Tuesday, December 29, 2009

Countdown...

Ni bukan countdown nak tahun baru gregorian.

Ni countdown nak masuk sekolah semula...4 Januari.

Kena tengok baju, kena tengok seluar. Baju rasanya masih boleh pakai. Seluar tak tau la. Hopefully, masih muat.

Kalau tak kena pergi Jusco beli seluar baru. Nak gi Jusco @ Aeon baru, tak buka lagi. Masih lagi belum buka dan masih macam kena bom food-court dia.

Minggu lepas dah ambil jadual, semalam dah telefon penyelaras. Dari jadual minggu ke 8 baru take over the classes.

Kata saya...hi, hi, nampak gayanya kena buat office kat rumah, bilik tak ada...

Monday, December 28, 2009

Bas Ekspress

Sekali accident, sekali lagi kecoh.

Memang kesemua yang terlibat tak ambil iktibar. Itu hari bila ada kematian melibatkan bas ekspress, memacam peraturan dibuat. Ada yang telah memberhentikan perkhidmatan syarikat bas itu. Ada yang suruh pemandu pergi pelbagai kursus. Ada yang letakkan orang JPJ dalam bas ekspress.

Hangat-hangat tahi ayam...

Lepas tu apa jadi? Bas ekspress laju semacam. Kita lari 110 km/jam diorang boleh bagi lampu lagi dari belakang. Syarikat bas kata bas tu lari dalam 90 km/jam saja sebab bas itu dihadkan kelajuannya kurang pada 100 km/jam. Hi, hi, kalau betullah bas tu dipandu 90 km/jam, mungkin kucing akan bertanduk!!!

Sekarang, struktur 2 tingkat jadi cemuhan. Kalau betul kenapa pihak yang bertanggungjawab meluluskannya tanpa sebarang ujian. Siapa agaknya yang bertanggungjawab buat ujian? Atau langsung tiada ujian?

Kata saya...lepas ni kita tunggu pula berapa orang yang akan MATI sebelum cerita bas ekspress ni jadi kecoh semula. Beri tempoh seminggu dua, semua akan lupa, sengaja dilupakan...

Sunday, December 27, 2009

Laman Sawang, Blog & MukaBuku

Laman sawang:
Sudah lama saya tinggalkan laman itu. Mungkin bila semua dah selesai, saya akan kembali ke situ. Akan dibina semula laman tersebut agar lebih interaktif, ceria dan infomatif. Salah satu sebabnya laman tersebut ditinggalkan kerana kurangnya respon dari rakan-rakan untuk kemaskini maklumat mereka. Mungkin juga saya terus aje buang sambungan mereka...

Blog:
Hi, hi, di sini. Tempat saya meluahkan perasaan, kritikan, cemuhan, kutukan, komen menurut kata hati saya. Kalau sesiapa tak setuju jangan baca!!! Saya tidak menjemput dan tidak memaksa anda untuk membaca. Seperti tajuk tersebut di atas, KATA SAYA, bukan kata anda, ek!

MukaBuku:
Mula-mula dulu OK, kemudian KO. Dulu lingkungan kawan yang ada tak ramai, jadi senang dikawal. Bila dah ramai, entah apa-apa yang distatuskan. Sudah menjadi malas untuk meng-update status. Ditambah pulak dengan kerenah "kawan-kawan" yang minta untuk jadi "friend" telah men-delete satus "kawan" tanpa berita. Hi, hi, mungkin juga saya akan dan patut berbuat demikian. Secara-cara diam-diam saya akan dan patut buang aje "kawan-kawan" yang membosankan...mungkin.

Kata saya...hi, hi, itu belum cerita fasal E-Group. Nasib baik ada masuk e-mail yang biasa dijenguk...

Friday, December 25, 2009

15...and counting

Hi, hi, Krismas datang lagi...

Setahun lagi usia perkahwinan kami.

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan, suam kuku.

Kata saya...semoga dipanjangkan jodoh sehingga ke akhir hayat dan dipertemukan di syurga Firdaus di alam yang kekal nanti.

Thursday, December 17, 2009

Doa

Hari ini hari akhir dalam kalendar Tahun Hijrah. Pada hari ini bolehlah kita membaca doa akhir tahun sebelum masuk waktu maghrib dan membaca doa awal tahun sesudah solat maghrib. Semoga tahun depan diberkati Allah dan kita semua dapat menjadikan tahun yang lebih baik dari tahun ini.

Hi, hi, kalau sesiapa tak tahu nak baca doa-doa ini, pergilah ke kedai buku yang berdekatan khasnya kedai buku yang menjual buku-buku agama Islam. Biasanya naskhah Yasin dan Tahlil ada dimasukkan doa-doa ini.

Janganlah hanya ingat nak berpesta sambut satu Januari aje. Pesta orang putih ni lepas tengah malam. Majlis agama di masjid ni untuk baca doa ni, diingatkan sekali lagi, sebelum dan selepas maghrib ye...

Kata saya...teringat 3 tahun lepas, saya, isteri, mak dan kakak ipar berangkat ke Madinah pada hari ini (kalendar Islam). Kalau kalendar orang putih, esok 18 Disember, saya baru berangkat ke Jeddah.

Tuesday, December 15, 2009

Etika

Tidak beberapa hari yang lalu seorang YB telah mengatakan sesuatu berkenaan etika berblog. Beliau telah highlight-kan beberapa dos dan don'ts dari mana entah. Ya, saya setuju dengan beliau...tapi...

Kita lihat media massa kita, beretika atau tidak jika dibandingkan dengan apa yang telah dibentang dalam blog. Banyak perkara yang disesnsasikankan dan berat sebelah. Apa arah tuju etika yang digunakan? Yang ini perlu dibetulkan terlebih dahulu!

Yang penting, berita media massa itu dimuntahkan dalam tv dan radio arus perdana, yang penuh dengan iklan. Surat Khabar perlu dibeli, juga penuh dengan iklan. Hi, hi, sebenarnya tak relevan. Blog tu boleh masuk secara percuma. Tak ada yang paksa untuk membaca dan mempercayainya.

Kata saya...pilihlah untuk membaca, mendengar, melihat dan mempercayai yang beretika sahaja.

Wednesday, December 09, 2009

Empat Tahyat

Demi masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...

Sejak kebelakangan ini dek kerana kesibukan duniawi saya selalu lambat ke surau. Bila saya sampai, biasanya imam dah pun mula solat berjemaah. Oleh kerana lambat saya terus ikut perbuatan imam.

Hasilnya...

Saya selalu solat 4 tahyat!

Kata saya...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!