Friday, September 20, 2013

Aman

Memang aman.

Kalau dulu nak ke mana-mana pun kena tengok Calendar, sekarang lebih aman. Sibuk memang tetap sibuk tetapi sekurang-kurangnya adalah masa untuk melihat banyak perkara yang dah lama ditinggalkan.

Hi, hi, macam blog ni lah jugak...

Walaupun aman, tanggungjawab masih memerlukan komitmen yang tinggi. Banyak meeting yang perlu dihadiri, dipengerusi dan diatur aktivitinya.

Insya Allah mulai minggu depan diri ini mempersibukkan diri untuk keperluan diri sendiri Dunia dan Akhirat.

Kata saya... sendiri mau ingat: duduk di Dunia ini dah tak lama, perlu bersedia untuk Akhirat. Jadi bekerja untuk dunia dengan persiapan untuk akhirat...

Friday, August 16, 2013

The Divided Faculty

Sedih...

Bila mengenangkan fakulti buat masa ini. Masa telah menentukan apabila ego, nafsu dan kuasa tidak dibendung dengan betul akan porak porandalah pentadbiran. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Seperti mana yang pernah aku katakan melalui pepatah Inggeris:

Even a broken clock shows correct time twice a day.

Hi, hi, jam yang ada 2 tangan tu la.

Itulah sebabnya aku katakan Iraq tak kan aman selagi tak ada orang macam Saddam Hussain memerintah negara itu.

Namun begitu aku juga tidak menafikan yang ramai tidak dapat menerima perubahan (change) atau istilah yang biasa digunakan kini TRANSFORMASI.

Itulah sebabnya aku pernah katakan ramai otai-otai profesor yang mempersoalkan tentang OBE.

Tetapi apa yang aku mula nampak adalah 2 kumpulan di fakulti. Ya, itu yang aku paling takut semasa mula menyertai universiti ini. Orang kata ini tidak dapat dielakkan. Lambat laun akan terjadi juga. Aku cuma berharap ianya tidak akan berlaku semasa aku masih berkhidmat di sini.

2 kumpulan bermakna ada 2 set kroni. Itu aku sudah nampak dengan jelas sekali.

Jadi bagi mereka yang sedang cuti belajar, korang boleh pilihlah kumpulan mana kau nak masuk. Cuma peringatan aku, jangan tersalah pilih kumpulan. Tapi kalau korang tak tau nak pilih kumpulan mana bolehlah join kumpulan ke 3, KOOL.


Kata saya...KOOL: kumpulan orang-orang lama

Friday, July 26, 2013

Yang Lebih Afdhal

Ya, dah Jumaat, 17 Ramadhan. Begitu cepat sekali Ramadhan bergerak.

Hari isnin lepas kena ambil cuti untuk menziarah keluarga terdekat yang sakit. Dalam perjalanan pulang terpaksa singgah di sebuah masjid yang tempatnya sama nama dengan tempat kelahiran saya. Ya terpaksa singgah untuk berbuka di situ.

Bangsal didirikan di perkarangan masjid. Tiada jemaah tempatan kecuali mungkin imam, bilal dan siak di ruang legar masjid. Satu kereta lain ada di tempat parking. Pasangan itu telah siap sedia duduk di meja bawah bangsal tersebut.

Ketika saya pergi ke tempat wuduk saya lihat 3 pegawai masjid itu membuka bekal masing-masing. Bila bilal mengalunkan azan pegawai masjid tersebut menikmati bekalan juadah yang dibawa dari rumah.

Setelah makan saya naik ke mesjid untuk bersedia solat maghrib. Saya lihat ada satu senarai terpampang pada papan kenyataan. Senarai lengkap penderma moreh dari 1 Ramadhan hingga 28 Ramadhan.

???


Kata saya...Tiada orang nak sponsor berbuka puasa tapi ramai yang sponsor moreh. Yang mana lebih afdhal, jamu orang berbuka puasa atau jamu untuk moreh. Ternyata dah hilang keutamaan.

Thursday, March 28, 2013

Letih

Letihla...
Baca status facebook korang yang asyik cerita fasal politik.
Politik tegar pulak tu.

Aku ingat nak unfriend saje those yang extreme sangat tu.
Tau le itu wall engko tapi dia masuk juga kat news feed aku.

Cuma satu aku ingatkan...
Kalau parti-parti yang engko kutuk tu ditakdirkan membentuk kerajaan selepas PRU13,
adakah engko nak digelar penyokong pembangkang?

Aku tak kisah mana-mana parti memerintah.
Sebabnya...


Kata saya...saya penjawat awam kerajaan MALAYSIA dan saya akan terus menyokong kerajaan MALAYSIA!

Saturday, March 23, 2013

Antara Cinta dan Benci

Dari Kuliah Maghrib Ustaz Hafiz:

Kalau ada orang tanya,"Adakah anda cintakan Al-Quran?"
Semua orang Islam akan katakan,"Cinta".
Mustahil orang Islam kata bencikan Al-Quran.

Kalau ada orang tanya,"Adakah anda cintakan Facebook?"
Most likely jawapannya,"Tidak".
Gila apa ke nak cintakan Facebook.

Jadi muhasabah diri dulu...

Bagaimana nak definisi CINTA.
Hi, hi, orang tengah bercinta akan segera menjawab.

Jawapannya senang aje.
Tengok masa yang diperuntukkan untuk setiap perkara.
Berapa MINIT diperuntukkan untuk membaca Al-Quran setiap hari.
Berapa JAM diperuntukkan untuk mengadap laman sesawang media sosial, i.e. Facebook, Twitter etc.
Lagi lama lagi CINTA.
Lagi kejap lagi BENCI.
Hi, hi, MINIT dan JAM aje sudah membayangkannya.

Fikir-fikirkanlah..kita di bawah kategori mana, BENCI atau CINTA Al-Quran.


Kata saya...buat peringatan diri sendiri!

Friday, March 22, 2013

Ha Ha

What a joke.

Malam tadi mimpi Big Momma bagi hadiah bagi satu acara sukan.

Malangnya bukan dia yang bagi pada athlete. Dia cuma sebagai orang perantaran dari usherer kepada entah siapa isteri VIP.

Lebig malang lagi bila dia bagi hadiah kepada isteri VIP itu dengan cara yang agak kurang sopan.


Kata saya...dalam mimpi aku pun ko boleh masuk!

Wednesday, March 20, 2013

Coming Back

Yeah, I'm getting tired of Facebook!

Sekarang ni dah tak ada cerita lain, politik di Malaysia. Semuanya dipolitikan. Apa nak jadi entah. Masing-masing nak tegakkan kem masing-masing. Dah tak nampak kebenaran di pihak satu lagi. Aparaaaaa!!!

Macam saya selalu kata, jam yang rosak pun akan tunjukkan masa yang betul 2 kali satu hari.

Tempoh 5 tahun untuk memerintah dah habis, namun pilihanraya masih belum diadakan. Belum pernah dalam sejarah, pilihanraya begitu lambat. Sehinggakan semua orang dah malas nak agak bila nak buat pilihanraya.

Dan oleh kerana begitu lambat buat pilihanraya pelbagai spekulasi telah dibuat...



Kata saya...bakal-bakal calon DUN Ayer Keroh & Parlimen Bukit Katil belum merisik undi saya lagi. Nanti tahulah apa yang saya nak buat dengan undi saya!