memenuhi jemputan rumah terbuka?

Berat badan dah naik semula ke belum? Hi, hi, puasa sebulan turun berapa kilo? Syawal baru 14 hari dah naik semula berapa kilo?

Eloklah berpuasa semula. Kenapa? Untuk elakkan pergi rumah terbuka...hi, hi.

Kata saya...mahu mula berjogging 1 oktober nanti, lepas balik dari Abu Dhabi...

Wednesday, September 15, 2010

Air Suam, Anyone?

Hari ini keluar berita sebuah restoran di Georgetown telah charge seorang pelanggan segelas air suam dengan harga RM1.00. Restoran itu besar kemungkinan akan didakwa oleh pihak kementerian yang bertanggungjawab. Sebabnya...tak letak tanda harga.

Ek eleh, ini bermakna kalau letak tanda harga restoran itu tak akan didakwa.

Alah macam kat hotel le. Setin air minuman yang boleh dibeli di kedai runcit paling mahal RM2.00, tapi dilabelkan RM6.00. Sepiring mee goreng mamak yang boleh dibeli dengan harga RM3.00 dijual dengan harga RM12.00. Janji diletakkan tanda harga.

Sehingga kini saya masih tak faham kenapa harga yang di hotel begitu mahal sekali. Cuba tengok saja buffet Ramadhan yang di-charge untuk satu kepala. Cuba banding dengan buffet dinner pada bukan bulan Ramadhan.

Kata saya...mungkin pelanggan masih fikir, yang mahal tu bagus sangat standardnya.

Saturday, September 11, 2010

The Misled

Hi, hi, macam bunyi nama kugiran tahun 60an...

Mereka adalah mereka yang jauh tersimpang dari maksud membina masjid di New York. Antara mereka adalah:

Terry Jones
Sally Regenhard
John Bolton
Andrew Breitbart
Geert Wilders

Mereka masih mengaitkan islam itu pengganas kerana pengganas yang KONONnya mengebom WTC itu beragama Islam.

Jika hipotesis itu dibuat maka hipotesis juga boleh dibuat untuk mengatakan orang Amerika adalah PEMBUNUH orang tidak berdosa!

Cuba lihat perangkaan yang mengatakan berapa ramai orang awam tidak berdosa telah dibunuh oleh tentera Amerika di Afghanistan, Iraq, Lebanon dll. Kalau itu tentera AMERIKA maka mengikut hipotesis yang mereka sendiri buat maka sahlah semua rakyat AMERIKA adalah PEMBUNUH!!!

Kata saya...itu ikut hipotesis mereka yang BODOH dan yang TAK BERTAMADUN saja! saya tak ikut hipotesis itu...

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri Hijrah 1431

Syawal datang, Ramadhan pergi,
Semoga dapat bertemunya kembali,
Salam Aidilfitri dari kami,
Juhari, Norida dan famili.

Kata saya...semoga berbahagia di hari mulia ini

Friday, September 03, 2010

Trivia 1

Saya pernah solat maghrib di satu masjid. Masa saya masuk ke ruang solat saya lihat imam dan jemaah sedang sujud. Saya terus ikut saf dan berdiri untuk menunggu imam bangun.

Saya pelik sebab sepatutnya sudah rakaat kedua.

Imam duduk tahyat awal. Ok. Bangun. Ok.

Imam duduk tahyat akhir. Ok. Bangun kembali. TAK ok?

Sorang yang duduk belakang imam tak membetulkan imam, jika imam silap. 3 orang belakang imam tu semua pakai jubah masjid. Saya anggapkan mereka pegawai-pegawai masjid juga.

Imam duduk tahyat akhir, dan beri salam. Oleh kerana itu solat maghrib dan saya telah pun lengkap 3 rakaat, saya juga beri salam.

Sehingga kini saya masih tak pasti samada imam dan jemaah lain solat 4 atau 3 rakaat. Yang saya pasti solat saya 3 rakaat. Yang saya pasti mereka semua tak buat sujud sahwi.

Bagaimana dengan solat saya yang habis bersama mereka?

Kata saya...adakah mereka melakukan sujud sajdah? Mungin tidak, sebab imam baca Al-Fatihah lepas bangun semasa saya masbuk...