Bekas kawan sekerja saya di Kuantan dulu dan sekarang berada di Kelantan, Wan Ubaidah Omar, telah menjadi calon PAS di DUN Kijang Kelantan. Beliau telah menang tanpa bertanding! Calon BN adalah seorang muflis. Alahai ada lagi kes macam ni! Dulu kat Johor, calon BN disqualified atas sebab penyokongnya. Yang ni pulak nak salahkan siapa? Dengar cerita BN dah periksa semua latarbelakang calon. Kalau parti dah semak pun, calon perlulah semak dengan Bank Negara atau mana-mana badan yang bertanggungjawab ke. Itu makna calon tak bersedia!!! Kalau dia sendiri tak bersedia nak jadi calon, macamana nak berkhidmat untuk rakyat?
Saya rasa mungkin SPR kena permudahkan lagi (boleh mudah lagi ke?) proses penamaan calon ni. Mungkin boleh link terus dengan database yang berkaitan dengan proses pilihanraya, contohnya kes muflis ni. Atau parti sendiri perlu langgan dengan Bank Negara untuk dapatkan senarai berkenaan. Senang sikit nak buat proses pemilihan calon, tak perlulah tak tidur lena sampai sebulan macam Menteri Besar Pahang cakap hari tu.
Tak bestlah bila ada calon menang tanpa bertanding. Hi, hi rugilah pembuat poster tak dapat ration buat poster. Penampal poster pun kurang dapat imbuhan dan perang poster pun tak menjadi. Saya nak tengok idea kreatif poster yang dibuat. So far sini biasa saje, man pacak bendera siapa banyak. Cuma satu komen tentang poster ni saya lihat. Kualiti tak bagus, mungkin order dari China kut. Tak sampai seminggu poster direntang, yang plastik ke yang kertas ke, yang kain ke, ada dah yang pudar! Apa cerita ni. Tak sampai 8 Mac poster tu dah tak nampak apa dah!!!
Kata saya...Parlimen Bukit Katil, BN (UMNO) lawan PKR, ADUN Ayer Keroh, BN (MCA) lawan DAP. Hi, hi, hi, mana satu nak pilih? Peraih undi belum datang jumpa saya lagi. Saya dah tahu apa saya nak undi tapi tak tahu yang mana satu nak pilih. Faham...?
4 comments:
Yang bengapnya adalah si calon. Kenapa tak periksa diri sendiri dulu. Bukan salah SPR mahupun Bank Negara. Itupun jadi tahu, sebab calon PAS yang bantah. SPR tak komen apa apa pun.
Pengajaran, lain kali, kalau nak wakili rakyat, muhasabah dulu diri sendiri !
Saya dengar cerita (masa ni kan banyak cerita), Peguam dah nasihatkan suruh tukar calon sebab calon yang itu ada masalah 'teknikal', tapi ada pihak yang degil, nak juga calon yang itu. Akibatnya kenalah tanggung sendiri.
Kepada Anon yang komen kat atas tu, SPR memanglah tak komen apa-apa sebab itu bukan kerja dia nak tahu semua background calon. Itu sebab ada masa untuk bantahan. Kalau tak ada siapa bantah, on ajalah.
anon
mcm saya kata, kalau calon sendiri tak bersedia untuk pencalonan, tentu dia tak bersedia untuk berkhidmat utk rakyat, mungkin dia bersedia utk perut dia agaknya. menurut akhbar katanya dia menunggu surat pelepasan muflis yang tak sampai-sampai...
mak aji
siapa agaknya pihak yang degil tu. pihak pas dah ada info berkenaan calon tu tapi diamkan diri sehingga calon submit application. menurut akhbar pihak pas dah ready for it 10 hari yang lepas. mamat tu submit bantahan pun tiba.
apa-apa pun, sekurang-kurangnya bekas kawan sekerja saya dah jadi seorang ADUN...
Post a Comment