Monday, December 28, 2009

Bas Ekspress

Sekali accident, sekali lagi kecoh.

Memang kesemua yang terlibat tak ambil iktibar. Itu hari bila ada kematian melibatkan bas ekspress, memacam peraturan dibuat. Ada yang telah memberhentikan perkhidmatan syarikat bas itu. Ada yang suruh pemandu pergi pelbagai kursus. Ada yang letakkan orang JPJ dalam bas ekspress.

Hangat-hangat tahi ayam...

Lepas tu apa jadi? Bas ekspress laju semacam. Kita lari 110 km/jam diorang boleh bagi lampu lagi dari belakang. Syarikat bas kata bas tu lari dalam 90 km/jam saja sebab bas itu dihadkan kelajuannya kurang pada 100 km/jam. Hi, hi, kalau betullah bas tu dipandu 90 km/jam, mungkin kucing akan bertanduk!!!

Sekarang, struktur 2 tingkat jadi cemuhan. Kalau betul kenapa pihak yang bertanggungjawab meluluskannya tanpa sebarang ujian. Siapa agaknya yang bertanggungjawab buat ujian? Atau langsung tiada ujian?

Kata saya...lepas ni kita tunggu pula berapa orang yang akan MATI sebelum cerita bas ekspress ni jadi kecoh semula. Beri tempoh seminggu dua, semua akan lupa, sengaja dilupakan...

2 comments:

Anonymous said...

Memang kat Malaysia macam tu kan, pasal tu orang yang bertanggungjawab selalu buat dek je..sbb confirm lepas dua minggu, kes (apa2 kes la, sekolah, PTPTN, tanah runtuh, dll) dan penyelesaian hangat2 tahi ayam nya (termasuk la Suruhanjaya Siasatan yang tiba2 je ditubuhkan) senyap cam tu je...

bila kena lagi sekali baru bising lagi...tak konsisten...kena tunggu anak "diorang" yang kena baru kes selesai kot ;p...

jorazak said...

mykids
1. hi,hi, yg susahnya anak pak menteri tak naik bas. depa semua pak menteri supply paling kurang kereta kancil.
2. kenapa sebelum ni tak ada komplen fasal bas 2 tingkat tu. dah accident baru memacam timbul.
3. saya nak cadangkan speedometer digital yg besar dipasang di dalam dan di luar bas. dalam bas supaya semua penumpang boleh tengok, di luar bas supaya pengguna jalan raya lain jadi saksi berapa laju bas ekspres tu.