Monday, February 11, 2008

Dah demam ke?

Baru nak tulis cerita ni dah tengok Pen Merah tulis tajuk demam. Heh, heh. Dulu ada iklan kat Astro tanya macam tu. Tapi apa yang nak saya cerita bukan demam tu, iyaaa BUKAN demam AF. Heh, heh. Biasanya YB saja yang demam…

Kes 1
YB ni cuba mengatakan yang rekod dia tidak buruk. Boleh refer kat laporan yang dia buat ke PM (agaknyalah). Dia kata ada orang cuba memburuk-burukkan dia. Tak taulah betul tidak, yang pasti kat grassroot saya rasa dia tak kuat. Masa pilihanraya saya rasa pengundi pangkah lambang bukan pangkah orang. Bak kata member saya kalau letak monyet pun boleh menang. Tak taulah betul tidak, itu kata member saya. Kat universiti saya dulu pernah diletakkan anjing sebagai calon presiden student union. Saya tak pasti apa kesudahannya.

Kes 2
Yang ni kes ramai-ramai. Ramai yang kata terpulanglah kepada pucuk pimpinan. Saya rasa YB-YB ni takut nak cakap dia/mereka layak untuk jadi calon. Kalau kat tempat kerja saya kena tunjuk bukti-bukti kelayakan untuk naik pangkat untuk dinilai oleh jawatankuasa. Maknanya saya kena promote diri sendiri. Masuk bakul dan angkat sendiri. Kenapa YB-YB ni takut sangat kalau betul mereka telah BERKHIDMAT untuk rakyat dengan jayanya. Heh, heh. Mungkin ada yang takut ditempelak oleh pengundi sendiri bila cuba nak promote diri sendiri.

Kes 3
Ada YB (my favourite minister) kata dengan beraninya beliau akan terus bertanding, (cayalah!). Bila dah kata begitu ada pulak menteri yang kata tak hormat PM. Come-on lah menteri, kalau betul nak bodek PM tak kan macam tu sekali. YB (mfm) adalah ketua parti yang berlandaskan satu kaum. Kalau dia sebagai ketua tak bertanding siapa pulak yang nak bertanding. Dia yang akan bagi senarai wakil parti tersebut pada PM. Tentulah nama dia akan tersenarai. Atau ada kaum lain pulak yang nak jadi wakil parti ni, ya menteri?

Kes 4
Ada YB yang dah sakit-sakit yang agak serious tempoh hari tapi dah agak sembuh sekarang bercadang untuk terus jadi wakil. Ada pulak YB yang kata dia masih boleh berjalan (atau berlari?, saya tak sure) 10 km sehari. Seeloknya YB mesti sihat tubuh badan dan minda. Kalau tak macam mana di nak berkhidmat untuk pengundinya. Nak harap orang lain pulak berkhidmat untuk dia untuk berkhidmat kepada rakyat, lebih baik lantik orang tu.

Kes 5
Dengar cerita ada YB yang telah disenarai hitam oleh seseorang hingga mungkin tak jadi calon pilihanraya kali ini. Tak taulah seseorang tu kuat ke tidak pengaruhnya. Kalau ini terjadi saya rasa politik Malaysia ni masih kuat politik kroninya. Kalau bukan kroni dia alamat tak dicalonkan le. Pada hemat saya calon yang diturunkan oleh sesuatu parti perlulah calon yang berwibawa, yang membawa cita-cita parti, yang sanggup berkhidmat untuk rakyat (sekarang ni dah ramai yang berkhidmat untuk perut dia aje) dan yang boleh menang jika diturunkan secara individu. Selain dari intisari kes 1, ramai calon saya lihat tak memenuhi citarasa saya yang pertama dan ketiga.

Kata saya…tak lama dah nak demam ni. Kena demam sebelum April kalau tak mungkin demam ni tak sembuh-sembuh agaknya…

2 comments:

Helena said...

Helena senyum ajer la tengok gelagak orang2 politik ni.... Gelagat bermusim.... hehe

So u dah demam ke?

jorazak said...

Helena

I tak boleh demam. Orang gomen. Lagi pun malas nak campur diorang ni. Politik kawan, politik musuh, politik tikam belakang. Kat tempat kerja dah cukup politiknya. Biarlah gajah berperang...