Sunday, December 27, 2009

Laman Sawang, Blog & MukaBuku

Laman sawang:
Sudah lama saya tinggalkan laman itu. Mungkin bila semua dah selesai, saya akan kembali ke situ. Akan dibina semula laman tersebut agar lebih interaktif, ceria dan infomatif. Salah satu sebabnya laman tersebut ditinggalkan kerana kurangnya respon dari rakan-rakan untuk kemaskini maklumat mereka. Mungkin juga saya terus aje buang sambungan mereka...

Blog:
Hi, hi, di sini. Tempat saya meluahkan perasaan, kritikan, cemuhan, kutukan, komen menurut kata hati saya. Kalau sesiapa tak setuju jangan baca!!! Saya tidak menjemput dan tidak memaksa anda untuk membaca. Seperti tajuk tersebut di atas, KATA SAYA, bukan kata anda, ek!

MukaBuku:
Mula-mula dulu OK, kemudian KO. Dulu lingkungan kawan yang ada tak ramai, jadi senang dikawal. Bila dah ramai, entah apa-apa yang distatuskan. Sudah menjadi malas untuk meng-update status. Ditambah pulak dengan kerenah "kawan-kawan" yang minta untuk jadi "friend" telah men-delete satus "kawan" tanpa berita. Hi, hi, mungkin juga saya akan dan patut berbuat demikian. Secara-cara diam-diam saya akan dan patut buang aje "kawan-kawan" yang membosankan...mungkin.

Kata saya...hi, hi, itu belum cerita fasal E-Group. Nasib baik ada masuk e-mail yang biasa dijenguk...

4 comments:

Ibu Baru said...

En jo hide je friend tu tak yah delete. Jd tak la pening kalo member tu update status setengah jam sekali hihihi. Saya pun tak rajin update status, rasa tak privacy pulak kalo bgtau semua yg kitr buat kat org.

jorazak said...

ibu baru...
yg terajin update tu lain cerita, yg update entah apa-apa tu yg tak laratnya

sya said...

hu hu saya pun kena delete tanpa diketahui..

jorazak said...

sya
aaa ah, baru check tadi. mcmana boleh jadi begitu? belum pun mula proses men-delete. hi, hi, kena add semula la...