Wednesday, August 05, 2009

Arak

Beberapa hari ni kecoh fasal cadangan PAS Selangor nak haramkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam di Selangor. Timbalan Pengerusi MCA diberitakan membantah cadangan tersebut. Biarlah mereka berdebat di Dewan Undangan Selangor, ek.

Izinkan saya berikan pendapat 2 sen saya.

Saya paling tidak setuju apabila rangkaian kedai 7 eleven di Malaysia ni diberikan lesen menjual arak.

1. Kebanyakan rangkaian kedai itu dikendalikan oleh remaja melayu. Kenapa mereka dibebankan untuk menjual arak tersebut. Kalau tak silap di supermarket, bahagian jualan alkohol ini dikendalikan oleh kakitangan bukan islam. Kenapa, ada orang nak tanggung dosa mereka menjual arak di akhirat kelak?

2. Konsep jualan kedai 7 eleven tidak relevan di Malaysia. Kalau setakat nak buka kedai 24 jam saya rasa tidak perlu diberikan lesen menjual arak. Ini bukan US, yang mana arak dijual berleluasa. Apa yang dijual di US, tak perlu dijual di Malaysia. Apa, kalau dah jual arak kat kedai tu, kenapa tak dijual makanan tidak halal sekali! Macam kat US!

3. Saya tak pasti undang-undang penjualan arak di Malaysia. Di dua tempat saya belajar di luar negeri dulu, arak tidak boleh dijual selepas tengah malam sehingga 7 pagi. Kalau ini juga dikuatkuasakan di Malaysia perbezaan tempoh julat masa hanya 2 jam dari waktu supermarket tutup. Lagi pun banyak lagi pub yang buka sampai ke pagi. Pergi ajelah!

Kata saya...tunggu nak dengar YB Islam di Selangor bagi pendapat "bernas" diorang.

2 comments:

blogmaster said...

Salam Jo,
1. permerhatian saya, apa jua akan di politik kan di Malaysia ini. masing-masing bangsa tidak mau kelihatan tunduk kepada yang lain, termasuk Melayu A dan Melayu B.

2. Saya dengar angin sepoi bahasa kata, Prefect senior saudara di sekolah dulu, saudara Shaari Sungib menangis sedih apabila mendengar Hassan Ali nak buat pakatan tubuh kerajaan UMNO-PAS di Selangor selepas keputusan PRU12 dulu. Saudara Shaari adalah mantan president JIM. Sekarang Jaff Ooi kat penang kutuk JIM sebagai militant Islam.

Sekarang dengar cerita Hassan Ali pun pening kepala, banyak tuntutan dari wakil bukan Islam parti pemerintah selangor yang seakan menggugat umat Islam seperti mahukan penubuhan kuil dan gereja disetiap tempat dimana ada masjid dsb bukan setakat jualan arak sahaja ....

3. Saya percaya keputusan MCA tersebut lebih kepada keputusan berasaskan pertimbangan politik untuk memenangi hati kaum cina.

Wallahuaklam .....

jorazak said...

hassan
1. kalau tak silap saari satu batch dengan ismail tapo. tau cerita dia dah lama.
2. masih belum dengar komen YB Islam yg lain khasnya dari BN. hi, hi isu sensitif. agaknya tak berani nak komen.