Sunday, August 07, 2011

Salah Siapa: Episod 1

Budak-budak NAKAL kena hantar kursus motivasi di penjara. Budak-budak nakal beritahu emak bapak kononnya mereka didera di sana. Emak bapak melenting, komplen kat media masa dan buat kenyataan.

Budak KURANG AJAR kat cikgu, tak mau dengar cakap cikgu. Budak keluar kelas sesuka hati. Cikgu bawa pisau, kononnya tertoreh kepala budak tu. Emaknya marah, komplen masuk tv. Dah tak mau cikgu tu mengajar anaknya.

Soalannya... kenapa tidak diungkit puncanya. Budak-budak tu NAKAL. Kenapa emak bapak dah tak melenting fasal tu? Nanti anak-anak pukul emak bapak minta duit nak beli dadah barulah agaknya emak bapak sedar...

Ni macam kes budak nakal mati dalam penjara dan yang mati ditembak.

Nak salahkan siapa?

Saya tidak memihak kepada sesiapa tapi musykil perkara ini.

Kata saya...kesemua mereka patut dihukum, disabit dengan kesalahan masing-masing

3 comments:

WaNNi said...
This comment has been removed by the author.
WaNNi said...

tu la namanya jari telunjuk menunding salah org, 4 jari lagi tunjuk ke diri sendiri. sy pernah ada jiran mcm ni, anak2nya masya'allah nakal..dah thp kurang ajar dgn ibu bapa sendiri tapi di mata ibu bapa itu tetap anak terbaik. mungkin dah terlampau syg, dah jd mcm filem ANAKKU SAZALI. jadi juga kat keluarga saya, ayah sy terlampau syg pd anak lelaki sampai dah nyata buat salah tetap syg n berbangga dgn dia sampai anak yg jauh ni merajuk..opsss hehehe. selamat berpuasa buat en jo n keluarga.

jorazak said...

wanni,
dulu cikgu pukul, tak berani nak report kat mak bapak. kalau report dah sah kena tambah lagi. kalau sekarang habis le masuk court saman menyaman...
saya pun sama, adik bongsu lelaki diberi muka sangat. nak berleter lebih-lebih takut mak kecil hati...